Saturday, April 7, 2012

Ketua Penerangan PAS Pusat Tuan Ibrahim Tuan Man Hampir Ditunjal Dengan Jari Hantu Oleh Bekas Ahli PAS!

Punyalah bengang dengan perangai Ketua Penerangan PAS Pusat Tuan Ibrahim Tuan Man, hingga terhambur kata-kata "Saya hilang rasa hormat dan kepercayaan kepada Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man," hingga hampir terangkat jarinya.

Nasib baik yang diangkat jari telunjuk, kalau jari hantu lagi panas beb!

Dari body languange yang ditunjukkan oleh Hasan (mengangkat tangan seperti orang bersumpah/berikrar), adalah bukti apa yang dicerita tentang Tuan Ibrahim adalah benar.

Khalid Ibrahim Makin Tak Senang Duduk Dengan Portfolio Agama Yang Dipegangnya - Masjid Di Kawasan DUN Sendiri Bergolak

MB Khalid Ibrahim yang juga Pengerusi Portfolio Agama Islam semakin tak senang duduk. Mesyuarat Khas Pencalonan Jawatankuasa Masjid di Selangor yang rancak berjalan, telah menerbitkan pertikaian di beberapa masjid.

Malah yang lebih mencabar bagi Khalid, ialah kekecohan yang berlaku di Masjid Nurul Iman yang terletak di dalam kawasan DUNnya.

Pertikaian di masjid berkenaan, telah dibawa ke pengetahuan media.

KUALA SELANGOR 6 April - Ahli-ahli kariah Masjid Nurul Iman, Kampung Ijok di sini meluahkan rasa tidak puas hati kerana hak mereka untuk mengundi calon nazir bagi sesi 2012-2015 pada 4 April lalu melalui amalan demokrasi dinafikan pihak Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Kuala Selangor.

Mereka mendakwa pemilihan nazir yang selama ini dilakukan secara pengundian dengan cara mengangkat tangan oleh ahli-ahli kariah telah ditukar kepada pemilihan yang dibuat sendiri oleh pihak PAID.

Menurut calon nazir sesi 2012-2015, Mohamad Afandy Mohd. Dahalan, pihaknya mempertikaikan mengapa pengundian secara telus yang telah diamalkan selama ini ditukar kepada pemilihan secara terus oleh PAID. - [Utusan]

PKR Semakin Pening Untuk Tonjolkan Imej Anwar Sebagai Pemimpin Paling Telus Dalam Dunia

PKR dalam membentuk imej karekter-karekter utama partinya, menggunakan anak-beranak sebagai ikon PRU13.
Wan Azizah meskipun tidak bertanding, wajahnya mesti ditonjolkan sebagai Presiden parti.

Tak cukup dengan itu, anugerah yang diterima oleh Wan Azizah  juga mesti ditampankan wajahnya kerana ia  bakal jadi ketua pembangkang. Nak jadi PM mungkin jauh sekali.

Anak sulung perkongsian Azizah-Anwar, juga ditonjolkan untuk memaklum kepada ahli-ahli PKR bahawa anak papa dan mama ini pewaris dinasti. Orang lain tolong duduk tepi dan jangan kacau.

Tak cukup dengan itu, keluarga ini kena tumpang 'tui' Nelson Mandela, kononnya Anwar adalah senasib seperti Mandela. Walhal, karekter kedua-dua mereka adalah umpama langit dan bumi. Ketika Nelson dizalimi, Anwar pula menzalimi dirinya sendiri.

Cuma yang agak sukar kali ini bagi PKR ialah bagaimana nak potretkan Anwar sebagai pemimpin paling telus dalam dunia. Agak-agak foto di atas paling sesuai tak?

Friday, April 6, 2012

Anwar Bikin 'Facial' Untuk Betulkan Kepudaran Seri Di Muka Untuk Nampak Tampan Di Poster Pilihanraya

Jangan terpedaya dengan wajah Anwar yang bakal dipamerkankan pada PRU13.

Jangan pula lupa untuk menyingkap wajah-wajah Anwar yang sebenarnya.



No More Briyani For Bersih 3.0 Participants - PDRM


PDRM kena belajar dari kesilapan mengendali Bersih 2.0. Kali ini, untuk penyediaan makanan kepada tahanan sementara Bersih 3.0, hidangkan sahaja nasi di atas.

