Saturday, April 20, 2013

Peraturan Baru SPR Selamatkan Calon Heavyweight Khalid Ibrahim Dari Kena 'Boo' Di Klang

MB Selangor TS Khalid Ibrahim terselamat dari kena sorakan boo, lantaran peraturan baru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Dengan menjadi kawasan tempat penamaan calon sebagai zon larangan untuk dihampiri oleh para penyokong parti yang bertanding dan pemisahan antara kelompok penyokong, ternyata provokasi antara pihak-pihak yang bertanding dapat dielakkan oleh SPR.

Khalid yang kali ini memilih DUN Pelabuhan Klang sebagai medan tempur barunya dalam menyambung hayat politiknya akan ditentang oleh anak tempatan Dato' Nasaruddin M. Zin.


Walaupun Khalid menganggap dirinya sebagai calon heavyweight, namun dari segi kehadiran penyokongnya tidaklah seramai seperti yang dijangkakan. Hanya ratusan penyokong PR yang kelihatan di situ.


Dengan kedudukan pusat penamaan calon di Dewan Hamzah Klang yang mempunyai 2 jalan masuk dari arah barat dan timur, pertembungan antara dua kelompok penyokong tidak berlaku dan mereka saling terpisah sama sekali.


Sesungguhnya larangan untuk tidak menghampiri pusat penamaan calon ini telah menyelamatkan Khalid dari di'boo' oleh para penyokong BN.

Friday, April 19, 2013

Tamparan Hebat Buat MB Selangor Bhg 13 - Khalid Ibrahim Dibedal Kerana Tukar Fungsi Yayasan Selangor Jadi Organisasi Urus Pengantin

Bila TS Khalid Ibrahim menjadi MB Selangor selepas PRU12, beliau nak jadi jaguh dalam pembaharuan.

Yayasan Selangor yang ditubuhkan atas fungsi memajukan pendidikan pelajar-pelajar luar bandar cuba dipermodenkan oleh Khalid.

Sebidang tanah milik Yayasan Selangor seluas 1.14 ekar di lokasi strategik dikenali sebagai Lot PT7, Seksyen 14, ingin dimajukan sebagai  pusat keraian pengantin baru.

Ini mungkin pencerahan idea di luar kotak oleh Khalid, yang hakikatnya adalah tersasar dari idea asal penubuhan Yayasan Selangor.Bila TS Khalid Ibrahim menjadi MB Selangor selepas PRU12, beliau nak jadi jaguh dalam pembaharuan.

Yayasan Selangor yang ditubuhkan atas fungsi memajukan pendidikan pelajar-pelajar luar bandar cuba dipermodenkan oleh Khalid.

Sebidang tanah milik Yayasan Selangor seluas 1.14 ekar di lokasi strategik dikenali sebagai Lot PT7, Seksyen 14, ingin dimajukan sebagai  pusat keraian pengantin baru.

Ini mungkin pencerahan idea di luar kotak oleh Khalid, yang hakikatnya adalah tersasar dari idea asal penubuhan Yayasan Selangor.

Notis tender telah dibuat oleh Yayasan Selangor seperti berikut:-


Oleh kerana idea gila pasukan pengurusan Khalid Ibrahim dalam Yayasan Selangor itu, maka sempena PRU13 BN Selangor telah tampil dengan akujanji untuk mengembalikan fungsi asal organisasi berorientasikan pendidikan tersebut, seperti termaktub di bawah.

Tamparan Hebat Buat MB Selangor Bhg 12 - Khalid Ibrahim Dipekena Dan Dimalukan Dimalam Pelancaran Manisfesto Pakatan Rakyat Selangor


Semalam MB Selangor TS Khalid Ibrahim telah melancarkan Manifesto Pakatan Rakyat Selangor di Shah Alam.

Dibawah tajuk Ekonomi Rakyat, Khalid bagi pihak Pakatan Rakyat Selangor telah berjanji untuk menubuhkan 'Hab Halal' Selangor dan ini boleh dirujuk pada petikan manifesto berkenaan di bawah.

