Akhirnya, DAP turut menamakan Teresa Kok sebagai calonnya ke jawatan Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat Menteri Besar Selangor.
Perkara ini diputuskan oleh CEC DAP (yang dianggap tidak sah oleh Pendaftar Pertubuhan), dalam mesyuaratnya yang berlansung kelmarin.
Disamping itu, DAP turut mencadangkan jawatan yang setara dengan status dan syarat lantikan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail seperti yang ditawarkan oleh MB TS Khalid Ibrahim, turut diperuntukkan kepada PAS.
Meskipun PAS telah membayangkan untuk turut menuntut perlantikan salah seorang Naib Presidennya ke jawatan berkenaan, namun belum mencalonkan siapakah antara 3 Naib Presidennya (Husam Musa, Mahfoz Omar dan Salahudin Ayub).
Desas-desus mengatakan bahawa PAS Selangor mahukan Husam Musa dilantik mewakili PAS.
Dalam keadaan Khalid Ibrahim bertegas dengan pendirian untuk melantik Saifuddin, beliau turut mengingatkan yang pihaknya punya kuasa mutlak untuk melantik sesiapa sahaja yang difikirkan layak membantu pentadbiran negeri.
Apa yang pasti MPN PKR Selangor membayangkan tentangan mereka, manakala dipihak DAP dan PAS mengambil kesempatan dengan tuntutan balas mereka.
Hakikatnya, kalau 3 badigol ini dilantik, maka kerajaan negeri akan membelanjakan RM540,000 setahun sebagai emolumen kepada 3 pegawai yang tidak diperlukan sama sekali.(Khabarnya Saifuddin akan dibayar RM15,000 sebulan).