Saturday, June 25, 2011

Azmin Ali Nakkan Jawatan Timbalan Pengerusi SPR?

Tidak guna berkokok kalau ekor sendiri bergelumang tahi.

'Ketua Umno SPR' didesak letak jawatan
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 25 Jun: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sekali lagi mengulangi desakannya agar Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar perlu meletak jawatan.

Sebelum Azmin Ali dapat memegang jawatan Timbalan Presiden PKR, pesaing-pesaingnya iaitu Zaid Ibrahim dan Mustafa Kamil Ayob telah pun mendedahkan penyelewengan dalam pemilihan tersebut.

Oleh itu, kalau orang PKR yang diletakkan di tempat itu, alamat lingkup SPR!

Jangkitan Diluar Tabii?

Sepatutnya tidak ada apa yang harus dipertikaikan.

Sebabnya pelaku utama dalam video ialah seorang pengamal yang diluar tabii!

Kes Datuk T: Majlis Peguam terkejut tayang video seks di mahkamah

KUALA LUMPUR, 25 Jun — Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee menegaskan Mahkamah Majistret tidak sepatutnya membenarkan tayangan semula rakaman video seks, yang pelakunya didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana trio Datuk T telah pun mengaku bersalah.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Lim berkata tindakan mahkamah membenarkan tayangan rakaman video seks itu dalam perbicaraan pagi semalam adalah sesuatu “amat luar biasa.” [The Malaysian Insider]

Korbankan Diri?

Friday, June 24, 2011

Kerja Gila, Takkan Najib Sebodoh Anwar!

Ini mesti kerja PKR sendiri untuk tarik simpati dan kenakan UMNO
GEORGE TOWN: Several pornographic pictures were found in 11 copies of the Surah Yassin booklet at the Penang State Mosque here.

The chief imam of the mosque, Yusuff Ahmad, said the discovery was made by a
security guard at the mosque who had picked up one of the booklet to read it at
about 4.30pm yesterday.


He said that after being informed by the guard, a few mosque officials,
including him, went to check the shelves where the Surah Yassin booklets were

kept and found 10 others to contain such pictures.

Following which, a police report was lodged at the Kampung Baru police

station, Air Hitam here, yesterday, he added. - Bernama


Read more: NST

Video Cubaan Bunuh Ambiga?

Siapa ugut Ambiga?

Saksikan raut wajah ketakutan Ambiga dalam video di bawah yang telah disiarkan di blog Empayar Pemuda.

Jom Tukar Ismail Sabri!

Projek TUKAR?

Apakah ini projek menukar kepimpinan?

Bukan! Bukan! Bukan!

Projek TUKAR ialah program Transformasi Kedai Runcit, khusus untuk peruncit tradisional.

KUALA LUMPUR 23 Jun - Peruncit tradisional yang terlibat dalam program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) kini diberi bantuan pinjaman sehingga 15 tahun, berkuat kuasa hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, program itu, yang diadakan dengan kerjasama Bank Rakyat, masih menawarkan pinjaman sebanyak RM60,000 namun tempoh bayaran balik dilanjutkan sehingga 15 tahun berbanding tujuh sebelum ini.

"Selain bertujuan untuk meringankan beban peruncit dan memberi masa agar peruncit dapat mengukuhkan kewangan mereka, kita harap lebih ramai peruncit berminat untuk menyertai projek TUKAR ini,” katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Mohd. Zain Mohd. Dom dan empat pengendali pasar raya di sini hari ini. - Bernama - Bernama/Utusan

Adalah diharapkan, melalui program transformasi ini akan mengubah wajah kedai-kedai runcit tradisional di negara ini. Kita harus mengaku bahawa dalam soal kedai runcit ini, kita agak ketinggalan dengan kedai runcit yang diusahakan oleh pendatang, khususnya dari Aceh.

Kedai runcit milik orang Aceh lebih berkonsepkan 'convenience store', meski pun kecil tetapi mempunyai pelbagai barang keperluan, kemas dan waktu perniagaan yang lebih panjang.

Disamping membantu dari segi modal, khidmat nasihat terutama dengan pendedahan idea-idea baru harus diberikan kepada pekedai runcit tradisional agar mereka ini dapat terus bertahan dengan persaingan dari hypermarket dan pekedai runcit asing.

Seperkara lagi yang amat penting, biarlah program yang dirancang ini benar-benar difahami oleh pihak yang melaksanakan. Kita tidak mahu, bertambah lagi satu program tetapi tidak berjalan seperti yang diharapkan. Contohnya program Rumah Mesra Rakyat anjuran SPNB.

Thursday, June 23, 2011

Akhirnya Wahid Omar & Nazir Razak Undur Diri

Dari tajuk bukanlah bermakna Wahid Omar dan Nazir Razak akan meninggalkan kerusi masing-masing di Maybank dan CIMB.

