Saturday, September 10, 2011

Najib Meremajakan Kepala Harimau

PM DS Najib menyempurnakan pelancaran logo baru Maybank [Foto: Utusan]

Logo lama Maybank

Saya pernah menjadi ahli 'keluarga Maybank' untuk tempoh 1985-1991. Sedikit sebanyak, rasa sayang masih tetap ada pada Maybank. Kepedulian terhadap Maybank memang sentiasa diikuti, termasuklah kepada peremajaan kepala harimaunya.

Adakala memang marah, kena caj RM30 oleh peguam Maybank bila terlajak bayaran pinjaman perumahan masuk ke 2 bulan, walhal overdue interest turut dikenakan. Lebih sedih, jika yang overdue amount tu cuma terlebih RM20 tetapi bila dah terima notis peguam, makan RM30 juga yang dikenakan. Yang nak dikayakan, barangkali ialah firma-firma guaman yang bercambah macam kedai kopi. Malah, mungkin juga bilangan melebihi kedai kopi.

Kekadang timbul juga rasa nak maki pegawai collection department yang senang-senang serahkan kepada peguam untuk hantar notis peringatan, meskipun lapse tapi saya tetap bayar lebih sedikit dari bayaran bulanan, dengan niat mengurangkan tunggakan. Apa dia orang ni tak tengok track record & history of repayment?

Mungkin ini tidak diketahui oleh oleh pihak Bank Negara Malaysia, malah juga Pak Menteri berkenaan yang Maybank ni dah umpama macam menekan orang yang sememangnya dah tertekan. Seboleh-bolehnya, Maybank nakkan peminjamnya maintain jangan lebih dari sebulan.

Kini, Telekom Malaysia pun sudah ikut style Maybank, masuk sahaja bulan ke 2, maka bakal kena bar broadband di rumah. Tak ada belas kasihan.

Satu demi satu GLC mula bertindak tanpa belas kasihan. Pak-Pak Menteri tidak tahu hal ini sebab mereka punya bill payment & loan repayment semuanya up-to-date.

Barangkali, mereka ni (BNM & Pak Menteri) hanya akan tahu apabila terkentut di saat-saat tahiyyat akhir.

Apa pun, kepada Maybank aku tetap sayang. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat cari makan.

Ucapan tahniah untuk CEO Maybank Wahid Omar yang telah bertungkus lumus meremajakan kepala harimau. Dalam pada itu harap-harap Maybank tidak lupa kepada kami, pelabur-pelabur awal ASN & ASB.

Friday, September 9, 2011

Idola Mat Sabu @ Dr Burhanuddin Sebenarnya Tak Tercalon Untuk Jawatan YDPA

Bukan tujuan untuk menidakkan usaha-usaha Dr Burhanuddin memimpin gerakan kemerdekaan melalui Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), tetapi sebenarnya ingin memberitahu bahawa Dr Burhanuddin sebenarnya antara pemimpin pertubuhan Melayu yang menandatangani Piagam UMNO pada semasa Kongres Melayu 2 di Johor Baharu pada 11 Mei 1946.

YDPA dalam tajuk di atas sebenarnya adalah merujuk kepada Yang Dipertua Agong (sekarang dipanggil Presiden) UMNO.

Sebelum itu pada Mac 1946, Dr Burhanuddin juga terlibat dalam juga mengetuai delegasi PKMM ke Kongres Melayu yang berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Fakta ini tercatat dalam buku-buku berkenaan kelansungan perpaduan Melayu melalui Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Rujuk artikel awal di SINI.

Bukan untuk mempersendakan Dr Burhanuddin, tetapi sejarah telah mencatatkan bahawa Dato' Onn Jaafar telah dipilih sebagai YDPA UMNO yang pertama dengan sokongan sebulat suara. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa Dr Burhanuddin tidak tercalon langsung untuk memimpin harakah perpaduan Melayu.

