Saturday, March 10, 2012

Azmin 'Sailang' Kuasa Khalid Ibrahim Sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah PKNS Dalam Keputusan Tender

Sebelum ini saya mendedahkan apa yang berlaku dalam projek Laman PKNS [klik SINI].

Petang tadi, saya telah meninjau tapak pembangunan projek berkenaan dan hasilnya adalah sperti foto-foto berikut:-

Papantanda projek

Imej paparan tempohmasa projek

Progres projek untuk fasa 1


Dari paparan gambar di atas, apakah fasa 1 yang sepatutnya siap pada 20/11/2011 adalah mengikut jadual. Tinjauan yang dibuat petang tadi, tidak menunjukkan sebarang aktiviti di tapak berkenaan.

Maklumat terbaru yang diberikan kepada saya pada petang tadi, penganugerah tender ini juga melibatkan Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali. Khabarnya, setiap kertas cadangan tender adalah melalui sebuah jawatan kuasa yang diketuai oleh Azmin Ali.

Melalui carian di laman web PKNS, tidak ada sebarang info yang melibatkan Azmin di dalam organisasi PKNS. Walaubagaimana pun petikan di bawah ditemui di portal KL-Today dan juga boleh dilihat di Selangorkini.

Hadirnya kelibat Azmin sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja Exco PKNS mengundang persoalan dari, apakah beliau 'sailang' MB Khalid Ibrahim sebagai Pengerusi Lembaga PKNS?

Jika benar dakwaan penapisan tender dilakukan diperingkat jawatankuasa kerja, apakah mampu untuk Lembaga PKNS untuk menolak cadangan ketua parti peringkat negeri? Maka inilah juga yang bakal dihadapi oleh MB Kedah Azizan Razak yang perlu melalui jawatankuasa Pemandu.

Anak Muda Jalan Kebun Geli Geleman Tengok Perlakuan Sumbang Shuhaimi Safie a.k.a 'Raja Pasir Selangor'

Bab 1

Anak muda bernama Ucop Sonto seorang pengundi berdaftar di Jalan Kebun yang menjadi sebahagian dalam kawasan DUN Seri Muda yang ber'wali'kan Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafie sebagai ADUNnya.

Sebagai anak muda, memang agak sukar bagi Ucop untuk lekat di rumah.

Suatu hari, aku duduk bersembang dengan ibu bapa Ucop. Ketika rancak bersembang, Ucop muncul sambil menunggang kapcainya.

"Hilang dari pagi, kau ke mana," tanya ibu Ucop.

"Lepak kat kedai buat cookies kat lorong belakang tu," jawab Ucop.

"Apa hal?"

"Ada hari terbuka. ADUN Shuhaimi pun datang"

"Siap panggil ADUN, grand ke?"

"Siap ada ucapan perasmian, mak. Tapi kalau Ucop jadi Shuhaimi, Ucop malu mak."

"Apa pulak nak dimalukan?"

"Kalau Ucop, gerenti Ucop takkan berucap. Kalau mak nak tahu, banyak kerusi kosong. Orang-orang yang ada cuma orang-orang yang pakai uniform kedai buat cookies tu dan beberapa orang anggota RELA yang bertugas kat situ."

**********

Bab 2


Sebentar tadi, bila aku aku tonton video di atas, rasa nak terguling-guling bila mengenangkan dialog Ucop Sonto dengan ibunya.

Ada hati nak cabar Noh Omar.

HAHAHAHAHA.

**********
Bab 3


Bila Ronnie Liu kena belasah dalam di dalam kawasan parlimen Noh dan kalau Shuhaimi betul-betul berhajat nak berdebat, cabarlah supaya diadakan di padang berhampiran Dewan MBSA, Jalan Kebun.

Kalau buat di Tanjung Karang, alamat menempah kena 'boo' namanya!

Anwar Ada Buat Hal Dalam Pesawat SIA?

Keratan yang dipetik dari The Mole (atas), melaporkan SIA mengarahkan pilot-pilotnya mengambil cuti tanpa gaji.

Ini berlawanan sekali dengan puji-pujian melambung Anwar terhadap SIA. Pada masa yang sama dia menghentam MAS. Walau pun dalam beberapa perkara, saya secara peribadi tidak bersetuju dengan beberapa keputusan MAS, namun tidaklah pula menjulang Singapura secara berlebih-lebihan.

Dengar temberang Anwar dalam video di bawah:-

Friday, March 9, 2012

Tuduhan Ketirisan RM500 Juta Dalam Yayasan Selangor Rupanya Sengaja Dibuat Oleh Ilham Marzuki Untuk Elak Tindakan Dari Maharaja Teng Chang Khim

Berdasarkan video sessi pendengeran awam SELCAT, rupanya apa yang dikatakan berlaku penyelewengan dalam Yayasan Selangor untuk tempoh 1991-2007 hanyalah serkap jarang Pengurus Besar sekarang Ilham Marzuki.

Tonton video di bawah dan nilaikan sendiri.


Secara keseluruhannya Ilham telah dipuji oleh Pengerusi SELCAT kerana kebanyakan audit findings telah duly rectified, walau pun sekadar melalui jawapan lisan tanpa dokumen. Cuma bab pembayaran bonus, sesuatu yang terlalu mustahil untuk dikutip semula. Jadi dalam bab ini maka Pengerusi SELCAT akan membuat syor kepada MB Khalid Ibrahim untuk membuat ratification dalam memperbetulkan kesilapan Ilham sebagai Pengerus Besar Yayasan Selangor?

Satu soalan kepada SELCAT - apakah boleh dipercayai pendapat seorang yang telah ternyata banyak dikesan kesalahan pengurusan melalui audit findings? Pada saya Ilham tidak layak untuk membuat serkap jarang terhadap pengurusan yang terdahului, walhal diri sendiri banyak tidak mematuhi peraturan audit.

Kesimpulannya tuduhan serkap jarang ketirisan RM500 juta dalam Yayasan Selangor menjadi penampan kepada diri dari dikenakan tindakan oleh Teng Chang Khim! Siut betul, tegak-tegak rakyat ditipu dalam sessi pendengaran awam.

Mempakatan Rakyatkan Ekonomi Selangor - 1 Ahli Majlis Kena Cekau RM20,000


"Ini sudah kes bukan 'Merakyatkan Ekonomi Selangor' tapi sudah jadi 'Mempakatan Rakyatkan Ekonomi Selangor'," keluh seorang rakan yang masuk tender angkut sampah PBT.

Bukan rahsia lagi yang setiap ahli majlis PBT kena cekau RM20,000 untuk parti. Almaklum untuk dana pilihanraya. Itu sebab mereka mengganas.

Bila kontrak pungutan sampah diambilalih oleh kerajaan negeri maka ini peluang. Agihan kontrak juga boleh makan diri pada PR bila kontraktor yang cerdik, masuk tender melalui ahli-ahli majlis yang berlainan. Akhirnya kontraktor ini boleh dapat 3-4 kawasan. Jadi, bagi yang dapat hanya kawasan 1 kawasan mula tak puas hati. Hati panas maka kasi terburai cerita ini.

Kalau ada 12 PBT X 20 ahli majlis X RM20k = RM4.8 juta. Wah banyak tu!!

Satu Lagi Mercu Tanda Khalid Ibrahim & Azmin Ali Yang Tak Memberi Manfaat Kepada Anak-Anak Selangor

Difahamkan 'Laman PKNS' yang bakal menjadi mercu tanda kenangan Khalid Ibrahim dan Azmin Ali sedang dalam pembinaan.

Saya belum 'mengorek' secara teperinci projek ini, cuma pembagunan ini yang akan menempatkan ibu pejabat PKNS telah dipecahkan kepada 2 fasa. Keluasan projek ialah 4.6 hektar dan nilai projek sebanyak 140 juta.

Fasa 1 projek yang bermula pada Julai 2011 melibatkan kerja-kerja pembinaan basement. Malangnya, untuk fasa pertama kontrak telah diberikan kepada sebuah syarikat dari Kelantan. Dari maklumat awal, kerja-kerja fasa 1 telah lewat 4 bulan dari jadual.

Bagi fasa 2, sebuah lagi syarikat dari Kelantan mendapat kontrak pembinaan tersebut. Bisik-bisik mengatakan, syarikat kedua ini mempunyai kaitan dengan syarikat yang pertama.

Betulkah maklumat ini?

Isunya sekarang, sepatutnya diberi keutamaan kepada syarikat pembinaan GLC Selangor. Sekurang-kurangnya, hasilnya akan berkitar di dalam negeri dan barulah konsep "Merakyatkan Ekonomi Selangor" terlaksana.

Thursday, March 8, 2012

Kes Akhlak Pegawai Kanan MB Selangor - Jangan Babitkan Istana

Hari ini, sekali lagi Tengku Mahkota Pahang menitahkan agar tidak dikaitkan dengan kes akhlak pegawai kanan MB Selangor TS Khalid Ibrahim. Ini merupakan penafian kali kedua baginda dalam tempoh 2 hari.

Terbaru, baginda dipetik sebagai bertitah,
Sebelum ini pegawai kanan MB Selangor itu mendakwa bahawa TMP mengambil perhatian terhadap kes yang dihadapinya.

Ronnie Liu Sudah Kasi Bunting

Ronnie Liu itu exco Selangor in-charge PBT betul-betul takda guna.

Dalam kampung dia sudah kasi bunting.

Sekali pandang, bunting di atas memang tidak nampak apa-apa kesalahan. Hanya iklan dan ia bukan iklan haram kerana tertera kelulusan MPK di penjuru kanan bunting berkenaan. Tambahan pula, iklan ini adalah iklan TM dan dipasang di pula di tiang milik TM.

Suka hati dia oranglah.

Bab bunting di atas pula, cakap main-mainnya TM sudah cabul tiang TNB.

Tak apalah, lupakan bab tu dan cuba fokus kesilapan besar iklan tersebut. Perasan tak, ada yang tak kena dengan dengan iklan tersebut?

Kesilapan besar iklan ini ialah perkataan "ZON LAJU" yang tertera pada bunting berkenaan. Jadi, bila lalu kawasan tersebut maka boleh laju?

Apa Ronnie Liu sudah kasi declare ada "ZON LAJU" dalam kawasan perumahan? Itu "Zon Bersih" Ronnie Liu punya pun sudah failed ini zon laju pula dia mau bikin.

p/s Kalau Adam Adli tengok gambar ni, maka menitislah airmatanya kerana punya peristiwa hitam diperambat orang-orang kampung (Kg Idaman, Pelabuhan Klang).

Pendedahan Modus Operandi Mencuri Pasir Di Selangor Yang Khalid Buat-Buat Tak Tahu


Nak tahu macam mana modus operandi kegiatan curi pasir di Selangor?

Ini aku nak bagi tahu kau orang macam mana ia berlaku dan mungkin orang-orang Khalid Gagap tak tahu atau pun buat-buat tak tahu.

Sebenarnya aku terdengar perbualan antara 2 orang lelaki (seorang Melayu dan seorang Cina). Bila aku check balik tarikhnya ia berlaku pada 13 Oktober 2011.

Ketika itu aku sedang makan di sebuah kiosk di sebuah shopping complex terbesar di Klang, sambil menunggu seorang rakan untuk membawaku ke Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam untuk membuat liputan laporan polis terhadap Aziz Bari berhubung kes hasutan keatas institusi raja.

Mereka berbincang berkenaan kerjasama mencuri pasir. Perbualan sangat jelas didengar, kerana lelaki Cina itu bercakap dengan kuat.

Lelaki Cina itu masih muda sekitar awal 30an, manakala lelaki Melayu itu sudah agak berumur. Dipendekkan cerita, lelaki Cina itu kekurangan modal. Sementara lelaki yang dipanggil 'haji' oleh anak muda itu, berkemungkinan mempunyai banyak wang.

Si anak muda cuba meyakinkan 'haji' bahawa ia punya tanah, tapi sekali-sekala menyebut PKPS (mungkin pemilik tanah sebenar ialah PKPS) dan bersebelahan dengan lombong pasir. Kedengaran dengan jelas, anak muda tersebut akan mengeluarkan pasir melalui 'tol' operator lombong yang sah, iaitu kontraktor Kumpulan Semesta Sdn Bhd.

