Friday, September 30, 2011

Najib Dalam Proses Memerangkap Nik Aziz

Kerajaan mahu melihat betapa seriusnya PAS untuk melaksanakan hukum hudud di negeri-negeri dibawah pentadbiran PAS, kata PM DS Najib Razak dalam kenyataaan hari ini.
KUALA LUMPUR: The government wants to see just how serious PAS is about implementing Hudud Law in PAS-administered states, Datuk Seri Najib Tun Razak said today.

The Prime Minister and Umno president said that PAS had long talked about enforcing Hudud law, but there has been no change in any state that it controlled.

"We want to see if they are serious or not because the Hudud story is not

new. They have been talking about it (implementing Hudud) but it has never
happened," he told reporters after chairing an Umno Supreme Council meeting at
the Putra World Trade Centre here. [Bernama/NST]

Uji Rashid Dipenjara 10 Tahun

Bukan Uji Rashid artis veteran tanahair tetapi Uji Rahid seorang lelaki Indonesia telah dihukum penjara.
JOHOR BAHARU: Seorang lelaki Indonesia bernama Uji Rashid dan lima rakannya yang cuba merompak sebuah kapal dagang di perairan Tanjung Piai, Pontian, 19 Sept lepas dihukum penjara 10 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Uji, 33, Rudiarto, 39; Andagunawan, 27, Edi, 45, Saleh, 45, dan Khairu Fahmi, 25, semuanya berasal dari Dumai, Indonesia, mengaku bersalah cuba melakukan rompakan secara berkumpulan di kapal MT Sky Jupiter pada jam 12.49 malam hari berkenaan.
Mereka yang bekerja sebagai buruh dituduh melakukan perbuatan itu pada kedudukan garis lintang satu darjah 15.44 minit Utara dan garis bujur 103 darjah 28.26 minit Timur di dalam perairan Malaysia pada jarak lebih kurang 2.65 batu nautika perairan berkenaan.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda dan sebatan. [Bernama/Berita Harian]

Ops Tegak Benang Basah Gagal - Guan Eng Akhirnya Mengaku Bersalah

Kenyataan akhbar KM Pulau Pinang Lim Guan Eng:
Sebagai rakyat Malaysia yang setia kepada Raja dan negara, patik ingin memohon maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor, atas rasa tersinggung DYMM Tuanku terhadap kenyataan berikutan dengan Johor yang telah dibuat oleh patik.

Dan juga kepada rakyat jelata Johor di bawah naungan DYMM Tuanku atas perkara yang sama.

Patik tidak berniat untuk memburukkan Johor atau mana-mana negeri atas apa-apa sebab dan alasan sekali pun. [Malaysiakini]
Dengan itu berakhirlah episod menegakkan benang basah oleh Guan Eng.

Thursday, September 29, 2011

Siapa Bakal MB Besar Selangor?

Dalam satu kenyataan di Paris pada 27/9/2011 TPM TS Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa BN sudah mengenal pasti calonnya untuk PRU13.

PARIS 27 Sept. — Barisan Nasional (BN) sudah mula mengenal pasti calon bagi pilihan raya umum akan datang, kata Timbalan Perdana, Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, langkah awal itu bukan bermakna pilihan raya umum akan diadakan dalam waktu terdekat tetapi bagi memastikan calon yang dipilih nanti berkeupayaan dalam semua aspek, termasuk dalam menjayakan pembangunan negara ke arah mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi.

Muhyiddin berkata, BN akan menggunakan pendekatan baru dalam memilih calon dengan kriteria utamanya ialah bakal calon akan dinilai secara individu dan menyeluruh oleh pucuk pimpinan, selain sumber rasmi dan tidak rasmi.

"BN perlu ubah cara pemilihan calon berdasarkan perubahan landskap politik semasa...tidak boleh secara semberono,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, petang tadi seorang rakan memberitahu bahawa beliau mendapat maklumat BN Selangor juga telah mengenalpasti calon-calonnya di Selangor.

Menurutnya, ADUN-ADUN BN yang menang mempunyai harapan cerah untuk dicalonkan semula. Cuma beberapa calon yang telah berusia seperti Raja Dato' Idris (Sg Air Tawar), mungkin akan memberi laluan kepada muka baru.

