Najib menghuraikan watak-watak Anwar dan juga Mat Sabu yang merupakan dalang dalam demontrasi BERSIH 2.0.
Seperti label yang diberikan oleh para blogger pro-kerajaan keatas Anwar dengan gelaran 'Drama King', Najib menyifatkan Anwar sebagai pelakon setaraf Amitabh Bachan. Baru terkena gas pemedih mata, tapi lakonannya bak orang yang dipukul teruk.
Najib juga menimbulkan persoalan logiknya mengadakan pertemuan dengan pembantunya (merujuk kepada kes liwat 2 Anwar) di unit kondo, walhal hal tersebut boleh dibincang di pejabat. Justeru, Najib secara menyatakan ia adalah sebagai "perundingan sulit yang dibuat di tempat yang sulit".
Anwar juga disifatkan sebagai pengacau kepada semua Perdana Menteri Malaysia, kecuali Tunku Abdul Rahman. Anwar menjadi dalang demontrasi bermula dizaman Tun Razak, Tun Husin, Tun Dr Mahathir, Pak Lah dan Najib sendiri semata-mata nafsu besar Anwar untuk menjadi PM.
Secara berjenaka, dengan latar belakang Mat Sabu dan kes yang pernah dilakukannya, Najib mengibarat Mat Sabu sebagai "boleh duduk dibawah sesiapa sahaja", bila sanggup menjadi timbalan kepada Ambiga dalam menggerakkan demontrasi BERSIH 2.0.
1 comment:
sesekali kena buat counter attack ...
Post a Comment