Adalah amat memalukan apabila Khalid sendiri tidak menyedari tentang kewujudan hab halal yang telah pun beroperasi sejak 2003, yang dimajukan oleh Central Spectrum anak syarikat PKNS di Pulau Indah, Pelabuhan Klang.


Anda boleh memeriksa kewujudan hab halal Selangor di laman webnya SINI.

Adalah suatu perkara yang menghairankan apabila Khalid tidak sedar dengan kewujudan hab halal ini, walhal ia terletak di kawasan yang bakal ditandinginya, Pelabuhan Klang.

Khalid kelihatan sengaja dipekenakan oleh penggubal manifesto berkenaan supaya kelihatan bodoh oleh rakyat Pelabuhan Klang dan amnya seluruh rakyat Selangor.

Apakah Azmin terlibat dalam mengenakan Khalid?


Sebagai perbandingan dengan Manifesto BN Selangor (imej atas), jelas sekali BN Selangor lebih teliti dalam menawarkan janji kepada rakyat Selangor.

Ketika PR menjanjikan sesuatu yang telah wujud dan beroperasi, BN menawarkan kesempurnaan dalam sektor logistiks dengan janji memajukan Hab Logistiks Global Selangor yang menjajarkan kawasan dari Pelabuhan Klang, Kota Raja hingga ke Sepang.

Puhhhh.... Mana Khalid nak sorok muka kepada pengundi-pengundi Pelabuhan Klang?

Thursday, April 18, 2013

Najib Gamit Yang Rajuk Kepada Rujuk

Foto : NST
Bila membaca Manifesto Tambahan BN Selangor yang dilancar semalam, ternyata ia fokus kepada imbuhan secara langsung kepada rakyat Selangor jika memenangkan BN.

Dengan berani dan tegas PM DS Najib menyatakan bahawa Manifesto BN PRU13 adalah suatu akujanji yang akan dilaksanakan, menunjukkan betapa seriusnya janji-janji tersebut akan diterjemahkan dalam bentuk perlaksanaan.

Kegagalan perlaksanaan Manifesto Pakatan Rakyat pada PRU12, telah dijadikan asas dalam akujanji BN untuk ditawarkan kepada rakyat Selangor dalam PRU13 kali ini.

Beberapa tuntutan rakyat seperti air percuma 20 meter padu bagi kediaman yang bermeter pukal, elaun sara hidup inu tunggal, warga emas, OKU dan rakyat miskin yang gagal dilaksanakan oleh Khalid Ibrahim telah dijanjikan untuk dilaksanakan oleh BN Selangor.

Disamping itu bantuan secara lansung kepada rakyat seperti Baucar Siswa Sayangi Selangor RM1,000 (diploma) dan RM1,500 (ijazah) kepada anak kelahiran Selangor yang melanjutkan pelajaran ke IPTA adalah amat sukar ditolak. Meskipun, skim ini ada pada kerajaan PR Selangor tetapi perlaksanaan ada had dan berpilih.

Tawaran-tawaran secara lansung kepada rakyat ini, pada hemat saya akan mempengaruhi para pengundi untuk menyokong BN. Adalah amat sukar untuk menolak tawaran ini.

Kepada para pemimpin-pemimpin parti yang tidak terpilih, disyorkan semak kembali rajuk anda. Marilah rujuk.

Bila Najib sebagai Pengerusi BN Selangor menjanjikan penambahan 3 PBT yang melibatkan Bangi, Klang Utara dan Kota Raja (Klang Selatan), betapa ini memberi ruang kepada anda yang merajuk untuk menjadi ahli PBT.

Mood rakyat sekarang bersama BN, jangan sisihkan diri anda dari arus dan gelombang perdana ini.

Wednesday, April 17, 2013

Tamparan Hebat Buat MB Selangor Bhg 11 - Khalid Ibrahim Terkejut Bila Billlboard Majlis Daerah Sabak Bernam Ada Unsur Promosi Calon BN


Sebelum ini, blog Jawa Bernam melaporkan bahawa billboard milik Majlis Daerah Sabak Bernam di atas asalnya berwajah Sultan Selangor. Demi kempen PRU13, wajah Sultan telah digantikan dengan wajah MB Selangor TS Khalid Ibrahim.

