Patutlah PKR secara solo menganjurkan konvensyen pilihanraya. Barangkali mereka yakin tanpa sokongan DAP dan PAS mereka boleh mengalahkan BN."Akhbar rasmi KEADILAN, Suara Keadilan terbaru yang kini berada di pasaran tampil dengan amanat Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa parti itu semakin menghampiri Putrajaya.
Dengan muka depan bertajuk ‘Lagi 5 peratus ke Putrajaya’ ia mengupas ucapan Anwar di Konvensyen pilihan raya KEADILAN minggu lalu yang menyebut parti itu hanya memerlukan lima peratus lagi sokongan rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.
Menurut Anwar, berdasarkan keadaan politik semasa, KEADILAN memerlukan sekurangnya 55 peratus undi popular untuk menumbangkan Barisan Nasional .
Ini kerana 51 peratus undi popular masih tidak mencukupi untuk memenangi pilihan raya umum berikutan amalan penipuan yang dilakukan BN dan SPR." - [KeadilanDaily]
Malang sungguh Hadi dan Lim Kit Siang kerana Anwar telah menjadikan mereka umpama nasi tambah kepada PKR!
1 comment:
Cukuplah sebut pasal Anwar.
Dialah org yg sanggup menggadaikan bangsa , agama dan negara demi mencapai cita-cita politiknya.
Dia sanggup lihat bangsanya merana.
Dia sanggup lihat negaranya hancur.
Dia sanggup lihat agamanya dihina.
...demi mencapai cita citanya.
Kenapa org percaya sangat pada Anwar ni ???
Mungkin dia pelihara JIN......
Post a Comment