Saturday, May 7, 2011

Alang-Alang Tolak Politik Lucah, Tolak Sekali Ahli Politik Lucah


Aku tak suka guna istilah mahasiswa. Aku Lebih suka guna istilah siswa.

Apa guna istilah mahasiswa kalau fikiran bebal dan tolol.

TOLAK AHLI POLITIK LUCAH, MAKA DENGAN SENDIRINYA TERTOLAKLAH POLITIK LUCAH.

Apa punya bingai beb?

Friday, May 6, 2011

Bila Pula Najib Jadi Penderhaka Rakyat Selangor, Mak Lampir Oiiii?

Mak Lampir @ Zuraidah Kamaruddin, Ketua Wanita PKR dalam kenyataannya di Free Malaysia Today memberi amaran kepada PM DS Najib Razak, agar jangan derhaka kepada rakyat Selangor.

“Sekali lagi, saya ingatkan Najib, jangan pernah cabar kami (PKR-Pakatan Rakyat Selangor). Kami telah bersedia untuk menghadapi PRU13 pada bila-bila masa.

“Jentera telah kami susunkan, barisan pertahanan telah kami ampuhkan demi terus mempertahankan Selangor, dari kezaliman dan penindasan Umno walau apa cara sekalipun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Baru Mak Lampir ni tahu penangan Najib!

Sudah Sampai Masanya Ucapkan Selamat Tinggal Kepada PAS

Apakah PAS masih tidak membaca disebalik yang tersirat.

Apabila timbul tuntutan supaya Kristian dijadikan agama rasmi persekutuan, dengan sendirinya mendedahkan yang tersembunyi secara nyata. [Baca SINI]

Hakikatnya dipihak kita sememangya telah menghidu dan melihat secara nyata 'divide & rule' yang menjadi modus operandi Anwar Ibrahim dalam memenuhi impiannya untuk menjadi Perdana Menteri. Dalam pada itu, gerak Anwar ini memberi ruang kepada DAP untuk mengambil peluang untuk memperkukuhkan kedudukan politiknya.

Apabila Anwar sendiri memperlekehkan Ketuanan Melayu, disamping sokongan PAS keatas perlekehan itu, maka peralihan arah dikalangan mudah berlaku dan seterusnya MCA dan Gerakan terumbang-ambing meraih sokongan.

Bagi PAS, umpama bermimpi disiang hari yang kononnya untuk memberi kefahaman Islam kepada golongan bukan Islam. Sebaliknya DAP, memperkukuhkan kedudukan dengan konsep penyatuan Cina dan memulakan langkah penyatuan persaudaraan Kristian yang nampaknya mula menunjukkan impak semasa PRN Sarawak.

Apabila disebutkan perkara ini, PKR mahu pun PAS tetap berdegil dengan dakwaan mereka, kononnya UMNO mengamalkan politik yang menakut-nakutkan bangsa Melayu. Dalam pada masa yang sama, PKR telah memberi kelonggaran yang berlebihan hingga timbul suatu keadaan yang mana DAP dalam keadaan yang terlalu kehadapan berbanding mereka. Sementara, PAS pula semakin mengecil dari harimau yang ditakuti, kepada hanya bak burung nuri yang diajar untuk berkata-kata.

Ini bukan soal kebimbangan UMNO tetapi soal siapa yang benar-benar bertanggungjawab membela Islam dan Melayu. Justeru, sudah sampai masanya UMNO mengucapkan selamat tinggal kepada PAS dalam soal penyatuan agama dan bangsa. Sebaliknya, bangsa Melayu dan umat Islam sendiri yang harus menilai untuk memperkukuh pokok agama dan bangsa, sebagai tempat kita bernaung.

Bagi rakyat jelata sekalian perhatikan satu demi satu peristiwa yang berlaku dan nilaikan sendiri bagaimana PKR dan PAS membisu dalam mempertahankan kepentingan agama Islam dan bangsa Melayu.