Dari perbualan mereka juga, lokasi lombong berkenaan ialah di kawasan Batang Berjuntai. Barangkali dalam kawasan DUN Ijok yang diwakili oleh Khalid Gagap.

Bila kes pasir ni heboh kembali, aku syorkan Khalid Gagap cuba cari mana-mana kawasan lombong di Batang Berjuntai dan berhampiran dengan tanah PKPS.

Mungkin ada yang bertanya kenapa sekarang aku dedahkan. Jawapannya mudah, sebabnya aku nak tengok secekap mana Khalid Gagap mengawal ketirisan. Sebab tak ada pun laporan adanya tangkapan selepas 5 bulan, maknanya kenyanglah pencuri-pencuri pasir dan dipihak Khalid Gagap pula ternyata tidak cekap dan tutup sebelah mata.

Wednesday, March 7, 2012

Lembu-Lembu Diterbangkan Ke Kazakhstan Dengan Jet 747

Lembu-lembu di atas diterbangkan ke Kazakhstan dengan jet 747 dari USA. Berbanding jika lembu-lembu itu dibawa masuk ke Malaysia, pastinya pengangkutan laut akan menjadi pilihan kerana ia lebih murah.

Sebenarnya bagi Kazakhstan, mereka tidak punya pilihan kerana secara geografikalnya kerana ia terletak di tengah-tengah benua.

Kazakhstan mengambil daya usaha dengan membawa masuk lembu-lembu dari USA dan Australia sebagai sumber untuk memajukan sektor perternakannya, dalam konteks bekalan daging lembu untuk keperluan domestik.




Rasanya bukanlah suatu yang mustahil jika komitmen dan langkah-langkah yang betul diambil, maka Kazakhstan bakal menjadi negara pengeksport tunggal yang menggunakan pengangkutan udara sebagai jalinan dengan negara-negara pengimport daging lembu dunia.

Nazir Tun Razak Pun Minat Nak Jadi Calon?

Dalam satu sessi di organisasi korporat yang dipimpinnya baru-baru ini, Dato' Seri Nazir Tun Razak telah ditanya oleh anak buahnya, tentang kemungkinan beliau akan turut bertanding dalam PRU.

Secara berseloroh beliau menjawab yang beliau akan bertanding untuk Parti Cina India Melayu Bersatu, iaitu merujuk kepada entiti korporat yang dipimpinnya, CIMB.

Kalau nak bertanding pun apa salahnya sebab Kit Siang, Karpal dan Anwar boleh bertanding adik-beradik, inikan pula Nazir yang hanya adik beradik dengan PM.

Kisah Benar - Dr Hasan Ali Perbodohkan Pesuruhjaya PAS Perak



Pesuruhjaya PAS Perak Abu Bakar Husin menunjukkan ketidakcerdikan dirinya. Baginya, Dr Hasan Ali diibaratkan sebagai 'Si Luncai Dengan Labu-Labunya'.

Tidakkah dia tahu bahawa dari cerita rakyat, Si Luncai telah selamat mendarat ke tebing bila terjun dengan labu-labunya? Kalaulah Dr Hasan mendengar kata-kata Abu Bakar, pasti terguling-guling beliau tertawa melihat kebodohan bekas rakannya itu.

Dengar betul-betul apa yang dikatakan oleh Abu Bakar dalam video di bawah;


