Friday, March 22, 2013

Lajim Ukim Enggan Bertanding Atas Tiket DAP Kerana Tidak Dapat Sambutan Dari Melayu Islam Di Sabah


Secara terus terang DS Lajim Ukim menyatakan keengganannya untuk bertanding atas tiket DAP dalam PRU13.

Dalam kenyaatannya yang dilaporkan oleh Malaysia Digest, faktor pengundi Melayu Islam di kawasannya yang tidak menerima DAP, menjadi alasan utama Lajim tidak akan bertanding menggunakan tiket DAP.

Sebaliknya, Lajim membayangkan akan bertanding samada atas tiket PAS atau PKR.

Kenyataan Lajim itu juga, secara tidak lansung membawa maksud yang DAP masih belum dapat diterima di Sabah.

Thursday, March 21, 2013

"Susah la you…You know I tolak dari Segambut immediate?" - Mukadimah Godaan Anwar


Transkrip berikut dipetik dari FMT yang merupakan sebahagian dari dialog terdapat dalam video yang berikutnya.
Anwar: Susah la you…you know I tolak dari Segambut immediate…?
Lelaki: Ada apa kat Segambut?
Anwar: Daripada rumah I lah (ketawa)
Lelaki: Yalah betullah mana boleh percaya. You fikir kalau you in my shoes percaya tak?
Anwar: …Walaupun kadang-kadang I punya twitt banyak masuk
Lelaki: Hah yalah tu la I cakap betul ke you punya twitt…

Dialog penutup kata sebelum 2 insan dalam video berpisah (tiada dalam video) ialah "Ni duit belanja (RM300) tampung pengajian U".

Baca sepenuhnya di blog Papa Gomo.

Wednesday, March 20, 2013

Anwar Jatuh Hati Di Ipoh?


Melihat dari riak wajah Anwar dalam memberikan reaksi kepada wartawan, hampir pasti beliau akan meninggalkan Permatang Pauh dan membayangkan hasrat untuk berpindah dan mengintai ruang untuk bertanding di salah satu kawasan parlimen di Perak.

Apabila Anwar mengumumkan Lim Kit Siang bertanding di Gelang Patah, Johor (kerusi yang ditandingi oleh PKR sebelum ini), apakah itu sebagai bayangan untuk pertukaran kerusi Ipoh Timur kepada PKR?

Jika andaian ini berlaku, bermakna Anwar akan bertanding di Ipoh Timur dan hayat politiknya kini bergantung kepada ehsan DAP.

Petua Untuk Anwar Ibrahim Sebelum Beli Mutiara Ori Buat Wan Azizah


Semalam terbaca beberapa blog melaporkan perihal Wan Azizah cuma dibelikan mutiara palsu yang sekadar berharga RM5, antaranya oleh RBF Online dan Jering Daily.

Laporan tersebut adalah ulasan terhadap wawancara eksklusif Presiden PKR itu oleh akhbar Sin Chew.

Sukar untuk menelah maksud disebalik 'mutiara palsu bernilai RM5' yang dikatakan oleh Wan Azizah kepada akhbar berkenaan. Masakan Anwar adalah seorang yang sering berkunjung ke kaki lima mahu pun pasar malam untuk membeli mutiara palsu.

Atau mungkinkah Wan Azizah menyindir Anwar kerana 'terbeli' mutiara palsu untuknya dan kenyataannya kepada Sin Chew adalah isyarat dan rengekan untuk mendapatkan mutiara asli?

