KUALA LUMPUR 1 Jun — UDA Holdings Bhd (UDA Holdings) memutuskan untuk menjual tanah seluas 1.15 hektar di Jalan Sultan Ismail kepada Mutiara Goodyear Bhd. pada harga RM215.5 juta bagi membayar baki premium tapak bekas Penjara Pudu berjumlah RM104 juta, yang masih tertunggak, sebelum September ini.
Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, penjualan tanah itu, selain boleh membiayai projek tergendala, juga mampu mengukuhkan semula aliran tunai kewangan UDA Holdings yang kini berjumlah RM90 juta.
"Atas pertimbangan itu, UDA Holdings perlu menjual tanah berkenaan terus kepada Mutiara Goodyear yang menawarkan harga terbaik iaitu lebih RM1,400 kaki persegi berbanding harga pasaran iaitu sekitar RM800 kaki persegi.
"Selain itu, pihak UDA Holdings juga sudah menjalankan kajian terhadap syarikat Mutiara Goodyear Bhd, dan mendapati statusnya adalah sebagai sebuah syarikat bumiputera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. - Bernama
Wednesday, June 8, 2011
Baca Dulu Fakta Ini : Jangan Terpedaya Dengan Sandiwara Pertelingkahan Musa Sheikh Fadzir - Nur Jazlan!
Ramai dikalangan blogger nampaknya menghentam Dato' Musa Sheikh Fadzir dan menyiarkan kenyataan dari Pengerusi UDA Dato' Nur Jazlan Mohamed. Oleh kerana disensasikan, maka kelihatan Musa dan Nur Jazlan seakan-akan bertelingkah, walhal sebenarnya tidak.
Bagi aku, mereka berdua ni bertelingkah untuk mencipta satu isu sensasi untuk menutup isu yang lain.
Okay, elok rasanya kita berbalik ke pangkal dan aku sebenarnya telah secara sinis memukul kedua-dua pihak di SINI.
Mula-mula cuba kau orang kaji, dari mana UDA Holdings cekau duit untuk bayar premium tanah bekas tapak Penjara Pudu yang berjumlah RM104 juta? UDA Holdings jual tanah kepada Mutiara Goodyear Development Berhad dengan harga RM215.5 juta. Nak bagi kau orang puas hati, aku paste kenyataan Nur Jazlan diterbit oleh Utusan.
Kalau kau orang dah check di Mutiara Goodyear Development Bhd, tertera nama Harun Faudzar yang memegang jawatan Pengerusi Eksekutif. Siapa pula Harun Faudzar? Harun Faudzar ialah sepupu Musa. Cuba tengok gambar (bawah) dan baca berita yang aku petik dari Agenda Daily.
Dari kiri Musa Sheikh Fadzir,Nadzir Sheikh Fadzir,Harun Faudzar,Omar Faudzar,Haidar Sheikh Fadzir dan Aziz Sheikh Fadzir…
Kenapa Musa cuma berkokok pada projek Bukit Bintang City Centre tapi tak sentuh pun berkenaan tanah 1.15 hektar milik UDA di Jalan Sultan Ismail yang dilupuskan kepada Mutiara Goodyear?
Sahabat-sahabat sekelian, kita ni orang-orang jalanan. Baik Musa, Harun mahu pun Nur Jazlan, mereka ini orang politik dan businessmen. Mereka anggap kita semua ni bodoh. Sekarang sahabat-sahabat sekelian acukan cota ke kepalanya dan bukan kepada sepupunya Harun Faudzar.
Yang perlu kita ketuk, bukan sahaja kepala Musa tapi termasuk juga kepala Jazlan yang berlakon depan kita semua!
AKU MEMANG TAK PERCAYA LAKONAN DIA ORANG.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Pandai.. I salute spring kat you. Aku memang menyirap perangai bedukang macam depa ni. sekor ialah Amin Shah punya Dinasti. Take them out from UMNO
Go for the truth
Bukan macam Gomo, Gap, Info Corner, dll yang cetk risalah untuk jawab soalan.
Lepas tu mintak duit.
Memang blogger jual maruah yang tak ada pendirian
anon 5:26
Sahabat2 saya di atas hanya melapor fakta.
Harap jgn salahkan mereka. Yang salah cuma srip yang dicipta oleh 2 org, yg nak 2 sekali gus i.e bisnes & politik.
Post a Comment