Berikut pula ialah petikan cerita rakyat Si Luncai:-
Maka kata Si Luncai, wahai encik pertanda, mintalah hamba sebiji labu air hendak hamba peloki, seolah-olah ganti ibu hamba, kerana hamba hendak mati ini, bolehlah hamba marifatkan hamba mati bersama-sama dengan ibu hamba. Maka jawab pertanda itu, baiklah. Kerana ia pun belas juga melihatkan orang yang telah tentu mati itu, lalu disuruhnya ambil labu air tempat bekalan mereka didalam perahu itu, yang besar sekali, seraya dikeluarkan dan diuraikan ikatnya lalu diberikan labu itu kepada Si Luncai. 
Maka dipeluk oleh Si Luncai, lalu menangislah ia dengan amat sangatnya di tengah-tengah perahu itu. Kemudian lalu ia berkata kepada segala pertanda itu, katanya ya mamak pertanda, hamba melihat tuan hamba berkayuh itu terlalulah kasihan di hati hamba oleh terlampau penatnya. Jika begitu, ada suatu nyanyi supaya boleh membuat pelalai berkayuh itu, kita perbuat beramai-ramai. Maka jawab pertanda itu, apa dia? Luncai, pelalai itu? Maka kata Si Luncai, buatlah demikian. Si luncai terjun dengan labu-labunya, jawabnya biarkan, biarkan. Maka pertanda itu semuanya membuatlah seperti yang diajarkan oleh Si Luncai itu beramai-ramai. Si Luncai terjun dengan labu-labunya! Biarkan, biarkan. Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan, biarkan.
Maka dengan hal yang demikian bernyanyi itu bersahut-sahut, Si Luncai pun terjunlah sungguh kedalam sungai seraya menyelam. Maka pertanda jurumudi itu beberapa kali telah menyatakan, Si Luncai sudag terjun dengan labu-labunya kedalam air, tetapi oleh sabor dengan nyanyinya itu tiadalah siapa yang menghiraukan. Kemudia lalu berkatalah pula jurumudi dengan bengisnya, hai kamu sekalian anak perahu, cubalah lihat kebelakang, Si Luncai sudah terjun.
Maka barulah masing-masing menoleh keburitan perahu. Sesungguhnya campaklah Si Luncai sudah terdiri ditepi tebing sebelah kiri sungai. Wah apatah lagi. Bergopogopohlah masing-masing mengayuh perahu mendapatkan Si Luncai kedarat, lalu ditangkapnya.
Baca versi penuh [klik Si Luncai]

Tuesday, March 6, 2012

Krisis Kedah : Pharolrazi & Dr Ismail Kecewa? - Mustafa Ali Sahkan Jawatankuasa Pemandu Kerajaan Negeri Kedah Hanya Diberi Stering Tanpa Kenderaan

Dipetik dari FMT (keratan di bawah), Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali berkata Jawatankuasa Pemandu hanya bersifat penasihat dan bukannya sebagai kuasa tertinggi dalam pentadbiran Negeri Kedah.

Ini bermakna, Jawatankuasa Pemandu hanya diberikan stering tanpa kenderaan untuk dipacu.

Sebelum ini pun, blog The Unspinners telah pun melontarkan pandangan bahawa jawatankuasa tersebut bercanggah dengan kelaziman biasa dalam pentadbiran negeri. MB Azizan Razak hakikatnya, dilantik mengikut perlembagaan, melalui perkenan Diraja. [Klik SINI]


Kalau berdasarkan video di atas Phahrolrazi dan Dr Ismail gembira dengan penubuhan Jawatankuasa Pemandu dan bagi mereka matlamat telah dicapai.

Namun, dengan pengumuman Mustafa, apakah mereka masih berpuas hati? Rasanya, jika Phahrolrazi dan Dr Ismail berasa kecewa dengan kenyataan tersebut, langkah terbaik ialah mengusulkan undi tidak percaya kepada Azizan di Dewan Undangan Negeri Kedah.

Soalnya, beranikah mereka?

Objek Lucah Dikesan Pada Tandatangan Anwar

Betulkah tanda tangan di atas adalah tandatangan Anwar?

Kelihatan bentuknya seakan-akan kepala anunya.

Periksa tandatangan Anwar di SINI dan kepala anunya di SINI.

Sessi Pendengaran SELCAT Berkenaan Kes Penyelewengan Pasir Selangor - Hanya Sekadar Tolong Kibas Pasir Dibadan Suhaimi & Amiruddin?

Masakan Azmi akan biarkan Suhaimi (ADUN PKR Seri Muda) dan Amiruddin (ADUN PKR Batu Caves) terjerat.

Sessi hanya sekadar untuk tolong membuang pasir yang berlumuran dibadan mereka berdua.

Sekali-Sekala Apabila Ayah Pin Turun Dari Langit Untuk Beli Rokok Gudang Garam, Dia Akan Jumpa Profesional Melayu

Harris Ibrahim mempertikaikan taraf Bumiputera yang diberikan kepada masyarakat Siam di Kedah.

Blog The Unspinners menjawab di SINI.

Tapi yang menariknya, The Unspinners mengaitkan Harris dengan 'Kerajaan Teko'.

Monday, March 5, 2012

Phahrolrazi & Ismail Tewas Dalam Tuntutuan Mereka - PAS Pusat Arah Terima Jawatan Exco

Kenyataan media PAS Pusat mengarahkan Phahrolrazi dan Ismail menerima jawatan Exco Kerajaan Negeri Kedah, iaitu sebagai pelan penyelesaian krisis pentadbiran Negeri Kedah.

Akhirnya, Phahrolrazi tewas meskipun yakin menang ketika diawal krisis.

Anwar Menyesal Sokong Permit Limo Pada Latif Mirasa


Malas nak ulas panjang-panjang.

Kalau mereka yang berfikiran panjang, Anwar ni pernah punya kuasa. Kalau betul dia jujur, pernahkah dia halang lesen Airport Limo diberikan kepada Ketua UMNO Bahagian didalam Perhubungan UMNO yang dia sendiri menjadi pengerusinya?

Berapa banyak lesen dia dah recommend pada pemandu limo di airport semasa punya kuasa dulu?

RPK Menghentam Lagi - Syakki Loyar-Loyar Kroni Pakatan Dapat Kerja Guaman Melalui Runding Terus Pada Harga Mahal Dari Agensi Kerajaan Negeri Selangor!

Raja Petra Kamaruddin mendakwa kerja-kerja guaman kerajaan negeri dan agensi-agensinya dibolot oleh peguam-peguam yang menjadi kroni kerajaan PR Selangor, bukan pada harga yang murah, melalui 'runding terus'.

Beliau yang menulis di portal Malaysia Today (petikan di bawah), mempersoalkan jika para peguam tersebut merasakan diri mereka bersih, mengapa mereka perlu takut untuk didedahkan umum berkenaa senarai para peguam berserta kerja dan nilai yuran guaman.

Baca sepenuhnya di SINI.

Sunday, March 4, 2012

Husam Bengang Bila Kickdefella Teladani Helah Anwar

Bengang!

Mungkin itu yang timbul disanubari Husam, apabila helah Anwar diteladani oleh Kickdefella dalam saman sivil antara kedua mereka.

Ku Li Tetap Akan Bertanding PRU13 Meskipun Bukan Atas Tiket UMNO?

Ku Li telah mengisytiharkan diri untuk bertanding dalam PRU13.

Walau pun tidak kedengaran pengakuan Ku Li dalam video di bawah, tetapi Antara Pos melaporkan, Ku Li tetap akan bertanding meskipun tidak dipilih oleh pucuk pimpinan UMNO.

Itu tidak menghairankan kerana dipihak Ku Li memang kita maklumi bahawa sedang memperkaya uranium untuk meledakkan bom pada bila-bila masa.

Baca persiapan awal Ku Li jika tidak terpilih melalui UMNO di SINI.

Pahrolrazi Umpama Bughah (Penderhaka) Yang Boleh Dikenakan Hukuman Berat - Tuan Guru Awang Lanai

"Tiada sebab untuk kami menentang pentadbiran Azizan. Saya ingin tegaskan kami bimbang perbuatan dan tindakan mengganggu gugat kerajaan dan parti yg sedang berlaku sekarang ini boleh membawa mereka ke dalam golongan 'Bughah' (penderhaka) yang amat berat hukumannya di sisi Islam" - Tuan Guru Awang Lanai

"Selagi Najib mendirikan solat, dia tak boleh diperangi" - Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat

"Tokoh ulama abad ke-7 Hijrah, Imam Nawawi ketika menghuraikan hadis sahih ini meletakkannya di bawah tajuk Bab Wajib Mengengkari pemerintah-pemerintah dalam perkara yang bercanggah dengan syarak dan tidak memerangi mereka selagi mereka solat," katanya Ustaz Mohd Khairuddin At-Takiri (Setiausaha Dewan Ulamak PAS.

