Saturday, October 29, 2011

Tony Fernandes Bakal Setia Usaha Agong ASEAN?

KUALA LUMPUR 27 Okt. – Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak mencadangkan Setiausaha Agung ASEAN yang akan datang seharusnya dilantik daripada sektor korporat bagi memastikan integrasi ekonomi ASEAN dapat dipercepatkan selain memudahkan urusan perniagaan di antara negara-negara anggota.

Katanya, ASEAN memerlukan setiausaha agung yang lebih bertenaga dan memahami isu-isu yang dihadapi semasa menjalankan urusan perniagaan. [Utusan]

Friday, October 28, 2011

Budak-Budak PKR Kena Belasah Kerana Mengendap


Berlagak bak Don Quixote, budak-budak PKR akhirnya dibelasah kerana mengganggu privacy.

Lain kali, jangan suka mengendap.

Kalau Betul Dokumen Ini, Hadi Awang Bakal Kafirkan Seluruh Organisasi PAS Termasuk Nik Aziz

Mari tunggu penafian PAS!!!


Mungkin Sukar Bagi Muhyiddin Bahkan Najib Juga, Dalam Berdepan Dengan Pelopor 'Masyarakat Medani'

Bukan tersalah eja, tetapi jelas ia adalah 'Masyarakat Medani'. 'Masyarakat Medani' tidak ada kena mengena dengan konsep 'Masyarakat Madani' yang dipelopori oleh badan pemikir Anwar Ibrahim, mahu pun versi Nurcholish Madjid. Sebaliknya, 'Masyarakat Medani' adalah suatu sindrom yang berupa penajaan rombongan ke Medan dikalangan pihak-pihak tertentu kepada pemimpin-pemimpin akar umbi UMNO.

Dalam kesebokan PM DS Najib dan juga TPM TS Muhyiddin berulangalik ke Selangor, kadangkala mengganggu aktiviti 'Masyarakat Medani'.

Baru-baru ini, difahamkan satu Bahagian UMNO telah mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan lawatan TPM ke kawasan mereka. Maka Ketua Bahagian yang mempengerusikan mesyuarat memaklum tarikh lawatan berkenaan. Tiba-tiba seorang Ketua Wanita Cawangan memberi respons bahawa tarikh berkenaan bertembung dengan lawatan ke Medan. Apalagi, mengamuklah Ketua Bahagian apabila dalam tumpuan memperkuat jentera pilihanraya, ada juga yang penajaan untuk terbang ke seberang.

Pengerusi JKKK Di Selangor Kena Cekup Di Pub

Khabarnya penduduk sebuah kampung di Klang tercari-cari Pengerusi JKKK yang tidak dapat dikesan beberapa hari.

Telah menjadi perbualan dikalangan anak-anak buahnya yang Pengerusi JKKK berkenaan telah dicekup dan bermalam di lokap polis selama 2 malam. Dia kena angkut ke balai apabila operasi polis ke atas sebuah pub di Pelabuhan Klang pada malam minggu yang lalu.

Mesyuarat JKKK kat dalam pub ke Tok Ketua RK?

Thursday, October 27, 2011

Muslimat PAS Penipu - Konon Beli Lot Kedai Lelong Milik Bekas Ketua Pemuda UMNO Klang Yang Sebenarnya Milik Ahli Perniagaan Kelantan


Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor Wan Hasrina Wan Hassan pun dah pandai jadi kaki spin. Beliau cuba spin 1 Malaysia kononnya Muslimat PAS Selangor telah membeli bangunan lot kedai di Seksyen 10, Shah Alam milik seorang Dato' bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Klang.

Dalam sejarah Pergerakan UMNO Bahagian Klang tidak seorang pun bekas Ketua Pemudanya yang bergelar Dato'.

Pemilik asal lot kedai tersebut, memang dimiliki oleh seorang Dato' (Dato' K) yang berasal dari Kelantan. Keahlian politiknya di Pelabuhan Klang dan tidak pernah pun menjadi Ketua Pemuda Cawangan apatah lagi Ketua Cawangan, apatah lagi menjadi Ketua Pemuda UMNO Klang.

Dato' K tidak lagi aktif semenjak 1993 dan hanya menumpukan kepada aktiviti perniagaannya. Maklumat terkini dari rakan yang juga pemilik premis di kawasan berkenaan Dato' K telah balik kampung di Kelantan sejak sekian lama. Jangan-jangan saudara mara Wan Hasrina juga kot?