Klik SINI, untuk mengetahui menu nasi di atas.

Dulu bukan main seronok dia orang makan.

Thursday, April 5, 2012

Gempar!!! Hadi Awang Secara Rasmi Isytiharkan PAS Bukan Lagi Parti Islam Di Depan Lim Kit Siang

Diteliti ucapan Hadi Awang di Kuala Selangor ternyata PAS tidak lagi memperjuangkan Islam. Saya teliti sepenuhnya ucapan Hadi dalam video di bawah, tidak ada sepotong ayat pun yang mengatakan ikrar akan meletakkan Islam sebagai asas dalam pentadbiran.

Tidakkah ahli-ahli PAS perasan, secara halus Hadi isytiharkan di depan Lim Kit Siang, PAS menggugurkan matlamat menegakkan negara Islam?

Nasrudin Hasan Attantawi perasan tak?

Hancur!

Saya yakin, PAS Pusat akan arahkan TVSelangor remove video ini.


Bermakna, Hadi Awang buat u-turn 360 darjah, berbanding dengan ucapannya ketika muda-muda dulu.

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

Khalid Ibrahim Mengaku Didepan Pengundi-Pengundinya di Kuala Selanor - "Bila Anwar cakap itu tak betul, saya kena akur. Saya tak ada kuasa"


Dalam menjawab kedudukan DS Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor yang dipertikaikan oleh Ketua Pembangkang DUN Selangor Dato' Satim Diman dan bekas MB Selangor Dr Khir Toyo, MB Selangor TS Khalid Ibrahim mengambil peluang untuk menempelak Satim dan Khir.

Khalid membandingkan Satim dan Khir dengan Anwar, walhal kedua-dua pembangkang dalam DUN Selangor itu tidak pun meminta jawatan Penasihat Ekonomi Selangor. Mereka cuma mempertikai kedudukan dan keperluan Anwar yang duduk di kerusi itu serta mempunyai overhead untuk pejabat dan staf untuk jawatan tersebut. Khabarnya banyak juga amaun yang dibelanjakan untuk penyelenggaraan pejabat Penasihat Ekonomi itu.

Anwar digambarkan oleh Khalid sebagai berpengalaman sebagai Menteri Kewangan Persekutuan selama 5 tahun, walhal Khalid mungkin terlupa yang Khir pula punya pengalaman hampir 8 tahun sebagai MB yang pada masa yang sama memegang portfolio kewangan di Selangor.

Jawapan Khalid lebih banyak merapu dan komunikasinya dalam interaksi dengan pendengar-pendengar ucapannya, jelas terganggu. Ini mungkin didorong oleh kegagapan semulajadinya dan menjadikan komunikasi tersebut menjadi tidak berkesan.

Dengar kenyataan Khalid pada minit 3:28 video di bawah.

Sewa Naik 300% Wajar - Khalid Ibrahim


Memang tepat gelaran diberikan kepada MB Selangor sebagai Khalid Drakula.

Dasarnya melampui lintah darat, hingga boleh setaraf Drakula.

Khalid masih boleh ketawa bila menyifatkan kenaikan kadar sewaan 300% terhadap Majlis Belia Selangor di Kompleks Belia sebagai wajar. 


Wednesday, April 4, 2012

Lagi Tuntutan Ujian DNA Penentuan Nasab Biologi Anak Gadis YB Azmin


Kanak-kanak yang berada-ada di tengah (dalam foto di atas) antara Anwar dan Shamsidar telah dituntut oleh PKR Cabang Ampang untuk menjalani ujian DNA, bagi ditentukan nasab biologinya.

Serangan bertali arus dari pihak, bagai tak tertangkis oleh hardcore PKR. Jalan pintas untuk mematikan serangan tersebut adalah ujian DNA terhadap kanak-kanak dalam foto diatas, yang kini telah pun dewasa.


PKR Bakal Letak 'Tukang Pau' Sebagai Calon MB Selangor?

Yahya ketika di mahkamah
Khabarnya Yahya Saari yang pernah menjadi pencetus kegemparan apabila dikaitkan sebagai 'tukang pau' untuk sambutan 100 Hari Pentadbiran PR Selangor disebut sebagai calon MB Selangor dari PKR.

Yahya ketika bertugas sebagai pegawai kepada MB Selangor telah dituduh oleh peringkat dalaman PKR sendiri, meminta RM50,000 dari sebuah syarikat untuk menjayakan program sambutan berkenaan.

