Saturday, May 5, 2012

Video Terkini : Persendaan Khalid Ibrahim Terhadap Azmin


Memek muka MB Khalid Ibrahim sudah cukup untuk menggambarkan persendaannya terhadap AzminAli.

Khalid Ibrahim Bertegas Tidak Pertahankan Azmin

Khalid tersenyum bila bayangkan
gong yang dipalu adalah kepala Azmin

Meskipun dikecam teruk oleh Zuraidah Kamarudin berhubung kenyataan "no comment"nya, MB Khalid Ibrahim masih tetap dengan pendiriannya.

Ketika ditanya akan reaksinya berhubung tindakan saman RM100 juta Azmin keatas Utusan Malaysia, jawapan ringkas dan selamba Khalid yang disiarkan oleh portal rasmi Kerajaan PR Selangor, adalah seperti berikut:-


Tiada sebarang pembelaan Khalid untuk Azmin!

Lokasi Aksi Azmin Di Shah Alam? Pengerusi Portfolio Agama Selangor Akan Ambil Tindakan

Bila Zuraidah Kamarudin secara terbuka menzahirkan kekecewaan terhadap reaksi "no comment" oleh MB Khalid Ibrahim, jelas bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam kepimpinan PKR, khususnya di peringkat Majlis PimpinanNegeri Selangor dalam menangani foto aksi Azmin Ali yang disebarkan di internet.

Dalam sidang media anggota-anggota Dewan Rakyat dan Dewan Negara PKR sebagai tanda sokongan kepada Azmi dalam mendepani isu Azmin Ali, ternyata mereka dalam keadaan kelam kabut memperbetulkan damage yang telah berlaku.

Malangnya, dek kerana terlalu emosi dan tertekan dengan pendedahan yang mendatangkan mudarat yang amat besar keatas PKR, Zuraidah kelihatan mensasarkan serangan keatas MB yang mengambil sikap lepas tangan dalam menangani isu ini.

Hakikatnya, kenyataan 'no comment' dari Khalid sebenarnya lebih baik bagi diri Azmin. Apakah Zuraidah dan Azmin terlupa bahawa Khalid adalah Pengerusi Portfolio Agama Selangor? Dengan kedudukan ini, Khalid punya kuasa buntuk mengarahkan Bahagian Penguatkuasaan JAIS untuk menyiasat kesahihan maksiat yang dilakukan Azmin.

Ada desas-desus mengatakan aksi yang didedahkan berlaku di kondominium baru di Seksyen 15, Shah Alam. Betulkah?

Thursday, May 3, 2012

Nik Aziz Umum Kematian Bob Lokman

Kalau dah tak mampu memeriksa berita yang disampaikan, elok sangatlah Pok Nik letak jawatan MB Kelantan kerana ia boleh mendatang mudarat kepada negeri.

Bob Kuman Meninggal Dunia - Al-Fatihah


Tersebar di Twitter dan Fb, Bob Kuman meninggal dunia jam 4.38 petang tadi. Al-Fatihah

Piket Pemandu Lori Kontena Boleh Jejas Urusan Perniagaan Harian


Hari ini adalah hari kedua pemandu-pemandu lori kontena Pelabuhan Klang berpiket. Bukan sekadar berpiket, hampir semua prime mover tidak bergerak dan kelihatan di jalanraya dan lebuhraya di Lembah Klang.

Melalui tinjauan di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang, pemandu-pemandu ini berpiket secara aman dan menggantung banner yang berbunyi "KAMI TAK NAK TUNGGU LAMA DALAM DEPOH".


Kedengaran ejekan dan cemuhan peserta-peserta piket bila terhadap rakan sejawat mereka yang memandu prime mover yang melintasi kawasan mereka berpiket, meskipun tanpa treler.

Difahamkan bahwa ketidakpuasan hati pemandu-pemandu lori kontena berpunca dari kenaikan caj kendalian di depoh kontena dari RM5 kepada RM20 untuk unit 20 kaki. Oleh kerana amalan sebelum ini, bayaran dibayar secara tunai oleh pemandu sendiri, makan kenaikan 4 kali ganda ini adalah terlalu membebankan.

Pada masa yang sama, kenaikan caj tersebut tidak membawa sebarang perubahan kepada servis depoh-depoh berkenaan. Sebaliknya mereka masih menunggu hingga 3 jam untuk menyempurnakan tugasan mereka.

Dalam tempoh dua hari piket ini, belum nampak sebarang tanda penyelesaian. Oleh yang demikian, adalah wajar bagi pihak-pihak berwajib menyelesaikan masalah ini dengan kadar segera.

Andai perkara ini berlarutan, ini akan memberikan kesan yang amat buruk dalam transaksi import-eksport, malah boleh menjejaskan ekonomi negara.

Monday, April 30, 2012

Projek Azmin Kantoi - PKNS Kerugian RM300,00 Sebulan


Yang kantoi ialah projek Azmin, tapi tak pasal-pasal PKNS yang terpaksa menanggung ketirisan RM300,000 sebulan.


Ceritanya bermula begini. 'Laman PKNS' adalah merupakan projek pembangunan yang mercu tanda baru bandaraya Shah Alam [baca SINI berkenaan projek berkenaan].

Malangnya, projek Laman PKNS tersebut telah terbengkalai (gambar atas) selama 2 bulan, gara-gara kegagalan kontraktor fasa 2 yang tidak cukup wang untuk memulakan kerja pembinaan mercu tanda bandaraya Shah Alam tersebut.

Puncanya, kegagalan kontraktor yang menjadi pilihan Azmin (klik SINI) menyediakan perfomance bond yang dianggarkan bernilai RM7juta. Khabarnya, sebarang kelewatan boleh membawa denda kepada sebanyak RM33,000 sehari, namun ada desas-desus mengatakan kontraktor berkenaan diberikan waiver atas arahan pihak tertentu.

Meskipun di atas kertas mungkin tidak mencatatkan sebarang kerugian kepada PKNS, namun secara kasarnya akan berlaku ketirisan dari kantung PKNS berjumlah RM300,000 sebulan dalam bentuk penyewaan.

Disamping itu, kontraktor berkenaan telah mendapat fasiliti dari anak syarikat kerajaan negeri milik SSIC dalam bentuk bekalan bahan binaan. Setakat ini, difahamkan hutang kontraktor berkenaan telah mencecah RM700,000.

Bukan itu sahaja, desas desus mengatakan bahawa kontraktor berkenaan telah cuba mendapatkan advance dari PKNS.

Lebih teruk, papan tanda projek masih menggunakan papan tanda projek fasa 1, kecuali pada nama kontraktor pembinaan yang ditampal dengan nama "KESUMA MURNI SDN BHD" sebagai ganti kontraktor IC & E Group Sdn Bhd. (Maklumat ini diberikan oleh rakan yang berada di Shah Alam ketika artikel ditulis - gambar asal papantanda boleh dilihat di SINI)

Kes Bunuh Jutawan Kosmetik - Bekas Peguam & 3 Pekerja Diperintah Bela Diri

SHAH ALAM 30 April - Bekas peguam, N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya, T. Thilaiyalagan, R. Matan serta R. Kathavarayan hari ini diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini atas tuduhan membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan demikian di akhir kes pendakwaan selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kesemua tertuduh. - UTUSAN

Detik-detik Arahan Isyarat Anwar Kepada Azmin Supaya Masuk Tandas

Anwar arahkan Azmin masuk

Azmin akur dan beredar
Azmin akhirnya masuk ke tandas

Detik-Detik Wanita Kawal Kemaluan Dikhalayak Ramai

Seperti yang pernah terjadi kepada Teresa Kok, wanita (foto) ini juga kemaluan yang amat sangat diatas keceluparan.

Dulu Teresa Kok mendakwa wanita China didera ketuk ketampi di dalam lokap polis dan berakhir dengan kemaluan.

Saksikan visual wanita ini mengawal kemaluan dikhalayak ramai.