Mungkin, perkara ini telah mendorong PKMM menarik diri dari UMNO semasa mesyuarat di Ipoh, hanya kerana cadangan terhadap 'bendera UMNO' telah ditolak oleh ahli persidangan semasa persidangan di Ipoh pada Jun 1946. Penarikan diri oleh PKMM juga dituruti oleh Persatuan Melayu Jawatan Rendah Selangor.

Memang benar, sejarah telah mencatatkan bahawa PKMM adalah parti terawal berbanding UMNO, namun perlu dijelaskan bahawa PKMM adalah cenderung kepada idea komunisme semasa kepimpinan Mokhtarudin Lasso dan cenderung kepada konsep Melayu Raya, iaitu merdeka bersama kepimpinan Sukarno di Indonesia. [Rujuk Wikipedia]

Seperkara yang perlu difahami, bahawa trend yang cuba dibawa oleh PKMM tidak mendapat sambutan daripada majoriti rakyat. Walau pun PKMM diharamkan, Dr Burhanuddin telah diangkat sebagai YDPA PAS yang pertama. Tetapi ini tidak cukup untuk mereka mendapat undi majoriti dan cuma menang 1 kerusi dari 52 kerusi semasa PRU1955. [Rujuk keputusan di SINI]

Berdasarkan kepada fakta-fakta di atas, saya tidak nampak logiknya kenyataan Mat Sabu berhubung teorinya bahawa, jika referandum diadakan oleh British, Dr Burhanuddin akan dipilih oleh rakyat berbanding Tunku Abdul Rahman. Rasanya, tidak keterlaluan untuk saya menyimpulkan bahawa 'teori Mat Sabu' adalah lebih terdorong kepada kenyataan bahawa Dr Burhanuddin adalah YDPA PAS yang pertama!

Khalid Samad Gelakkan Mat Sabu Tak Ada Telur [Video Inside]


Cuba perhatikan lelaki pendek bersongkok dalam video di atas.

Beliau ialah Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman. Yang bercakap tu Timbalan Pesuruhjaya Ir Khalid Samad.

Kedua-dua mereka inilah yang berdepan dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor kerana memberi ceramah agama tanpa tauliah.

Walau pun Dr Rani ialah Pesuruhjaya PAS Negeri, tontoni video di atas, tugas sebenarnya hanyalah tukang angguk. Kalau setakat angguk-angguk, siak masjid kariah aku pun boleh jadi Pesuruhjaya!

Syabas Tuntut RM1.05 Bilion Dari Regim Khalid Ibrahim

Sebelum ini, Jabatan Agama Islam Selangor didakwa sebagai telah dihasut oleh UMNO Selangor dan kini tidak menghairankan kalau ada tuduhan baharu bahawa UMNO Selangor menjadi dalang dalam tuntutan RM1.05 bilion Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) keatas kerajaan Khalid Ibrahim.

PETALING JAYA: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), a subsidiary of Puncak Niaga Holdings Bhd, has filed a RM1.05bil claim against the Selangor Government.

In a Bursa Malaysia filing yesterday, Puncak Niaga said the claim, filed at the Kuala Lumpur High Court, was for compensation for the period from Jan 1, 2009 to March 31, 2011 from the state government under the 2004 concession agreement between Syabas, the Federal Government and the Selangor Government. - Malaysian Digest.

Thursday, September 8, 2011

Mat Sabu, Tolong Selamatkan Lelaki Muslim Yang Sedang Mogok Lapar Di Depan Tokong!

Sumber imej & berita : Malaysian Insider

Apalah punya bengong Si Ramli. Sepatunya buatlah 'puasa 6' sempena syawal, barulah dapat keberkatan. Sebaliknya, dia mogok lapar nak dapatkan daki dunia bernilai RM70 juta di depan tokong!

Che Mat Sabu, tolong kasi nasihat pada Si Ramli tu.

