Tuesday, March 19, 2013
Wajah Lim Kit Siang Sebagai Ahli Politik 'Touch & Go' Dari Kaca Mata Chua Soi Lek
Presiden MCA DS Dr Chua Soi Lek menyifatkan langkah Lim Kit Siang berpindah kawasan dari Ipoh Timor ke Gelang Patah adalah sebagai amalan 'hit & run' dan 'touch & go' Kit Siang dalam kareer politiknya.
Dalam kenyatan Presiden MCA itu yang disiarkan oleh laman web MCA, sekiranya benar DAP bercirikan parti pelbagai kaum, Soi Lek mencadangkan agar Kit Siang memilih kawasan yang ditandingi oleh calon heavyweight UMNO.
Tindakan Kit Siang itu dilihat sebagai bukan untuk menjatuhkan BN, sebaliknya adalah untuk menambah bilangan kerusi DAP.
Soi Lek turut menyatakan kebimbangan dengan kecenderungan politik yang dibawa oleh DAP itu, bukannya menyumbang kearah pembentukan 'Sistem 2 parti', tetapi menjerumus kepada 'sistem 2 kaum' yang meletakkan UMNO kuat dalam kerajaan dan DAP kuat sebagai pembangkang.
Sesungguhnya, kekhuatiran Soi Lek ini bakal menjadi kenyataan bila memandang pada suasana dan kecenderungan komuniti Cina terhadap corak politik pada hari ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment