Saturday, June 16, 2012

Pengakuan Bekas Naib Pemuda PKR Perak - Anwar Arah Kumpul Pak Lebai Untuk Baring Atas Jalan Halang Kereta Sultan Perak


Bekas Naib Ketua AMK Perak Faizal Affendi tampil membuat pengakuan bahawa peristiwa berbaring di atas jalan untuk menghalang kereta yang dinaiki DYMM Sultan Perak adalah atas arahan Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim.

Siapa Lelaki Bernama 'Heam' Dalam Video Ini? Rahim Nor Atau Ibrahim Ali? Tapi Pasti Bukan Anwar Ibrahim


Lelaki dalam video ini hanya dikenali sebagai sebaga 'Heam'.

Apakah nama sebenarnya? Abdul Rahim atau Ibrahim?

Anwar Ibrahim? Tak mungkin sama sekali.

Friday, June 15, 2012

Khalid Ibrahim Disifatkan Kedekut Tahi Hidung Masin - Pemimpin-Pemimpin PKR Bidas Hanya Atas Sebab Isu RM50


Walau pun MB Selangor TS Khalid Ibrahim cuba bersikap realistik, namun pandangan berbezanya tentang caruman RM50 kepada kaum ibu jika PR mengambilalih Putra Jaya.

Khalid dengan terus terang berpendapat bahawa negara tidak akan menjana pendapatan melalui pemberian bantuan, jika tidak beserta dengan produktiviti.

Semalam ADUN PKR Taman Medan Haniza Talha membuat kenyataan bahawa bahawa PR akan tetap melaksanakan skim berkenaan.

Sementara dalam kenyataan terbaru hari ini, MP PKR Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid dan MP PKR Ampang Zuraida Kamarudin tampil dengan kecaman yang lebih sinis tetapi ke keras.

Ketua Jurulatih Real Madrid Jose Maurinho Kunjungi Najib


Foto dipetik dari The Star, merakamkan pertemuan Ketua Jurulatih Real Madrid Jose Maurinho dengan PM DS Najib di Putra Jaya.

PUTRAJAYA: Jose Mourinho, head coach of the Spanish football club Real Madrid, called on Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak Friday.
Mourinho, widely regarded as one of the best football coaches of all time, arrived at the Perdana Putra building at 3 pm and was ushered to the Prime Minister's Office at Level Five. [The Star]

Jangan Ingat Nalla Saja Yang Simpan Video Aiskrim - Khalid Samad Pun Ada


Khalid Samad tak mahu kalah dengan Nalla.

Dia pun dakwa ada video untuk tontonan umum.


Dalam perkembangan yang sama, Zamil Ibrahim yand didakwa sebagai agen UMNO memberi reaksi yang berikut:-


Apa yang terserlah, tindakan Khalid tersebut hanyalah menunjukkan kelemahannya yang sanggup dilembukan oleh PKR yang punya banyak video skandal melibatkan pemimpin mereka untuk penghakiman rakyat menjelang PRU13.

Nizar Jahil & Cetek Akal - Sultan Johor


Dengarkan titah DYMM Sultan Johor berkenaan Nizar Jamaluddin.

Thursday, June 14, 2012

PRU13 Bakal Hangat Dengan Kesediaan Che Det Lawan Anwar - Any Time Any Place


Desas-desus tengah malam dari The Mines ialah mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dicakap-cakap bersedia bertanding menentang Anwar di mana-mana sahaja.

Kesedian ini bermakna Anwar berpeluang melunaskan dendam peribadinya.

Laporan selanjutnya, klik SINI.

Kegagapan Khalid Ibrahim Semakin Kronik - Batalkan Sidang Media Pasca Mesyuarat Exco


Mungkin mengalami kegagapan yang semakin kronik, gara-gara terlalu banyak isu yang bakal ditanya oleh para wartawan, maka sidang media pasca mesyuarat exco Selangor dibatalkan.

Banyak isu yang boleh mendatangkan kegagapan Khalid. Antaranya berkenaan mengapungkan tanah milik Unisel, isu desakan Azmin Ali supaya Faekah meletak jawatan, isu MBPJ batalkan kelulusan pembangunan Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya dan juga Majlis Perundingan Antara Agama.

Langkah mudah untuk menyembunyikan kegagapan Pemimpin No. 1 Pakatan Rakyat Selangor itu ialah mengelakkan diri dari bertemu wartawan.

Wednesday, June 13, 2012

Sengal Punya Khalid Ibrahim - Bangsat di Kampung Orang Dijulang, Wira Di Kampung Sendiri Dilupakan


Safiq Rahim adalah anak Ijok.

Bapanya orang kuat UMNO.

Tapi pernah Khalid Ibrahim sebagai ADUN Ijok pernah memberi penghargaan kepada anak muda ini?


Sebaliknya, Khalid Ismath yang jadi pencetus huru hara dan anak kepada bekas YDP PAS Kawasan yang kalah bertanding yang diberi keutamaan.

Hinggakan si mamat yang perangai tak senonoh ini sanggup dibiayai oleh kerajaan negeri Selangor dari segi kewangan dan guaman, walhal dia bukan berjasa sangat kepada negeri dan negara. Si mamat yang digantung pengajian 3 semester oleh UiTm bukan saja dipuja tapi ditaja.

Khusus untuk Khalid Ibrahim, saksikan anak muda kelahiran Ijok menyatukan rakyat melalui sukan dan menjaringkan gol taraf cantik taraf dunia.