Dalam pada itu ada yang mengatakan Dato' Abdul Rahman Palil (Sementa) telah mengumumkan untuk tidak bertanding, namun tidak diketahui kebenarannya.

Kedudukan Dr Khir Toyo juga menjadi tandatanya, ekoran kes mahkamah yang sedang dihadapinya. Andainya PRU diadakan dalam tahun ini juga, kemungkinan untuk beliau dicalonkan semula boleh dikatakan tipis. Melainkan MB Selangor TS Khalid Ibrahim enggan membubarkan DUN, bagi membolehkan PRN diadakan berasingan.

Disamping itu, rakan tersebut turut memberitahu bahawa peluang untuk mereka yang tewas pada PRU12 adalah tergugat. Peluang kepada muka-muka baru adalah terbuka luas. Malah kemungkinan ramai Ketua UMNO Bahagian tidak tercalon adalah sukar untuk dinafikan.

Jika BN menang di Selangor pada PRU13, siapakah calon MB Selangor? Mungkinkah DS Noh Omar, Ketua Pembangkang Dato' Satim Diman atau pun pendatang baru? Kemungkinan bagi pendatang baru adalah amat besar dan biarlah menjadi rahsia pucuk pimpinan.

Khalid Ibrahim Tidak Dipedulikan Di Ijok Atau Khalid Ibrahim Yang Tak Pedulikan Ijok?

Seorang sahabat saya berasal dari Batang Berjuntai yang termasuk dalam DUN Ijok. Beliau memberitahu saya bahawa orang-orang Batang Berjuntai sudah bosan dengan ADUN mereka iaitu MB Selangor TS Khalid Ibrahim.

Sambungnya lagi, pejabat ADUN Ijok telah ditutup. Saya tidak mempastikan kebenaran cerita itu sehingga saya melihat sendiri dengan mata saya.

Hujung minggu lepas, saya telah ke Batu 7, Ijok untuk menziarah rakan yang pernah sekelas dengan saya 30 tahun yang lalu, tetapi kini telah kembali bertugas dan menetap di situ. Rumahnya terletak di belakang sebuah dewan masyarakat. Kebetulan di dewan berkenaan sedang mengadakan satu majlis yang saya difahamkan adalah majlis sambutan Hari Raya dan Kemerdekaan.

Dari apa yang saya lihat, di kawasan dewan berkenaan hanya memasang dan mengibarkan bendera Malaysia di jalan masuk dan sekeliling dewan berkenaan. Tiada bendera parti politik samada PKR, UMNO mahu pun PAS.

Apabila ditanya kepada rakan berkenaan, aktiviti tersebut dianjurkan oleh Persatuan Penduduk kawasan berkenaan. Menurutnya lagi, mereka mendapat sumbangan dari ADUN Jeram Amirudin Sutero yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor. Tidak pula dia menyebut ada sumbangan dari ADUN mereka yang juga MB Selangor.

Yang menariknya, rakan tersebut memberitahu bahawa sebelah pagi diberi peluang kepada BN dan sebelah malam mereka memberi peluang kepada MP Kuala Selangor (PAS) Dr Dzulkefli. Alasannya, mereka adalah penyumbang-penyumbang program. Bagaimana pula dengan Khalid Ibrahim? Tak bagi sumbangan kot?

Apakah rakyat lupa sumbangan besar Khalid di Ijok? Baca [SINI]

Dalam hati saya berkata, "Untung jadi orang Ijok, kiri kanan orang bantu!"

Antara Najib, Pokok & His Uncle Hussain


Bukan untuk saja-saja untuk letakkan video di atas. Ia adalah untuk dikaji dan difikirkan. Bukan untuk suka-suka dan bukan untuk jadi macam orang muda.

Pokoknya, ialah saranan PM DS Najib Razak di Konvensyen BN Selangor 2011 pada 17 September 2011 supaya BN memberi tumpuan mendekatkan diri dengan golongan muda.

Kalau BN disemua peringkat kepimpinan tidak memahami naluri dan selera anak muda, masakan mereka dapat mendekati golongan tersebut.

Zaman sentiasa berubah. Contohnya dari joget ke mambo, cha-cha, jaz, blues, rocks dan alternatif. Semuanya mengikut trend.

Bagaimana bentuk rentak yang perlu dimainkan oleh pemimpin (semua peringkat) BN?

Imej pinjam dari : Gelombang Wangsa Maju

Hishamudin Rais Suruh Anwar Ibrahim Hantuk Kepala Ke Dinding Atas Sikap Kaki Putar Alamnya


Selepas menonton video di atas, Hishamuddin Rais nasihatkan Anwar jangan jadi kaki putar alam.


Rasanya semua maklum yang Anwar memang kaki putar alam. Cakap berdolak dalik.


Kesian Hisham, sebab dia bukan Presiden mana-mana parti.


Di bawah adalah komen Hisham:-
pakatan rakyat sedang berpakat
untuk menghumbankan united malay national organisation
kedalam tong sampah sejarah
ini ajenda utama pakatan rakyat
bukan negara islam
bukan negara huhud
tak faham juga?

kalau tak faham juga
pergi hantuk kepala ke dinding
kah kah kah

Wednesday, September 28, 2011

Bila Khalid Ibrahim Bertambah Gagap..........

Sebelum ini MB Selagor Khalid Ibrahim begitu berdegar-degar akan mengeluarkan laporan JAIS-DUMC. Seperti dijangka, terbukti akhirnya tiada kenyataan yang dibuat oleh Khalid berhubung isu berkenaan seperti dijanjikan.

Malang sungguh, bila bab sensitif pada politiknya, Khalid Ibrahim bertambah gagap dan tak mampu baca statement!

AIDCNews – 28/09/11 – Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam sidang media selepas mempengerusikan menyuarat exco tengah hari ini menafikan lepas tangan kepada Sultan Selangor untuk bertitah berhubung isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utara (DUMC).

“Saya dan juga barisan exco kerajaan negeri tidak akan membuat sebarang ulasan mengenai isu ini bagi menghormati keputusan DYMM Sultan Selangor,” katanya yang telah menghadap dan membincangkan perkara itu dengan baginda , Sultan Sharafuddin Idris Shah, pagi tadi.

Oh TidaKKKK!!! Betulkah Berita Anwar Telah Dimandulkan Di Jerman???

Weii Beb... Betul ke ni?

Susah gua nak percaya yang Anwar telah dimandulkan (kasi) di Jerman.

Baca sendiri kisahnya di blog Anak Merdeka.

Kelakar!

ISA Telah Dimansuh Tapi Isa Samad Tetap Mencanak

Saham MSM Malaysia Holdings Bhd milik Felda Global yang dipengerusikan oleh Tan Sri Isa Samad, masih bertahan diatas paras harga tawaran (Runcit - RM3.38 & Institusi - RM3.50) meski pun CEO Maybank Investment Tengku Zafrul begitu pesimis diawal perlantikan Isa Samad sebagai Pengerusi Felda.
MSM Malaysia Holdings Bhd, the nation’s biggest sugar refiner, rose to a one-week high in Kuala Lumpur trading after the stock was upgraded to “buy” from “neutral” at OSK Holdings Bhd.

The stock gained 1.6 percent to RM4.56 at 9:06 a.m. local time, set for its highest close since Sept. 21. -- Bloomberg
Harga saham MSM setakat 12.13pm 28/9/11

Tuesday, September 27, 2011

Nora-zda Nikky Anak Perempuan Nikky Azizkah? Malang Dia Dibalun Dikhalayak Ramai!

Malaysiakini melaporkan perebutan urusan jenazah antara JAINS dengan keluarga simati, Lawrence Selvanathan. [SINI]

Walau bagaimana pun sewaktu masih dalam pertikaian, mayat Lawrence telah disempurnakan menurut agama asalnya.

Jika JAINS tampil dengan tindakan 'contempt of court', maka akan berpeluangkah Ambiga untuk jadi champion sekali lagi?

Tapi yang paling buruk ialah bila orang yang tak tau hujung pangkal, terus taburkan peluru ke JAINS. Anak Nikky Aziz kot? Teruk dia kena belasah!

Awek Khalid Samad Dah Mengandung?

Samada setuju atau tidak, sebenarnya 70% daripada tukang gunting di bandar-bandar utama di negara ini adalah warganegara India.

Tak kurang menarik ialah hero klip video, Khalid Samad dengan wanita mengandung. Bravo bro!

Semua ini terkandung dalam video di bawah:


"Saya Sedang Menimbang Untuk Jual Rojak Selepas Ini" - Anwar Ibrahim


Anwar silap.

