PM DS Najib menyempurnakan pelancaran logo baru Maybank [Foto: Utusan]
Logo lama Maybank
Saya pernah menjadi ahli 'keluarga Maybank' untuk tempoh 1985-1991. Sedikit sebanyak, rasa sayang masih tetap ada pada Maybank. Kepedulian terhadap Maybank memang sentiasa diikuti, termasuklah kepada peremajaan kepala harimaunya.
Adakala memang marah, kena caj RM30 oleh peguam Maybank bila terlajak bayaran pinjaman perumahan masuk ke 2 bulan, walhal overdue interest turut dikenakan. Lebih sedih, jika yang overdue amount tu cuma terlebih RM20 tetapi bila dah terima notis peguam, makan RM30 juga yang dikenakan. Yang nak dikayakan, barangkali ialah firma-firma guaman yang bercambah macam kedai kopi. Malah, mungkin juga bilangan melebihi kedai kopi.
Kekadang timbul juga rasa nak maki pegawai collection department yang senang-senang serahkan kepada peguam untuk hantar notis peringatan, meskipun lapse tapi saya tetap bayar lebih sedikit dari bayaran bulanan, dengan niat mengurangkan tunggakan. Apa dia orang ni tak tengok track record & history of repayment?
Mungkin ini tidak diketahui oleh oleh pihak Bank Negara Malaysia, malah juga Pak Menteri berkenaan yang Maybank ni dah umpama macam menekan orang yang sememangnya dah tertekan. Seboleh-bolehnya, Maybank nakkan peminjamnya maintain jangan lebih dari sebulan.
Kini, Telekom Malaysia pun sudah ikut style Maybank, masuk sahaja bulan ke 2, maka bakal kena bar broadband di rumah. Tak ada belas kasihan.
Satu demi satu GLC mula bertindak tanpa belas kasihan. Pak-Pak Menteri tidak tahu hal ini sebab mereka punya bill payment & loan repayment semuanya up-to-date.
Barangkali, mereka ni (BNM & Pak Menteri) hanya akan tahu apabila terkentut di saat-saat tahiyyat akhir.
Apa pun, kepada Maybank aku tetap sayang. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat cari makan.
Ucapan tahniah untuk CEO Maybank Wahid Omar yang telah bertungkus lumus meremajakan kepala harimau. Dalam pada itu harap-harap Maybank tidak lupa kepada kami, pelabur-pelabur awal ASN & ASB.
No comments:
Post a Comment