Monday, April 30, 2012

Kes Bunuh Jutawan Kosmetik - Bekas Peguam & 3 Pekerja Diperintah Bela Diri

SHAH ALAM 30 April - Bekas peguam, N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya, T. Thilaiyalagan, R. Matan serta R. Kathavarayan hari ini diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini atas tuduhan membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan demikian di akhir kes pendakwaan selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kesemua tertuduh. - UTUSAN

No comments: