Dalam bahasa mudah, beberapa laman blog seolah-olah menyimpulkan bahawa Peguam Negara cuba 'menjerat' Dr Khir Toyo dalam kes rasuah yang sedang berlangsung sekarang ini.
MyKMU, yang artikelnya dipetik dibeberapa laman blog, menyifatkan perbicaraan kes Khir sebagai "Dua Hari Penuh Jenaka" [baca SINI].
Namun begitu, saya tidak mahu memihak kepada Peguam Negara mahu pun Khir. Sebaliknya, yang menarik perhatian saya ialah beberapa nama yang disebutkan di dalam mahkamah. Nama-nama yang disebutkan adalah sahabat-sahabat Khir. Walau pun mereka adalah sahabat-sahabat Khir tetapi mereka bukanlah yang terlibat dalam perjalanan Khir merangkak menyusuri anak tangga untuk naik di dalam UMNO.
Khir, umpama 'budak baik' yang kadang-kadang cakapnya tidak didengar dan dicemek kerana ia berlawanan dengan cita rasa kebanyakan mereka yang mengejar sesuatu didalam politik. Cakap Khir penuh dengan idealisme perjuangan berbanding mengejar materialisme. Keadaan berubah, apabila Khir secara diluar dugaan menjadi MB dan orang-orang inilah secara kebetulan berada di depan mata Khir, mengambil peluang mengelilingi Khir yang telah mempunyai kuasa. Mereka bukan berusaha untuk menyemarakkan lagi idealisme Khir, tapi mempergunakannya untuk kepentingan sendiri.
Malang sekali, bukan orang jauh yang menjadi broker untuk pembelian 2 lot banglo terbabit dan bukan orang di seberang jalan yang memperkenalkan kontraktor lanskap muflis kepada Khir. Saya pernah menulis tentang feedback yang diberikan terhadap pembinaan rumah Khir [baca SINI] yang hakikat tidak pernah dibuat oleh MB-MB sebelumnya. Pembelian banglo inilah yang menimbulkan "FITNAH BESAR" buar Khir.
Kecacatan telah berlaku dan saya tidak fikir Sumardi Ismail atau pun Dr Karim Mansor masih bersama Khir dalam menghadapi fitnah yang sedang dihadapinya.
Dalam kes yang dihadapi oleh Khir, beliau bukan sahaja 'dijerat' malah awal-awal lagi telah 'terjerat'.
Bagi mereka yang bercita-cita menjadi MB Selangor atau pun terpilih untuk dilantik untuk menjadi MB Selangor, andai Selangor kembali ketangan BN, jadikanlah segala yang terjadi sebagai teladan. Carilah sahabat-sahabat yang senantiasa menasihatinya dan janganlah cari sahabat yang membawa rebah.
No comments:
Post a Comment