2 Kali Bung Mokhtar Mohon Mencelah Tapi Zulkifli Noordin Tak Izinkan


Dalam sidang semalam, dua kali MP Kinabatangan Bung Mokhtar bangun untuk mencelah, namun tidak diberikan laluan olleh MP Kulim Bandar Baharu Zulkifli Noordin.

Ini kerana, Zulkifli ingin menghuraikan tidak konsistennya Bar Council disamping bidasan MP berkenaan terhadap sikap 'syaitan bisu', organisasi berkenaan.

Tuesday, June 12, 2012

Sengal Punya Mat Sabu - Dakwa Nizar Tidak Tahu WWW1 Milik Sultan Johor


Kalau benarlah Mat Sabu mengatakan bahawa Nizar tidak tahu WWW1 milik Sultan Johor, maknanya beliau mengajar anak buahnya berdusta.

Secara tidak langsung juga, memang benarlah khalwat Mat Sabu dan Normah pernah berlaku.


Ketika Johor disebut dalam twitter Nizar, ia ditujukan kepada siapa? Chua Soi Lek? Chua Jui Meng? Atau Din Pudu Raya?

Peguam Buncit Dikesan Pakai Jam Anwar Semasa Himpunan Bersih 3.0


Jam tangan ini berjenama ini boleh tahan juga harganya dan hanya mampu dipakai oleh orang seperti Anwar Ibrahim.

Jam tangan ini dikesan dipakai oleh seorang peguam buncit semasa Himpunan Bersih 3.0.

Baca pendedahan di SINI.

Monday, June 11, 2012

Program PAS DUN Wakaf Baru Kelantan Dapat Penajaan Tiger Beer


PAS bukan lagi parti ketinggalan zaman agaknya.

Majlis-majlis ADUN-ADUN PAS dengan masyarakat bukan Islam, arak tanpa rasa silu dihidangkan. Gambar atas adalah majlis yang dihadiri oleh ADUN Wakaf Baru, Kelantan sementara gambar ADUN Meru, Selangor merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri.


Lebih parah dan kantoi, rostrum diselimuti bendera PAS dan mungkinkah majlis berkenaan dianjurkan oleh PAS di Wakaf Baru?

Rasanya, Persatuan Bola Sepak Kelantan pun tidak berani untuk ambil pengeluar beer sebagai penaja, tapi PAS pula tidak cuba menolak.

Juga baca selanjutnya berkenaan penajaan Tiger Beer di SINI.

2 Tuduhan Liwat Punca Anwar Tidak Dilantik Sebagai Penasihat Ekonomi Yaman


Para penyokong Pakatan Rakyat rata-rata beranggapan bahawa DS Anwar Ibrahim sebagai seorang pakar ekonomi.

Namun, mengapa pula kerajaan Yaman mempelawa Tun Dr Mahathir dan bukannya Anwar sebagai Penasihat Ekonomi negara berkenaan?

Mungkinkah latar belakang Anwar yang pernah berdepan dengan 2 tuduhan liwat di mahkamah menjadi punca Yaman tawar hati untuk menawarkan jawatan tersebut kepada Anwar? Atau pun mereka sendiri melihat bahawa Anwar tidak punya kepakaran tersebut?

Yang pastinya, Yaman tentu tidak suka dengan Anwar yang suka melaga-lagakan rakyat dengan meniupkan semangat 'Arab Spring'.

Semalam, Sinar Harian menyiarkan laporan Bernama berkenaan tawaran tersebut.

Sunday, June 10, 2012

Ketua Penerangan PKR Selangor Perlekeh YDP PAS Pandan


Ketua Penerangan PKR Selangor Suhaimi Shafie beranggapan bahawa cadangan penggubalan 'coalition agreement' seperti yang dicadangkan oleh YDP PAS Pandan merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor Iskandar Samad yang diputuskan melalui usul mesyuarat agung PAS kawasan berkenaan, adalah TIDAK DIPERLUKAN.

Suhaimi juga dalam kenyataannya turut merasakan bahawa pihak media tersalah petik.

Kenyataan Iskandar sebenarnya adalah melalui edaran e-mel kepada pihak media. Baca kenyataan penuh Iskandar tanpa edit di SINI.

Sumpah Laknat Anwar Di Masjid Raja Muda Musa Semenyih


Menurut maklumat yang tersebar di  FB, semalam Anwar telah memberikan tazkirah di Masjid Raja Muda Musa, Semenyih.

Anwar tidak melakukan sumpah laknat di masjid berkenaan, sebaliknya beliau telah disumpah laknat oleh masyarakat setempat.


MAIS harus memandang serius perkara ini.

Perlu diingat bahawa perkara ini berlaku, hanya dalam tempoh seminggu pengurusan baru masjid-masjid seluruh Selangor memulakan tugasan (berkuatkuasa 1 Jun 2012) untuk sesi 2012-2015.

Hakikatnya, kebanyakan jawatan-jawatan utama masjid (Nazir dan Imam) adalah tidak mengikut pencalonan yang dibuat oleh anak-anak kariah melalui Mesyuarat Agong Khas Pencalonan Pegurusan dan Pegawai Masjid masing-masing.

Klik SINI untuk contoh perlantikan yang tidak mengikut pencalonan kariah dan SINI untuk mengetahui taktik Pakatan Rakyat dalam merampas masjid-masjid seluruh Selangor.