Saturday, June 9, 2012
Antara Anwar Dengan Nik Aziz, Cakap Siapa Yang Boleh Pakai?
Ada 2 laporan yang berbeaza antara KeadilanDaiy dan Harakahdaily berkenaan piket bantahan tol PJS2.
KeadilanDaily melaporkan ada 500 peserta, manakala HarakahDaily pula hanya menyebut 100 orang.
Mana satu yang betul?
Cetusan Rasa ADUN PAS Bangi - Macam Tak Ikhlas Bagi RM500 Untuk Program Rakyat
Bagi seorang ADUN tentunya amat kecewa apabila rakyat dalam kawasan DUN yang diwakilinya tidak mengundangnya ke suatu majlis keramaian.
Itulah yang terjadi kepada ADUN PAS Bangi Dr Shafie Abu Bakar.
Namun, oleh kerana tidak dijemput dendam kesumat Shafie tetap menguasai dirinya. Pengerusi program yang memohon RM1,000 telah dengan sengaja tidak dilayan kerana beliau tidak dijemput untuk hadir.
Selepas bersorong tarik dan supaya tidak menjadi buah mulut, maka ADUN Bangi tersebut sekadar memberi RM500. Itu pun macam tak ikhlas. Apa salahnya kalau biar orangya tak sampai, tapi peruntukannya sampai?
Baca cetusan rasa dari Dr Shafie yang pilih bulu ini yang dipetik dari blognya [klik SINI].
Kepada penduduk di alamat di atas Adun Bangi mengucapkan Selamat Berhari Keluarga.
Sebenarnya Adun menerima surat jemputan bertarikh 21 Mei 2012 dari Pengerusi Penganjur untuk datang ke Hari Keluarga di atas berserta permohonan peruntukan. Permohonan kewangan tersebut dijangka dibawa ke Mesyuarat Kewangan Adun pada Khamis 7 Jun, tetapi sehari sebelum hari mesyuarat, iaitu pada Rabu 6 Jun Pengerusi sambutan datang ke Pejabat Adun mengadu rumput panjang di Padang Jalan Dua tempat bakal diadakan Sambutan Hari Keluarga.
Beliau juga memaklumkan bahawa Tuan Pegawai Daerah Hulu Langat dijemput untuk merasmikan Hari Keluarga, tetapi beliau menyatakan tidak dapat hadir. Beliau akan mencuba menjemput Timbalan Pegawai Daerah dan jika tidak dapat, Cikgu Yunus Ketua Umno dan Veteran di kawasan itu akan diminta merasmikan Hari Keluarga berkenaan.(Pada masa beliau masih bersama Adun, Adun meminta Pegawai di Pejabat Adun menghubungi Kontrektor Memotong Rumput untuk memotong rumput di Padang Jalan Dua. Pemotongan dilakukan pada petang itu juga).
Kenyataan Pengerusi Sambutan ini menyentuh hati dan maruah Adun, Mengapa Adun dijemput dan minta peruntukan darinya, tetapi diperlakukan sedemikian di dalam Majlis ? Menurut Ketua Penganjur tersebut, dia tidak mau libatkan Hari Keluarga dengan politik. Kalau demikian mengapa dijemput Adun Bangi orang politik dan meminta juga peruntukan darinya ?
Pada hari Mesyuarat kewangan, sengaja permohonan Pengerusi Hari Keluarga berkenaan tidak dibawa ke pertimbangan, berasaskan pendirian Pengerusi tersebut yang tidak mau libatkan orang politik. Sebenarnya Adun menyelidik dengan menghubungi Pengerusi Persatuan Penduduk Jalan Dua. Beliau menyatakan beliau tidak terlibat dan tidak akan hadir, kerana mempunyai urusan di tempat lain. Wakil-wakil kita di kawasan itu juga dihubungi, mereka menyatakan tidak diajak berunding. Menjangkakan suasana tidak menyenangkan, maka Adun mengambil keputusan tidak akan hadir.
Tetapi pada petang Jumaat semalam (8 Jun), Pengerusi berkenaan datang ke Pejabat Adun berhujah dengan Adun atas pendiriannya tidak mau libatkan Hari Keluarga yang dipengerusinya dengan politik. Adun menyatakan tidak akan hadir. Namun anihnya Pengerusi ini tetap mau peruntukan. Oleh kerana permohonan tidak dibawa ke dalam mesyuarat dan Pengerusi ini berkata, kalau tidak ada sumber kewangan dia sedia mengeluarkan wangnya sendiri RM1,000, maka Adun keluarkan peruntukan cek peribadi bernilai RM500/= untuk Hari Keluarga. Beliau berterima kasih dan pulang.
Maaf Penduduk Jalan 2/3 & 2/4 kerana tidak dapat hadir.
