Saturday, January 28, 2012

Anak Didik Anwar Lari Ketika BR1M Diagihkan


Ketika rakyat DUN Pelabuhan Klang beratur panjang untuk mendapatkan BR1M, anak didik Anwar Ibrahim, ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah tidak menjenguk untuk bertanya khabar.

Hendak dijadikan cerita, kebetulan setelah selesai membuat liputan penyampaian BR1M DUN Pelabuhan Klang yang berlangsung di Hotel Crystal Crown, saya bergegas ke DUN Kota Anggerik, Shah Alam dan terserempak dengan ADUN berkenaan di kesesakan jalanraya di Seksyen 15, Shah Alam (berhadapan Karangkraf). Gambar di atas adalah menjadi bukti.

Untuk rekod, Badrul Hisham menang DUN Pelabuhan Klang atas tiket PKR semasa PRU12. Kemudian beliau keluar menjadi Bebas dan akhirnya menyertai BN.

Walau bagaimana pun BR1M DUN Pelabuhan Klang dikendalikan oleh Ketua UMNO Bahagian Dato' Mazlynoor Abdul Latif dan dibantu oleh sukarelawan dari Wanita, Pemuda dan Puteri bahagian berkenaan.

Foto-foto di bawah dirakam semasa proses pengagihan dilaksanakan.








Exco Adat Istiadat Melayu Selangor Dr Ahmad Yunus Malu Jadi Melayu

Exco Adat Istiadat Melayu baru Selangor Dr Ahmad Yunus Hairi (dua dari kiri) tampil malam tadi, di program anjuran Pemuda Pakatan Rakyat Parlimen Kota Raja bertempat di Dewan MBSA, Jalan Kebun dengan memperagakan pakaian tradisional Cina. Maaf kerana kualiti gambar tidak begitu baik, kerana sekadar menggunakan telefon bimbit.

Pada hemat saya, adalah kurang manis bagi beliau berpakaian demikian, meskipun baru lepas menghadiri sambutan CNY di tempat lain, walhal beliau boleh menukar dengan pakaian Melayu kerana hadir di kawasan yang didiami oleh 100% Melayu.

Cuba perhatikan pula pada kedudukan protokol. Dari situ pun sudah cukup untuk menjelaskan bahawa PAS umpama melukut di tepi gantang dalam protol negeri yang dicipta oleh PKR dan DAP. Lihatlah sendiri, ADUN DAP Sekinchan Ng Suee Lim duduk di tengah-tengah bagai boss, walhal Dr Ahmad Yunus adalah lebih kanan kerana beliau adalah seorang exco kerajaan negeri.

Nurul Izzah Hina Syed Mokhtar Dan Julang Robert Kuok Di Jalan Kebun

Malam tadi di bertempat di Dewan MBSA, Jalan Kebun, Nurul Izzah menjulang nama Robert Kuok dan menghina usahawan sebangsa dengannya, Syed Mokhtar Al-Bukhari. Tergamak sungguh Nurul menghina bangsanya sendiri di kawasan perkampungan tradisi yang penduduknya 100% Melayu.

Dalam program yang dianjurkan oleh Pemuda Pakatan Rakyat Parlimen Kota Raja itu, Nurul Izzah menyifatkan bahawa Syed Mokhtar sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap kenaikan gula di Malaysia. Nurul Izzah bercakap bak sedap mulut, walhal klik SINI untuk mengetahui Tradewinds milik Syed Mokhtar bukanlah bukan monopoli tunggal dalam industri gula di Malaysia.

Nurul Izzah turut menuduh Syed Mokhtar sebagai proxy Tun Dr Mahathir, disamping menguasai IPP (melalui Malakof) dan mengaut keuntungan besar. Benarkah begitu?

Sebaliknya, jika kita merujuk kepada perakuan berkanun yang dibuat oleh Dato' Abdul Murad Khalid (bekas Penolong Gabenor BNM), ada menyebut perkara di bawah:-

Perakuan berkanun penuh Murad boleh dibaca klik SINI.

Nurul Izzah mungkin boleh menipu semua orang, tapi pada masa yang sama tidak semua orang akan tertipu dengan kata-katanya. Di bawah adalah bukti transaksi penjualan Malakof yang asalnya dikuasai oleh MRCB kepada MMC (dikuasai oleh Syed Mokhtar) yang hanya berlaku pada tahun 2001.

Friday, January 27, 2012

"Dr Hasan Ali Hanya Budak Suruhan" - Khalid Samad

Timbalan Pesuruhjaya PAS Khalid Samad sudah mula gusar dengan pergerakan Dr Hasan Ali. Kesilapan besar Khalid ialah bila underestimate Dr Hasan Ali.

