Tuesday, April 3, 2012

Peluang Ku Li & Hasan Ali Tebus Kesilapan


Tentunya kita tidak dapat menolak adanya persamaan dari segi karekter diantara Ku Li dan Dr Hasan Ali.

Hakikatnya Ku Li punya peranan dalam menjatuhkan kerajaan BN di Kelantan pada PRU1990 dan dituruti oleh Dr Hasan Ali dalam menumbangkan pentadbiran BN di Selangor pada PRU 2008.

Mengimbas kembali PRU1990, Ku Li yang memimping Semangat 46 telah bergabung dengan PAS melalui Angkatan Perpaduan Ummah (APU) mengambilalih kerajaan negeri Kelantan. Semuanya bermula dari kegagalan Ku Li dan Team Bnya dalam bersaing dengan Team A pimpinan Tun Dr Mahathir dalam pemilihan UMNO 1987. Sokongan padu perwakilan UMNO Kelantan telah membawa kepada kekecewaan dan seterusnya membawa kepada penubuhan S46 yang menyaingi UMNO di Kelantan.

Hanya kerana pertembungan peribadi Ku Li - Tun M, akhirnya keuntungan diraih oleh PAS yang menjadi teraju pemerintahan kerajaan Kelantan hingga ke hari ini.

Sementara itu, adalah tidak dapat dinafikan bahawa Dr Hasan Ali adalah antara arkitek utama yang menjatuhkan kerajaaan BN di Selangor. Namun, dari segi labanya ia tidak diraih oleh Hasan dan PAS, sebaliknya yang lebih beruntung ialah PKR dan DAP.

Kesimpulannya, ternyata terdapat persamaan dalam karekter Ku Li dan Hasan. Kedua-duanya, meskipun masing-masing berjaya menumbangkan UMNO dan BN di Kelantan dan Selangor tetapi tidak memberikan sebarang manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

Mungkin jika dilihat dari sudut usia, kedua-duanya kelihatan sebagai kuda tua dalam politik. Akan tetapi, untuk PRU13 yang bakal berlansung dalam tempoh terdekat, sebenarnya medan dan peluang untuk menebus kesilapan masing-masing.

Kalau mereka ingin menebus kesilapan, jangan malu untuk mengaku keterlanjuran. Sesungguhnya, jika Kelantan dan Selangor kembali ke tangan parti yang lebih berkemampuan lagi kredibel, anda berdua pastinya dianggap telah mengangkat martabat agama, bangsa dan negara anda!

1 comment:

Anonymous said...

yessszekkk...tahniah sbb sudah kembali ke pangkal jalan.