Piliharaya Umum 11/11/11?

Berita Harian sekadar membuat andaian.

PM cetus teka-teki pilihan raya umum


2011/05/06

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mencetuskan teka-teki mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 apabila menyebut timbulnya ramalan ia akan diadakan pada 11.11.11 kerana angka 11 amat signifikan dalam hidup beliau.

Ketika ditanya pemberita, beliau tidak mengia atau menafikan ramalan itu, sebaliknya menyifatkan ramalan sedemikian memang menjadi kegemaran dalam arena politik sebelum ini.

Thursday, May 5, 2011

Layanan Kasta Pariah Untuk Interlok?


Bingai punya Dr P. Ramasamy!

Terkini, Interlok hasil karya Sasterawan Negara Abdullah Husain dilayan umpama pariah di perpustakaan awam Pulau Pinang, dengan larangan dipamerkan di rak buku teks.

Interlok dilarang letak di rak buku teks perpustakaan Pulau Pinang

2011/05/05

GEORGETOWN: Kerajaan negeri pimpinan DAP melarang perpustakaan awam negeri meletakkan novel Interlok di rak buku teks sebagai membantah novel itu dijadikan teks sastera di sekolah seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. [Berita Harian]

Nik Aziz Dititah Sultan Perbanyakkan Jalan Raya

DYMM Sultan Kelantan seorang Sultan yang prihatin terhadap pembangunan negeri. Bagi baginda, pembangunan infrastruktur adalah pemangkin kepada pembangunan negeri.

Memandangkan tuanku seorang yang muda, tampak keperluan pentadbiran negeri ditadbir oleh seorang yang lebih muda dari MB sedia ada disamping mempunyai wawasan yang boleh memacu pembangunan negeri.

Rasanya, itulah jalan terbaik yang dapat disesuaikan dengan kebawah duli tuanku.

KOTA BAHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mahukan lebih banyak kemudahan infrastruktur termasuk pembinaan jalan untuk rakyat dilaksanakan bagi merancakkan lagi ekonomi dalam negeri.

Baginda bertitah pembangunan infrastruktur untuk negeri Kelantan adalah penting kerana ia memberikan kemudahan untuk rakyat dalam mendapatkan perkhidmatan terbaik kerajaan.

Sambil mendedahkan bahawa Baginda sentiasa turun padang melihat rakyat dengan menaiki kenderaan, Sultan Muhammad V bertitah pembinaan infrastruktur seperti jalan-jalan raya amat penting bagi menjana ekonomi setempat kerana jalan raya menghubungkan rakyat dengan dunia di luar.
"Negeri Johor, Pahang ada lebuh raya. Kawasan persekitaran macam kampung atau bandar kecil sempat naik (membangun), makna ada rezeki. Saya selalu pergi ke mana-mana pakai kereta, jadi kita boleh tengok sebab (apabila) kampung ada jalan besar, kampung itu tidak mati.

"Jika jalan susah nak sampai mesti benda-benda lain pun akan susah, dia (kampung) tidak ada kesempatan untuk membangun jadi dia pun nak ada komunikasi jalan. Ini masalah yang ketara yang saya lihat," titah baginda pada sidang media khas yang diadakan di Istana Negeri, Kubang Kerian, petang semalam. [Bernama/Berita Harian]

Kini Telah Terbit Selangor Blue Film!

Tahun lalu Kerajaan Negeri Selangor telah membuat hebahan berkenaan Selangor Blueprint 2011-2013 yang memberi tumpuan kepada 3 teras utama:-

  1. Pembangunan, Infrastuktur dan Dasar Ekonomi.
  2. Tadbir Urus Baik dan Ketelusan; dan
  3. Isu Sosial dan Pembangunan Masyarakat. [Laporan penuh baca SINI]
Persoalannya, diperingkat mana progres blueprint berkenaan?