Sebaliknya, mereka telah membatalkan rundingan pengambilalihan dan penggabuhan dengan RHB Bank.

Malayan Banking Bhd (Maybank) dan CIMB Group Holdings Bhd membatalkan perundingan berasingan masing-masing dengan RHB Capital Bhd mengenai kemungkinan mengadakan penggabungan. [Bernama/Berita Harian]

Pastinya disamping faktor harga, samada Maybank mahu pun CIMB tentunya terikat dengan arahan untuk mengekalkan pegangan Aabar Invesment (Abu Dhabi).

Apa pun, tahniah kepada para pelabur yang telah berjaya menjual syer RHB pada kadar tertinggi RM10.40.

Mulai Saat Ini Aku Berpaling Tadah Sokong Nurul Izzah!

Minta maaf kepada semua sahabat-sahabat seperjuangan, khususnya para blogger pro-kerajaan.

Mulai saat dan detik ini, Akar Umbi mengambil pendirian untuk menyokong Nurul Izzah Anwar dengan kenyataannya agar kerajaan Malaysia meniru cara pilihanraya di Turki.

Akar Umbi rasa begitu amat bersetuju dengan kaedah kempen yang begitu bersih, tulus dan ikhlas dikalangan ahli-ahli politik Turki. Apatah lagi papa Nurul, Awar Ibrahim merupakan antara karekter utama dalam pilihanraya di Malaysia.

Akar Umbi juga tertarik dengan laporan pra-pilihanraya seperti yang dilaporkan di bawah dan harap-harap papa Nurul akan mencontohi ahli-ahli politik di Turki; MELETAKKAN JAWATAN!

Six senior politicans in Turkey's opposition Nationalist Action Party (MHP) have resigned amid a sex scandal, shortly before national elections.

Turkish media say the six, including four vice-presidents, quit following threats to publish compromising videos.

Four other senior MHP leaders resigned earlier this month after secretly filmed images were posted online.

The scandal has fanned tensions ahead of the June poll in which the Islamist-rooted AKP is seeking a third term.

Lawmaker Deniz Bolukbasi, one of the six MHP leaders who resigned on Saturday, said he had been the victim of a trap sponsored by Prime Minister Recep Tayyip Erdogan's AKP. [BBC]

Mufti Selangor Fatwakan ASB/ASN Bercanggah Dengan Syara'

Tidak halal dengan sendirinya bermaksud haram?

Terjumpa surat ini di blog PPIM.

Wednesday, June 22, 2011

Walau Pun Anwar Dalam Video China Doll, Dia Tidak Melakukan Sebarang Kesalahan - Tian Chua

Meski pun sahih Anwar Ibrahim adalah pelakon dalam video yang didedahkan oleh Dato' T, ia tidak melakukan apa-apa kesalahan dari segi undang-undang. Begitulah andaian yang dibuat oleh Tian Chua!

Tian Chua (PKR-Batu) said authorities took a very long time to identify the criminals and it was as if the authorities were actually looking to identify the actor in the video instead of charging the criminals.

“The real criminals are the ones who distribute and publicly show pornographic materials to the public. The actor did not break any law,” he said. [The Star]

Nik Aziz Boleh Kena Darah Tinggi Bila 44,000 Orang Anak Muda Enggan Bekerja Pada 10 Julai

Membaca kenyataan Pemuda PAS dan AMK Kelantan, seramai 44,000 orang anak muda akan digerakkan ke Himpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai akan datang. MB Kelantan Nik Aziz, bakal bagi cuti peristiwa lagikah?

Cuba kita baca kenyataan Pemuda PAS dan AMK Kelantan yang dipetik dari Harakahdaily.

44,000 orang bukan bilangan yang sedikit. Kalau semua mereka adalah pekerja, boleh lumpuh ekonomi Kelantan. Atau pun di Kelantan banyak sangat pengangguran?

Pemuda PAS dan AMK, kalau nak gelembong biar berpada!

Zuraida Kamarudin @ Mak Lampir Buat Rawatan Muka!

Skuad Sayang Wanita UMNO semakin digeruni.

Mak Lampir akhirnya terpaksa lancarkan program Wanita Keadilan Jelajah Kampung (Wajah) untuk imbangi gerakan Skuad Sayang yang telah jauh mendahului Wanita PKR dalam gerak khidmat bakti kepada rakyat luar bandar.

Tuan Ibrahim Boleh Bantu Nik Aziz Jimatkan Duit Kelantan

Baik Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Wan Ubaidah Omar, mahupun MB Kelantan TG Nik Aziz Nik Mat boleh menjimatkan wang Kerajaan Negeri Kelantan. Jangan bazirkan wang kerajaan dengan memberi insentif kepada lelaki yang berpoligami, hanya kerana hendak membantu ibu tunggal.