Pelik bagi PKR yang kononnya anti rasuah boleh menamakan individu yang pernah diheret ke mahkamah sebagai calon MB dan bukannya Azmin Ali. Mungkin Azmin telah mencongak bahawa mereka tidak akan dapat mengekalkan Selangor dibawah pentadbiran PR.

Desas-desus mengatakan, Yahya Saari akan diletakkan di DUN Permatang bagi memboleh dia memasang impian sebagai MB Selangor.

Selangor Banyak Air Tapi Kenapa Azmin Ali Perlu Istinjak?


Ketika Selangor punya banyak sumber air, kenapa Azmin Ali perlu beristinjak?

Begitulah perumpamaan kepada Azmin dan 2 rakannya, Loke Siew Fook dan Dr Hatta Ramli yang ketiga-tiganya adalah  anggota PSC untuk penambahbaikan proses pilihanraya, tetapi mereka sendiri memilih untuk tidak bersetuju dengan rumusan PSC berkenaan.

Maka sia-sia dan membazir mereka makan angin ke luar negara untuk membuat kajian dan perbandingan sistem pilihanraya di negara-negara berkenaan.

Semalam, di parlimen mereka cuba membentangkan usul yang berikut;

Langkah ini adalah perancangan sebagai langkah awal untuk Pakatan Rakyat menganjurkan Himpunan Bersih 3.0, hujung bulan ini.

Mereka sengaja mencetuskan provokasi di parlimen.

KUALA LUMPUR 3 April – Dewan Rakyat hari ini meluluskan kesemua 22 syor yang dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya tanpa dibahaskan. 
Keputusan berkenaan dibuat Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada pukul 3 petang selepas usaha menenangkan kesemua ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang gagal.
Beliau telah mengarahkan tiga Ahli Parlimen pembangkang iaitu Azmin Ali (PKR-Gombak), R.Sivarasa (PKR-Subang) dan Dr. Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) keluar dewan kerana terus mempertikaikan keputusan beliau menolak usul Loke Siew Fook (DAP-Rasah) untuk membenarkan laporan minoriti dilampirkan di dalam laporan akhir jawatankuasa itu. 
Ketiga-tiga wakil rakyat itu diarahkan keluar kerana melanggar Peraturan Mesyuarat 42 yang meminta supaya Ahli Parlimen diam ketika Speaker bercakap. 
"Di bawah Peraturan Mesyuarat 43, keputusan Speaker tidak boleh dipersoalkan. Di bawah Peraturan Mesyuarat 44, saya dengar tadi disebut oleh Yang Berhormat Kangar (Datuk Seri Mohd Radzi Syeikh Ahmad) yang ingkar dan melengahkan majlis supaya diambil tindakan. 
"Di atas sebab itu saya dengan ini mengarahkan Gombak, Subang dan Kuala Selangor keluar,” kata Pandikar Amin dengan tegas. [Bernama]

Tuesday, April 3, 2012

Pengerusi Dong Zhong Nekad Lari Ke Hungary?


Apakah dengan laporan Utusan Online berhubung dengan perletakan jawatan Presiden Hungary ekoran plagiat tesis, akan mendorong perletakan jawatan Pengerusi Dong Zhong Dr Yap Sin Tian?

Kebanyakan media alternatif melaporkan Yap memiliki PHd palsu.


Dalam pada itu, blog Stop The Lies mendedahkan:-
In this case, Dr Yap has not one but TWO faked Ph.ds from this same crappy unaccredited university which has been shut down by the authorities.
We can only say that Dr Yap is a phony man with phony Phd from a phony university. Shame on you!
You are dishonourable. You have brought shame to the Chinese community – so stop bullshitting or talking about defending Chinese education.
Teliti personal resume Pengerusi Dong Zong di bawah,

Ronnie Liu Rayu RM1 Bilion Dari Noh Omar


Portal Selangorku hanya mampu mengalihkan perhatian rakyat Selangor berhubung isu banjir kilat di Klang dengan meletakkan kesalahan kepada kerajaan pusat, yang dikatakan gagal menurunkan peruntukan dalam menyelenggara dan menambahbaik sistem saliran di negeri berkenaan. (Baca petikan di bawah)

Malangnya, tiada sebarang laporan bergambar yang ditunjukkan kepada khalayak yang kerajaan negeri serius dalam membantu mangsa-mangsa banjir.


