Thursday, March 8, 2012

Pendedahan Modus Operandi Mencuri Pasir Di Selangor Yang Khalid Buat-Buat Tak Tahu


Nak tahu macam mana modus operandi kegiatan curi pasir di Selangor?

Ini aku nak bagi tahu kau orang macam mana ia berlaku dan mungkin orang-orang Khalid Gagap tak tahu atau pun buat-buat tak tahu.

Sebenarnya aku terdengar perbualan antara 2 orang lelaki (seorang Melayu dan seorang Cina). Bila aku check balik tarikhnya ia berlaku pada 13 Oktober 2011.

Ketika itu aku sedang makan di sebuah kiosk di sebuah shopping complex terbesar di Klang, sambil menunggu seorang rakan untuk membawaku ke Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam untuk membuat liputan laporan polis terhadap Aziz Bari berhubung kes hasutan keatas institusi raja.

Mereka berbincang berkenaan kerjasama mencuri pasir. Perbualan sangat jelas didengar, kerana lelaki Cina itu bercakap dengan kuat.

Lelaki Cina itu masih muda sekitar awal 30an, manakala lelaki Melayu itu sudah agak berumur. Dipendekkan cerita, lelaki Cina itu kekurangan modal. Sementara lelaki yang dipanggil 'haji' oleh anak muda itu, berkemungkinan mempunyai banyak wang.

Si anak muda cuba meyakinkan 'haji' bahawa ia punya tanah, tapi sekali-sekala menyebut PKPS (mungkin pemilik tanah sebenar ialah PKPS) dan bersebelahan dengan lombong pasir. Kedengaran dengan jelas, anak muda tersebut akan mengeluarkan pasir melalui 'tol' operator lombong yang sah, iaitu kontraktor Kumpulan Semesta Sdn Bhd.

Dari perbualan mereka juga, lokasi lombong berkenaan ialah di kawasan Batang Berjuntai. Barangkali dalam kawasan DUN Ijok yang diwakili oleh Khalid Gagap.

Bila kes pasir ni heboh kembali, aku syorkan Khalid Gagap cuba cari mana-mana kawasan lombong di Batang Berjuntai dan berhampiran dengan tanah PKPS.

Mungkin ada yang bertanya kenapa sekarang aku dedahkan. Jawapannya mudah, sebabnya aku nak tengok secekap mana Khalid Gagap mengawal ketirisan. Sebab tak ada pun laporan adanya tangkapan selepas 5 bulan, maknanya kenyanglah pencuri-pencuri pasir dan dipihak Khalid Gagap pula ternyata tidak cekap dan tutup sebelah mata.

3 comments:

Anonymous said...

Fuckatan Rakyat...kena main aje rakyat Selangor

Wak Labu Farm said...

Ape bezanya di zaman perintah BN dulu, tak de curi pasir?

Anonymous said...

wak-labu,

pr kata good governance. kalau x de beza maka x boleh claim lebih baik dari bn

seburuk-buruk khir toyo dimata wak, pentadbiran dia yg ban lori pasir beroperasi malam