Sekian
Friday, June 8, 2012
Kemungkinan Tak Jadi Cair - Azmin Paling Kecewa
Azmin menjadi orang paling kecewa.
Bila MB Selangor Khalid Ibrahim membayangkan akan mencairkan 500 ekar tanah milik Unisel, Azmin antara yang terawal menyokong tindakan tersebut seperti dilaporkan oleh Malaysikini di bawah;
Namun, hasil perbincangan Naib Canselor Unisel dengan Ketua Eksekutif PTPTN, bakal-nakal siswa universiti berkenaan dibenarkan mendapat kemudahan pinjaman, maka cadangan Khalid dengan sendirinya terbatal.
Maka tertutuplah peluang Azmin.
"Lu Mampu Ke Tidak, Khalid?" - Noh Omar
Timbalan Perhubungan UMNO Selangor DS Noh Omar mengajukan persoalan kepada PKR samada mampu atau tidak menyediakan pendidikan percuma di Unisel milik kerajaan negeri Selangor?
Pada masa yang sama, Kerajaan Selangor melalui Exco Pendidikan Dr Halimah Ali mendakwa bahawa kerajaaan negeri mempunyai tawaran yang lebih baik dari PTPTN [Rujuk SINI].
Namun dari maklumat yang didedahkan oleh mereka, pinjaman tanpa faedah yang ditawarkan (lihat data di atas), sekadar mampu untuk dilluluskan kepada 30% dari jumlah permohonan tahun semasa.
Pada tahun 2011, kerajaan negeri hanya dapat menampung 23% dari jumlah permohonan sebanyak 4,361.
Ini bermakna bahawa kerajaan dalam kedudukan TIDAK MAMPU.
Jadi, berterus terang sahajalah bahawa kerajaan tidak mampu untuk menyediakan pendidikan percuma. Apa nak dimalukan?
Thursday, June 7, 2012
Wednesday, June 6, 2012
Gempar Lagi Di Selangor - Khalid Ibrahim Bagi RM5 Juta Kepada Eli Wong
Media Selangorku melaporkan geran RM5 juta diperuntukkan semata-mata untuk memelihara alam sekitar Eli Wong.
Persoalannya mengapa geran tersebut disalurkan melalui NGO?
Sejauhkah mana pemantauan terhadap utilisation geran berkenaan? Jika digunakan khusus untuk pemeliharaan alam sekitar tidak mengapa, cuma timbul syak wasangka yang ia ada sebahagian dari modus operandi ketirisan wang rakyat, disalurkan ke dana pilhanraya PKR.
Atau sebahagian dari pembiayaan untuk memelihara 'alam semula jadi' Eli Wong yang terdedah?
Tekanan Kerajaan Khalid Ibrahim Kepada Rakyat Selangor - Pembeli Rumah Diwajibkan Beli Pakej Tanah Kubur!
Selepas pengumuman penurunan cukai taksiran bagi pemilik apartment kos rendah sebanyak 25% yang menduduki sendiri unit kediaman mereka, MB Selangor hari ini tampil dengan pengumuman pakej petak perkuburan dalam setiap transaksi hartanah di negeri berkenaan.
Ini bermakna, kalau anda membeli unit kediaman baru, bermakna anda diwajibkan membayar petak tanah perkuburan.
Menurut Khalid, peraturan ini akan diwartakan dan ini bermakna ia akan menjadi kewajipan kepada mereka yang terlibat dalam transaksi hartanah membayar caj tambahan antara RM300-500 untuk tanah perkuburan.
Baca petikan dari Media Selangorku di bawah;
Tuesday, June 5, 2012
Soalan Untuk Nala - Dr Munawar Guna Tangan Kanan Atau Kiri Masa Ransang Anwar?
Kelakar!
Nalla dedahkan Dr Munawar (gambar atas) sebagai pakar 'ransang menggunakan tangan' untuk Anwar.
Pendedahan dibuat dalam pernyataan pembelaannya di bawah;
Keseluruhan pernyataan boleh dilihat/baca di AIDC.
Ramai Yang Tidak Perasan Wujud Persaingan Najib Dan Hadi Dalam Merebut Wanita
Bila PM membuat keputusan untuk memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita yang dikosongkan oleh DS Sharizat Jalil, Keluarga dan Masyarakat, banyak pihak apatah lagi pembangkang tertawa dan mempersendakan tindakan tersebut.
Mungkin tawa pihak pembangkang begitu terbahak-bahak dan terguling-guling.
Namun, mereka tidak sedar bahawa tindakan PM adalah tindakan yang amat bijak dari segi strategi politik lantaran beliau faham naluri wanita. Wanita, hakikatnya amat sukar berubah pendirian dan inilah yang amat diberi perhatian oleh DS Najib.