Kemungkinan besar, sekali lagi Khalid Ibrahim akan mengarahkan MDSB membuat pindaan terhadap billboard berkenaan.

Alasan yang bakal diberikan oleh Khalid ialah moto PBT berkenaan 'Beriman Dan Budiman' yang terpampang di billboard berkenaan punya unsur promosi dan menyokong calon BN DUN Sungai Panjang.

Siapakah calon BN Sungai Panjang yang terletak dalam pentadbiran MDSB?

Calon berkenaan ialah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi (foto bawah).

Apakah Najib Akan Lanjutkan Tempoh Merajuk Calon & Penyokong Hingga Sabtu 20 April?

Harapan Presiden UMNO DS Najib semasa perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin UMNO minggu lepas adalah memberi ruang untuk tempoh merajuk kepada mereka yang tidak terpilih hanya selama 24 jam selepas pengumuman nama-nama calon.

Kebanyakan negeri telah pun mengeluarkan senarai calon semalam. Ini bermakna tempoh merajuk bagi kesemua yang tidak terpilih hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi.

Mungkin ada yang berlapang dada menerima keputusan tersebut, tetapi tidak kurang juga yang telah mengambil tindakan menutup bilik gerakan dan malah ada juga yang menarik balik keperluan logistiks.

Berat mata memandang, maka lebih berat pula bahu memikul. Apatah pula, dikalangan mereka yang telah pun duduk sebagai Penyelaras DUN atau Parlimen dengan merujuk kepada kes di Selangor. Setelah 5 tahun   duduk di tempat tersebut dan telah melakukan kerja-kerja laksana wakil rakyat, tentunya timbul hasrat untuk dipilih sebagai wakil rakyat yang sah melalui pilihan raya.

Sesungguhnya perkara yang perlu difahami oleh semua pihak, baik calon yang terpilih mahu pun yang tidak terpilih serta para penyokong masing-masing bahawa pemilihan calon yang bertanding untuk PRU13 bukannya untuk melantik 'Tok Demang'.

Zaman dulu 'Tok Demang' punya kuasa feudal yang berkuasa dalam serba-serbi.Boleh menetap dan memungut cukai, boleh menghukum dan apa jua tindakan berbentuk kuasa mutlak.

Namun diera ketamadunan dan persekitaran komuniti yang bersifat well-informed, sudah sampai masanya untuk menghentikan tindakan-tindakan yang tidak cerdik dan bersifat berkepentingan peribadi.

Sesungguhnya merajuk akan membawa kepada perkara lain yang berbentuk tindak balas yang boleh merosakkan mood kemenangan pilihan raya.

Mungkin ada kaedah pada Presiden UMNO untuk membendung sindrom merajuk ini. Mungkinkah dalam tempoh beberapa hari ini, menjelang penamaan calon kepimpinan tertinggi UMNO samada pusat mahu pun negeri dapat menyelesaikan masalah ini? Atau sekurang-kurangnya memanjangkan tempoh merajuk sehingga hari penamaan calon.

Wallahualam.

Tuesday, April 16, 2013

Jom Kita Terjah Kawasan Yang Bakal Ditandingi Oleh Khalid Ibrahim Untuk Menyaksikan Projek Terhebat PKR

 

Saya memulakan perjalanan bermula dari point ini (foto atas), iaitu di pangkal Jalan Chan Ah Choo, Pandamaran, menuju ke kawasan yang bakal ditandingi oleh MB Selangor TS Khalid Ibrahim.

Pandamaran adalah kawasan DAP yang dimenangi oleh Ronnie Liu pada PRU12.

Lihat jalanrayanya yang baru berturap.


Foto atas adalah persimpangan kawasan segi tiga, iaitu di sebelah kiri simpang ialah kawasan DUN Kota Alam Shah yang pernah diwakili oleh M. Manoharan (Hindraf/DAP) dan membelok ke kanan ialah kawasan DUN Pelabuhan Klang yang bakal ditandingi oleh Khalid.

Garisan merah di atas adalah sempadan terakhir yang berturap, seolah-olah Majlis Perbandaran Klang (MPK) cuma jaga Ronnie yang merupakan exco PBT.


