SPNB tawar 4 model rumah mesra rakyat baru
03/05/2011 11:53amIPOH 3 Mei - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan memperkenalkan empat reka bentuk baru Rumah Mesra Rakyat (RMR) sebelum hujung tahun ini yang akan memberi lebih pilihan kepada penerima skim itu.
Pengarah Urusan SPNB Datuk Kamarul Rashdan Salleh berkata, rumah-rumah baru itu akan dijual pada harga RM55,000 hingga RM65,000 berbanding RM75,000 bagi rumah sedia ada.
"SPNB menerima 13 cadangan reka bentuk RMR yang sesuai dengan keadaan semasa serta menepati spesifikasi yang dikehendaki dan kesemuanya akan dihantar kepada Kementerian Kewangan untuk penilaian dan pemilihan.
"Daripada jumlah itu, hanya empat reka bentuk akan dipilih dan akan menjadi model baru yang akan mula diperkenalkan pada suku keempat tahun ini,” katanya kepada Bernama di sini hari ini. - Bernama/Utusan
Tuesday, May 3, 2011
Apa Guna Perkenalkan 4 Model Kalau Sekadar Menguji Keimanan Ketua UMNO Bahagian?
Rasanya tidak ada keperluan untuk dimaklumkan kepada media berhubung cadangan 4 rekabentuk baru rumah mesra rakyat, jika tidak mempunyai dana yang cukup untuk membiayainya.
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), sebaliknya harus fokus dari segi pembiayaan kerana ada rungutan dari Ketua-Ketua UMNO Bahagian, permohonan untuk skim tersebut masih lagi tergantung keputusannya, walau pun permohonan tersebut telah dibuat berbulan lamanya.
Puncanya, mungkin tiada sumber dana (?).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
temberang jak keje diorang. Lihat laman web 1 malaysia pun dah byk masalah rumah mesra rakyat. malah ada yang tak tau cara mohon pun. apa tak laman web SPNB pun sengaja tak letak. Ukuran dan harga rumah utk kontraktor adalah. So Kita gelar je "RUMAH MESRA KONTRAKTOR" :{
Post a Comment