Saturday, February 5, 2011

Najib Bantu Kos Guaman ADUN Pelabuhan Klang?

Saya menunggu pengumuman penting PM, apabila kebanyakan blogger melaporkan bakal ada pengumuman penting di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur sempena program 'Ziarah Masjid'.

Ingatkan, PM akan membuat pengumuman yang kerajaan pusat akan membiayai yuran guaman permohonan ADUN Pelabuhan Klang untuk menghalang SPR daripada menentukan status kerusi DUN Pelabuhan Klang yang bakal didengar pada 7 Februari 2011, seperti mana kerajaan Negeri Selangor membantu ADUN Seri Muda dalam proseding mahkamah.


Dalam pada itu PM yang lebih penting ialah pegumuman penubuhan Perbadanan Kemajuan Kampung Baru yang bakal memastikan ketelusan dan menjaga kepentingan penduduk serta mengelakkan keuntungan kepada pihak ketiga.

MP Titiwangsa Dr Lo'Lo' Ghazali, apa pula sumbangan anda? Khalid Ibrahim pula tak berhajatkah nak bantu warga Selangor (anak-anak yang dilahirkan sebelum 1 Februari 1972) di Kampung Baru?

Ketuanan Rakyat : Serba-Serbi Boleh Untuk Rakyat?

Mungkin "Buku Jingga" lebih baik dari "Ketuanan Rakyat", jika dipandang dari segi kelahirannya.

Buku Jingga yang mengandungi janji-janji perlaksanaan 100 hari andainya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemeruntahan negara lebih terserlah kerana ia didokumenkan, berbanding Ketuanan Rakyat yang tidak lebih hanya sebagai satu slogan yang tidak didokumenkan.

Oleh yang demikian, Ketuanan Rakyat hanyalah satu lontaran slogan tanpa disokong oleh satu definisi dan huraian konsep yang dapat memberi kefahaman yang diterima semua pihak. Malah Anwar Ibrahim, semasa sidang MB Kerajaan Pakatan Rakyat telah meminta semua pihak untuk memberikan penerangan keatas konsep Ketuanan Rakyat yang telah diutarakan.

Dalam hubungan ini, sebenarnya wujud satu keperluan bagi Pakatan Rakyat untuk konsep ini di"koliumkan"kan atau di"konvensyen"kan malah dibuka untuk perbahasan umum.

Oleh kerana konsepnya masih terbuka untuk diperbahaskan, saya ingin mempersoalkan akan maksud Ketuanan Rakyat. Mungkinkah ia bermaksud rakyat menjadi tuan, dan pemimpin hanya sekadar hamba kepada rakyat? Walhal, dalam hadis pernah disabdakan bahawa jika 3 orang bermusafir, maka mesti dilantik seorang sebagai ketua dan dengan ini bermakna bahawa pentingnya melantik pemimpin dan pada masa yang sama menghormatinya.

Atau juga mungkin juga Ketuanan Rakyat bermaksud rakyat melakukan apa sahaja tanpa penguatkuasaan dan penghujungnya menimbulkan masalah dan kesulitan kepada rakyat secara kesuluruhannya. Contoh yang mudah dalam hal meletakkan kenderaan dan penjaja berniaga di lorong atau di tepi jalan.

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan


Gambar Hiasan

Mungkinkah Ketuanan Rakyat bermaksud kerajaan boleh menggunakan dana kerajaan untuk membayar yuran guaman wakil rayat yang diambil tindakan mahkamah kerana menghasut?

Nampak gayanya agenda Pakatan Rakyat ialah membolehkan serba-serbi ditanggung oleh kerajaan. Dari menyediakan pakar forensik, membawa kepada yuran kepada peguam pemerhati kes Teoh Beng Hock dan seterusnya membayar kepada penggubal undang-undang (tanpa menggunakan Penasihat Undang-Undang Negeri), malah barangkali mengupah penunjuk perasaan jalanan (?).

Anwar Ibrahim Sakit Mental : Berubah Pendirian Setiap Dekad

Bermula 1972, Anwar Ibrahim mula memperkenalkan dirinya sebagai tokoh muda yang memperjuang Islam melalui ABIM.

Menjelang pilihanraya 1982, Anwar Ibrahim menyertai UMNO, sebuah parti nasionalis dan diberikan laluan oleh Dr Mahathir untuk bertanding kerusi parlimen dan seterusnya menyertai kerajaan melalui perlantikannya sebagai Timbalan Menteri.

Pada tahun 1993, menghampiri kemuncak tertinggi hiraki parti dengan kejayaannya mengambilalih jawatan Timbalan Presiden UMNO dari Allahyarham Pak Ghaffar Baba. Tetapi ini tidak kekal lama dan tersingkir dari UMNO pada tahun 1999.

10 tahun berikutnya dan setelah menghadapi ranjau politik yang amat getir dengan tuduhan mahkamah dan menjalani hukuman penjara serta kehilangan jawatan yang kedua tertinggi dalam pentadbiran negara, Anwar akhirnya dibebaskan dari penjara apabila Pak Lah mengambilalih jawatan PM Malaysia.

Dalam tempoh ini, menyaksikan perubahan agenda dalam gerak politik Anwar Ibrahim, melalui KeADILan dan kemudiannya PKR yang akhirnya meninggal suatu misteri siapa Anwar yang sebenarnya?

Perubahan yang berlaku pada pendirian Anwar disetiap dekad, menjadikannya seolah-olah Anwar seorang opportunis didalam persada politik negara dan pastinya jawatan PM menjadi impiannya.

Dekad berikutnya, samada bermula 2012 atau 2013, PRU berikutnya yang berlangsung tentunya menjadi tempoh yang amat kritikal kepada Anwar. Mungkinkah ia bakal dapat mencapai impiannya pada dekad tersebut?

Ketahui siapa dan apa yang Anwar Ibrahim lakukan melalui ulasan Wong Mun Chee yang tersiar di SINI.

Friday, February 4, 2011

Mahathir Tindas Sekolah Agama Rakyat?

Sebagai sambungan kepada artikel sebelum ini, saya ingin menghuraikan lebih lanjut berhubung Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Ketika kerajaaan pusat membuat keputusan memberhentikan bantuan per kapita kepada SAR (hanya setahun dan untuk tahun berikutnya disambung hinggalah kehari ini) pada 2002, kerajaan mempunyai alasan untuk berbuat demikian. Antaranya, ada SAR yang tidak membuat pengagihan mengikut mengikut kehendak Kementerian Pendidikan pada masa itu. Contohnya pada syarat pengagihan yang mewajibkan 70% dibayar kepada guru-guru (bermaksud subsidi gaji) dan selebihnya untuk pentadbiran sekolah.

Seperkara lagi yang perlu diketahui, ada SAR yang sebenarnya ialah sekolah agama swasta. Mereka mengambilkan kesempatan melalui peruntukan yang ada dan berselindung atas nama SAR untuk mengKEBAS duit kerajaan/rakyat.

Siapa sebenarnya yang zalim Nik Aziz atau Mahathir?

Thursday, February 3, 2011

Memang Wajar Pun Kepala Nik Aziz Perlu Diketuk

Aiik..... kalau ditarik balik, maknanya adalah bantuan. Kalau tiada bantuan masakan keluar perkataan "menarik balik".

Inilah hakikat yang perlu diakui semua penyokong PAS dan rakyat jelata yang selama ini kerajaan Pusat memang membantu Sekolah Agama Rakyat (SAR). Semasa menikmati kemudahan peruntukan per kapita, usahkan nak bagi tahu kepada rakyat jelata, ucap terima kasih pun tidak!

Sebenarnya ada sesuatu yang disembunyikan oleh TGNA tentang isu SAR. Mungkin TGNA telah sengaja disalah maklumkan, sebaliknya bukannya penarikan balik tetapi cuma lapse setahun iaitu pada 2002. Tahun berikutnya, SAR terus menikmati hingga ke hari ini. Bahkan khabar angin mengatakan Kementerian Pelajaran Malaysia akan menaikkan bantuan dari RM60/pelajar kepada RM100/pelajar berkuatkuasa 2011.

TGNA boleh setiap masa memutar belitkan fakta kepada semua orang, tetapi semua orang tidak boleh diputar belikan setiap masa. Saya pernah menyentuh isu SAR di SINI.

Semasa kemuncak isu SAR, sebenarnya pihak kerajaan persekutuan telah menawarkan option pengambilalihan dan menyerapkan semua guru kepada perkhidmatan kerajaan, disamping menawarkan gaji berdasarkan kelulusan dan kelayakan. Dalam soal ini siapa yang zalim, TGNA atau TDM? Demi politik PAS menghasut dan menghebahkan kepada seluruh negara, kononnya TDM hendak menghapuskan SAR.

Hakikatnya soal menghapus SAR tidak timbul, sebaliknya yang dicadangkan ialah penambahbaikan terhadap institusi tersebut demi kebaikan pelajar, kebajikan guru dan ibu bapa yang menanggung kos pendidikan terhadap anak-anak mereka.

Dalam kes di Selangor, ekoran dari isu tersebut kerajaan negeri telah menyerahkan Sekolah Menengah Agama kepada kerajaan pusat pada Disember 2004. Rujuk kepada artikel saya di SINI.

Berbalas-balas salah menyalah ini sebenarnya sepatutnya dihentikan, sebalik dimanakah titik pertemuan untuk membetulkan keadaan yang patut dicari. Jadi tidak hairanlah untuk kita menyokong kenyataan TDM yang kepala Nik Aziz dan Anwar Ibrahim perlu diketuk terlebih dahulu!

Wednesday, February 2, 2011

Persefahaman Dirosakkan Oleh Pakatan Rakyat

Mengapa diputar belitkan sangat "Ketuanan Melayu" walhal bertahun-tahun hidup harmoni? Pernahkah UMNO berbuat zalim hingga menjadikan bangsa Cina dan India melarat di Malaysia?

Artikel ini ditulis semata-mata untuk menceritakan ketika ini, jiran-jiran berbangsa Cina seorang demi seorang menghantar hadiah kepada ibu saya yang sejak berpuluh tahun berbuat demikian sempena Tahun Baru Cina.

Mereka kini sedang silih berganti datang menziarahi ibu saya (yang kini OKU sejak 5 tahun yang lalu).

Mereka datang bukan kerana asuhan Pakatan Rakyat tetapi kerana hubungan sedia terjalin sekian lama.

MCA, DAP & GERAKAN Berpesta Sakan

Esok Tahun Baru Cina. Sesuatu yang lumrah malam ini bakal membingitkan telinga, bila disekeliling jiran-jiran bangsa yang berbangsa China membakar mercun.

Perlukah aku marah kepada jiran-jiran berbangsa China, walhal perkara ini telah aku lalui berpuluh-puluh tahun lamanya tanpa rungutan? Sebaliknya aku terima keadaan ini, sebab aku faham budaya mereka. Begitu juga bagi mereka, rasanya tidak merungut apabila setiap hari mendengar bacaan ayat suci dan seruan azan menjelang waktu subuh.

Itulah realiti yang harus diterima dalam masyarakat majmuk di negara kita dan tidak ada keperluan untuk kita mengubah keadaan yang telah pun diamalkan dan sebati sekian lama.

GONG XI FA CHAI!

Tuesday, February 1, 2011

Nak Berimamkan Siapa - Najib Atau Nik Aziz?

Tanpa Nama berkata...

agak2, kalau diberi pilihan untuk smbhyg berjemaah dengan pemimpin, antara dua orang ni:

1) Nik Aziz

2) Najib

sapa yang rakyat pilih nak bt imam? ak x rasa rakyat nak smbhyg berimamkan najib... ak sendiri x sanggup nak smbhyg berimamkan pemimpin yg tidak menjalankan dasar pemerintahan berdasarkan Agama Islam yakni hukum2 yg diperintahkan oleh Allah SWT sendiri di dalam Al-Quran... insaflah selagi pintu taubat masih terbuka... Amin...

Di atas ialah komen di blog Husin Lempoyang.

Rasa terpanggil untuk beri komen pada komen di atas. Memandang blog Husin Lempoyang adalah So-Po, pastinya komen di atas bukannya merujuk kepada bab sembahyang tetapi secara sinisnya menyentuh bab politik.

Bila bercakap bab politik ini, tiada siapa pun pemimpin agong yang ada dimuka bumi ini dapat menyamai Nabi Muhammad. Itu sebab, bila bab dunia Rasulullah, menyerahkan sendiri kepada yang ahli untuk menguruskannya.
Dalam sejarah peperangan dizaman Rasulullah, Umar pernah memberi pandangan mengenai strategi peperangan kepada Rasulullah. Umar bertanya kepada Rasulullah, samada taktik yang digunakan oleh baginda datang dari wahyu atau dari dirinya sendiri. Setelah pasti ia bukan wahyu, maka Umar memberi pandangannya dan lantas pula diterima oleh Rasulullah.

Bukannya bertujuan memperkecilkan kebolehan Nik Aziz dalam hal pentadbiran tetapi kalau nak berketua seorang pentadbir, rasanya Najib lebih berkebolehan dari Nik Aziz. Kedua-duanya pernah menjadi MB, namun soalnya pernahkan Nik Aziz memegang portfolio menteri dan seterusnya PM? Ini bab dunia beb....

Satu lagi, Nik Aziz terlalu dipandang mulia oleh para penyokong-penyokong. Bila ditegur oleh Dr Mahathir sedikit, maka mulalah melenting. Satu ketika dibangkitkan perihal tajaan haji kepada Nik Aziz dan pada beliau dianggap sedekah. Kenapa pula dia tak tolak seperti Rasulullah menolak pemberian kepada dirinya dan anggota keluarganya?

Nik Aziz kena sedar yang beliau berjawatan MB. Kalau bukan berjawatan MB, ada tak orang nak taja hajinya? Pernah diriwayatkan, Rasulullah menegur seorang amil bila ada wang berlebihan di tangannya. Rasulullah tanya dari mana puncanya wang tersebut. Jawab si amil, itu sedekah dari pembayar zakat. Rasulullah marah dan menyatakan "kalau kamu bukan amil, adakah dia akan memberi sedekah kepada kamu?".

Dalam Islam sendiri terkandung akidah, syariah dan akhlak. Kecuali akidah, dua lagi asas Islam itu mengandungi hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia. Maknanya, ia diatur mengikut kehendak dunia mahupun akhirat.

Ahhhhh..... malaslah aku nak berkhutbah. Aku ni jahil dan yang lebih pandai ialah orang-orang PAS. Kalau kau orang nak tahu perihal hadis dan riwayat yang berkaitan di atas, kau orang pergi tanya orang-orang PAS. Dia orang tu bukan tak tahu, cuma dia menyorokkan dari kau orang semua demi kepentingan politik mereka!

Monday, January 31, 2011

MCLM Bakal Menyumbang Kejatuhan Kerajaan BN?

Mungkin terlalu ideal bagi Gerakan Kebebasan Sivil Malaysia (Malaysian Civil Liberties Movement - MCLM) bagi meletakkan calon-calonnya yang bebas dari sebarang ikatan parti politik dan bagi MCLM calon yang diketengahnya mempunyai agenda pembaharuan dan berintegriti.

Dengan satu iltizam akan menjadi grup penentu dalam pembentukan kerajaan pada PRU13, MCLM berharap untuk menjadi sebahagian daripada anggota kerajaan melalui kerjasama dengan Pakatan Rakyat. Pilihan untuk bekerjasama dengan Pakatan Rakyat oleh MLCM adalah kerana mereka melihat Pakatan lebih cenderung kepada pro-pembaharuan berbanding dengan Barisan Nasional.

Haris Ibrahim melalui wawancara dengan The Star, antara lain menyatakan:-
If you do have 30 in parliament that is a number that cannot be ignored. But if we took 30 and Pakatan is able to able to muster 90 seats, they still don’t have enough seats to form a government on their own. But a coaliton between Pakatan and MCLM gives you 120 seats and a majority in parliament. You may need to take 30 people of integrity on board to form a government. So you can’t say 30 is insignificant and not have any clout. 30 in that case become critical.
Wah, begitu mudah perkiraan yang dibuat oleh Haris Ibrahim! Persoalannya, di kawasan parlimen mana MCLM akan bertanding? Saya tidak nampak ruang untuk MCLM, melainkan ia memerlukan ihsan dari rakan-rakan kongsi Pakatan Rakyat untuk memberi peluang kepada calon-calonnya untuk bertanding. Satu lagi persoalan timbul, apakah Pakatan akan merelakan?

Kalau begitu mudah congakan Haris, barangkali dengan mudah juga Barisan Nasional bakal tumbang PRU13.

Seperkara lagi, konsep integriti yang dikemukakan oleh Haris Ibrahim terlalu sempit skopnya hinggakan gay, kaki perempuan dan kaki botol pun boleh menjadi calon!

2 Ekor Khalid Jangan Sebok Berpolitik, Nanti Harta Dikebas DAP

Merdu dan lunak sekali kata-kata Khalid Samad MP Shah Alam. Terserlah suara merdu ahli politik opportunis ini. Sejarah tidak pernah berbohong, cuma putar belit orang seperti Khalid Samad sahaja yang berbohong.

Berikut ialah senarai keputusan penuh undian terhadap Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan 1993:-

YANG BERSETUJU

1. Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar

2. Abang Haji Mustapha

3. Tuan Abdol Mulok bin Awang Damit

4. Dato' Abdul Ajib bin Ahmad

5. Tuan Abdul Ghafar bin Baba

6. Tuan Abdul Ghani bin Othman

7. Tuan Haji Abdul Hamid bin Abdul Rahman

8. Dato Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman

9. Dato' Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir

10. Tuan Abdul Malek Munip

11. Dato' Abdul Raman bin Suliman

12. Tuan Haji Abdul Rashid bin Muhammad

13. Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud

14. Datuk Abdullah bin Haji Ahmad Badawi

15. Dato' Dr. Abdullah Padhil bin Che Wan

16. Dato' Haji Abu Hassan bin Haji Omar

17. Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar

18. Tuan Ahmad bin Omar

19. Tuan Ahmad Shukri bin Haji Hassan

20. Dato' Alias bin Md. Ali

21. Datu Amir Kahar bin Tun Datu Mustapha

22. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim *PKR/KETUA PEMBANGKANG

23. Raja Dato' Ariffin bin Raja Sulaiman

24. Tuan Haji Awang bin Jabar

25. Tuan Haji Badruddin bin Amiruldin

26. Datuk Haji Basri bin Bajuri

27. Tuan Billy Abit Joo

28. Dato' Chan Kong Choy

29. Che Ibrahim bin Mustafa

30. Tuan Peter Chin Fah Kui

31. Tuan Chor Chee Heung

32. Tuan Chua Jui Meng *PKR

33. Tun Daim Zainuddin

34. Datuk Daniel Tajem Anak Miri

35. Tuan Haji Daud bin Dato' Haji Taha

36. Datuk Dominic Joseph Puthucheary

37. Tuan Douglas Uggah Embas

38. Dato' Haji Fauzi bin Haji Abdul Rahman *PKR

39. Dr. Fong Chan Onn

40. Dato' Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar

41. Tuan Haji Hamzah bin Haji Mohamed Zain

42. Tuan Harrison Ngau Laing

43. Tuan Haji Ibrahim bin Ali *BEBAS

44. Tuan Haji Ibrahim bin Jendol

45. Lt. Kol. (B) Ibrahim bin Sareh

46. Tuan Haji Ishak bin Arshad

47. Dato' Ismail bin Said

48. Dr. Haji Jamaluddin bin Haji Jarjis

49. Tuan James Jimbun Anak Pungga

50. Tuan Jawah Anak Gerang

51. Tuan Joseph Muah Anak Ikeh

52. Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin

53. Dato' Megat Junid bin Megat Ayob

54. Tuan Kang Chow Oh

55. Tuan Kerk Choo Ting

56. Dato' K. Kumaran

57. Tuan Robert Lau Hoi Chew

58. Tuan Law Hieng Ding

59. Dato' Lee Kim Sai

60. Dr. Leo Michael Toyad

61. Datuk Leo Moggie anak Irok

62. Dato' Lim Ah Lek

63. Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik

64. Puan Lim Lay Hoon

65. Datin Ling Chooi Sieng

66. Dato' Seri Dr. Ling Liong Sik

67. Dato' Loke Yuen Yow

68. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad

69. Tuan Haji Mahbud bin Haji Hashim

70. Dato' Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor

71. Dato' M. Malingam

72. Dr. T. Marimuthu

73. Tuan Michael Lisa Kaya @ Gor Kaya

74. Tuan Haji Mohamad bin Abdullah

75. Dato' Dr. Mohamad Yusof bin Haji Mohamed Nor

76. Dato Mohamed bin Jamrah

77. Dato' Mohamed bin Rahraat

78. Tuan Mohamed Kamal bin Hussain

79. Tuan Mohamed Khaled bin Nordin

80. Dato' Haji Mohammad Abu Bakar bin Rautin Ibrahim

81. Tuan Mohamed Parid bin Ariffin

82. Dato' Haji Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus

83. Dato' Seri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak

84. Tuan Mohd. Noh bin Rajab

85. Dato' Haji Mohd. Sharif bin Jajang

86. Tuan Mohd. Shariff bin Haji Omar

87. Dato' Mohd. Tajol Rosli bin Mohd. Ghazali

88. Tuan Mohd, Tamrin bin Abdul Ghafar * PKR

89. Tuan Mohd. Yasin bin Kamari

90. Tuan Haji Mohd. Zihin bin Haji Mohd. Hassan

91. Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun

92. Dato' Napsiah binti Omar

93. Tuan Nasruddin bin Haji Alang Saidin

94. Dr, Nawawi bin Mat Awin

95. Tuan Ong Ka Ting

96. Tuan Ong Tee Keat

97. Tuan Ong Tin Kim

98. Tuan Osu bin Haji Sukam

99. Tuan Othman bin Abdul

100. Tuan G. Palanivel

101. Dr. Patau Rubis

102. Datuk Peter Tinggom anak Kamarau

103. Dato' Haji Qamaruz Zaman bin Haji Ismail

104. Dato' Seri Rafidah Aziz

105. Tuan Railey bin Haji Jaffrey

106. Puan Hajah Rakibah binti Haji Abdul Manap

107. Tuan Richard Riot Anak Jaem

108. Puan Rohani binti Abd. Karim

109. Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad

110. Dato' Sabbaruddin Chik

111. Tuan Saidin @ Yusof bin Adam

112. Tan Sri Datuk Haji Sakaran bin Dandai

113. Dato' Seri S. Samy Yellu

114. Datuk Seri Sanusi bin Junid

115. Tuan Shahidan bin Kassim

116. Dato' Dr. Siti Zaharah binti Haji Sulaiman

117. Puan Siti Zainabon binti Abu Bakar

118. Tuan S.S. Subramaniam

119. Datuk Amar Dr. Haji Sulaiman bin Haji Daud

120. Tuan Thomas Salang Siden

121. Cik Teng Gaik Kwan

122. Dato' Dr. Ting Chew Peh

123. Tuan Wahab bin Suhaili

124. Dato' Wan Abu Bakar bin Wan Mohamed

125. Wan Hanafiah bin Wan Mat Saman

126. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

127. Datuk Amar James Wong Kim Min