Membelok ke kanan dari simpang di atas, kita memasuki Jalan Young yang merupakan sebahagian kawasan DUN Pelabuhan Klang. Lihat jalannya (foto atas) yang tidak pernah berturap sejak 5 tahun yang lalu.

Kali terakhir jalan ini diturap ialah sebelum PRU12 oleh kerajaan BN.

Demi menyejukkan hati para pengundi di Pelabuhan Klang, Khalid menggunakan kuasanya sebagai MB untuk menyaingi jalan bertar di kawasan Ronnie Liu.

Hasilnya, inilah kerja terbaik Khalid untuk pengundi Pelabuhan Klang (foto bawah).


Dengan pengumuman oleh BN Selangor pagi tadi, Khalid akan ditentang oleh Dato' Nasaruddin Md Zin, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Klang pada PRU13.

Nasaruddin ialah anak kelahiran Pelabuhan Klang dan berumur 50 tahun.

Fakta Yang Perlu Diketahui - Mat Taib Panggil Dr Harun Din Bagi Syarahan Sebulan Sekali Di Kediaman Rasmi MB Ketika Jadi MB Selangor

Bekas Menteri Besar Selangor TS Muhamad Muhd Taib dilaporkan telah menyerahkan borang keahlian PAS melalui Dato' Dr Harun Din.

Penyertaan Muhamad sebagai ahli PAS tentunya tidak menarik perhatian jika beliau bukan bekas MB Selangor dan bekas Naib Presiden UMNO.

Sebelum 1986, Muhamad hanyalah seorang ADUN biasa di Batang Kali dan tidak begitu dikenali diluar kawasan Hulu Selangor. Namun, saya kerap melihat menjelang PRU 1986 apabila beliau sering mengikuti rombongan MB Selangor ketika itu Dato' Ahmad Razali yang merasmikan mesyuarat ke cawangan-cawangan UMNO. (Keadaan amat berbeza dengan dulu dan sekarang. MB pada 1986, masih sempat merasmikan Mesyuarat Agong Cawangan UMNO yang terpilih di setiap bahagian)

Ekoran pengguguran Ahmad Razali sebagai calon BN PRU1986, dengan izin Allah jua Muhamad dilantik sebagai MB Selangor, meskipun ada lagi yang lebih senior malah pernah menduduki kerusi Exco Negeri Selangor.


Pada pemilihan tertinggi UMNO 1993, Muhamad telah bertanding untuk merebut salah satu dari tiga kerusi Naib Presiden UMNO.

Kejayaan Muhamad menang kerusi tersebut dikatakan oleh para pemerhati politik kerana penglibatannya dalam 'Team Wawasan" yang terdiri dari DS Anwar Ibrahim (Timbalan Presiden) bersama DS Najib Razak dan TS Muhyiddin Yassin (Naib Presiden).

Kemenangan Muhamad juga turut didorong dari slogan retorik 'Melayu Baru'. Sebuah buku khusus untuk kempen Muhamad pada pemilihan UMNO 1993 itu telah diterbitkan, hasil tulisan Chamil Wariya dengan judul 'Suara Bicara Melayu Baru - Fikrah Dan Minda Muhamad Hj Muhd Taib'.