Ada berita baik buat ibu-ibu tunggal di Kelantan kerana ada lebihan lelaki di Pahang. Tambahan pula orang Pahang selalunya boleh tahan!
Laporan itu juga menunjukkan bilangan lelaki dalam usia perkahwinan, iaitu 20 hingga 34 tahun ialah 198,600 orang, lebih ramai berbanding 188,900 wanita manakala nisbah 113 lelaki berbanding 100 wanita pada 2010 bagi Pahang, melebihi paras nasional, iaitu 105 lelaki berbanding 100 wanita. [Berita Harian]
Tuan Ibrahim Tuan Man mungkin boleh bantu untuk menguruskan(?)

Tuesday, June 21, 2011

Kegagalan Pertama Menunggu Pesuruhjaya PAS Selangor

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman yakin saf baru mampu pertahankan Selangor pada PRU13. [Harakahdaily]

Namun kegagalan pertama menunggu beliau apabila berlangsungnya konsert MTV World Stage Live In Malaysia pada 24 Julai 2011 kelak.

Bolehkah PAS membatalkan konsert tersebut jika tanpa persetujuan PKR dan DAP.

Takziah awal untuk Dr Rani!

Anwar Yakin Tanpa Sokongan PAS & DAP, PKR Tetap Boleh Menang!

Pada Anwar Ibrahim, PKR tidak memerlukan DAP dan PAS untuk ke Putra Jaya. Dengan yakin, beliau berkata undi popular PKR sendiri sudah dalam keadaan 50%.

"Akhbar rasmi KEADILAN, Suara Keadilan terbaru yang kini berada di pasaran tampil dengan amanat Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa parti itu semakin menghampiri Putrajaya.

Dengan muka depan bertajuk ‘Lagi 5 peratus ke Putrajaya’ ia mengupas ucapan Anwar di Konvensyen pilihan raya KEADILAN minggu lalu yang menyebut parti itu hanya memerlukan lima peratus lagi sokongan rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurut Anwar, berdasarkan keadaan politik semasa, KEADILAN memerlukan sekurangnya 55 peratus undi popular untuk menumbangkan Barisan Nasional .

Ini kerana 51 peratus undi popular masih tidak mencukupi untuk memenangi pilihan raya umum berikutan amalan penipuan yang dilakukan BN dan SPR." - [KeadilanDaily]

Patutlah PKR secara solo menganjurkan konvensyen pilihanraya. Barangkali mereka yakin tanpa sokongan DAP dan PAS mereka boleh mengalahkan BN.

Malang sungguh Hadi dan Lim Kit Siang kerana Anwar telah menjadikan mereka umpama nasi tambah kepada PKR!

Layakkah ADUN PAS Selising & Perupuk Dapat Insentif Dari Kerajaan Kelantan?

"Kelantan's PAS-led government is considering giving incentives to those who marry single mothers, provided they inform their first wife about their intentions, the house was told here on Tuesday.
State Women Development and Health committee chairman Wan Ubaidah Omar (PAS-Tanjung Mas) said the move was triggered by a suggestion from the Ahmad Baihai Atiqullah (PAS-Pasir Tumboh) on Monday" - The Star

Tolong ingat sikit! Insentif hanya pada yang mengahwini ibu tunggal, bukan melarikan isteri orang.

Monday, June 20, 2011

Layakkah Khairy Memimpin Platun Untuk Bertempur?

Bila Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang dipimpin oleh Khairy Jamaluddin (KJ) membuat keputusan sebulat suara untuk menyaingi Himpunan Jalanan BERSIH 2.0, maka saya melihat KJ sebagai seorang Brigadier Jeneral yang bakal memimpin batalion tentera untuk berperang.

Namun apabila beliau mempertikaikan LID (Langkawi International Dialogue) malah mencadangkan LID dihentikan, dengan sendirinya KJ menurunkan darjat hanya layak untuk sepasukan platun tentera untuk menjalankan satu operasi kecil.

Kesilapan KJ ialah mencipta musuh dalaman, disaat-saat menjelang pertempuran. Itulah silap besar KJ.

Malah bagi PM DS Najib Razak membayangkan LID diteruskan dan akan kembali diadakan di Langkawi tempat asal dialog tersebut, tahun hadapan.

KJ sepatutnya meletakkan dirinya sebagai panglima, bukan menjadi pencetus masalah kepada batalion yang dipimpinnya. Sikap dan pendekatan KJ sebagai Ketua Pemuda tidak seharusnya sebagai check & balance disaat-saat menghadapi suatu perang besar. Psikologi pasukan perlu dijaga dan harus fokus kepada pertempuran. Sebenarnya itulah kehendak pemuda, jika tidak masakan keputusan sebulat suara terhasi dalam menyaingi Himpunan BERSIH 2.0.