Bila Khalid melabelkan Dr Hasan sebagai 'budak suruhan', hakikatnya terdetik juga kegusarannya seperti yang diluahkannya di portal Malaysiakini, iaitu boleh mengganggu undi PR dalam pertembungan dengan BN.

Sepatutnya, Khalid lebih bersyukur kerana Dr Hasan telah bersuara sebagai orang yang diluar PAS. Andai Dr Hasan bersuara sebagai AJK PAS Pusat, maka ia akan menambah parah kepada PAS Selangor.

Malah syukur berganda harus dilakukan oleh Khalid kerana buat masa ini Dr Hasan masih belum melancarkan ABAS (Asal Bukan PAS) atau TAMPAR (Tindakan Hambat PAS DAP & PKR) untuk menyaingingi ABU!

Azizan Razak Bakal Dihadap Ke Lembaga Displin PAS

Bagi MB Kedah DS Azizan Razak pasti tersinggung dengan kenyataan Abdul Aziz Bari yang memintanya dikenakan tindakan tegas.

Mungkinkah Azizan merupakan satu-satunya AJK PAS Pusat yang menentang pemecatan Dr Hasan Ali ketika berlangsungnya agenda pemecatan tersebut?

Malang nasib PAS, harapkan Anwar, Anwar makan PAS.

Minah Indon & Mat Bangla Ditangkap Khalwat Di Pandan Indah - KPI Khalid Ibrahim Naik Mencanak

KPI Pengerusi Portfolio Agama Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim naik mencanak ekoran penangkapan pasangan khalwat Indonesia-Bangladesh di Pandan Indah.

Laporan penuh klik SINI.

Thursday, January 26, 2012

Janji Najib Untuk Mendemamkan Anwar

Setelah melepasi setahun, lagu lama masih dimainkan oleh Sam Ketot bila mencabar diadakan perdebatan Najib vs Anwar.

Dengar jawapan Najib setahun lalu, klik SINI.

Kerajaan PAS+PKR+DAP Zalim

Apalah baghal sangat Mazlan Aliman apabila mebuat pengumuman bahawa negeri-negeri Pakatan Rakyat tidak akan menyerahkan tanah-tanah Felda kepada FGVH.

Kiranya benar tanah-tanah Felda Plantations adalah dibawah kuasa kerajaan negeri, bermakna besok pagi pun kerajaan negeri boleh ambil dan serahkan kepada anak-anak Felda.

Jadi tidak perlulah anak-anak Felda yang telah mengisi borang permohonan yang diedar oleh Mazlan Aliman, menunggu terlalu lama untuk mendapatkan hakmilik tanah tersebut.

Namun seperkara yang Mazlan perlu ingat bahawa tanah-tanah yang diwartakan untuk tanah rancangan Felda bukan hak eksklusif anak-anak peneroka Felda, tetap sesiapa pun yang dikategorikan sebagai miskin berhak untuk diberihak untuk menyertai tanah rancangan.

Tidakkah ini adalah satu bentuk kezaliman kerajaan Pakatan Rakyat?

Adam Adli Dipedaya?


Soalan Kuiz "Where The Money Drop?" - Siapakah Pemimpin Berketiak Basah Di Bawah?

Soalan    :     Siapakah pemimpin yang berketiak basah di atas?

Pilihan    : (A) Anwar Ibrahim  (B) Badrol Amin Baharon (C) Che Gu Bard (D) Datuk Johari Abdul
Jawapan














Jawapan

Wednesday, January 25, 2012

Bekas Mufti Tidak Pernah Kata Khalid Ibrahim Paling Layak Sebagai Pengerusi Portfolio Agama


Pengerusi Porfolio Agama Terkejut Pendedahan Dari Aceh

Pengerusi  Porfolio Hal Ehwal Islam Selangor
JAKARTA 25 Jan. - Bagi melayakkan diri bertanding dalam pilihan raya Gabenor Aceh, tiga calon gabenor dan timbalan gabenor menjalani ujian membaca al-Quran di Banda Aceh.
Dalam ujian yang dikendalikan Suruhanjaya Bebas Pilihan Raya (KIP) di Masjid Raya Baiturrahman yang dilakukan di khalayak umum dan disiarkan secara langsung menerusi siaran Radio Republik Indonesia (RRI) Banda Aceh, kesemua mereka lulus. [Bernama/Utusan]

Hanya Tinggal 23% Ulamak Dalam Kepimpinan PAS Dan Baki 77% Adalah Parasit - Dr Hasan Ali


Kecoh Di Dewan MBSA Jalan Kebun - Anwar Terlibat?

