Thursday, February 21, 2013

Azizan Razak Takut Kehilangan Jawatan? Adakan Majlis Angkat Sumpah Jawatan Bersama Barisan 10 Exco Kedah Didepan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Pagi Tadi

Gambar fail

Khabar dari Utara Semanjung melaporkan bahawa hari ini MB Kedah Dato' Seri Azizan Razak mengetuai majlis angkat sumpah memperbaharui perlantikan Pengerusi Jawatankuasa Jemaah Exco Kerajaan Negeri Kedah.

Kedah punya keunikan kerana kuasa Jemaah Exco perlu diperbaharui setiap tahun.

Disaat-saat laporan mengatakan 11 kawasan DUN menolak Azizan (baca petikan dari Berita Harian di sebelah), Azizan mengambil keputusan untuk memperbaharui autoritinya, memandangkan tempoh kuatkuasa Jemaah Exco Kedah yang diketuainya bakal berakhir pada 28 Februari 2013.

Dalam pada itu, Penganalisis Undang-Undang Prof Salleh Buang dalam mengulas perkara tersebut, mempertikaikan tindakan Menteri Besar Kedah itu, malah menganggap sebagai tiada keperluan terhadap tindakan tersebut.

Baca seterusnya di SINI.

No comments: