Tuesday, March 6, 2012

Krisis Kedah : Pharolrazi & Dr Ismail Kecewa? - Mustafa Ali Sahkan Jawatankuasa Pemandu Kerajaan Negeri Kedah Hanya Diberi Stering Tanpa Kenderaan

Dipetik dari FMT (keratan di bawah), Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali berkata Jawatankuasa Pemandu hanya bersifat penasihat dan bukannya sebagai kuasa tertinggi dalam pentadbiran Negeri Kedah.

Ini bermakna, Jawatankuasa Pemandu hanya diberikan stering tanpa kenderaan untuk dipacu.

Sebelum ini pun, blog The Unspinners telah pun melontarkan pandangan bahawa jawatankuasa tersebut bercanggah dengan kelaziman biasa dalam pentadbiran negeri. MB Azizan Razak hakikatnya, dilantik mengikut perlembagaan, melalui perkenan Diraja. [Klik SINI]


Kalau berdasarkan video di atas Phahrolrazi dan Dr Ismail gembira dengan penubuhan Jawatankuasa Pemandu dan bagi mereka matlamat telah dicapai.

Namun, dengan pengumuman Mustafa, apakah mereka masih berpuas hati? Rasanya, jika Phahrolrazi dan Dr Ismail berasa kecewa dengan kenyataan tersebut, langkah terbaik ialah mengusulkan undi tidak percaya kepada Azizan di Dewan Undangan Negeri Kedah.

Soalnya, beranikah mereka?

1 comment:

Anonymous said...

Mmg betul2 hamPAS. Ciiiit poooorah