Rakyat perlu tahu, dalam foto di atas mekipun wujud khemah operasi membantu mangsa (hanya terhad dalam penyediaan makanan), tetapi sebenarnya ia adalah atas inisiatif Ketua Cawangan UMNO kawasan berkenaan. [Baca laporan di SINI].

Rakyat juga perlu tahu, bahawa lokasi ADUN dan MP DAP (M. Manoharan dan Charles Santiago) yang mewakili tempat bencana tidak datang membantu. 

Rakyat juga perlu tahu bahawa lokasi bencana hanya terletak di seberang jalan besar dengan Markas PAS yang saban bulan mengadakan ceramah mencaci dan menyalahkan BN. Namun, walau hanya menyeberang jalan besar, PAS kawasan Klang tidak tampil memberikan bantuan.

Bukan itu sahaja, meskipun kediaman YDP PAS Ismail Arshat (yang juga orang kanan Ronnie Liu) hanya dipisahkan oleh sungai yang melimpahkan air semasa kejadian, tetapi tidak muncul sebagai tanda prihatinnya kepada mangsa banjir.

Malah rakyat juga perlu tahu bahawa pemimpin-pemimpin PR di Klang hanya nampak mikrofon dan rostrum, dalam ertikata hanya pandai bercakap berbanding perbuatan.

Semua ini adalah hakikat kelemahan pentadbiran PR di Selangor.

Peluang Ku Li & Hasan Ali Tebus Kesilapan


Tentunya kita tidak dapat menolak adanya persamaan dari segi karekter diantara Ku Li dan Dr Hasan Ali.

Hakikatnya Ku Li punya peranan dalam menjatuhkan kerajaan BN di Kelantan pada PRU1990 dan dituruti oleh Dr Hasan Ali dalam menumbangkan pentadbiran BN di Selangor pada PRU 2008.

Mengimbas kembali PRU1990, Ku Li yang memimping Semangat 46 telah bergabung dengan PAS melalui Angkatan Perpaduan Ummah (APU) mengambilalih kerajaan negeri Kelantan. Semuanya bermula dari kegagalan Ku Li dan Team Bnya dalam bersaing dengan Team A pimpinan Tun Dr Mahathir dalam pemilihan UMNO 1987. Sokongan padu perwakilan UMNO Kelantan telah membawa kepada kekecewaan dan seterusnya membawa kepada penubuhan S46 yang menyaingi UMNO di Kelantan.

Hanya kerana pertembungan peribadi Ku Li - Tun M, akhirnya keuntungan diraih oleh PAS yang menjadi teraju pemerintahan kerajaan Kelantan hingga ke hari ini.

Sementara itu, adalah tidak dapat dinafikan bahawa Dr Hasan Ali adalah antara arkitek utama yang menjatuhkan kerajaaan BN di Selangor. Namun, dari segi labanya ia tidak diraih oleh Hasan dan PAS, sebaliknya yang lebih beruntung ialah PKR dan DAP.

Kesimpulannya, ternyata terdapat persamaan dalam karekter Ku Li dan Hasan. Kedua-duanya, meskipun masing-masing berjaya menumbangkan UMNO dan BN di Kelantan dan Selangor tetapi tidak memberikan sebarang manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

Mungkin jika dilihat dari sudut usia, kedua-duanya kelihatan sebagai kuda tua dalam politik. Akan tetapi, untuk PRU13 yang bakal berlansung dalam tempoh terdekat, sebenarnya medan dan peluang untuk menebus kesilapan masing-masing.

Kalau mereka ingin menebus kesilapan, jangan malu untuk mengaku keterlanjuran. Sesungguhnya, jika Kelantan dan Selangor kembali ke tangan parti yang lebih berkemampuan lagi kredibel, anda berdua pastinya dianggap telah mengangkat martabat agama, bangsa dan negara anda!

Monday, April 2, 2012

Nizar Dipenjara 16 Bulan

PUTRAJAYA 2 April – Seorang guru Bahasa Inggeris terpaksa meringkuk dalam penjara selama 16 bulan atas dua kesalahan merangsang dua murid lelaki Tahun Enam untuk melakukan kelucahan melampau, selepas Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan akhirnya.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk K.N. Segara yang bersidang bersama Datuk Azhar Ma'ah dan Datuk Linton Albert sebulat suara menolak rayuan Muhammad Nizar Shuib, 31, terhadap sabitan dan hukuman penjara lapan bulan bagi setiap kesalahan.