Khusus untuk Anwar, diperturunkan cara-cara memilih mutiara asli yang dipetik dari Toko Mutiara Lombok, Indonesia:-
Pertama : Letakkan mutiara dimulut anda dan gosok atau gigit dengan lembut ( hati-hati dalam melakukanya karena mutiara dapat tertelan) jika terasa licin, berarti itu palsu. Karena yang asli terasa agak/ sedikit keset seperti berpasir test ini selalu digunakan sepanjang waktu oleh orang-orang yang hidupnya berkecimpung didunia mutiara.
Kedua : Letakkan di telapak tangan dan timbang-timbanglah, mutiara yang asli akan terasa berat sedangkan yang palsu ringan kecuali mutiara palsu tersebut terbuat dari butiran kaca.
Ketiga : Apabila mutiara tersebut telah berlobang , anda dapat mengunakan kaca pembesar dan lihat di pingiran lobang tersebut apabila mutiara asli pingiranya terlihat halus dan tajam sedangkan yang palsu akan terlihat kasar dan tidak rata.
Keempat : Bisa juga dengan membakarnya jika meleleh jelas itu palsu mutiara asli tidak terbakar khusus mutiara air tawar dia akan seperti kesan terbakar namun tidak meleleh.
 Kelima : Amatilah mutiara anda apakah ada garis / belangnya , kebanyakan mutiara yang asli mempunyai sedikitnya satu garis / belangnya, yang palsu samasekali tidak cacat atau mulus. (catatan kebanyakan mutiara asli keadaanya seperti itu, namun bila anda dapati mutiara anda tidak ada cacat sama sekali namun apabila test no 1-4 telah dilakukan dan menunjukan keaslianya maka lebih baik untuk memastikan anda datang kepada yang ahli untuk pengujian dengan X-ray untuk menetukan asli atau tidaknya.)
Keenam : Mutiara yang asli jauh lebih mahal dari yang palsu.
 Selamat mencuba buat Dato' Seri!

SPR Bertegas Tidak Melayan Sebarang Permohonan Pilihan Raya Berasingan


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai asas untuk bertegas untuk mengadakan PRU13 secara serentak yang melibatkan keseluruhan Parlimen dan DUN (kecuali Sarawak) secara serentak.

Berita Harian melaporkan kenyataan Timbalan Pengerusi SPR Dato' Wan Ahmad Omar,
"SPR akan tetap buat pilihan raya (negeri dan Parlimen) secara serentak...ini kerana jika dibuat secara berasingan ia akan melibatkan perbelanjaan yang besar, buang masa rakyat dan akan berlaku pembaziran,"
Perkara ini ada kewajarannya memandang secara keseluruhannya Parlimen dan semua DUN semakin menghampiri tarikh matang. Oleh yang demikian, PRU secara berasingan memerlukan kos tambahan yang diangarkan RM20 juta setiap negeri.

Malahan bagi Selangor yang begitu beria-ria untuk mengadakan PRU berasingan, sebanyak RM35 juta diperlukan kerana bilangan pengundi yang ramai berbanding dengan negeri-negeri lain.

Tuesday, March 19, 2013

Anwar Dikesan Berada Di Hotel Hilton KL Sentral Pada 6 Februari 2013 Jam 1 Pagi


Pilihan antara saman RM100 juta atau memohon maaf yang diberikan oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim terhadap blogger Papa Gomo, tidak dapat menahan blogger berkenaan dari tulis terus menulis.

Sebaliknya dalam entri terbarunya, Papa Gomo dengan berani mendakwa ada memiliki video yang didakwa dirakam pada 6 Februari 2013 di lokasi Hotel Hilton,KL Sentral.

Malahan, Papa Gomo turut mendakwa suami Nurul Izzah turut terbabit menjadi 'tukang angkut' Anwar dalam aktivitinya.

Kalau beginilah jadinya, tidak mustahil Anwar akan menaikkan amaun saman kepada RM1 bilion terhadap Papa Gomo.

Baca seterusnya di SINI.

Wajah Lim Kit Siang Sebagai Ahli Politik 'Touch & Go' Dari Kaca Mata Chua Soi Lek


Presiden MCA DS Dr Chua Soi Lek menyifatkan langkah Lim Kit Siang berpindah kawasan dari Ipoh Timor ke Gelang Patah adalah sebagai amalan 'hit & run' dan 'touch & go' Kit Siang dalam kareer politiknya.

Dalam kenyatan Presiden MCA itu yang disiarkan oleh laman web MCA, sekiranya benar DAP bercirikan parti pelbagai kaum, Soi Lek mencadangkan agar Kit Siang memilih kawasan yang ditandingi oleh calon heavyweight UMNO.