Melainkan, ketika parti sedang kuat mungkinlah boleh dilaksanakan pendekatan yang dibuat oleh KJ. Soal berunding, berbincang dan berforum dengan pembangkang tidak memberikan impak yang begitu besar kerana pada saat ini pembangkang khususnya PAS menutup perundingan. Perdebatan mahu pun forum hanya lebih menjurus kepada pernyataan idea tetapi tanpa sebarang titik pertemuan yang boleh dijadikan keputusan bersama. Ringkasnya, Pemuda UMNO tetap dengan pendiriannya dan begitu juga pihak lawan, tetap dengan pendiriannya.

Nasihat saya kepada KJ rapatkan dulu Pemuda UMNO dan kuatkan dulu pengaruh, seterusnya letakkan diri anda sebagai ikon, barulah anda boleh memukul parti anda sendiri. Malah yang lebih penting, jangan sekali lukai hati orang-orang tua yang masih berpengaruh. Kesilapan demi kesilapan yang anda lakukan, maka hanya melayakkan anda untuk memimpin platun dan bukannya batalion!

Ambik Kau!!! Bertepek Kahak Ambiga Kat Muka Anwar

Siapa mahu Anwar mahu arahkan Ambiga?

Ambiga sudah perasan yang dia jeneral rakyat.

KUALA LUMPUR: Coalition for Free And Fair Elections (Bersih) chairperson, S Ambiga today said the polls watchdog would not back down from its mass rally planned for July 9.

“It is not for Anwar to decide to call it off,” said Ambiga who leads the coalition of about 62 NGOs and political parties. - FMT

Sunday, June 19, 2011

KJ, Apakah Anda Fikir Bahawa Anda Ikon Anak Muda Malaysia?

Kenyataan bodoh dan bangang!
"(Zimbabwe President) Robert Mugabe arrived in Malaysia. What do we gain by inviting a leader like this? It has been sometime...need to halt such dialogue." - Khairy Jamaluddin/MalaysianDigest
Patutlah Pak Lah tergolek, akibat dari salah nasihat si menantu.

Berapa banyak sokongan yang diraih oleh Khairy dari kenyataan di atas? Satukan pemuda dulu dari membuat kenyataan-kenyataan bodoh yang boleh menikam diri sendiri. Lainlah kalau KJ adalah icon anak muda terkini, jadi bolehlah bercakap apa sahaja.

Nazri Aziz pernah berkata, pemuda jangan takut buat salah. Tapi kalau dalam kes KJ yang sentiasa bersalah, jadi bangang kesudahanya.

Khalid Samad Pun Dah Berani Cerita Hal Karipap!

***Bagi yang menganggap semua yang berlaku semasa mesyuarat adalah rahsia, maka saya ingin bertanya. Kalau saya menceritakan kepada seseorang, "semasa mesyuarat tadi saya minum kopi bersama dua ketul karipap", adakah itu menjadi rahsia parti? Adakah apa yang dimakan dan minum semasa mesyuarat pun boleh menjadi rahsia parti? Hairan bin ajaiblah sekiranya dijawabnya "Ya!"*** - Khalid Samad
Khalid Samad telah ditegur kerana menceritakan perjalanan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat kerana ia merupakan rahsia parti.

Walau pun secara peribadi sememangnya saya berbeza pandangan politik dengan Khalid, namun sebagai manusia saya rasa perlu juga untuk saya bercakap dari segi realiti politik secara umumnya.

Khalid hakikatnya berniat untuk mendidik dan ingin memberitahu bahawa dalam Islam tidak diktator dan mengamalkan syura. Dalam pada itu, Khalid juga perlu sedar bahawa dalam politik Islam juga ada pendapat mengatakan bahawa ketua tidak terikat dengan cadangan syura. Dan inilah yang harus difahami, bukan sahaja Khalid, ahli PAS tetapi semua orang.

Malah, hak menegur ketua juga ada keterbatasannya dan menegur juga perlu dengan hikmah.

Apa pun, malas nak mengulas panjang kerana kalau disanggah pun takkan Khalid hendak menerima, apatah lagi dari saya yang bukan dari jamaahnya.

Bab makan karipap yang dijadikan contoh tu, mungkin terkeluar secara spontan dan kebetulan dan pastinya bukan merujuk kepada Anwar Ibrahim (?). Hahahaha.........

Wajah Komersial Khalid Ibrahim Bernilai RM15 Juta?

Even DAP’s Loke said “If Datuk Seri Ng Yen Yen has problems getting people to help start Facebook pages, DAP headquarters can help her out, we have people who can develop these things at no cost,” [Universal blog]

“DAP conveniently criticises the Tourism Ministry for spending RM1.8mil for social media advertising, but they themselves use up to 10 times the amount spent just to let the people know who their Mentri Besar (Selangor) is. [The Star]