Tuesday, April 16, 2013

Jom Kita Terjah Kawasan Yang Bakal Ditandingi Oleh Khalid Ibrahim Untuk Menyaksikan Projek Terhebat PKR

 

Saya memulakan perjalanan bermula dari point ini (foto atas), iaitu di pangkal Jalan Chan Ah Choo, Pandamaran, menuju ke kawasan yang bakal ditandingi oleh MB Selangor TS Khalid Ibrahim.

Pandamaran adalah kawasan DAP yang dimenangi oleh Ronnie Liu pada PRU12.

Lihat jalanrayanya yang baru berturap.


Foto atas adalah persimpangan kawasan segi tiga, iaitu di sebelah kiri simpang ialah kawasan DUN Kota Alam Shah yang pernah diwakili oleh M. Manoharan (Hindraf/DAP) dan membelok ke kanan ialah kawasan DUN Pelabuhan Klang yang bakal ditandingi oleh Khalid.

Garisan merah di atas adalah sempadan terakhir yang berturap, seolah-olah Majlis Perbandaran Klang (MPK) cuma jaga Ronnie yang merupakan exco PBT.


Membelok ke kanan dari simpang di atas, kita memasuki Jalan Young yang merupakan sebahagian kawasan DUN Pelabuhan Klang. Lihat jalannya (foto atas) yang tidak pernah berturap sejak 5 tahun yang lalu.

Kali terakhir jalan ini diturap ialah sebelum PRU12 oleh kerajaan BN.

Demi menyejukkan hati para pengundi di Pelabuhan Klang, Khalid menggunakan kuasanya sebagai MB untuk menyaingi jalan bertar di kawasan Ronnie Liu.

Hasilnya, inilah kerja terbaik Khalid untuk pengundi Pelabuhan Klang (foto bawah).


Dengan pengumuman oleh BN Selangor pagi tadi, Khalid akan ditentang oleh Dato' Nasaruddin Md Zin, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Klang pada PRU13.

Nasaruddin ialah anak kelahiran Pelabuhan Klang dan berumur 50 tahun.

4 comments:

Anonymous said...

Mampus le lu si gagap tua

Anonymous said...

Di sarawak jalan tampal tampal dan bergelombang..cukup byk. Dari sematan ke miri..sibu , bintu dan kiri lagi parah...kat selangor sikit kau orang bising

Anonymous said...

Harapan kalau bn menang ada perubahan. Tapi ingat.......tahun 2004 bn pegang......sama ......lepas tu pkr pegang......sama.Benda takkan berubah kerana sepuluh kali kerjaan tukar...orang yang sama juga tetap duduk dan makan gaji buta di MPK.

Anonymous said...

Tapi heranye, mb 2008 lepas kes rasuah. Mb 2004 dan sblumnye sangkut. Kira oksikitlah pada yang lama.