Thursday, April 18, 2013

Najib Gamit Yang Rajuk Kepada Rujuk

Foto : NST
Bila membaca Manifesto Tambahan BN Selangor yang dilancar semalam, ternyata ia fokus kepada imbuhan secara langsung kepada rakyat Selangor jika memenangkan BN.

Dengan berani dan tegas PM DS Najib menyatakan bahawa Manifesto BN PRU13 adalah suatu akujanji yang akan dilaksanakan, menunjukkan betapa seriusnya janji-janji tersebut akan diterjemahkan dalam bentuk perlaksanaan.

Kegagalan perlaksanaan Manifesto Pakatan Rakyat pada PRU12, telah dijadikan asas dalam akujanji BN untuk ditawarkan kepada rakyat Selangor dalam PRU13 kali ini.

Beberapa tuntutan rakyat seperti air percuma 20 meter padu bagi kediaman yang bermeter pukal, elaun sara hidup inu tunggal, warga emas, OKU dan rakyat miskin yang gagal dilaksanakan oleh Khalid Ibrahim telah dijanjikan untuk dilaksanakan oleh BN Selangor.

Disamping itu bantuan secara lansung kepada rakyat seperti Baucar Siswa Sayangi Selangor RM1,000 (diploma) dan RM1,500 (ijazah) kepada anak kelahiran Selangor yang melanjutkan pelajaran ke IPTA adalah amat sukar ditolak. Meskipun, skim ini ada pada kerajaan PR Selangor tetapi perlaksanaan ada had dan berpilih.

Tawaran-tawaran secara lansung kepada rakyat ini, pada hemat saya akan mempengaruhi para pengundi untuk menyokong BN. Adalah amat sukar untuk menolak tawaran ini.

Kepada para pemimpin-pemimpin parti yang tidak terpilih, disyorkan semak kembali rajuk anda. Marilah rujuk.

Bila Najib sebagai Pengerusi BN Selangor menjanjikan penambahan 3 PBT yang melibatkan Bangi, Klang Utara dan Kota Raja (Klang Selatan), betapa ini memberi ruang kepada anda yang merajuk untuk menjadi ahli PBT.

Mood rakyat sekarang bersama BN, jangan sisihkan diri anda dari arus dan gelombang perdana ini.

2 comments:

jijan mali said...

Tolak semua calun-calun PR - Pakatan Rasis!!!!!
Tolak semua calun-calun parti "Manifesto BUKAN Janji"!!!
Tolak semua calun-calun parti sokong kaum sesat LGBT!!!
Tolak semua calun-calun parti yang sangup nak gadaikan kalimah Allah SWT!!!

SELAMATKAN MALAYSIA!!!!!

Megat Alam Gempita said...

Dalam politik ada naik turunnya...bila tidak terpilih bukan bermakna karier politik telah hilang dan tak akan kembali lagi. Yang penting terus berjuang dengan ikhlas, pasti ada rezeki di tempat dan masa lain. Jika dah merajuk terus nak khianat bermakna anda sendiri yang menjahanam masa depan hidup anda!

Yang penting pastikan parti menang. Hampir 25 perjawatan dalam Dewan Negara sebagai Senator yang akan diganti selepas PRU 13 ini. Jawatan sebagai Setiausaha Parlimen di 25 Kementerian, 25 Penolong Setiausaha Kementerian, 25 Setiausaha Akhbar Menteri, 15 CEO GLC/Badan Berkanun Kerajaan. Tu tak masuk lagi lebih 250 buah perjawatan politik kepada MB dan Exco Negeri-Negeri, Semuanya menanti kepada mereka yang tidak terpilih menjadi calon YB. Semuanya ada gaji, elaun dan keistimewaan tersendiri. Tak payah jumpa pengundi di kawasan, tetapi cukup bulan gaji lumayan.

So, jangan kecewa terlalu lama sampai nak khianat...bawa isthigfar bebanyak...ada rezeki di hadapan. Hehehehe gaji CEO GLC lebih RM25,000 tau...gaji ADUN atau MP murah jer...kerja pun banyak! dalam DEWAN selalu kena maki, luar DEWAN kena caci kalau tak buat kerja. So teruskan berjuang! kesetiaan dan kerja anda diperhatikan, dinilai dan akan diberi ganjaran kelak, insya Allah.