Mengikut perancangan asal, proses merangka blueprint ini bermula dengan pengumpulan maklumbalas pada September, draf dikeluarkan pada Oktober dan akhirnya dimuktamatkan untuk pembentangan di DUN Selangor pada November 2011. Kemuncaknya ialah pengumuman kepada orang awam sepatutnya dibuat pada Disember 2011.

Namun, carian yang dibuat melalui enjin carian, gagal menemukan sebarang dokumen yang berkenaan.

Mungkinkah, blueprint hanya sekadar lakonan Khalid kepada rakyat Selangor bagi menunjukkan yang dia membuat kerja? Akhirnya, blueprint berkenaan telah menjadi blue film (?) dengan Khalid sebagai aktor utamanya!

Kalau merangka blueprint pun terkial-kial, apatah lagi untuk melaksana.

Setia Usaha Akhbar MB Kelantan Sanggah Hujah Nizar Jamaludin

Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Ahmad Fadhli menganggap kenyataan mufti Perlis itu “separuh masak atau sengaja dilaporkan separuh masak” bagi meletakkan persepsi bahawa beliau menghentam pihak tertentu khususnya di dalam PAS yang menentang penyatuan PAS-Umno. [anwaribrahimblog]
Sesuatu yang menarik apabila kenyataan Mufti Perlis yang dianggap sebagai 'separuh masak'. Pada masa yang sama, Ahmad Fadhli disarankan mendengar kenyataan 'masak tak empuk' Nizar Jamaludin di DUN Perak, melalui video di bawah.


Begitu juga, hujah yang tak seragam dari Dr Harun Din di bawah.

Khalid Ibrahim Pun Tahu Sodomi Mengundang Kemurkaan Allah?

MB Selangor, TS Khalid Ibrahim bagaikan sudah bersedia menghadapi turunnya kemurkaan Allah.

Kisah dan teladan kaum Tsamud, 'Ad dan Lut adalah iktibar dari perbuatan kemungkaran yang dilakukan oleh manusia dan mengundang kemurkaan Allah.

Namun, apalah daya manusia untuk menahannya, kecuali memohon keampunan kepada yang Maha Esa.

HAPUSKAN SODOMI DAN KEMAKSIATAN!!!

Selangor tubuh Kumpulan Wang Tabung Warisan Bencana Alam


2011/05/04

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menubuhkan Kumpulan Wang Tabung Warisan Bencana Alam (TWBA) Negeri Selangor dengan suntikan awal dana sebanyak RM10 juta bertujuan menampung perbelanjaan mangsa-mangsa bencana alam.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata tabung itu ditubuhkan mengikut Seksyen 10 Subseksyen 4 (b), Akta Tatacara Kewangan 1957 yang membolehkan ia menjana dananya sendiri menerusi pelbagai medium pelaburan untuk digunakan berkaitan tujuan penubuhannya.

"Kerajaan Negeri akan memperuntukkan dana sebanyak RM50 juta dalam tempoh lima tahun. Suntikan awal TWBA akan diberikan sebanyak RM10 juta untuk tahun ini menerusi peruntukan Kerajaan Negeri dalam bentuk geran pelancaran.
"Baki dana tersebut akan diberikan dalam tempoh 2012 hingga 2015 sebanyak RM10 juta setahun," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di sini, hari ini. - BERNAMA/BERITA HARIAN

Wednesday, May 4, 2011

Anwar Ibrahim Minta Talian Hayat Tapi Mustafa Ali Buat Tak Tahu

Sungguh malang nasib Ramli Ibrahim kerana tidak mendapat pembelaan dari pemimpin senegerinya TG Hadi Awang. Tabik pada Mustafa Ali (tonton video di bawah) yang buat 'dek' bila Anwar Ibrahim minta talian hayat (tonton minit 0:59)

YB PAS Syak Orang PAS Sendiri Yang Bakar Pejabatnya

ADUN Gaal Dr Nik Mazian Nik Mohammad tidak menolak kemungkinan kebakaran pejabatnya dikhianati oleh pihak dalam PAS sendiri, ekoran kejayaannya mempertahan jawatan PAS Kawasan Pasir Puteh.