Kepala Lutut Cedera Pun Mat Sabu Boleh Jadi Gila!

“Kalau British telah mengadakan referendum (sebelum memberi kemerdekaan) antara Burhanuddin, Tunku Abdul Rahman dan Burhanuddin, rakyat pilih Burhanuddin,” - Mat Sabu
Itu kata Mat Sabu. Pandangan Mat Sabu memang tak boleh pakai sebab dia cakap sedap mulut.

Mat Sabu mungkin tidak tahu adanya PRU pra-merdeka pada 27 Julai 1955 dan keputusannya ternyata berpihak kepada UMNO/Perikatan.


Cuba lihat keputusan PRU1955 yang berikut:-

Keputusan PRU1955 mengikut parti - Sumber : slideshare.net

Undi popular PRU1955 - Sumber : Wikipedia

Kalau dianalisis keputusan di atas, ada ruangkah untuk Dr Burhanudin menang jika diadakan referandum seperti yang dibayangkan oleh Mat Sabu?

Sebenarnya pun Dr Burhanuddin dan rakan-rakannya adalah pro-Sukarno dan ingin membawa Malaya menyertai gagasan Melayu Raya, iaitu untuk merdeka bersama Indonesia.

Jika ditakdirkan Dr Burhanuddin menang pun, rasanya Mat Sabu tercatat sejarahnya hari ini sebagai calon pilihanraya yang kalah bertanding di Timor Leste! (kah kah kah kah)

Sejarah tak dapat diubah Che Mat oiiii!!!!

Terjuling Mata Mat Sabu Bila Baca Fakta Ini!

UMNO bukan ditubuhkan kerana arwah Dato' Onn Jaafar hendaak mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Besar Johor. Dari segi keselesaan pun, rasanya arwah telah pun jawatan tersebut dizaman pentadbiran British. Sebaliknya, Dato' Onn ingin menyatukan orang-orang Melayu menentang Malayan Union.

Tertubuhnya UMNO, bermula dari Kongres Melayu 1 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru selama 4 hari bermu pada 1-4 Mac 1946. Kongres Melayu 1 ini adalah titik permulaaan penyatuan pertubuhan-pertubuhan Melayu yang bergerak secara bersendirian semasa pentadbiran British.

Rekod menunjukkan sebanyak 41 pertubuhan Melayu telah hadir dan menghantar wakil ke kongres berkenaan iaitu:-
  1. Pergerakan Melayu Semenanjung Johor, Johor Baharu
  2. Persatuan Melayu Segamat
  3. Persekutuan Melayu Kluang
  4. Kesatuan Melayu Johor, Muar
  5. Kesatuan Melayu Kedah'
  6. Seberkas, Kedah
  7. Persekutuan Persetian Melayu Kelantan
  8. Persatuan Melayu Kelantan
  9. Pergerakan Melayu Semenanjung Melaka
  10. Kesatuan Melayu Melaka
  11. Persekutuan Melayu Negeri Sembilan
  12. Persatuan Melayu Pahang
  13. Wataniah Pahang
  14. Persekutuan Guru-Guru Melayu Pahang
  15. Persatuan Melayu Seberang Perai
  16. Kesatuan Melayu Pulau Pinang
  17. Persatuan Melayu Pulau Pinang
  18. Perikatan Melayu Perak
  19. Persatuan Melayu Perak
  20. Persetian Muslim Telok Anson
  21. Persatuan Melau Chendering
  22. Persekutuan Muhibbah Malim Nawar
  23. Persatuan Melayu Perlis
  24. Persatuan Melayu Selangor
  25. Pergerakan Kebangsaan Melayu Selangor
  26. Ikatan Setia Kampung Baharu
  27. Kelab Penang Peranakan
  28. Dewan Perniagaan Melayu Malaya
  29. Persatuan Penghulu-Penghulu Selangor
  30. Persekutuan Guru-Guru Melayu Selangor
  31. Kelab Darul Ihsan, Jeram
  32. Persatuan Kaum Ibu Selangor
  33. Persekutuan Bawean Selangor
  34. Persekutuan Melayu Hulu Selangor
  35. Persatuan Melayu Daerah Sabak Bernam
  36. Kaum Darat (Orang Asli) Selangor
  37. Persatuan Melayu Jawatan Rendah Selangor
  38. Kesatuan Melayu Singapura
  39. Persatuan Melayu Terengganu
  40. Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
  41. Pembantu Indonesia Merdeka Se Melayu
Nama besar seperti PKMM telah turut hadir dalam kongres tersebut. Antara-antara perwakilannya terdiri dari nama-nama besar seperti Dr Burhanuddin, Ahmad Boestamam dan Musa Ahmad (yang pernah berhijrah ke Beijing).

Cuma, PKMM telah menarik diri hanya kerana hasrat mereka untuk menggunakan bendera merah putih seperti bendera Indonesia sebagai bendera UMNO telah ditolak oleh para perwakilan, semasa Kongres Melayu 2 di Johor Baharu.

Tambahan pula, kita sedia maklum bahawa PKMM lebih mirip membentuk kemerdekaan bersama Sukarno untuk membentuk entiti Melayu Raya.

Saya tidak fikir hanya kerana usul bendera yang ditolak menjadi alasan mereka untuk tidak bersama UMNO. Sebaliknya, apa yang jelas ialah tokoh-tokoh mereka tidak terpilih menjawat jawatan-jawatan utama dalam UMNO.

Mana PAS? Mana PKR?

PAS hanya wujud apabila percubaan golongan ulamak untuk menjawat jawatan Yang DiPertua Agong gagal. Lantaran itu, mereka telah menarik diri dan menubuhkan Parti Islam Se Malaya pada 23 Ogos 1951 dan telah didaftar secara rasmi pada 31 Mei 1955.

Bukankah ini bermakna PAS adalah kumpulan merajuk dan inilah yang ditiru oleh kebanyakan mereka yang membontoti Anwar Ibrahim menyertai PKR!

Di manakah Mat Sabu ketika itu?

Wednesday, September 7, 2011

Kalau Kewarganegaraan Dilucutkan, Mat Sabu Nak Duduk Mana?

Mungkinkah Mat Sabu akan menuruti seperti Allahyarham Rashid Maidin, tinggal di 'Perkampungan Malaysia' disempadan Siam?

Kalau Rashid Maidin memilih untuk mengajar anak-anak kampung mengaji Al-Quran, mungkinkah Mat Sabu memilih untuk mengajar fardhu ain? Layakkah dia?
KULIM 7 Sept – Persatuan Bekas Polis Negeri Kedah (PBPNK) menggesa agar kerakyatan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dilucut susulan kenyataannya bahawa pengganas komunis wira sebenar dalam tragedi Bukit Kepong. [Bernama/Utusan]

Peluang Tambang Penerbangan Semurah Tambang Bas Ekspress

Pengasas Wikileaks Bakal Di Hantar Ke Mental Hospital

"I would request the government of his country to send him (Assange-Wikileaks founder) to a mental asylum and if they have no place for him in his country we can put him in our Agra mental hospital."- Mayawati UP Chief Minester
Dek kerana marahkan dengan pendedahan maklumat penggunaan jet peribadi hanya semata-mata untuk mengambil sandal dari Mumbai, pengasas Wikileaks Julian Assange telah di sarankan untuk mendapatkan suaka mental oleh Ketua Menteri Uttar Pradesh Mayawati.

Kuliah Subuh Mat Sabu


Sumber imej dari Paneh Miang

Tuesday, September 6, 2011

Kerana Silap Menyerahkan Urusan Kepada Mat Sabu Dungu, Tunggulah Saat Kehancuran PAS!