Pada Wan Hasrina, anta jangan cuba nak cong orang-orang Selangor.

Jangan Tuduh Dr Harun Din Punya 3 Isteri

Sejauh manakah kemampuan Anwar Ibrahim dapat menyatukan DAP dan PAS yang saling kontradiksi dalam idealisme politik bergabung dalam pemerintahan negara?

3 video dipertontonkan untuk anda membuat penilaian.



Wednesday, October 26, 2011

Shahrizat Dalam Ranking Pertama Yang Bakal Digugurkan Menghadapi PRU13

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Dato' Seri Shahrizat berkemungkinan besar tidak akan tercalon dalam PRU13.

Puncanya, markah beliau untuk melayakkan diri sebagai winnable candidate telah kena demerit. Berapa markah yang hilang, itu jangan ditanya sebab itu kerja pucuk pimpinan parti.

Blog Dinturtle, telah mempersoalkan kredibiliti Shahrizat akibat penglibatan anggota keluarganya dalam projek yang disediakan oleh kerajaan dan anda boleh baca di SINI.

Sebelum dihentam oleh blog pro-pembangkang, lebih baik dihentam oleh blog pro-kerajaan.

From left: Representatives of the Finance Ministry Norizah Bahari and Datuk Ibrahim Mahaludin Puteh, Izran and Mohamad Salleh at the signing of the loan facility agreement with between the government and NFC. [Source click HERE]

Jangan anggap pendedahan yang telah dibuat adalah bertujuan untuk sensasi. Sebaliknya, anggaplah sebagai satu kaedah mempermudahkan kerja-kerja pucuk pimpinan parti dan kerajaan.

Tambahan pula, punca pendedahan dari Laporan Ketua Audit Negara dan sumber maklumat mudah diperolehi di jari pembaca.

Kadang-kadang pendedahan sebegini juga penting, sekurang-kurangnya memudahkan pencarian winnable candidate oleh di pihak PM.

Dalam pada itu, kepada mereka yang begitu berminat dan ghairah menjadi calon, anda diingatkan awal-awal tarik handbrake kerana susah penyokong-penyokong untuk usung kau orang dengan segala masalah, pekung yang ada pada diri dan keluarga kau orang.

MB Beristeri Muda Hantar Mesej S.O.S


Mungkin MB Kedah DS Azizan Abdul Razak sudah insaf dari keegoannya.

Sebagai persiapan menghadapi banjir, beliau telah awal-awal hantar mesej S.O.S.

JITRA 26 Okt. — Kerajaan Kedah merayu kepada Kerajaan Pusat agar menyalurkan bantuan bagi menghadapi kemungkinan banjir di negeri ini bulan depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata pihaknya akan menghantar surat kepada Kerajaan Pusat untuk memohon bantuan itu.

"Kita minta sekurang-kurangnya Pusat (Kerajaan Pusat) bagi peruntukan untuk persiapan menghadapi banjir. Tidak buat tebatan pun tak menngapa tapi sekurang-kurangnya kita dapat peruntukan untuk rakyat kita hadapi banjir.

"Kita mohon peruntukan antara RM6 juta hingga RM10 juta. Kalau kita kena (banjir) macam di Thailand, kita nak buat macam mana? Di mana Kerajaan Negeri nak cari duit?,” katanya kepada pemberita selepas Program Mesra Rakyat Daerah Kubang Pasu di Pekan Kodiang dekat sini hari ini. — Bernama

Dokumen Negara Islam PAS 2003 Hangus Dalam Kebakaran


Letih sahajalah merangka dan membentang Dokumen Negara Islam yang dibentang pada 12 November 2003, kerana sifar dari segi perlaksanaan meskipun telah menguasai Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.


Tidak sampai pun 10 tahun pelancaran Dokumen Negara Islam, dokumen tersebut terbakar hangus dijilat api amarah yang terhasut dek segelintir pemimpin PAS yang tidak mahu berbaik-baik dengan PAS.

Negara Islam bagi PAS tidak disebut dalam Al-Quran, oleh itu perjuangan PAS kini adalah sekadar menegakkan Negara Kebajikan.

Apakah puncanya? Jawapannya ialah kerana kertelanjuran fatwa songsang yang membolehkan berkawan dengan syaitan.