Blog Milo Suam mendakwa bahawa di atas adalah wajah pemuda yang arahkan wakil Hindraf supaya berhenti dari berucap di Dewan MBSA, Jalan Kebun.

Yang peliknya, beberapa orang sahabat mendakwa terserempak dengan pemuda di atas bersama dengan anak Dato' Sheikh Ahmad Sadarudin, orang kuat Anwar Ibrahim di Pelabuhan Klang, makan di Restoran Muara Ikan Bakar, Tg Harapan, Pelabuhan Klang, sekitar 8.15 malam tadi.

Di bawah adalah bukti hubungan intim Anwar dengan Sheikh Ahmad.


Sementara itu, blog MIK membuat kesimpulan bahawa Che Gu Bard hanya memandai-mandai menganjurkan program bersama Hindraf di lokasi berkenaan. [Klik SINI]

Tuesday, January 24, 2012

Anwar Sakit Tenat


Anwar boleh jatuh sakit tenat, bila menyaksikan foto-foto sambutan hangat PM DS Najib Razak di sambutan CNY BN Pulau Pinang.

Kalau rakyat tak suka, gerenti dia orang tak ambil peduli.



Laporan dan lagi foto-foto menarik dari blogger Anak Seberang, klik SINI.

Kalau Khalid Ibrahim Kena Tunjal Di Dewan MBSA Jalan Kebun, Brader Ni Juga Yang Akan Selamatkan MB Selangor

Wajah brader di atas disebarkan di internet sebagai penyangak. Tapi sebenarnya ramai yang tak tahu yang anak muda ini adalah penerus legasi. [Baca SINI].

Kalau nak dikatakan orang-orang Jalan Kebun sebagai rasis, tentunya kenyataan itu adalah melampau. Sebabnya, belum pernah aku dengar orang Cina atau India yang kena belasah kalau masuk ke situ.

Bukan nak angkat dia jadi hero, tapi semua pihak kena hormat pada orang Jalan Kebun. Jangan kacau tempat mereka. Mantan MB Perak Nizar Jamaluddin pun kena hambat dari kampung ni, sebab dia orang Jalan Kebun tak suka Melayu jadi hamba bangsa lain.

Jalan Kebun pun bukan kubu kuat BN pun. Rasanya, siapa yang pernah bertanding atas tiket BN semuanya pernah merasa, termasuklah Amzah Umar dan Vigneswaran. Mereka juga kalah dibeberapa saluran undi, malah tergucil terus pada PRU12 yang lalu. Bagi orang Jalan Kebun, jangan hina Melayu dan kacau kampung mereka. [Baca SINI]

Kalau Khalid Ibrahim kena tunjal macam kat video di bawah dan ianya berlaku di Dewan MBSA, Jalan Kebun, brader kat atas itulah yang akan selamatkan MB Selangor yang failed tu.

CEO Alam Flora Lebih Layak Jadi MB Selangor Berbanding Khalid Ibrahim

Penamatan perkhidmatan Alam Flora, bukan digantikan dengan perkhidmatan yang lebih baik, malah lebih buruk.

Saya telah membuat aduan berkenaan sampah kebun yang tidak dikutip pada 10 Januari 2011 kepada Majlis Perbandaran Klang kerana suatu majlis bakal diadakan di rumah saya pada 15 Januari yang berikutnya.

Namun, sampah ini masih tidak dikutip hingga pada posting ini ditulis.

Nampak gayanya, kalau lori kontraktor ni datang, saya nak minta mereka tolong buang seluruh anggota exco kerajaan negeri ke Sungai Klang.

Kecoh Di Jalan Kebun - Lain Kali Jangan Bawa Pemimpin Bukan Melayu Untuk Hina Pemimpin Melayu

Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah sepatutnya telah arif dengan sensitiviti masyarakat di Jalan Kebun. Hampir 4 tahun beliau menjadi AP di situ, sepatutnya beliau terlebih maklum dengan persekitaran di Jalan Kebun.

Oleh kerana semenjak Sabtu lalu yang lalu saya berada di utara Semenanjung, saya kurang mengikuti perkembangan politik di blog, melainkan hanya sekali lalu sahaja (apabila punya ruang).

Sebenarnya silap besar membawa orang bukan Melayu untuk berucap menghina pemimpin Melayu. Samada Che Bard, Haris Ibrahim mahu pun Mat Sabu boleh hina Najib dan Muhyiddin di Jalan Kebun, tapi bukan oleh pemimpin bukan Melayu.