Kalau dia buka terus kemeja dan cuma pakai singlet 'Pagoda' yang memang sedia terpakai di badannya, mungkin rojak lebih laris!

Monday, September 26, 2011

SJKC & SJKT Dapat RM100 Juta, Sekolah Agama Rakyat Dapat RM000,000 Juta

Sesuatu yang amat menarik dengan pelancaran yayasan pendidikan atas nama "Community Chest" dan dipengerusikan oleh Pengerusi merangkap CEO Genting Berhad Tan Sri Lim Kok Thye. [Laporannya klik SINI].

Sebagai permulaan sejumlah RM26.1 juta telah diagihkan oleh yayasan berkenaan kepada 62 sekolah seluruh negara.

Yayasan ini yang khusus untuk membantu SJKC dan SJKT serta sekolah-sekolah mubaligh, tetapi tidak melibatkan sekolah-sekolah agama rakyat, akan memperuntukkan sumbangan RM100 juta setahun.

Merujuk kepada Bajet 2011, sejumlah RM250 juta diperuntukkan dalam bantuan modal kepada sekolah-sekolah agama yang turut dikongsi dengan SJKC, SJKT, sekolah mubaligh dan juga sekolah bantuan kerajaan.

Ini bermakna sekolah agama rakyat dan sekolah bantuan kerajaan, sekadar terliur dan hanya bergantung sepenuhnya kepada peruntukan kerajaan.

Cuma kelebihan sekolah agama rakyat ialah peruntukan per kapita berjumlah RM95 juta, itu pun 70% daripadanya adalah untuk emolumen guru-guru dan 30% untuk pengurusan sekolah.

Akhirnya, sekolah-sekolah agama rakyat kekal dhaif dan mungkin itu selayaknya bagi pengajian agama yang didedah dengan suasana zuhud???

Ingatan kepada tokoh-tokoh perniagaan Islam, jangan pura-pura tidur!

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad Pun Ada Pose Maut Jugak!!!!

Foto ini bukan super imposed. Tapi gambar original Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad dan seorang wanita cun yang berlatar belakangkan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Jangan ingat Azwan Ali sahaja yang ada pose maut, Khalid Samad pun ada juga.

Dari mana sumber gambar? Lu carilah sendiri di You Tube!

Khir Toyo Tersentak!

Dr Khir Toyo mungkin tersentak bila menerima berita perlantikan bekas tukang sapu di Stesyen Keretapi Victoria, London mengangkat sumpah sebagai Presiden Zambia yang kelima. [Laporan penuh klik Harian Metro]

MICHAEL SATA (kanan) menyanyikan lagu kebangsaan Zambia selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Presiden Zambia yang kelima kelmarin. - AFP

Veteran DAP Bilang Ronnie Liu Dah Jadi Kera Sumbang

A veteran party member who witnessed the scene said it was quite sad to see Ronnie all alone and “without friends.”
Read the rest of the story [HERE] and how Ronnie Liu exposes himself to be kicked out [HERE].

Sunday, September 25, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah : Laporan Paling Jujur Dari Keadilan Daily

Barangkali ini berikut adalah laporan yang paling jujur oleh Keadilan Daily, laman berita rasmi PKR:-
DAMANSARA: Majlis Rumah Terbuka anjuran ibu pejabat KEADILAN di Tropicana di sini, hari ini, berlangsung meriah dengan lebih 5,000 orang termasuk pemimpin, ahli parti dan rakyat biasa, tak putus-putus mengunjunginya. [Keadilandaily]

Rumah Terbuka UMNO Bahagian Tanah Merah

Kalau begitulah keadaannya, bermakna ibu pejabat PKR gagal menandingi rumah terbuka UMNO Bahagian Tanah Merah, Kelantan yang dengan kehadiran 10,000 orang.

Awal 70an Lagi Mat Sabu Dah Mengendap Normah


Lagu berirama soul terbitan awal 70an didedikasikan kepada Mat Sabu.

AWAS - Kambing-Kambing Pakatan Rakyat Tengah Mengganas!


Jangan sebarangan membiarkan kambing-kambing memanjat pokok. Kelak habis pucuk-pucuk daun dikerjakannya.

Itulah bidalan untuk perlakuan pemerintahan di negeri-negeri dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Mereka mesti ditumbangkan.