PAS pun sudah dijangkiti virus gangsterisme!

2011/05/04

PASIR PUTEH: Polis hari ini mengesahkan bahawa kebakaran di pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gaal di Pasir Puteh pada Sabtu lalu adalah akibat perbuatan khianat.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, DSP Mohd Kamal Zainal, berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan akibat khianat ke atas bangunan.

"Kami tidak boleh bagi komen lanjut mengenainya sehingga siasatan selesai," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan ADUN Gaal, Dr Nik Mazian Nik Mohamad, berkata beliau tidak menolak kemungkinan kejadian itu adalah sabotaj di atas kejayaannya mempertahankan jawatan Yang Dipertua PAS Pasir Puteh.

Kebakaran 3.40 pagi itu berlaku selepas Nik Mazian memenangi pertandingan sengit merebut jawatan itu.

Dalam pertandingan itu, Nik Mazian mengalahkan pencabarnya yang juga Ahli Parlimen Pasir Puteh, Mohamad Hussin. - BERNAMA/Berita Harian

Satu Lagi Perlakuan Luar Tabii Khalid Ibrahim - Pecah Tradisi, Buka Bukan 1 Tapi 7 Cineplex Di Shah Alam

Seburuk-buruk Dr Khir Toyo dimata Pakatan Rakyat tidaklah sampai tergamak meluluskan pembukaan cineplex di Shah Alam. Sebaliknya, sebaik-baik TS Khalid Ibrahim dimata Pakatan Rakyat, buka bukan 1 tetapi 7 cineplex di Shah Alam. Lokasinya, ialah di Space U8, pusat peruncitan utama di kawasan Bukit Jelutong. [Baca SINI]


Tidak masuk akal alasan kelulusan atas faktor lokasi di pinggir Shah Alam dan bukannya di pusat bandar. Almarhum Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah telah menetapkan precedent melarang panggung wayang, pusat hiburan dan kedai nombor wujud di Shah Alam. Namun hari ini, satu persatu diengkari.

Tuesday, May 3, 2011

Khalid Ibrahim Kena Perjelaskan - Siapa Punya Kerja Ni?

Pic : The Star

Baru 3 tahun jadi ADUN Ijok dan MB Selangor, dah terbentang expressway merentas Ijok ke Templer Park.

Kerja Khalidkah?

The Kuala Lumpur-Kuala Selangor Expressway, or better known as Latar Expressway, which links Templer’s Park in Gombak with the Ijok township in Kuala Selangor has entered its final stage of development. [The Star]

Apa Guna Perkenalkan 4 Model Kalau Sekadar Menguji Keimanan Ketua UMNO Bahagian?

Rasanya tidak ada keperluan untuk dimaklumkan kepada media berhubung cadangan 4 rekabentuk baru rumah mesra rakyat, jika tidak mempunyai dana yang cukup untuk membiayainya.

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), sebaliknya harus fokus dari segi pembiayaan kerana ada rungutan dari Ketua-Ketua UMNO Bahagian, permohonan untuk skim tersebut masih lagi tergantung keputusannya, walau pun permohonan tersebut telah dibuat berbulan lamanya.

Puncanya, mungkin tiada sumber dana (?).

SPNB tawar 4 model rumah mesra rakyat baru

03/05/2011 11:53am

IPOH 3 Mei - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan memperkenalkan empat reka bentuk baru Rumah Mesra Rakyat (RMR) sebelum hujung tahun ini yang akan memberi lebih pilihan kepada penerima skim itu.

Pengarah Urusan SPNB Datuk Kamarul Rashdan Salleh berkata, rumah-rumah baru itu akan dijual pada harga RM55,000 hingga RM65,000 berbanding RM75,000 bagi rumah sedia ada.