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda : Kalau amanah tidak lagi dipegang teguh, maka tunggulah saat kehancuran. Dia bertanya: Bagaimana orang tidak memegang teguh amanah itu Ya Rasulullah?. Baginda menjawab: Kalau sesuatu urusan telah diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya maka tunggulah saat kehancuran.
Ahli PAS percaya ke tidak dengan hadis di atas?

Kalau I/O Ini Yang Ambil Kes Liwat Anwar Ibrahim, Gerenti Karpal Singh Senyum Lebar

Hakim Rozina Ayob dalam penghakimannya menyimpulkan bahawa pegawai penyiasat Inspektor Hafiz Ahmad gagal membawa mangsa-mangsa ke hospita untuk pemeriksaan, justeru tiada laporan perubatan yang dikemukakan di mahkamah.

Disamping itu, pihak pendakwa gagal membuktikan kurungan salah terhadap mangsa, apabila tiada aduan dari mangsa-mangsa berhubung perkara berkenaan.

Malah, hakim menyimpulkan bahawa siasatan yang dilakukan oleh pegawai penyiasat dalam kes berkenaan adalah KURANG MEMUASKAN.

Oleh itu, OKT yang seorang wanita How Ah Oong telah dibebaskan dalam tuduhan meperdagang 2 wanita asing.

Kalaulah pegawai penyiasat berkenaan mengendalikan kes liwat Anwar Ibrahim, gerenti Karpal Singh tersenyum lebar!

Laporan penuh kes baca [SINI].

Monday, September 5, 2011

Sultan Mahmud Pun Belum Tentu Dapat Sediakan 5 Dulang Emas Dalam Tempoh 2 Minit


Badigol punya penyamun, dalam aku menunggu Maggi Mee kembang pun dia boleh rembat 5 dulang emas.

Malah, Sultan Mahmud (Sultan terakhir Kesultanan Melaka) pun belum tentu dapat sediakan Puteri Gunung Ledang 5 dulang emas dalam tempoh 2 minit.
KAJANG 5 Sept — Empat lelaki bersenjatakan pistol dan tukul melarikan lima dulang emas dalam masa hanya dua minit ketika menyamun sebuah kedai emas yang terletak di kawasan pusat perdagangan di Jalan Besar, Kajang di sini hari ini. [Bernama/Utusan]

Mat Sabu Confirm Jadi Katak Hijau


Katak hijau tu confirm Mat Sabu......

Tapi siapa pula nak jadi jadi katak biru????

Berbahas tanpa mencari titik persamaan hingga kiamat?

FAM Pertimbang Batalkan Kejuaraan Piala Sumbangsih 2010 Selangor Atas Protes Mat Sabu?


Dah alang-alang mempertikaikan kemerdekaan negara yang disifatkan sebagai versi UMNO oleh Mat Sabu, apa kata kalau kemenangan Selangor menjulang Piala Sumbangsih 2010 turut dipertikaikan?

Betapa tidaknya, gol kemenangan Selangor yang mengatasi Negeri Sembilan 2-1, hanya sekadar dijaringkan oleh pemain gantian R. Surendran. Tentunya tidak adil untuk meraikan gol Surendran, walhal rakan-rakannya yang lain bertungkus lumus bermain 90 minit. Samalah juga dengan kemerdekaan negara, Tunku Abdul Rahman hanya datang menggantikan Dato' Onn dan kemudian dapat pula merdeka dari British.

Jom kita protes pada FAM, boleh Che Mat?

Sorry To Tell You Tok Pa, Nik Aziz Takkan Dapat Ditewaskan!

Saya tidak fikir Tok Pa & The Gang dapat mengalahkan TG Nik Aziz Nik Mat.

