Ketika rakyat DUN Pelabuhan Klang beratur panjang untuk mendapatkan BR1M, anak didik Anwar Ibrahim, ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah tidak menjenguk untuk bertanya khabar.
Hendak dijadikan cerita, kebetulan setelah selesai membuat liputan penyampaian BR1M DUN Pelabuhan Klang yang berlangsung di Hotel Crystal Crown, saya bergegas ke DUN Kota Anggerik, Shah Alam dan terserempak dengan ADUN berkenaan di kesesakan jalanraya di Seksyen 15, Shah Alam (berhadapan Karangkraf). Gambar di atas adalah menjadi bukti.
Untuk rekod, Badrul Hisham menang DUN Pelabuhan Klang atas tiket PKR semasa PRU12. Kemudian beliau keluar menjadi Bebas dan akhirnya menyertai BN.
Walau bagaimana pun BR1M DUN Pelabuhan Klang dikendalikan oleh Ketua UMNO Bahagian Dato' Mazlynoor Abdul Latif dan dibantu oleh sukarelawan dari Wanita, Pemuda dan Puteri bahagian berkenaan.
Foto-foto di bawah dirakam semasa proses pengagihan dilaksanakan.
No comments:
Post a Comment