Saturday, February 23, 2013

Kecanggihan Treler PAS - Tak Payah Guna Roket Ke Bulan Kerana Treler Punya Sayap Untuk Terbang


PAS tidak mahu kalah dengan kecanggihan treler propagandanya.

Treler propaganda PAS kelihatan bagai punya dua sayap yang boleh terbang. Barangkali ia ingin membayangkan betapa ia boleh terbang endirian ke bulan tanpa menggunakan roket.


Ahli-ahli PAS kagum dengan kecanggihan lori ini.

Malangnya, mereka tidak boleh bermegah kerana treler ini khabarnya ditaja oleh tauke Cina. Baca seterusnya di Sel 13.

Kadir Sheikh Fadzir Semakin Lumayan - Kumpul Hampir RM79 Juta Selepas Tidak Jadi Menteri


Semalam portal Sel13  melaporkan yang Pak Kadiaq punya kepentingan dalam Sazean Group of Companies yang miliki beberapa projek di Selangor.

Selepas tidak lagi menjadi menteri, dalam tempoh 2009 hingga 2011 Pak Kadiaq sudah kumpul RM78,762,400 hasil jualan tanah di Jalan Ampang dan di Pelabuhan Klang.

Transaksi pertama melibatkan penjualan tanah kepada L & G dan yang kedua kepada KPJ.



Pak Kadiaq gerenti tak boleh nafi kerana 2 transaksi berkenaan melibatkan syarikat-syarikat awam yang disenaraikan di bursar.

Friday, February 22, 2013

Khalid Ibrahim Sudah Dirasuk Syaitan - Arahkan Semua Projek Persekutuan Digantung Untuk Perlaksanaan Di Seluruh Selangor Gara-Gara Kalah Di Mahkamah


Gara-gara marah kerana tewas di mahkamah MB Selangor TS Khalid Ibrahim bertindak bagai dirasuk syaitan dengan mengeluarkan arahan menggantung semua projek prasarana Kerajaan Persekutuan di Selangor, seperti jalanraya dan bangunan.

Menurut laporan portal Media Selangorku terang-terang menyebut,
Keputusan itu dibuat Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai respons terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini di dalam kes dua tiang kamera penguatkuasa automatik (AES) yang dipasang di lebuhraya di dalam kawasan Sepang.
Dengan arahan tersebut, bermakna Khalid sengaja membuat onar terhadap Kerajaan Persekutuan dan pada masa yang sama menjadikan rakyat Selangor sebagai tebusan.


Projek di atas adalah antara contoh projek Persekutuan di Selangor, iaitu pembinaan jambatan antara Pulau Carey dengan Pulau Indah di Pelabuhan Klang.

Projek di atas amat penting bagi mempermudahkan trafik antara Pelabuhan Barat di Pulau Indah dengan tanah besar dalam konteks meningkatkan lagi kecekapan pelabuhan tersebut mengendalikan kargo ke seluruh negara.


Khalid bertindak dengan kemarahan walhal jambatan tersebut dibina demi kesejahteraan rakyat di negeri yang ditadbirnya.

Jika inilah sikap dan pendirian Khalid, maka rakyat Selangor WAJIB menolak Khalid dan Pakatan Rakyat  dari terus mentadbir Selangor.

'The *I* Files' - Cerita Sebenar Disebalik Ikrar Bapa Mertua Anwar Ibrahim Untuk Hapuskan 'The Little Bastard'


Bapa Wan Azizah pernah berang dan berikrar di depan Pak Lah yang beliau akan menghapuskan 'The Little Bastard'.

Apakah Anwar Ibrahim yang dimaksudkan sebagai 'The Little Bastard' itu?

Hospital Moh Anwar Beri Rawatan Intensif Mangsa Potong Alat Kelamin Oleh Isteri Sendiri


Hospital Daerah Moh Anwar terpaksa memberi rawatan intensif kepada mangsa yang dipotong alat kelaminnya oleh isteri sendiri.

Ini adalah lantaran isterinya yang syak keatas kecurangannya.

Baca seterusnya, klik SINI.

Thursday, February 21, 2013

Hadi Awang Dah Tempah Kot Untuk Angkat Sumpah Jadi PM

 “Kita (ahli PAS) perlu faham tiga konsep ‘Negara Berkebajikan’. Pertama, mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kedua, ekonomi yang mencukupi dan ketiga, keamanan dalam negara dan luar negara.  
 “Ini tiga konsep yang penting bila kita (PAS) hendak tegakkan negara. Barang kali kita tidak sedar kerja kita untuk menang pilihan raya, untuk mendirikan sebuah kerajaan yang mendaulatkan syariat Allah. Hukum Islam yang adil adalah nombor satu yang disenaraikan oleh Allah SWT pada hari kiamat kelak,”- Abdul Hadi Awang

Di atas adalah petikan ucapan Presiden PAS DS Abdul Hadi Awang semasa berucap pada majlis penutup Seminar Manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 PAS Negeri Terengganu di Dewan Tok Guru Masjid Rusila, Marang pada 2 minggu lepas.

Tentunya ia adalah intipati dari Buku Hijau PAS "Negara Berkebajikan - Tawaran PAS" yang dilancarkan pada 11 Disember 2011.

Meskipun Buku Hijau PAS dianggap oleh para pemimpin-pemimpin PAS bukan sebagai sebagai saingan kepada Buku Jingga PR, namun secara lansung ia memberi isyarat betapa wujud kelemahan dalam Buku Jingga.