Saya berpendapat demikian bukan kerana mengakui kekuatan Nik Aziz. Sebaliknya, untuk PRU13 hukum akal mengatakan bahawa Nik Aziz dah wajib dibersarakan!
“Hari ini juga hari penting kerana kesemua jentera kita membulatkan tekad untuk berjuang, kita kena ada keyakinan diri, jangan takut. Ingat, Pas pernah tinggal batu nisan di negeri ini, Nik Aziz pernah kalah pada 1986 kepada Mohd. Zin Abdullah dengan majoriti 259 undi,” [Dato' Seri Mustapha Mohamed - Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan]

Sunday, September 4, 2011

Penjenayah Sengaja Buat Hal Untuk Disoalsiat Polis Yang Comel!

Inspector Nurul Akma Khalid

"We want the public to feel our friendliness. It isn't about placing those with good-looking faces or having a nice body out there.

"It is about mannerisms and personality, too. They must be good-natured," [Tan Sri Ismail Omar - IGP]

Bila Ketua Ranting PKR Tak Campur Masyarakat, Maka Itu Petanda Pakatan Rakyat Bakal Tumbang Di Selangor

MB Selangor disertai oleh Badrul Amin memegang lilin

Telah menjadi kelaziman bagi kawasan kediaman kami, bertakbir dari rumah ke rumah di malam Aidil Fitri.

Kami akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan mengikut lorong dan jalan. Kebetulan, kediaman Ketua Ranting PKR termasuk didalam kumpulan yang saya sertai. Apabila melintas di kediaman Ketua Ranting tersebut, Imam 2 yang mengetuai kumpulan berbisik kepada saya, "Si Abu ni tak pernah ikut takbir....". Saya jawab, "Baguslah tu Mam!".

Meskipun ada 2 kediaman yang merupakan penyokong tegar PAS, namun mereka masih turut menyertai kami.

Semasa Ramadhan yang baru berlalu, Pengarah Jabatan Latihan & Komunikasi Selangor Ustaz Badrul Amin ada memberi tazkirah di masjid kariah kami. Antara lain beliau berkata, "Jangan tunggu dah mati baru nak berada paling depan di masjid untuk disembahyangkan". Agaknya, itu ditujukan kepada kepada Ketua Ranting berkenaan kot?

Fahamkah Idris Jala Dengan Jihad Ekonomi?

Setelah Waqaf Korporat dibangunkan, penswastaan syarikat GLC harus memberi keutamaan kepada mereka. Barulah penswastaan syarikat GLC dapat dijayakan mengikut acuan dan pendekatan Islam tanpa mengenepikan “semangat DEB”. Menerusi kaedah ini juga pendirian yang jelas dilihat membela kepentingan rakyat terbanyak dan melindungi kepentingan hak golongan miskin dan terpinggir pasti disambut baik oleh semua rakyat Malaysia. [Tan Sri Muhammad Ali Hashim]

Tokoh korporat Tan Sri Muhammad Ali Hashim sekali lagi mencadangkan penubuhan Waqaf Korporat yang bermatlamatkan keadilan sosial dalam konteks Islam dan bangsa Melayu.

Pandangan beliau, seharusnya diberi perhatian dalam mengimbangi suasana perniagaan hari ini yang lebih fokus pada KPI dan berorientasikan keuntungan. Oleh kerana terlalu terikat dengan KPI, gagal jayanya pengendali organisasi korporat khususnya CEO adalah bergantung kepada sejauh mananya mereka dapat memenuhi piawaian KPI yang ditetapkan kepada mereka.

Saya berpandangan, saranan yang dibuat oleh tokoh korporat berkenaan, wajar diberi perhatian, khususnya kepada Majlis Agama Islam Negeri-Negeri, agar pengurusan baitulmal akan dapat diperkasakan dan memberi pulangan yang amat bermakna demi kesejahteraan ummah.

Andainya penetapan KPI mengambilkira jihad ekonomi sebagai weightage dalam pencapaian KPI berkenaan, maka dengan sendirinya cadangan yang diutarakan oleh Ali Hashim pastinya tidak perlu diperbahaskan.