Selagi PAS tidak punya pemimpin segarang Umar Al-Khatab, matlamat penubuhan Negara Islam hanya setakat ungkapan di bibir dan sekadar permainan kata-kata.

Kepada seluruh umat Melayu dan Islam, lihat dan dengarlah sendiri pendirian Lim Kit Siang tentang negara Islam.

Mudahnya Untuk Menuding Tangan

Pihak berkuasa melaporkan sebanyak 15 letupan kedengaran di sekitar Yala, sekali gus menimbulkan keadaan tegang di bandar tersebut.

Siri letupan tersebut dipercayai dilakukan oleh kumpulan pemberontak Islam, sekurang-kurangnya tiga maut termasuk dua pemberontak dan lebih 50 cedera,” kata Gabenor Krisada Boonrach. – AFP

Tuesday, October 25, 2011

Malang Bertimpa-Timpa - Khalid Ibrahim Boleh Jadi Sasau Kalau Tak Tahan Mental

Satu demi satu masalah mendatangi MB Selangor TS Khalid Ibrahim.

Rakyat mula memukul Khalid dengan penjualan Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya [Klik SINI].

Kemudian, rakan-rakan MP Pakatan Rakyat di Dewan Rakyat begitu kuat bangkitkan kelewatan laporan Ketua Audit Negara untuk edaran kepada para wakil rakyat.

Ingatkan akan mengenakan pentadbiran PM DS Najib Razak, sebaliknya terpalit ke muka Khalid Ibrahim sendiri.

Malang bertimpa-timpa tertempek di kepala Khalid.

Hari ini juga, kes pertikaian sivil Khalid dengan pemiutangnya Bank Islam Malaysia Berhad telah dipulangkan ke Mahkamah Tinggi.

PUTRAJAYA 25 Okt. — Mahkamah Persekutuan hari ini mengembalikan kes pertikaian sivil antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan penuh.

Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria yang mengetuai panel lima hakim membuat keputusan itu selepas panel berkenaan menolak untuk menjawab isu-isu perlembagaan kepada mahkamah tertinggi itu untuk memutuskannya.

Hakim Arifin berkata, panel itu berpandangan bahawa sebarang isu perlembagaan yang timbul dalam kes itu tidak akan diputuskan dengan cara merujuk kepada Mahkamah Persekutuan.

Hakim lain yang bersidang dalam panel itu ialah Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin, dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum serta Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong. [Bernama/Utusan]

Samy Vellu Buat Hal Lagi - Kali Ni Di Bangla


Barangkali telah ditakdirkan bahawa Dato' Seri Samy Vellu sinonim dengan tol.

Tak cukup di Malaysia, akhirnya dipanjangkan pula ke Bangladesh.

Apa pun, tahniah kepada Samy Vellu yang berjaya create projek RM10 bilion di negara tersebut.

Samy Vellu yang mengakhiri lawatan kerja empat harinya ke Bangladesh minggu lepas, yang menyaksikan Kuala Lumpur menandatangani perjanjian dengan Dhaka untuk melaksanakan projek infrastruktur bernilai RM10 bilion, berkata satu kajian akan dilakukan untuk mereka bentuk semula jambatan berkenaan bagi mengurangkan kos, yang dipersetujui oleh Sheikh Hasina.

Beliau berkata, pulangan daripada pelaburan projek jambatan itu akan dikumpul menerusi kutipan tol, dan tidak menolak kemungkinan Malaysia menandatangani perjanjian konsesi yang lebih panjang dengan pihak berkuasa Bangladesh. — Bernama/Utusan

Mana Mungkin Lim Guan Eng Paksa Wanita Itu Bikin Oral Sex?

Tak mungkin. Tak percaya.

Masakan Lim Guan Eng paksa wanita itu lakukan oral sex.

Laporan klik SINI.

3244 Bakal Jadi Sasaran Kaki Nombor Ekor Sempena Deepavali!

3244 bakal sold-0ut di kedai-kedai nombor sempena perayaan Deepavali esok.

Ini adalah berikutan tindakan berani tetapi gila oleh Ketua Pemuda Parti Cinta Malaysia (PCM) Liew Yeow Hooi mengunci kenderaan pacuan empat roda milik UPEN Pulau Pinang yang didakwa sebagai penyebab kesesakan lalulintas di Lebuh Light.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kereta terbabit bernombor plat PKC 3244 tertulis perkataan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Yeow Hooi mendakwa, tindakannya berniat baik iaitu mahu 'mendidik' pegawai dan kakitangan kerajaan DAP Pulau Pinang supaya mematuhi undang-undang.