Seperkara lagi, kementerian ini juga bertanggung jawab dalam hal-hal kebajikan dan Najib mengambil pelang ini untuk mendengar sendiri rintihan dan memahami kesusahan rakyat.
Sebaliknya, bagi Presiden PAS DS Hadi Awang ia baru sahaja memulakan persaingan dengan Najib dalam merebut wanita pada Jumaat lalu sempena 'Munajat & Himpunan Hijau Menuju Putra Jaya' yang berlangsung di Alor Setar.
Dalam menggariskan 'Roadmap Ke Putra Jaya' Hadi ada menyentuh berkenaan pentingnya undi wanita di perkara 9 dari 12 perkara yang digariskan;
Nampaknya Hadi masih terkial-kial memacu PAS menggantikan UMNO, manakala Najib awal-awal membuat keputusan (yang kelihatan kelakar dan ganjil serta mengundang tawa dipihak pembangkang) bijak meninggalkan Hadi jauh di belakang dalam berebut wanita!
Monday, June 4, 2012
Khalid Buat Silap Mata Lagi - Umum Turunkan Cukai Pintu Tapi Bersyarat!
MB Selangor Khalid Ibrahim biasanya kalau umumkan sesuatu mesti bersyarat.
Dulu umumkan gaji minimum, tapi terhad kepada GLC Selangor yang berduit.
Umumkan bantuan RM1,500 kepada anak-anak Selangor yang masuk IPT tetapi terhad kepada syarat pendapatan.
Habis tu, apa yang seluruh rakyat dapat?
Terbaru, Khalid umumkan penurunan cukai pintu sebanyak 25%. Namun ia terhad kepada apartment kos rendah dan tertakluk kepada pemilik mendiami sendiri unit tersebut.
Kadar sekarang adalah RM80 dan bermakna kadar cukai tersebut akan turun kepada RM60 (untuk 6 bulan).
Berbanding dengan rumah teres kos rendah, kadar adalah diparas RM66, bermakna ia bukan penurunan. Sebaliknya adalah pelarasan kadar sepertiyang dinikmati oleh pemilik rumah teres kos rendah.
Lagi satu silap mata dari Khalid Ibrahim!
Baca kenyataan Khalid yang di Media Selangorku di bawah:-
ADUN PKR Seri Setia Tak Sanggup Subahat Lagi - Tuntut Batal Projek Pembangunan Padang Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya
ADUN PKR Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini tampil dengan kenyataan meminta Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor membatalkan cadangan pembangunan tapak Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya.
Selain tidak sanggup lagi bersubahat dengan Azmin Ali, tentunya kenyataan ini tidak lain adalah bertujuan untuk menyelamatkan kerusi DUN Seri Setia yang disandangnya.
Dalam banyak keadaan, Azmin lebih berkuasa dalam menentukan projek-projek PKNS dan MB Khalid Ibrahim saban kali teragak-agak untuk membuat keputusan mengenai PKNS. Apatah lagi, Azmin adalah Timbalan Presiden PKR, disamping mengetuai PKR Selangor.
YDP PAS Klang Tertiarap Di Gelanggang - Pesuruhjaya PAS Selangor Selamatkan Guna Rawatan CPR!
Difahamkan bahawa YDP PAS Kawasan Klang Hj Ismail Arsat telah kecundang dalam undian pencalonan Nazir Masjid di kariahnya.
Namun oleh kerana kariah tersebut adalah kampung kepada Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman, Ismail telah dilantik sebagai Nazir, meskipun cuma mendapat 66 undi, berbanding pesaingnya yang mendapat 99 undi.
Maklumat di atas adalah dari komen terhadap entri saya, yang mendedahkan bagaimana Pakatan Rakyat Selangor hijack pencalonan Jawatankuasa & Pengurusan Masjid di Selangor [klik SINI].
Selepas Akui Dosa Lawan UMNO, Azmin Minta Politik Dinasti Dihentikan
Sebelum ini Azmin Ali mengakui tentang dosanya melawan UMNO yang diluahkan melalui twitternya.
Kali ini melalui wawancara dengan Malaysiakini, Azmin bagaikan ada masalah emosi secara terus terang meminta 'politik dinasti' dihentikan dalam PKR.
Mungkinkah in bermaksud menolak Wan Azizah dan Nurul Izzah?
Sunday, June 3, 2012
Khalid Ibrahim Biadab Perdaya Sultan Dalam Perlantikan Jawatan-Jawatan Utama Masjid Selangor?
Termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor, masjid dan surau adalah dibawah pemilikan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Pada masa yang sama, MAIS adalah dibawah bidang kuasa Sultan.