Malah jika Presiden MIC G. Palinivel sekalipun yang berucap menghina Nik Aziz dan Hadi Awang di Jalan Kebun, beliau akan menerima padah yang sama. Hal ini semua pihak harus perlu maklum.

Bagi saya, kalau dah nama tajuk program pun "Asal Bukan UMNO", tidak dapat tidak pasti akan keluar ayat-ayat penghinaan terhadap pemimpin-pemimpin Melayu. Jadi membawa pemimpin Hindraf adalah satu kesilapan besar.

Dalam bahasa mudahnya, Anwar Ibrahim dan Hadi Awang boleh datang berucap untuk hina sesiapa pemimpin Melayu tetapi bukan Lim Kit Siang, Karpal Singh atau Tian Chua.

Itulah uniknya Jalan Kebun.

Monday, January 23, 2012

Tiada Mercun Di Ambang Tahun Naga


Sepi pula rasanya kedatangan tahun naga 2012 tahun ini.

Telah berpuluh tahun dan memang biasa pun mendengar dentuman mercun saban tahun di malam tahun baru Cina. Kali ini begitu sepi dan bagai tidak ada apa-apa sambutan pun.

Sebenarnya, semenjak Sabtu lalu saya berada di utara Semenanjung, menziarahi saudara mara di Alor Setar, Tanjung Dawai dan insyallah akan ke Penaga pula pagi ini.

Terasa ralat juga kerana tidak dapat singgah bertemu sepupu-sepupu di Beseri dan di Changloon kerana masa tidak mengizinkan, walau pun telah sampai ke Padang Besar.

Bagi anak-anak, berasa pelik kerana telah biasa dengan dentuman mercun di malam tahun baru Cina.

GONG XI FA CAI.

Sunday, January 22, 2012

KIni Bukan November 2000 - Jalan Kebun Bukan Lagi Lubuk Kebangkitan Reformasi

Masa beredar dan PKR sendiri harus memandang ke dalam diri. Jangan jadikan peristiwa November 2000 sebagai teladan untuk dijadikan pemangkin kebangkitan samada reformasi mahu pun gerakan ABU yang diwarwarkan. Ditahun berkenaan, pergerakan trafik di Lebuhraya KESAS lumpuh dan terhenti, malah beberapa orang pemimpin PKR ditangkap dan didakwa di mahkamah. Kini semuanya hanyalah sekadar kenangan untuk pejuang-pejuang reformasi palsu bersama Anwar.

Perlu diingat bahawa siapa tokoh-tokohnya dan dimana tokoh yang dulu bersama PKR, yang kini meninggalkan parti itu. Bukan memuja Ezam Mohd Nor & The Gangs, tetapi hakikatnya mereka dulu berlubuk di Shah Alam. Jalan Kebun dulu dibawah kawasan parlimen Shah Alam dan kini dibawah parlimen Kota Raja, namun watak-watak politiknya tetap orang sama, cuma berubah dari segi posisi.

Jadi, serangan yang berlaku adalah petanda bahawa PKR telah ditolak oleh orang-orang Jalan Kebun.

Seperkara yang lebih penting, jika wujud pun perbezaan politik sesama mereka, uniknya anda tidak dapat melihat kedai Cina mahupun orang Cina bermastautin disitu. Ini bukan bermakna mereka menolak orang Cina apatah lagi anti Cina, tetapi itulah uniknya Jalan Kebun. Perbalahan politik dikalangan mereka, tidak sama sekali menjejaskan mereka untuk mengekalkan keunikan itu.

Bab inilah yang Mat Sabu dan Che Gu Bard kena faham. Oleh itu, jangan hentam keromo!

Kalau Hanya Mahasiswa Penentu Masa Depan Negara, Maka Mat Sabu, Din Pudu Sentral & Mahfuz Tak Layak Jadi Pemimpin PAS



Memang patut pun mamat-mamat atas pick-up tu kena baling batu.

Mat Sabu yang belajar sebelum AUKU berkuatkuasa tapi mengapa gagal menamatkan pengajian? Malah hari ini pun dah jadi Timbalan Presiden PAS.

Itu belum lagi ambil kira kerani bank dan budak pejabat yang jadi Naib Presiden seperti Din Pudu Sentral dan Mahfuz Omar. Jadi tak pelik kalau orang ramai tak ambil kisah.

Kalau nak diambil kira hanya siswazah yang boleh menentukan masa depan negara, singkirkan dulu 3 orang pemimpin PAS tu, barulah para pekerja bawahan, pesara-pesara dan orang-orang biasa boleh sokong mansuh AUKU.