Saturday, November 30, 2013

Giliran Rafizi Ramli Pula Malukan Khalid Ibrahim


Ketika ditanya dalam satu forum pemimpin Pakatan Rakyat samada wajar Selangor akan menjadi contoh kepada pelan pendidikan percuma, Rafizi Ramli menjadi agak pesimis terhadap kewajaran tersebut dan akhirnya mengakui bahawa kerajaan pimpinan Khalid tidak berkemampuan

Memetik laporan The Malaysian Insider, Rafizi memberi alasan 
“Pendapatan rezab kerajaan negeri Selangor lebih kecil daripada RM3 bilion. Punca kewangan negeri terlalu sedikit iaitu hanya daripada premium tanah.,"
Kenyataan Rafizi itu dengan sendirinya mendedahkan rezab negeri adalah termasuk jumlah peruntukan penyelenggaraan MARRIS yang tidak dibelanjakan oleh kerajaan negeri. Saban tahun juga menunjukkan penerimaan peruntukan MARRIS dari kerajaan persekutuan adalah lebih tinggi berbanding kutipan cukai tanah.

Analisa 2 jadual di bawah untuk membanding cukai tanah dengan penerimaan peruntukan MARRIS untuk tempoh 2007 - 2011 yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara:-


Tentunya Rafizi punya alasan untuk menyimpulkan rezab negeri adalah pada jumlah yang lebih kecil, memandangkan penggunaan peruntukan MARRIS untuk tujuan lain telah dikesan oleh  Ketua Audit Negara. Malahan, Ketua Audit Negara telah mengarahkan pelarasan dibuat keatas akaun negeri, seperti tertera di muka surat 37 laporan berkenaan.

Rujuk petikan di bawah,


Andaikata Ketua Audit Negara membuat keputusan supaya dikeluarkan jumlah peruntukan MARRIS dari akaun rezab negeri untuk diselaras semula kedalam jurnal peruntukan MARRIS, maka telahan Rafizi terhadap amaun rezab negeri ada asas dan kebenarannya.

Sementara itu, Khalid sendiri telah mengakui bahawa peruntukan MARRIS telah dimasukkan kedalam rezab negeri, baca SINI.

Friday, November 29, 2013

Pengakuan Khalid Ibrahim Pada Adun PKR


Sebelum ini MB Selangor Khalid Ibrahim dibelasah kiri dan kanan, samada dari pihak BN mahu pun dari pihak PR, malahan dari dalam PKR sendiri.

Puncanya ialah jalan raya yang diselenggara mengikut inovasi Khalid Ibrahim.

Di bawah adalah contoh penyelenggaraan jalan raya di Pelabuhan Klang (kawasan yang Khalid wakili) dan Ijok (bekas kawasan yang Khalid wakili), yang fotonya adalah mengikut turutan sebutan.



Menurut Laporan Ketua Audit Negara (muka surat 33), Khalid telah mengurangkan perbelanjaan Tabung Amanah Penyelenggaran Jalan Raya yang diturunkan oleh Kerajan Persekutuan melalui MARRIS hingga ketahap penggunaan 58.1% sahaja (rujuk jadual bawah):-


Jika sebelum ini perkara menimbulkan syak dikalangan wakil-wakil rakyat BN yang lebihan peruntukan tersebut telah menjadi sebahagian dari rezab negeri, akhirnya Khalid mengakui telahan mereka.

Ketika menjawab soalan dari bekas Exco yang digugurkan oleh Khalid, Adun Kota Anggerik Yaakop Sapari, Khalid menjawab lebihan itu telah dimasukkan kedalam rezab negeri laporkan portal Selangorkini,

Ustaz Kazim Bakal Dibelasah PAS - Antara 9 Yang Dilantik Ahli MT UMNO

Tahniah kepada 2 tokoh luaran UMNO Ustaz Kazim dan Tan Sri Prof Ibrahim Shah (bekas VC UiTM) yang dilantik sebagai Ahli MT UMNO.


Senarai Pelantikan Barisan Pegawai Pergerakan Wanita UMNO Malaysia & Pimpinan Wanita Perhubungan Negeri

PELANTIKAN PEGAWAI PERINGKAT KEBANGSAAN
PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA
 
Penolong Setiausaha
YB. Dato’ Rosni Sohar
Ketua Wanita Bahagian Hulu Selangor
 
Ketua Penerangan
YBhg. Dato’ Rosni Zahari (baru)
Ketua Wanita Bahagian Maran
 
Penolong Bendahari
Puan Nor Azita Abdul Rahman (baru)
Ahli Wanita UMNO Bahagian Pekan
Mantan Setiausaha Puteri UMNO Malaysia
 
Penolong Setiausaha
Wanita Barisan Nasional
YB Dato’ Noraini Ahmad (baru)
Ketua Wanita Bahagian Parit Sulong

PELANTIKAN KETUA WANITA DAN
NAIB KETUA WANITA PERHUBUNGAN NEGERI
 
PERLIS
 
Ketua Wanita
YB Hajah Rela Ahmad
Ketua Wanita Bahagian Kangar
 
Naib Ketua Wanita
YBhg. Dato’ Hajah Shamsiah Yasin (baru)
Ketua Wanita Bahagian Arau
 
KEDAH

Ketua Wanita
YBhg. Datuk Maznah Abdul Hamid
Ketua Wanita Bahagian Jerlun

Naib Ketua Wanita
YBhg. Datuk Hajah Marlia Abd. Latif
Ketua Wanita Bahagian Padang Serai
 
PULAU PINANG
 
Ketua Wanita
YB Senator Puan Norliza Abd. Rahim (baru)
Ketua Wanita Bahagian Bukit Gelugor
 
Naib Ketua Wanita
Cik Sofiah Sharif (baru)
Ketua Wanita Bahagian Nibung Tebal
 
KELANTAN

Ketua Wanita
YBhg. Datin Hajah Rahimah Hj. Mohamad
Ketua Wanita Bahagian Machang
 
Naib Ketua Wanita
Puan Roslinah Mohamed
Ketua Wanita Bahagian Jeli
 
TERENGGANU

Ketua Wanita
YBhg. Datuk Hajah Fatimah Hamat
Ketua Wanita Bahagian Hulu Terengganu
 
Naib Ketua Wanita
YB Senator Hajah Rohani Abdullah
Ketua Wanita Bahagian Kemaman
 
PAHANG
 
Ketua Wanita
YB Senator Roslin Hj. Abdul Rahman (baru)
Ketua Wanita Bahagian Bentong
 
Naib Ketua Wanita
Puan Hajah Norahan Abu Bakar (baru)
Ketua Wanita Bahagian Kuala Krau
 
PERAK
 
Ketua Wanita
YB Datuk Hajah Rusnah Kassim
Ketua Wanita Bahagian Tanjung Malim
 
Naib Ketua Wanita
YBhg. Dr. Azizah Johor (baru)
Ketua Wanita Bahagian Lumut
 
SELANGOR
 
Ketua Wanita
YBhg. Datin Paduka Dato’ Nor Hayati
Tan Sri Onn (baru)
Ketua Wanita Bahagian Klang
 
Naib Ketua Wanita
YB Puan Halimaton Saadiah Bohan (baru)
Ketua Wanita Bahagian Subang
 
WILAYAH PERSEKUTUAN
 
Ketua Wanita
YB Senator Mariany Mohd Yit (baru)
Ketua Wanita Bahagian Bukit Bintang
 
Naib Ketua Wanita
Puan Nor’ashikin Ahmat Nasron (baru)
Ketua  Wanita  Bahagian Batu
 
 
NEGERI SEMBILAN
 
Ketua Wanita
YB Dato’ Norhayati Omar
Ketua Wanita Bahagian Kuala Pilah
 
Naib Ketua Wanita
Puan Siti Harpah Md. Dom (baru)
Ketua Wanita Bahagian Rembau
 
MELAKA
 
Ketua Wanita
YBhg. Datuk Hajah Rabiyah Haji Ali
Ketua Wanita Bahagian Kota Melaka
 
Naib Ketua Wanita
YBhg. Datuk Nor Adibah Abdullah
Ketua Wanita Bahagian Tangga Batu
 
JOHOR
 
Ketua Wanita
YBhg. Dato’ Hajah Sharifah Azizah
Dato’ Syed Zain
Ketua Wanita Bahagian Kluang
 
Naib KetuaWanita
YB Senator Datuk Hajah Noriah Mahat
Ketua Wanita Bahagian Pagoh
 
SABAH
 
Ketua Wanita
YBhg. Datuk  Armani Haji Mahiruddin
Ketua Wanita Bahagian Libaran
 
Naib Ketua Wanita
YBhg. Datuk Jainab Datuk Seri Panglima
Hj. Ahmad (baru)
Ketua Wanita Bahagian Sepanggari

Thursday, November 28, 2013

Hidup-Hidup Anwar Ibrahim Temberang Perwakilan Kongres Khas PKR Nasional!


'Kaki Temberang No. 1 Negara' jelas memperbodohkan para perwakilan Kongres Khas PKR yang berlansung Ahad lepas di Shah Alam.

Menurut laporan yang dipetik dari Malaysia Today, Anwar dengan sinis menyindir UMNO
“Dasar Ekonomi Baru (New Economic Policy), Hidup Melayu. Which Malays? I choose 170,000 paddy planters, you choose Syed Mokhtar.” 
Khabarnya, ucapan Anwar itu mendapat tepukan bergemuruh dari para perwakilan.

Malang bagi para perwakilan berkenaan kerana alpa untuk membaca Laporan Ketua Audit Negara (m.s 31), seperti berikut;


Bolehkan Anwar bantu pesawah padi di Selangor kalau 'Tabung Amanah Program Pengurusan Berpusat Padi Negeri Selangor' berbaki RM000,000.00?