Ketika kejadian lapan tahun lalu, perayu merupakan guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah rendah di Kedah dan dia turut mengajar tuisyen mata pelajaran itu di rumahnya selepas waktu sekolah. Kedua-dua mangsa merupakan muridnya. [Utusan]

T Minus 90 - Tajuk Klip Video Anwar Yang Terbaru?


T Minus 90 (T - 90) adalah tajuk klip video Anwar yang terbaru?

Sebenarnya tidak.

T = Time (Masa), Minus bermaksud (tolak) sementara 90 adalah merujuk kepada days (hari).

Maksud sebenarnya ialah gerakkerja yang BN Selangor, yang kini memasuki fasa terakhir berlawan dengan masa sebelum pembubaran parlimen.

Formula ini dikemukakan dan dituntut untuk aplikasi dikalangan jentera piliharaya BN Selangor oleh Pengarah Pilihanrayanya DS Zin Mohamed sebagai persiapan PRU13 dalam konteks mengambilalih pentadbiran negeri Selangor dari Pakatan Rakyat.

Kadir Sheikh Fadzir Kecewa Bila Tahu Ku Li Ikrar Sokong Najib Dalam Pertemuan Empat Mata Dengan Najib Di Pejabat PM Pada Ahad 25 Mac


Pak Kadiaq menjadi orang paling kecewa, apabila Ku Li sendiri mendedahkan pertemuannya dengan PM DS Najib Razak di pejabat PM pada Ahad 25 Mac yang lalu.

Tambah mengecewakan Pak Kadiaq, mereka hanya membincangkan kebajikan orang Asli di Gua Musang, tanpa membincangkan kebajikan untuk dirinya.

GUA MUSANG: Kerajaan persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta untuk membuka ladang kayu gaharu di kawasan perkampungan Orang Asli di Gua Musang dalam masa terdekat ini, kata Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.
Tengku Razaleigh berkata peruntukan permulaan itu diluluskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika beliau mengunjungi Perdana Menteri di pejabatnya di Putrajaya Ahad lepas (25 Mac).
"Saya menemui Perdana Menteri sebelum saya datang ke majlis ini supaya apa yang saya cadangkan untuk membuka ladang kayu gaharu menjadi kenyataan," kata Ku Li kepada pemberita.

Sunday, April 1, 2012

Laporan Malaysiakini - UMNO Silap Pakatan Rakyat Songlap

Malaysiakini dalam laporan menyatakan kehilangan tanah Masjid Bayan Mutiara adalah disebabkan kesilapan UMNO.

Kalau benar UMNO yang silap, apakah ini adalah lesen untuk Pakatan Rakyat dan khususnya DAP untuk songlap?

"Kalau Nazri Aziz jadi calon sekalipun saya tetap undi," - Ikrar Tun Dr Mahathir

'Surprise birthday cake' untuk Zin di perasmian Mesyuarat
UMNO cawangan-cawangan dalam Bahagian Klang
Dalam ucapannya Perasmian Serentak Mesyuarat UMNO Cawangan-Cawangan UMNO dalam Bahagian Klang, Setia Usaha Perhubungan UMNO Selangor DS Zin Mohamd mengingatkan undi setiap ahli UMNO adalah amat penting kepada kepada kemenangan BN di Selangor.

Beliau memberitahu ahli-ahli UMNO di Klang bahawa meskipun pernah berlaku perbezaan pendapat antara Tun Dr Mahathir dengan DS Nazri Aziz, Tun M pernah berikrar iaitu, andainya Nazri menjadi calon ditempatnya mengundi, beliau tetap akan mengundi Nazri.

Maksudnya, Zin ingin memberi mesej betapa perbezaan peribadi harus diketepikan dan kemenangan BN di Selangor wajib diberi keutamaan oleh seluruh ahli UMNO.

Perasmian serentak itu telah berlangsung semalam di Hotel Crystal Crown, Pelabuhan Klang dan surprise birthday cake untuk Zin telah dihadiahkan oleh UMNO Bahagian Klang, yang tarikh hari jadinya jatuh 2 hari sebelumnya.