Tuesday, April 3, 2012

Ronnie Liu Rayu RM1 Bilion Dari Noh Omar


Portal Selangorku hanya mampu mengalihkan perhatian rakyat Selangor berhubung isu banjir kilat di Klang dengan meletakkan kesalahan kepada kerajaan pusat, yang dikatakan gagal menurunkan peruntukan dalam menyelenggara dan menambahbaik sistem saliran di negeri berkenaan. (Baca petikan di bawah)

Malangnya, tiada sebarang laporan bergambar yang ditunjukkan kepada khalayak yang kerajaan negeri serius dalam membantu mangsa-mangsa banjir.


Rakyat perlu tahu, dalam foto di atas mekipun wujud khemah operasi membantu mangsa (hanya terhad dalam penyediaan makanan), tetapi sebenarnya ia adalah atas inisiatif Ketua Cawangan UMNO kawasan berkenaan. [Baca laporan di SINI].

Rakyat juga perlu tahu, bahawa lokasi ADUN dan MP DAP (M. Manoharan dan Charles Santiago) yang mewakili tempat bencana tidak datang membantu. 

Rakyat juga perlu tahu bahawa lokasi bencana hanya terletak di seberang jalan besar dengan Markas PAS yang saban bulan mengadakan ceramah mencaci dan menyalahkan BN. Namun, walau hanya menyeberang jalan besar, PAS kawasan Klang tidak tampil memberikan bantuan.

Bukan itu sahaja, meskipun kediaman YDP PAS Ismail Arshat (yang juga orang kanan Ronnie Liu) hanya dipisahkan oleh sungai yang melimpahkan air semasa kejadian, tetapi tidak muncul sebagai tanda prihatinnya kepada mangsa banjir.

Malah rakyat juga perlu tahu bahawa pemimpin-pemimpin PR di Klang hanya nampak mikrofon dan rostrum, dalam ertikata hanya pandai bercakap berbanding perbuatan.

Semua ini adalah hakikat kelemahan pentadbiran PR di Selangor.

3 comments:

Anonymous said...

Tuduhan kepada orang UMNO - Tak payah bukti...menteri tetap rasa bertanggungjawab dan letak jawatan.....

Tuduhan kepada pemimpin Pakatan - PKR kata "ini kerja UMNO" ....PAS kata " KAFIRR!!!! " ....DAP kata "INI BUKTI UMNO MENGAMALKAN PERKAUMAN" ....

Aku rasa kalau kau soal orang amerika soalan sama pun, dia akan kata baik sokong BN...sekurang kurangnya adalah tindakan...bukan menyalahkan orang lain....

SUTRA

Ahmad Shukri Mokhtar said...

banjir besar di Sg, Isap , Kuantan Pahang pada tahun 2001 dulu , Adun Pas, yg dtg cm selepas 3-4 hari banjir surut. Dtg melawat ke setiap lorong2 rumah cm bersalam tgn kosong. Dtg dgn bini. Masa banjir tak nampak muka. Kat pusat pemindahan pun tak nampak jugak. Kenal sgt org tua tu sb bekas Guru Besar Sk Teruntum ..
Mujurlah lepas tu Pas dah tak menang lagi krusi Adun.. Lgpun dorang menang sb ms sblum tu si Tn Berahim slalu ceramah agama mcm riak sgt., Bila msuk Pas org ingat Pas itu Islam. rupa rupanya Paderi Islam Semalaysia

Anonymous said...

laba,title dan kuasa umpama rampasan di dambakan......prihatinan,khidmat dan bantuan serah tugas dan kewajipan pihak lain.....umpama penyamun harta tersedar peluang datang hanya sekali....perjuangan azali sanggup ketepi......maka mereka layak campak jurang tak bertepi!

l