Wednesday, June 6, 2012

Tekanan Kerajaan Khalid Ibrahim Kepada Rakyat Selangor - Pembeli Rumah Diwajibkan Beli Pakej Tanah Kubur!


Selepas pengumuman penurunan cukai taksiran bagi pemilik apartment kos rendah sebanyak 25% yang menduduki sendiri unit kediaman mereka, MB Selangor hari ini tampil dengan pengumuman pakej petak perkuburan dalam setiap transaksi hartanah di negeri berkenaan.

Ini bermakna, kalau anda membeli unit kediaman baru, bermakna anda diwajibkan membayar petak tanah perkuburan.

Menurut Khalid, peraturan ini akan diwartakan dan ini bermakna ia akan menjadi kewajipan kepada mereka yang terlibat dalam transaksi hartanah membayar caj tambahan antara RM300-500 untuk tanah perkuburan.

Baca petikan dari Media Selangorku di bawah;

3 comments:

mae said...

org beli rumah kos rendah di selangor tak semestinya terus tinggal di selangor bila bersara nanti. kalau dia pindah ke kelantan dan meninggal ke kelantan, nak kena kuburkan kat selangor jugak ke.

Anonymous said...

Bro 7.26.

Nanti di akhbar dan internet ada tempat untuk Tukar Tanah Kubor Suka Sama Suka.

Bab masyukkkkkkkkk jer kerja si Khalid ni walau idea gila dia tak kisah.

Bagaimana Khairat Kematian?. Buat satu negeri pulak Khalid. Tabung Haji dah ada sebagai model.

Boleh masyuk lagi

Sental sementara boleh.

Anonymous said...

Idea gila. Maklumlah prti liberal.