"Saya akan terus mengambil tindakan untuk mengunci kereta milik kerajaan negeri sekiranya mereka berdegil dan masih meletakkan kenderaan sesuka hati," ujarnya.

Sementara itu, Setiausaha Politik Ketua Menteri, Ng Wei Aik membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

Pada masa sama, Wei Aik menyifatkan tindakan Yeow Hooi sebagai biadab.

"Ini kerana hanya pihak berkuasa seperti polis dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mempunyai hak berbuat demikian," jelasnya. [Utusan]

Budak-Budak Sekolah Dah Mula Pandang Uncle Najib Sebelah Mata

Wajah-wajah yang menjadi buruan anak-anak yang bersekolah dari Tahun 1 - Tingkatan 5 pada hujung tahun ini.

Semuanya dah tunggu bila nak dapat RM100, menjelang sesi persekolahan 2012

KUALA LUMPUR 24 Okt. - Kementerian Pelajaran telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi memperincikan kaedah penyaluran bantuan awal persekolahan sebanyak RM100 kepada setiap murid di sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, swasta, persendirian dan juga sekolah agama di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jawatankuasa itu diwujudkan bagi memastikan bantuan yang disediakan dapat digunakan oleh murid semasa membuat persediaan persekolahan sesi 2012 nanti.

Beliau berkata, kementerian akan memastikan pelaksanaan pemberian bantuan itu berjalan lancar.

"Saya ingin mengingatkan kepada ibu bapa atau penjaga murid, bahawa peruntukan tersebut adalah untuk penyediaan keperluan persekolahan murid dan janganlah digunakan untuk tujuan yang lain," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 bagi Kementerian Pelajaran di Dewan Rakyat hari ini. [Utusan]

RM1.62 Billion Bikin Mata Khalid Ibrahim Terjojol Untuk Gadai Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya

Akhirnya telah diketahui siapa yang memajukan Komplek Sukan PKNS, Kelana Jaya. PKNS telah memberi mandat kepada Melati Ehsan Holdings Berhad. Klik [SINI] untuk ke laman web MEHB berkenaan projek berkenaan.

Nilai pembangunan dianggarkan RM1.62 billion.

Meskipun tidak menyatakan secara khusus, tanah yang bakal dimajukan adalah tapak Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya, namun saya yakin bahawa ia adalah melibat kompleks berkenaan.

Cuba kita semak kembali kenyataan ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad pada 19 Oktober 2011

Berikut adalah ilustrasi cadangan projek di tapak berkenaan. Cantikkkk!!!



Satu soalan kepada Khalid Ibrahim, RM1.62 bilion untuk berapa ribu orang? Bandingkan dengan kos RM8.6 bilion untuk loji rawatan air Langat 2 yang memberi manfaat kepada lebih 7 juta pengguna air di Selangor, KL dan Putra Jaya.

Tengku Mana Yang Melutut Di Kaki Isa Samad?

Meski pun pernah suatu ketika cetuskan kontroversi dengan mempertikai perlantikan TS Isa Samad sebagai Pengerusi Felda, tapi Maybank Investment yang dipimpin Tengku Zafrul Aziz masih diberi peluang untuk mengurus tawaran awam Felda Global Ventures Holdings.


Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, Malaysia’s biggest plantation company, hired Morgan Stanley, CIMB Investment Bank Bhd and Maybank Investment Bank Bhd to manage an initial public offering that may raise at least US$1 billion, two people with knowledge of the matter said.

The three banks will be joint global coordinators for the Kuala Lumpur listing, which is scheduled for the first half of next year, the people said, asking not to be identified as the information is private.

The share sale would be Malaysia’s third-biggest, after offerings by Maxis Bhd in 2009 and Petronas Chemicals Group Bhd last year, as the government seeks to lure more foreign investors to the country’s stock market by enticing large companies to list.

The listing of Felda Global will create a “blue-chip” and “global conglomerate” that will attract international investors to the Malaysian stock market, Prime Minister Najib Razak said in a speech announcing the share sale on Oct. 7.


Felda Global owns 49 percent of Felda Holdings Bhd., which manages oil and rubber
estates for Federal Land Development Authority, a Malaysian government agency. It is also the largest shareholder of MSM Malaysia Holdings Bhd., the Southeast Asian nation’s biggest sugar refiner.