Tindakan Kit Siang itu dilihat sebagai bukan untuk menjatuhkan BN, sebaliknya adalah untuk menambah bilangan kerusi DAP.

Soi Lek turut menyatakan kebimbangan dengan kecenderungan politik yang dibawa oleh DAP itu, bukannya menyumbang kearah pembentukan 'Sistem 2 parti', tetapi  menjerumus kepada 'sistem 2 kaum' yang meletakkan UMNO kuat dalam kerajaan dan DAP kuat sebagai pembangkang.

Sesungguhnya, kekhuatiran Soi Lek ini bakal menjadi kenyataan bila memandang pada suasana dan kecenderungan komuniti Cina terhadap corak politik pada hari ini.

Anwar Semakin Lemah & Hilang Wibawa Kendali Pakatan Rakyat - DAP & PAS Mula Isytihar Calon Di Kawasan-Kawasan Milik PKR


Jika dilihat rentetan peristiwa dalam beberapa hari kebelakangan ini, tidak salah untuk disimpulkan bahawa Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim kini semakin lemah dan hilang wibawa untuk mengendali Pakatan Rakyat.

Hakikatnya rasa hormat sebagai ketua terhadap Anwar semakin terhakis, bila satu persatu kerusi-kerusi yang pernah ditandingi oleh PKR dalam PRU12 telah mula ditagih oleh DAP dan PAS.

Dengan bermula di Bentong, DAP telah mengumumkan untuk meletak Wong Tack (pemimpin gerakan Anti-Lynas) sebagai calonnya di kawasan parlimen berkenaan, meskipun pada PRU12 calon PKR G. Ponusamy pernahpernah bertanding di sana.

Kemudian diikuti pula dengan pengumuman Lim Kit Siang pula sebagai calon di kawasan parlimen Gelang Patah (juga ditandingi oleh PKR semasa PRU12). Mungkin kerana Lim Kit Siang adalah big brother kepada Anwar, maka beliau telah tunduk dengan tekanan tersebut dengan mengumumkan pemimpin kanan DAP itu sebagai calon di kawasan berkenaan.


PAS juga tidak mahu ketinggalan dalam menuntut kerusi yang pernah jadi milik PKR. Di kawasan DUN Changkat Jering, PAS Perak (seperti dilaporkan oleh Harakahdaily) telah mengumumkan bekas MB Perak DS Nizar Jamaludin untuk bertanding di sana.

Untuk rekod, Changkat Jering telah dimenangi oleh PKR melalui Kapten (B) Osman Jailu, sebelum mengisytiharkan dirinya menjadi ADUN Bebas.

Jika Anwar melayani setiap tuntutan berkenaan, pasti ia akan mendapat tentangan dari dalam PKR sendiri. Malah ia juga mencerminkan yang Anwar semakin tidak dihormati didalam Pakatan Rakyat.

Monday, March 18, 2013

Setelah Terlanjur Tonton Video Aksi Anwar, Kini Johari Abdul Nak Jadi Iblis Hasut Perang Antara Mangsa Liwat Dengan Bapanya


Foto atas adalah reaksi Johari Abdul ketika menonton video aksi Anwar di atas ranjang.

Bukan main gelak sakan Johari mentertawakan aksi Anwar dan ada ketika kelihatan melopong.


Mungkin kerana keterlanjurannya itu telah diketahui oleh umum, maka Johari nekad untuk menjadi penghasut supaya mangsa liwat Saiful bukhari Azlan bergaduh dengan bapanya sendiri Azlan Mohd Lazim, sebagai jalan memperbaiki hubungannya dengan Anwar.


Tidakkah ini bagai perangai iblis bila suka melihat pergaduhan antara anak dan bapa?

Kutipan Tabung Milo PAS Di Selangor Semakin Meleset - Wang RM1 Lebih Banyak Dari RM10!


Kutipan tabung ceramah PAS tidak sehebat dulu.

Kini lebih banyak wang kertas RM1 disumbangkan kedalam tabung milo PAS.

Foto di atas dirakamkan hujung minggu ini, di sebuah kawasan PAS Selangor.