Dalam mendedahkan hangat-hangat tahi ayam Muhamad dalam mempelopori konsep Melayu Baru, Yazid Othman menceritakan,
Membuat keputusan, resolusi, cadangan dan seumpamanya memanglah mudah bagi satu-satu kongres, persidangan, pertemuan atau pemuafakatan dan seumpamanya.Tetapi melaksanakan keputusan atau resolusi bersetujuan itu malah lebih sukar dari segala-galanya. Ambil saja contoh Resolusi Pertemuan Masyarakat Melayu Se dunia di Shah Alam diawal 1990an dulu, sebagai perbandingan .
Pertemuan yang besar itu telah meluluskan beberapa resolusi penting,  antaranya; menubuhkan Sekretariat Melayu Antarabangsa bertempat di Shah Alam, dengan kemudahan-kemudahan  yang setaraf dengan kepentingan dan peranannya yang sangat penting itu, di mana segala perbelanjaan ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor. Sekretariat Agung itu diletakkan di bangunan Muzium Selangor di Shah Alam..
Hero masa penubuhan sekretariat itu ialah  Tan Sri Mohamad Bin Mohd Taib Menteri Besar Selangor sendiri . Beliau ditonjolkan sebagai tokoh terpenting Melayu yang akan membawa misi dan visi orang-orang Melayu dengan konsep ciptaan beliau sebagai Melayu Baru.
Walaupun konsep Melayu Baru ini dicipta oleh Tun Dr.Mahathir Muhammad, tetapi promosinya yang begitu hebat dibuat oleh Muhammad  Mat Taib, sehinggakan beliaulah dilihat pada waktu itu sebagai pejuang Melayu Baru dan  bintangnya menjadi cukup terang, dan prestasi politiknya  naik mendadak,  dengan memenangi jawatan salah satu dari tiga Naib Presiden UMNO dalam pemilihan Majlis Tertinggi.
Malangnya Sekretariat Melayu itu hanya bertahan beberapa bulan sahaja, ianya terkubur tanpa batu nesan . Pejabat Tan Sri Ismail Hussein sebagai Pengarahnya juga turut terkubur, dan nama Sekretariat Melayu Antarabangsa itu akhirnya berpindah ke pejabat GAPENA di Jalan Lapanganterbang Lama. Kereta Mercedes yang diberikan kepada Tan Sri Ismail  iaitu Pengarah sekretariat tersebut , juga mungkin telah ditarik balik. Mana tanggungjawab Kerajaan negeri pada masa itu ? Tidak lain, selain dari lepas tangan !
Dari pendedahan di atas, rupanya terbongkar bahawa 'Melayu Baru' hanyalah slogan retorik Muhamad yang sekadar untuk menunjukkan perbezaan dengan calon-calon lain, termasuklah Najib dan Muhyiddin.

Berbalik kepada hubungan Muhamad dan Dr Harun Din, hakikatnya ia bukanlah perkara baru.

Bila Harun tekad bergerak aktif dalam PAS, suatu perkara yang diungkit ialah anugerah tanah oleh Muhamad terhadap lot tanah di Bangi.


Mungkinkah lot tanah berkenaan adalah merujuk kepada DarusSyifa' (foto atas) yang ditubuhkan oleh Harun, yang beralamat No. 5, Jalan 1/7D, Bandar Baru Bangi?

Dalam buku 'Jejak Pejuang' terbitan NADA (Suara UMNO Selangor) 1996, ada menyebut bahawa ketika Muhamad menjadi MB Selangor, Harun memberi syarahan agama setiap Rabu hujung bulan selepas solat Maghrib di kediaman rasmi MB Selangor. (muka surat 326)

Oleh yang demikian, tidak menghairankan jika Muhamad berjumpa Harun untuk menyertai PAS kerana keintiman mereka telah terjalin sekian lama.

Malah seperkara yang masih menjadi ingatan saya ialah dalam perjumpaan tertutup ketika Muhamad menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor buat kali terakhir, iaitu selepas PRU12. Beliau mengingatkan bahawa UMNO harus memberi perhatian kepada pesara-pesara siswazah, khususnya lepasan UKM. Bagi Muhamad, mereka akan lebih cenderung kepada parti lawan.

Akhirnya, apa yang dibimbangkan oleh Muhamad bakal tertepek kepada dirinya sendiri, meskipun beliau adalah siswazah UM.

Kita tunggu hingga Isnin selepas hari penamaan calon, samada benar atau tidak Muhamad akan menyertai PAS seperti diuar-uarkan oleh kebanyakan blog pembangkang.

Monday, April 15, 2013

Tamparan Hebat Buat MB Selangor Bhg 10 - Khalid Ibrahim Disambut Dengan Teriakan Boo Di Pelabuhan Klang


Beberapa jam sebelum diumumkan secara rasmi oleh Ketua Umum PKR sebagai calon di kawasan DUN Pelabuhan Klang, Khalid Ibrahim telah mengadakan Majlis Sepetang Bersama MB di Dewan MPK Pendamaran Jaya, Pelabuhan Klang.