The group also has businesses in the U.S., Canada, Australia, China, Pakistan, Sri Lanka and South Africa, according to its website. Felda Global’s chief executive officer Sabri Ahmad couldn’t immediately be reached to comment. -- Bloomberg

Monday, October 24, 2011

MOF Batal Bidaan Everbright Untuk Pembinaan Bukit Bintang City Center - Kita Tunggu Sambungan Episod Pertelingkahan Nur Jazlan & Musa Sheikh Fadzir

Akhirnya kuasa pemutus Kementerian Kewangan (MOF) melalui golden share yang dimiliki dalam UDA Holdings telah membatalkan keputusan awal Lembaga Pengarah UDA Holdings yang menganugerahkan kontrak pembangunan semula tapak Penjara Pudu kepada Everbright International Construction Ltd.

SUDAH pasti para kontraktor Bumiputera lega apabila UDA Holdings Bhd. (UDA) mengesahkan bahawa Kementerian Kewangan (MoF) telah menolak bidaan Everbright International Construction Ltd. (Everbright) untuk membangunkan bekas tapak Penjara Pudu.

Lebih menggembirakan apabila MoF memutuskan supaya pembangunan di kawasan seluas 7.76 hektar itu dibangunkan oleh syarikat-syarikat bumiputera.

Nampaknya, usaha pelbagai pihak mempertahankan projek pembangunan semula tapak Penjara Pudu itu agar dilaksanakan oleh 'tangan tempatan' berbaloi. [Utusan]

Saya mengalu-alukan keputusan MOF namun pada masa yang sama peru berhati-hati kerana pilihanraya telah semakin hampir. Jangan sesekali membiarkan pembangunan semula tapak Penjara Pudu (Bukit Bintang City Center) akan dipergunakan untuk political mileage pihak pembangkang.

Sebelum ini pun saya amat ragu dengan sandiwara-sandiwara yang ditunjukkan oleh pihak-pihak tertentu dalam isu ini. Baca [SINI] untuk mengetahui sandiwara berkenaan.

Apakah Allah Telah Takdirkan "Melayu Sepakat Islam Berdaulat" Akan Lebih Aman Tanpa PAS Dulu, Kini Dan Selamanya?

Foto : The Star

Saya tertaik dengan foto di atas. Jangan salah faham, ia bukan bermaksud tertarik kepada kumpulan wanita (anak-anak gadis?) di atas, tetapi tertarik kepada banner yang dipegang oleh mereka, "Melayu Sepakat, Islam Berdaulat".

Foto : Utusan bersumberkan Muazfaris

Barangkali sememangnya telah ditakdirkan oleh Allah swt bahawa dalam menzahirkan "Melayu Sepakat, Islam Berdaulat" hanya akan terlaksana tanpa PAS.

Telah tercatat ditinta sejarah, UMNO yang ditubuhkan untuk menyatukan pertubuhan-pertubuhan Melayu pada tahun 1946 tidak dipersetujui oleh Dr Burhanuddin Helmi yang ketika mengetuai Parti Kebangsaan Melayu Malaya, meskipun awalnya bersetuju dalam kesatuan Melayu dalam Kongres Melayu I, di Kelab Sultan Sulaiman. Sebaliknya, apabila PAS ditubuhkan pada tahun 1951 ekoran penarikan diri sebahagian ulamak, maka tokoh itulah yang menjadi YDPA PAS yang kedua selepas Ahmad Fuad Hasan.

PAS bukan tidak pernah bersama UMNO. Selepas 'Tragedi 13 Mei 1969' dan dalam membentuk entiti politik yang mantap, PAS pernah bersama BN untuk tempoh 1974 - 1977. Sekali lagi perpaduan Melayu gagal. Namun, atas izin Allah jua, umat Melayu Islam masih memberikan kepercayaan kepada UMNO.

Kini Melayu Islam sekali lagi teruji, PAS masih lagi menunjukkan ego dan langkap silapnya dengan mengisytiharkan untuk tidak bersama HIMPUN. PAS tidak mahu belajar dari kesilapan dulu.

Akhirnya jua, mungkin Allah telah mentakdirkan bahawa dalam membentuk "Melayu Sepakat, Islam Berdaulat" akan lebih aman tanpa PAS sejak dulu, kini dan selamanya.