KUALA LUMPUR, 3 Mac: Mempertahankan kerajaan Islam merupakan tanggungjawab beragama dan satu jihad, manakala mereka yang bertindak mengisytiharkan diri keluar dari kerajaan Islam dibimbangi termasuk dalam mati sebagai mati jahiliyyah.


Demikian dijelaskan Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Katanya, kebimbangan mati sebagai mati jahiliyyah itu selaras dengan peringatan Nabi s.a.w. seperti yang dinyatakan dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud; "Sesiapa yang mati sedangkan tiada di tengkuknya sebarang bai'ah (janji setia terhadap pemerintah Islam) maka dia mati sebagai mati jahiliyyah".


Beliau berkata, pemerintah dalam Islam merupakan pengganti kepada Nabi s.a.w. bagi menggalas tugas menegakkan agama dan mentadbir negeri dan negara berlandaskan prinsip dan dasar agama yang menekankan konsep ihsan, keadilan dan kebajikan.

Menurutnya, kerajaan dan pemerintah yang melaksanakan amanah kepimpinan mesti ditaati dan dipertahankan sepertimana firman Allah dalam Surah An-Nisa' ayat 59 yang bermaksud; "Taatlah kamu kepada Allah, taatlah kamu kepada Rasul dan Ulil Amri di kalangan kamu".

Katanya, oleh itu, ahli-ahli PAS digesa berbai'ah dan mempertahankan kerajaan Islam dan menegur kemungkaran pemerintah sekiranya berlaku dengan hati dan lidah mereka.

"Ia merupakan dua kewajipan beragama yang perlu dilaksanakan oleh umat beriman," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.

Berasaskan kaedah itu, menurutnya, wakil-wakil rakyat PAS, sebagai sebuah parti politik yang memperjuangkan dasar pemerintahan Islam, tidak boleh mengisytiharkan diri keluar dari kerajaan Islam, tetapi kewajipan mereka membuat teguran dan mengengkari pemerintah sekiranya sabit dan terbukti berlaku kesilapan dan tindakan yang bercanggah dengan syarak.

Katanya, pemerintah yang menyeleweng dan melakukan kesalahan menurut hukum syarak perlu diengkari menggunakan hati dan ditegur menggunakan lidah, tetapi bukannya dengan menentangnya secara bersenjata selagi dia menegakkan solat dan tidak ternyata padanya kekufuran yang nyata.

Hal itu, tegasnya, dijelaskan oleh Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Akan ada pemerintah-pemerintah, lalu kamu kenali mereka dan kamu engkari (kesilapannya). Maka sesiapa yang mengengkari (membenci dengan hatinya) dia terlepas dan sesiapa yang mengengkarinya (dengan lidah) maka dia selamat. Tetapi yang redha dan menurut sahaja (dia tidak terlepas dan selamat). Para sahabat bertanya, bolehkah kita memerangi mereka (dengan senjata). Tegas baginda; tidak boleh selagi mereka solat".

"Tokoh ulama abad ke-7 Hijrah, Imam Nawawi ketika menghuraikan hadis sahih ini meletakkannya di bawah tajuk Bab Wajib Mengengkari pemerintah-pemerintah dalam perkara yang bercanggah dengan syarak dan tidak memerangi mereka selagi mereka solat," katanya yang lebih dikenali sebagai Ustaz Mohd Khairuddin At-Takiri.

Malah, tegas beliau, menegur pemerintah Islam dengan lidah dikira sebagai jihad yang paling afdhal sebagaimana sabda Nabi s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi yang bermaksud: "Sesungguhnya sebaik-baik jihad di sisi Allah kalimah yang benar di sisi pemerintah yang zalim".


''Saya yakin boleh menang' - Pahrolrazi a.k.a Seteru Ustaz Azizan

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah Pahrolrazi menyatakan keyakinan bahawa kemenangan akan berpihak kepadanya dalam kemelut PAS Kedah.

Tidak pasti apakah disebalik istilah menang yang dilafazkan.

Baca laporan penuh di SINI.