"SPNB menerima 13 cadangan reka bentuk RMR yang sesuai dengan keadaan semasa serta menepati spesifikasi yang dikehendaki dan kesemuanya akan dihantar kepada Kementerian Kewangan untuk penilaian dan pemilihan.

"Daripada jumlah itu, hanya empat reka bentuk akan dipilih dan akan menjadi model baru yang akan mula diperkenalkan pada suku keempat tahun ini,” katanya kepada Bernama di sini hari ini. - Bernama/Utusan

Wanita Sahkan ***** bin Ibrahim Mencabulnya dan Memaksa Seks Luar Tabii

Mengapakah wanita malang yang menjadi mangsa pencabulan bapa tirinya tidak dituntut dikenakan qazaf?

PAS dan PKR jangan double standard dalam hal ini kerana, yang dituduh bukan sebarang orang; seorang ustaz dan berserban. Mengapa Anwar Ibrahim terlalu istimewa?

Seorang guru agama dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas mengaku bersalah melakukan seks luar tabii dan mencabul kehormatan anak tirinya di Kampung Bakong Jalan Paloh, di sini, pada Disember tahun lalu. Hakim Zainal Abidin Kamaruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Ramli Ibrahim, 66, yang berasal dari kampung sama, selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan kerana melakukan seks luar tabii dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul. [Berita Harian]

Terbongkar Sudah!!! Anwar Ibrahim Lintang Pungkang Minta Bantuan Nik Aziz Bila Lobang Dah Pecah


Alang-alang dah bersama dalam satu pakatan, DAP dan PAS terpaksa terus bersama PKR, semata-mata hendak menumbangkan BN.

Umpama macam Cik Tipah (PAS) dan Cik Hasnah (DAP), berlakon baik tapi dalam hati tetap penuh curiga. Cik Rohani (PKR) lain sikit, sebab dah terjebak maka terpaksa menjadi mediator kerana nak menjaga lakinya yang dah memang penipu!

Monday, May 2, 2011

Hata Hawari Angkuh! Anggap Utusan Pembungkus Nasi Lemak

"Jika kita ke gerai-gerai, kita selalu dengan bahawa Utusan cuma bagus untuk bungkus nasi lemak. Ini menggambarkan betapa buruknya berita yang dilaporkannya." [Hata Hawari - Malaysiakini]
Setelah dipecat, Hata Hawari masih angkuh, apabila mengandaikan Utusan selayaknya menjadi kertas pembungkus nasi lemak. Walhal, dengan kertas itulah dia mendapat wang untuk kehidupannya.

Ini berbeza dengan Dr Khir Toyo, yang pernah membuat pengakuan pernah menjadi pemunggah kertas kitar semula di Jalan Chan Sow Lin untuk mendapatkan sumber tambahan pendapatannya dizaman pelajarnya di Universiti Malaya.

Ternyata Hata bukan insan yang bersyukur.

Boleh Jalan Hata Wahari! Tak Selayaknya Beruniform Utusan Untuk Sokong Anwar

Malaysiakini melaporkan pemecatan Hata Wahari.

Baik apa pun andaian yang dibuat oleh pelbagai pihak, termasuk yang mengandaikan bermotifkan politik.

Bagi mereka yang bukan pembaca Utusan Malaysia, apatah lagi pembenci Utusan tidak layak untuk membuat komen. Utusan mempunyai sejarah yang tersendiri. Lahirnya atas hasrat dan aspirasi bangsa Melayu yang telah berzaman tertubuhnya.

Sesuatu yang janggal malah sukar diterima oleh bangsa Melayu seorang yang anti-establishment untuk duduk dalam keluarga Utusan.

"Selamat Jalan" Hata dan impian anda mungkin terlaksana di Utusan Rakyat.

Demi Melepaskan Nik Aziz Dituntut Di Akhirat


Janji wajib ditepati.

BN Kelantan akan menunaikan janji Nik Aziz, moga tidak dituntuntut di akhirat.

KOTA BHARU 2 Mei - Kerajaan Pas Kelantan diminta menjelaskan janji mereka untuk membina sebuah jambatan merentasi Sungai Kelantan menghubungkan Kampung Cina di sini dengan Palekbang di Tumpat, bagi mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas yang semakin meruncing.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, difahamkan jambatan tersebut akan dibina sebuah syarikat yang mendapat hak untuk membangunkan kawasan tebing sungai tersebut, Lembah Sireh.

Beliau berkata, janji tersebut dibuat kira-kira 10 tahun lalu dan majlis peletakkan batu asas pembinaan jambatan itu telah diadakan, bagaimanapun sehingga sekarang tidak ada tanda-tanda ia akan dibina.

"Disebabkan kegagalan itu, Kerajaan Pusat yang prihatin dengan masalah dihadapi rakyat negeri ini telah memasukkan cadangan membina Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan projek itu sedang berjalan," katanya melawat tapak pembinaan jambatan tersebut di sini, hari ini.

Pada 1996, Kerajaan Pas Kelantan telah mengadakan majlis peletakan batu asas pembinaan jambatan ketiga di Kampung Palekbang, Tumpat yang menghubungkannya dengan Kampung Cina.

Kira-kira tujuh tahun kemudian, sebuah syarikat mengumumkan untuk membina jambatan tersebut dengan kos RM150 juta, termasuk dalam pakej pembangunan tebing Sungai Kelantan bernilai sebanyak RM2 bilion. - Utusan

Betulkah Atau Hanya Propaganda? Osama Telah Terbunuh?


Kita tunggu pengesahan dari Al-Qaedah.

US mendakwa, Osama telah mati terbunuh.

Baca laporan penuh di SINI.

Penemuan Menakjubkan - Kulit Durian Bukan Sahaja Boleh Parut Bontot Anwar Tapi Boleh Bantu Bersihkan Tumpahan Minyak!

Satu penemuan yang menakjubkan!

Kulit durian didapati boleh menjadi penyelesai masalah tumpahan minyak dengan berkesan.

An oil spill at sea? No problem, just bring along some durians.

The “King of Fruits”, says an expert, is an efficient oil absorbent that can aid in the recovery of spilled oil at coastal areas.

Dr S. Kathiresan of AIMST University has found that durian peel, which is considered as an agricultural waste, can be used to remove oil from water. [Bernama/The Star]

Poorah Khalid Ibrahim!!! Ideologi Mana Yang Menyatukan PKR, DAP Dan PAS?


Jangan pusing-pusing cakap Tan Sri ooiiiii!!

Realitinya PKR, DAP dan PAS bergabung bukan atas persamaan ideologi. Sebaliknya, atas faktor mempunyai musuh yang sama, iaitu UMNO dan BN.

Kami, rakyat yang akan menjadi hakim.

Sunday, May 1, 2011

Video Papa Jahat Cari Yang Muda Selepas Isyak

Mat Skodeng Jangan Buang Masa - Ada Wang & Ganjaran Menanti Anda!

Khusus untuk para Mat Skodeng, anda dinasihatkan jangan membuang masa.

Khidmat anda diperlukan dan ganjaran menanti anda.

Semalam, tarikh akhir penyerahan borang BE, cukai pendapatan. Lembaga Hasil Dalam Negeri menawarkan ganjaran kepada pemberi maklumat terhadap mereka yang lari dari cukai.

The Inland Revenue Board (IRB) has dangled a carrot for whistleblowers to provide evidence on tax evaders as the deadline for taxpayers with non-business income to submit their returns passed.

These informants will be rewarded a slice of the tax recovered and their identity protected under the Whistleblower Protection Act, which came into force four months ago, said IRB corporate communications director Mazlan Wan Chik.

Last year, the IRB received 650 reports on tax evaders. [The Star]