Kontroversi Pembangunan Semula Tapak Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya - Nik Nazmi Dibutuhkan Penduduk SS7, Kelana Jaya

Dah agak dah, bila sebok diperkatakan tanah Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya telah dijual oleh Kerajaan PR, maka kesalahan akan dituding kepada kepada Kerajaan BN terdahulu.

Jika pun benar dakwaan ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad bahawa padang berkenaan telah mendapat geran bagi plot-plot tanah berkenaan untuk pembangunan komersial pada 2006 dan jika benar 3 geran telah dikeluarkan untuk tempoh 2006 hingga 2008, mengapa tidak dibatalkan terus projek pembangunan tersebut kerana kuasa kini ditangan PR.

Sedangkan Projek Empangan Langat 2 yang lebih mustahak dan berkepentingan umum lagi boleh ditangguhkan oleh MB Khalid Ibrahim, inikan pula pembangunan semula Kompleks Sukan PKNS. Telahan mudah, sebab PKR ada kepentingan dan ada masukkah?

Oleh itu, Nik Nazmi tak perlu adakan perjumpaan semula untuk mendengar rintihan dan bantahan kawasan kejiranan tersebut. Hentak sahaja meja Khalid Ibrahim, suruh dia batalkan projek tersebut. Jangan bazirkan masa rakyat setempat, habis cerita.

P/S 'Butuh' adalah istilah Bahasa Indonesia yang bermaksud 'perlu'
[dibutuhkan = diperlukan]

KENYATAAN MEDIA ADUN SERI SETIA NIK NAZMI NIK AHMAD

Ramai penduduk SS7 Kelana Jaya prihatin dengan cadangan pembangunan semula Kompleks Sukan PKNS.

Cadangan ini mula dibincangkan di dalam perbincangan tidak formal dengan penduduk awal tahun ini yang turut dihadiri pegawai-pegawai PKNS.

Penduduk prihatin memandangkan Kompleks Sukan ini telah digunakan untuk aktiviti sukan dan masyarakat selama bertahun-tahun. Ramai jaguh sukan bola sepak, kriket dan ragbi dilahirkan di sini, malah perlawanan Kriket Sukan Komanwel 1998 juga dilangsungkan di sini.

Jelas sekali Kompleks Sukan ini mempunyai nilai komuniti dan sejarah yang cukup besar bukan sahaja bagi masyarakat setempat tetapi negara.

Apatah lagi, sebarang pembangunan akan mengeruhkan keadaan trafik kawasan ini yang sudahpun berada di dalam keadaan teruk dan akan menyaksikan beberapa projek kepadatan tinggi yang baru: Icon City, Paradigm dan lain-lain lagi.

Memandangkan cadangan terbaru ini hanya diutarakan ketika saya berada di luar negara, saya tidak dapat bertemu dengan penduduk ataupun menghadiri bantahan aman yang diadakan pada 16 Oktober 2011.

Bagi memahami cadangan ini, saya bertemu dengan pegawai-pegawai PKNS pada Isnin 17 Oktober. Pagi ini saya bertemu dengan AJK Selamatkan Padang Rakyat yang memimpin bantahan terhadap pembangunan semula ini.

Berikut merupakan fakta-fakta kes ini:

PKNS memohon geran untuk plot-plot tanah di Kompleks Sukan ini pada 2006 di bawah Kerajaan BN sebelum ini bagi membolehkan PKNS memajukan tanah ini secara komersial.

Ada tiga geran yang dikeluarkan kepada PKNS antara 2006 hingga 2008 untuk pembangunan institusi dan komersial.

PKNS kini telah membuat permohonan kepada MBPJ untuk membangunkan Kompleks Sukan ini yang kemudiannya menarik perhatian penduduk.

Saya akan menganjurkan dialog dengan penduduk SS7 tentang pembangunan semula Kompleks Sukan ini pada 10 pagi Sabtu 22 Oktober di Dewan Sri Nilam, Kompleks Sukan PKNS.

Saya berharap penduduk dapat hadir bagi menyuarakan pandangan mereka tentang projek ini.

Saya berjanji untuk berbuat apa sahaja bagi mencari penyelesaian terbaik bagi penduduk dan berharap PKNS yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dapat mengkaji semula cadangan ini dengan mengambilkira pandangan penduduk.

NIK NAZMI NIK AHMAD
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI SERI SETIA, SELANGOR
19 Oktober 2011