Secara langsung, ini bermakna bila berlangsung pencalonan untuk Jawatankuasa dan Pegawai Masjid di setiap kariah seluruh Selangor untuk sesi 2012-2015, MAIS adalah berkuasa mutlak dalam menentukan perlantikan tersebut.
Namun begitu, Jabatan Agama Islam yang dibawah portfolio yang dipengerusikan oleh MB Selangor sendiri adalah mewakili MAIS di setiap daerah, melalui Pejabat-Pejabat Agama Daerah (PAID).
Bila kuasa ini diperturunkan kepada PAID, maka dari situlah berlakunya hijack kuasa pemilihan oleh Pakatan Rakyat. Ia berlaku, apabila wujud unsur campurtangan dari ADUN Pakatan Rakyat, Penyelaras DUN dan Pengerusi JKKK/Ketua Kampung. Hakikatnya, mereka yang disebutkan diatas telah memberi tekanan kepada PAID dalam membuat rekomendasi kepada MAIS.
MAIS pula, kemudiannya telah memanjangkan rekomendasi PAID kepada Orang Besar Daerah (OBD) sebagai pengerusi panel pemilihan untuk membuat keputusan.
Oleh sebab itulah, berlaku rungutan dan ketidakpuasan hati dikebanyakan kariah masjid apabila perlantikan jawatan-jawatan utama (Nazr, Imam 1 dan Imam 2) yang diumumkan, bukan berdasarkan keputusan pencalonan Mesyuarat Agong Khas Masjid di kariah masing-masing.
Pengumuman perlantikan dibuat oleh Pengerusi JKKK/Ketua Kampung dan mereka menjual nama OBD kepada ahli-ahli kariah, dengan mengatakan bahawa keputusan dibuat oleh OBD.
Kini, perlantikan jawatan-jawatan utama iaitu Nazir, Imam 1 dan Imam 2 telah diumumkan dan berkuatkuasa pada 1 Jun 2012, namun tidak mengikut petunjuk dan isyarat dari ahli-ahli kariah melalui pencalonan yang telah dibuat. Kecoh di kariah-kariah telah bermula.
Malangnya, OBD telah menjadi mangsa kecaman akibat dari salah nasihat yang telah diberikan oleh Pakatan Rakyat melalui PAID, oleh ahli-ahli kariah yang tidak faham duduk perkara yang sebenar. Pada masa yang sama, Khalid berpeluk tubuh seolah-olah tiada campurtangan darinya.
Ternyata, MB Selangor itu telah dengan sengaja menimbulkan kekecohan dan secara langsung menampakkan yang kebiadaban beliau yang telah 'memperdaya' MAIS yan dibawah bidangkuasa terus Duli Tuanku Sultan.
Hadi Awang Ada Pengalaman Masuk Suku Pada 1991?
Biasanya akan menjadi gurauan kepada seseorang lelaki luar dari Negeri Sembilan yang memilih pasangannya yang berasal dari Negeri Sembilan sebagai 'kena masuk suku'.
Bila menyemak biodata Presiden PAS TG Hadi Awang [klik SINI], rupanya perkahwinan keduanya adalah dengan wanita berasal dari negeri berkenaan.
Untuk memahami apa maksud sebenar 'masuk suku' klik SINI.
Tapi apa pula maksud politik suku dan agama suku dalam 'Amanat Hadi' di bawah?
Dedicated To Ambiga Part 2 - Najib Hadiah TV LCD 42" Pada Pemilik Rumah Yang Izinkan Alamatnya Untuk 22 Pengundi Dalam Daftar SPR
Pasangan ini telah dihadiahkan 1 unit TV LCD 42".
Alamat rumah mereka telah digunakan oleh 22 orang pengundi seperti yang tercatat dalam daftar pemilih SPR.
Pasangan ini ialah Sahlan Hamdan (66) dan Rodiah Ahmad (65).
Mereka mempunyai 22 orang anak (10 lelaki dan 12 perempuan) yang berumur antara 21 hingga 47 tahun). Ini bermakna semua anaknya adalah merupakan pengundi.
Jadi apa yang nak dipertikaikan kalau 24 orang menggunakan satu alamat, seperti yang dicurigai oleh Ambiga dan rakan-rakannya dari DAP, PAS dan PKR?
Semalam, merupakan hari bersejarah bagi pasangan yang mempunyai anak seramai 22 orang dan cucu yang berjumlah 42 orang.
Mereka bertuah kerana mendapat hadiah dari PM DS Najib.
Selain pasangan berkenaan, seorang ibu tua (berbangsa Cina) turut mendapat hadiah yang serupa kerana melahirkan 15 orang anak.
Sementara, pasangan dari keturunan India yang mempunyai 11 anak turut menerima hadiah.
Semua mereka diraikan dalam majlis di Pandamaran, Klang.
Tahniah buat ketiga-tiga keluarga besar berkenaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)