Seperti yang terkandung dalam Buku Jingga, Islam sekadar diiktiraf sebagai agama persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Naib Presiden PAS Salahudin Ayub ketika pra pelancaran Buku Hijau menyifatkan buku berkenaan sebagai nilai tambah kepada Buku Jingga. Jadi tidak syak lagi membuktikan betapa hasrat untuk mendaulatkan syariat Allah dalam kerajaan tidak diterima oleh DAP dan PKR.

Oleh yang demikian, kenyataan yang dilontar oleh Hadi Awang di atas adalah lebih besifat retorik semata-mata dan sekadar untuk membangkitkan semangat ahli dan penyokong PAS untuk terus menyokong parti berkenaan.

Dalam banyak keadaan, pandangan-pandangan PAS tidak diterima pakai oleh DAP dan PKR. Contoh yang amat nyata ialah berkenaan dengan isu kalimah Allah. Meskipun, Majlis Ulamak PAS telah menolak penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam tetapi ia tidak diterima oleh PR sebagai pandangan yang berwibawa.



Mampukah Hadi mendepani DAP dan PKR dalam mendaulatkan syariat Allah dalam kerajaan kalau dapat menawan Putra Jaya?

Jawapannya, ia hanya boleh dicapai jika Hadi yang menjadi PM.

Azizan Razak Takut Kehilangan Jawatan? Adakan Majlis Angkat Sumpah Jawatan Bersama Barisan 10 Exco Kedah Didepan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Pagi Tadi

Gambar fail

Khabar dari Utara Semanjung melaporkan bahawa hari ini MB Kedah Dato' Seri Azizan Razak mengetuai majlis angkat sumpah memperbaharui perlantikan Pengerusi Jawatankuasa Jemaah Exco Kerajaan Negeri Kedah.

Kedah punya keunikan kerana kuasa Jemaah Exco perlu diperbaharui setiap tahun.

Disaat-saat laporan mengatakan 11 kawasan DUN menolak Azizan (baca petikan dari Berita Harian di sebelah), Azizan mengambil keputusan untuk memperbaharui autoritinya, memandangkan tempoh kuatkuasa Jemaah Exco Kedah yang diketuainya bakal berakhir pada 28 Februari 2013.

Dalam pada itu, Penganalisis Undang-Undang Prof Salleh Buang dalam mengulas perkara tersebut, mempertikaikan tindakan Menteri Besar Kedah itu, malah menganggap sebagai tiada keperluan terhadap tindakan tersebut.

Baca seterusnya di SINI.

Tuesday, February 19, 2013

Mata Kanan Pak Kadiaq Tak Berfungsi


Pak Kadiaq kini bagai dah tak dapat memandang menggunakan mata kanan.

Gara-gara hanya melihat dengan mata kiri, Pak Kadiaq dalam kenyataannya di Harakah edisi cetak (18 Feb - 21 Feb 2013) telah menyatakan sokongan terhadap fitnah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu terhadap Timbalan Pengerusi SPR Dato' Wan Ahmad. (Rujuk pada keratan di bawah).


Sebelum ini, Harakah edisi 1 Feb - 3 Feb 2013 melaporkan kenyataan Mat Sabu yang mendakwa Wan Ahmad terlibat dalam pengeluaran I.C biru kepada pendatang asing di Sabah. (Rujuk laporan awal di SINI)

Ekoran kenyataan tersebut, Wan Ahmad telah membuat tuntutan guaman kepada Mat Sabu dan 4 yang lain untuk menarik balik kenyataan yang berunsur fitnah berkenaan.


Namun begitu Mat Sabu enggan melayan tuntutan berkenaan dan tetap berpegang dengan kenyataan seperti yang dilaporkan oleh Harakah.

Tindakan Pak Kadiaq yang memihak kepada Mat Sabu, seolah-olah menyokong fitnah yang berniat jahat Mat Sabu terhadap Timbalan Pengerusi SPR berkenaan.

Monday, February 18, 2013

Maka Bakal Bersemayam Puteri Teresa Kok Di Royal Palace, Kg Dato' Keramat


Maka di dalam salah satu menara di atas bakal menjadi Royal Palace dan seorang puteri akan bersemayam di dalamnya.

Masakan Sultan Selangor akan bersemayam di sana, kerana baginda telah punya istana rasmi di Shah Alam dan Klang.

Malang sungguh, kawasan yang asalnya adalah perumahan kos rendah di kawasan kejiranan Melayu Kg Dato' Keramat, telah diputuskan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang dipengerusikan oleh anak Melayu berasal dari Jeram, Kuala Selangor yang bernama Tan Sri Khalid Ibrahim, untuk dibangunkan semula menjadi Datum Jelatek.


Datum Jelatek punya misi menjadi 'China Mainstream District' di kawasan kejiranan Melayu. Maka Royal Palace bakal menjadi tempat bersemayam Puteri Teresa Kok dan Datum Jelatek adalah lambang meremehkan kejiranan Melayu di kawasan Dato' Keramat.


Datum Jelatek adalah simbol ancaman kepada maruah bangsa.

Teruskan membaca tentang ancaman dan kerugian dari tindakan Khalid Ibrahim dalam meneruskan pembangunan semula kawasan tersebut di blog Halizan Puchong.

Sunday, February 17, 2013

Anwar Ibrahim II Nak Try Usya Pemuda BN


Rupanya dalam PAS juga ada Anwar Ibrahim. Beliau adalah seorang Ketua Ranting PAS di Perak.

Foto di atas menunjukkan Anwar try usya seorang pemuda BN.

Baca selanjutnya di SINI.