Awalnya, Khalid kelihatan cerdik kerana memilih Pendamaran Jaya sebagai lokasi perjumpaan dengan rakyat Pelabuhan Klang kerana kawasan berkenaan mempunyai pengundi teramai iaitu 1/5 dari keseluruhan jumlah pengundi yang seramai 40,028.


Malang bagi Khalid, apabila hanya 300 orang menyambutnya disamping dialu-alukan secara spontan dengan teriakan boo oleh penduduk tempatan semasa ketibaan dan kepulangannya. Sorakan boo berkenaan turut didengar oleh mereka yang berada di rumah masing-masing yang berada di persekitaran dewan berkenaan.

Majoriti yang mendengar ucapan Khalid di dalam dewan adalah mereka yang datang dari luar Pendamaran Jaya, sementara penduduk Pendamaran Jaya memilih untuk berada untuk berada di luar dewan.

Anwar Tidak Endah Tuntutan Parti Sosialis Malaysia (PSM) - Tetap Namakan Calon PKR Untuk Kerusi DUN Semenyih

Ketua Umum PKR DS Anwar Ibrahim tidak mengendahkan tuntutan PSM terhadap kerusi DUN Semenyih dan Kota Damansara, apabila tetap mengumumkan calonnya Hamidi A Hasan untuk bertanding di Semenyih.

Namun begitu PKR seolah-olah cuba memujuk PSM untuk berkompromi pada 2 kerusi berkenaan dengan  tidak menamakan calon di Kota Damansara.

Untuk rekod kerusi Kota Damansara pada PRU12 telah dimenangi oleh pemimpin PSM Dr Nasir Hashim yang bertanding menggunakan tiket PKR.

Andai kompromi gagal dicapai, 2 kerusi berkenaan bakal menyaksikan pertandingan 3 penjuru BN-PKR-PSM.


Dalam pada itu, tidak banyak perubahan dalam senarai calon PKR yang bertanding di kerusi Parlimen dan DUN Selangor yang diumumkan oleh Anwar malam tadi.

Kecuali untuk kawasan Parlimen Kelana Jaya yang menampilkan calon baru Wong Chen yang menggantikan  Low Gwo Burne, hampir kesemua bekas ahli parlimen PKR mempertahankan kerusi masing-masing, iaitu Mohamed Azmin Ali (Gombak), Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat), R Sivarasa (Subang), Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan), Zuraida Kamaruddin (Ampang) dan William Leong (Selayang).

Sementara itu untuk Kapar, muka baru ditampilkan oleh PKR apabila Manivanam Govindasamy menggantikan S. Manikavasagam yang turun ke kawasan DUN Bukit Melawati.

Calon-calon lain untuk kerusi parlimen ialah Dr Aziz Bari (Sabak Bernam), Manivanam Govindasamy (Kapar), Wong Chen (Kelana Jaya), Rafizi Ramli (Pandan) dan Khalid Jaafar (Hulu Selangor).

Bagi calon-calon kawasan DUN, MB Selangor TS Khalid Ibrahim mengetuai senarai dengan berpindah ke Pelabuhan Klang dari kawasan asalnya, Ijok.

2 bekas ADUN telah digugurkan iaitu M.P Muthiah (Bukit Melawati) dan Lee Kim Sin (Kajang). Tempat Muthiah diambil oleh S. Manikavasagam dan muka baru Lee Chin Cheh bertanding di Kajang.

Antara yang mempertahankan kerusi masing-masing ialah Mohamed Azmin Ali (Bukit Antarabangsa), Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia), Suhaimi Shafiei (Seri Muda), Dr Xavier Jayakumar (Seri Andalas), Rodziah Ismail (Batu Tiga), Dr Yaakop Sapari (Kota Anggerik), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Haniza Talha (Taman Medan), Amir Shaari (Batu Caves) dan Gan Pei Nei (Rawang)

Calon-calon lain ialah Borhan Aman Shah (Dengkil), Yahya Shaari (Permatang), Dr Daroyah Alwi (Sementa), Tengku Marziah Tengku Sulaiman (Kuang), Ramachandran (Batang Kali) dan Dr Idris Ahmad (Ijok).