Anwar Ibrahim Arahkan Khalid Ibrahim Beri Tunjuk Sebab


Andai boleh dilayangkan kapak, parang, pisau dan panah ke badan Khalid Ibrahim, barangkali Anwar Ibrahimlah orang yang pertama berbuat demikian.

Tatkala cybertroopers pro-pembangkang kelam kabut melakukan damage contol, dalam mempertahankan isu Khalid menaikkan emolumen MB, Speaker, Timbalan Speaker, anggota Exco dan Adun, Anwar pula bingkas dengan menuntut penjelasan dari MB Selangor tersebut.

Anwar menyifatkan kenaikan tersebut sebagai tidak sepatutnya dan mengejutkan, lapor TMI, malah tuntutan penjelasan oleh Ketua Umum PKR itu juga ibarat arahan tunjuk sebab.

Malaysiakini

Dalam kekalutan cybertroopers tersebut mereka telah membuat fitnah jahat dengan dakwaan UMNO mencuri jutaan ringgit.

UMNO harus tampil untuk bertindak terhadap penyebar fitnah berkenaan.

Aishah (Mangsa Perhambaan Di London) Buang Cincin Pertunangan Ke Sungai Thames Untuk Setia Dengan Komrad Maoist

Bukan bertujuan untuk mengaibkan Aishah Wahab dan keluarganya, mangsa 'perhambaan ideologi' yang diselamatkan oleh pihak berkuasa Britain, tetapi kisah beliau cukup untuk menjadi teladan kepada generasi muda hari ini.

Aishah yang dilaporkan melanjutkan pelajaran di London pada 1968 melalui tajaan Biasiswa Commonwealth, dikatakan seorang pelajar pintar diusia mudanya.

Meskipun telah bertunang, malah pemergiannya ke London adalah bersama tunangnya, Aishah sanggup membuang cincin pertunangan ke Sungai Thames semata-mata taksub dengan ideologi Moist, melalui pengaruh Aravindan Balakrishnan (lebih dikenali sebagai Komrad Bala), baca SINI.

Jika Aishah meneruskan niat awalnya iaitu melanjutkan pengajian, mungkin beliau telah menjadi 'seseorang' di negaranya.

Adalah jelas bahawa Aishah menjadi mangsa kepada 'pengaruh zaman'nya. Sesungguhnya, pengalaman yang dilaluinya sewajarnya menjadi 'pengajaran' yang amat bermakna kepada generasi muda hari ini.

Dalam bahasa yang lebih mudah, adalah dinasihatkan jangan sia-siakan usia muda anda.

Namun begitu, mykmu.net menzahirkan pandangan yang tersindiri terhadap isu Aishah. Teruskan membaca SINI.

Wednesday, November 27, 2013

Fakta Dari Laporan Ketua Audit Negara - 1 Juta Penduduk Tinggalkan Selangor Bila Khalid Ibrahim Jadi MB


Ahad lepas Anwar Ibrahim menyindir MB Selangor Khalid Ibrahim dengan kenyataan,
"Pakatan Rakyat's achievements are not measured in terms of whether there is a surplus or deficit in the budget but how we prioritise the needs of the public," - MT
Sepatutnya awal-awal lagi Anwar wajar mempengaruhi kepimpinan PKR untuk melantik semula ke jawatan berkenaan.

Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa Laporan Ketua Audit Negara menyebut jumlah penduduk Selangor telah berkurang sebanyak 1.02 juta orang semasa Khalid menjadi MB Selangor. Apakah jumlah itu menunjuk penghijrahan besar-besaran penduduk keluar dari negeri berkenaan kerana tidak sukakan Khalid dan Pakatan Rakyat?

Perhatikan pada tempat yang ditandakan dijadual di bawah,

Sumber : Laporan KAN - muka surat 15
*Nota - 'Pemberian Mengikut Ramai Penduduk' adalah agihan dari Kerajaan Persekutuan kepada Negeri Selangor yang berasaskan kepada bilangan penduduk menurut hasil bancian Jabatan Perangkaan.

Monday, November 25, 2013

Corat-Coret Muktamar PAS Ke-59 - Nik Aziz & Hadi Awang Bukan Ditarbiyah Dengan Nas & Hadis Tapi Dengan Lirik Kumpulan Rock Led Zepplin & Scorpions!


Maaf di atas bukan petikan dari surah Luqman (ayat 13-19) untuk mendidik anak-anak, tetapi petikan dari lirik lagu 'Wind Of Change' yang dipopularkan oleh kumpulan rock terkenal Scorpions bagi mentarbiyah ulamak-ulamak PAS.

Mungkin ini tarbiyah baru untuk ulamak-ulamak PAS yang diberikan oleh Pengerusi Lajnah Kesenian & Kebudayaan PAS Muhaimin Silam, yang bersandarkan lirik lagu 'Stairway To Heaven' yang dipopularkan oleh Led Zepplin dan 'Wind Of Change' (Scorpions).

Selamat datang ke dunia rock Pok Nik dan Haji Hadi!