Thursday, May 5, 2011

Khalid Ibrahim Pun Tahu Sodomi Mengundang Kemurkaan Allah?

MB Selangor, TS Khalid Ibrahim bagaikan sudah bersedia menghadapi turunnya kemurkaan Allah.

Kisah dan teladan kaum Tsamud, 'Ad dan Lut adalah iktibar dari perbuatan kemungkaran yang dilakukan oleh manusia dan mengundang kemurkaan Allah.

Namun, apalah daya manusia untuk menahannya, kecuali memohon keampunan kepada yang Maha Esa.

HAPUSKAN SODOMI DAN KEMAKSIATAN!!!

Selangor tubuh Kumpulan Wang Tabung Warisan Bencana Alam


2011/05/04

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menubuhkan Kumpulan Wang Tabung Warisan Bencana Alam (TWBA) Negeri Selangor dengan suntikan awal dana sebanyak RM10 juta bertujuan menampung perbelanjaan mangsa-mangsa bencana alam.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata tabung itu ditubuhkan mengikut Seksyen 10 Subseksyen 4 (b), Akta Tatacara Kewangan 1957 yang membolehkan ia menjana dananya sendiri menerusi pelbagai medium pelaburan untuk digunakan berkaitan tujuan penubuhannya.

"Kerajaan Negeri akan memperuntukkan dana sebanyak RM50 juta dalam tempoh lima tahun. Suntikan awal TWBA akan diberikan sebanyak RM10 juta untuk tahun ini menerusi peruntukan Kerajaan Negeri dalam bentuk geran pelancaran.
"Baki dana tersebut akan diberikan dalam tempoh 2012 hingga 2015 sebanyak RM10 juta setahun," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di sini, hari ini. - BERNAMA/BERITA HARIAN

No comments: