Thursday, May 5, 2011

Kini Telah Terbit Selangor Blue Film!

Tahun lalu Kerajaan Negeri Selangor telah membuat hebahan berkenaan Selangor Blueprint 2011-2013 yang memberi tumpuan kepada 3 teras utama:-

  1. Pembangunan, Infrastuktur dan Dasar Ekonomi.
  2. Tadbir Urus Baik dan Ketelusan; dan
  3. Isu Sosial dan Pembangunan Masyarakat. [Laporan penuh baca SINI]
Persoalannya, diperingkat mana progres blueprint berkenaan?

Mengikut perancangan asal, proses merangka blueprint ini bermula dengan pengumpulan maklumbalas pada September, draf dikeluarkan pada Oktober dan akhirnya dimuktamatkan untuk pembentangan di DUN Selangor pada November 2011. Kemuncaknya ialah pengumuman kepada orang awam sepatutnya dibuat pada Disember 2011.

Namun, carian yang dibuat melalui enjin carian, gagal menemukan sebarang dokumen yang berkenaan.

Mungkinkah, blueprint hanya sekadar lakonan Khalid kepada rakyat Selangor bagi menunjukkan yang dia membuat kerja? Akhirnya, blueprint berkenaan telah menjadi blue film (?) dengan Khalid sebagai aktor utamanya!

Kalau merangka blueprint pun terkial-kial, apatah lagi untuk melaksana.

No comments: