Friday, November 29, 2013

Pengakuan Khalid Ibrahim Pada Adun PKR


Sebelum ini MB Selangor Khalid Ibrahim dibelasah kiri dan kanan, samada dari pihak BN mahu pun dari pihak PR, malahan dari dalam PKR sendiri.

Puncanya ialah jalan raya yang diselenggara mengikut inovasi Khalid Ibrahim.

Di bawah adalah contoh penyelenggaraan jalan raya di Pelabuhan Klang (kawasan yang Khalid wakili) dan Ijok (bekas kawasan yang Khalid wakili), yang fotonya adalah mengikut turutan sebutan.



Menurut Laporan Ketua Audit Negara (muka surat 33), Khalid telah mengurangkan perbelanjaan Tabung Amanah Penyelenggaran Jalan Raya yang diturunkan oleh Kerajan Persekutuan melalui MARRIS hingga ketahap penggunaan 58.1% sahaja (rujuk jadual bawah):-


Jika sebelum ini perkara menimbulkan syak dikalangan wakil-wakil rakyat BN yang lebihan peruntukan tersebut telah menjadi sebahagian dari rezab negeri, akhirnya Khalid mengakui telahan mereka.

Ketika menjawab soalan dari bekas Exco yang digugurkan oleh Khalid, Adun Kota Anggerik Yaakop Sapari, Khalid menjawab lebihan itu telah dimasukkan kedalam rezab negeri laporkan portal Selangorkini,

1 comment:

jebat said...


Salam takzim, Dato'

Saya rasa musykil kenapa Kerjaan Pusat begitu 'DEMAM' hingga tak mengawasi belaja yang di keluarkan.

Sepatut nya Kerajaan Pusat memastikan peruntukan yang di beri di gunakan 100% atau tahun berikutnya di beri hanya juamlah yang telah di belanjakan tahun sebelum nya.

Apakah PM dan Menteri menteri, termasuk Menteri Besar Kepala tidak belajar Ilmu HIsab ?

Atau beliau mengangap Ilmu Hisab dan Ekonomi suatu yang berbeza ?

SUSAH NAK BERCERITA PERKARA INI DENGAN ORANG YANG TERLALU PANDAI (atau PANDIR)