128. Dato' Wong See Wah

129. Tuan Woon See Chin

130. Tuan Yim Chee Chong

131. Tuan Yong Khoon Seng

132. Dato' Alexander Yu Lung Lee

133. Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail

YANG MENENTANG

-TIADA-

YANG TIDAK MENGUNDI

1. Tuan Haji Abdul Hadi bin Haji Awang

2. Tuan Haji Nik Abdullah bin Haji Arshad

3. Tuan Ahmad bin Nor

4. Tuan Buniyamin bin Yaakob

5. Tuan Chian Heng Kai

6. Tuan Fong Kui Lun

7. Tuan Foo Piew Kok

8. Tuan Gooi Hock Seng

9. Tuan Ibrahim Mahmood

10. Tuan R. Karpal Singh

11. Tuan Kerk Kim Hock

12. Dr. Kua Kia Soong

13. Tuan Lau Dak Kee

14. Tuan Liew Ah Kim

15. Tuan Lim Kit Siang

16. Tuan Saidin @ Yusof bin Adam

17. Dr. Sanusi bin Daeng Mariok

18. Tuan Sim Kwang Yang

19. Tuan Tan Kok Wai

20. Dr. Tan Seng Giaw

21. Tuan Wan Mohd. Jamil bin Wan Moharaood

22. Tuan Wee Choo Keong *BEBAS

23. Tuan Wong Wing On

*Parti dianggotai pada hari ini

Kalau betul sokongan PAS (mahu pun PR), mengapakah mengambil pendirian "tidak mengundi" dan tidak terus "menentang" semasa pindaan tersebut dibentangkan?

Sila rujuk hansard parlimen di SINI dan SINI.

Sudah-sudahlah tu Khalid, jangan leka sangat berpolitik. Lebih baik tolong Khalid Ibrahim untuk tadbir Selangor. Menjelang 28 Februari 2011, kantung PBT di seluruh Selangor bakal penuh. Janganlah dek kerana PAS dan PKR leka berpolitik maka, lesap pula duit PBT dikebas DAP.

Pasca PRK Tenang : PAS Semakin Tawar Di Hati Melayu

Harakahdaily melaporkan,


Daripada keyataan di atas, jelas menunjukkan kegusaran dikalangan jentera pilihanraya PAS dalam menghadapi sikap dan trend pengundi.

Sekadar untuk menyedapkan hati ekoran kekalahan di Tenang, Harakahdaily diartikel yang lain membuat kesimpulan,


Dalam konteks pasca PRK Tenang, PAS harus menyemak kembali samada kedudukan mereka didalam Pakatan Rakyat memberikan kelebihan kepada mereka dalam meraih sokongan.

PAS mungkin mendabik dada kerana berjaya menarik undi yang banyak, malahan memenangi undi di PDM yang majoritinya China. Pada masa yang sama mereka juga harus menginsafi kegagalan mereka meraih undi di PDM yang majoriti Melayu dan mengambil iktibar dari kemerosotan undi calon mereka, Normala Sudirman berbanding dengan PRU2008.

PAS juga harus sedar, kedudukan mereka adalah ibarat soldadu dalam Pakatan Rakyat dan Jeneral sebenarnya ialah Anwar Ibrahim, yang kini menghadapi krisis di dalam partinya sendiri. Bayangkan PAS yang kedudukannya seperti UMNO yang menjadi tunjang di dalam BN dan mengambilkira PAS mengutamakan syariah Islam dalam menjana idealisme Pakatan Rakyat, apakah PAS akan dapat mengekal momentum sokongan pengundi bukan Islam kepada mereka?

Ambang PRU13 belum lagi menjelma dan andainya PRK ingin dijadikan sebagai testing ground oleh PAS, maka untuk PRK Merlimau selepas ini, PAS harus berkeras untuk tidak memberi ruang kepada Shamsul Iskandar Md Akin @ Sam Ketot sebagai calon di sana. Pintalah Sam Ketot untuk menukar kad pengenalannya kepada beralamat Selangor, bagi membolehkannya bertanding di Pelabuhan Klang.

Selepas itu mungkin PAS baru faham dan menyedari yang mereka telah tersilap Pmenggadaikan perjuangan Islam yang selama ini menjadi penyambung hayat mereka di persada politik negara.

Sunday, January 30, 2011

Keputusan Terkini PRK Tenang : Bulan Mengambang, Poket Kosong

Semalam Nizar Jamaludin begitu seronok dengan lagu Mandarin The Moon In My Heart.

Malam ni nyanyilah lagu Full Moon Empty Pocket's!

Anwar Ibrahim Lepaskan Jawatan Ketua Pembangkang?

3 minggu yang lalu, terserempak dengan sahabat yang merupakan mantan Naib Ketua AMK Cabang (di Selangor) di jeti nelayan, kebetulan sama-sama hendak turun memancing. Mantan Naib Ketua AMK Cabang ini telah pun meninggalkan PKR pada Mei tahun lalu.

Beliau sempat memberitahu saya bahawa kini hanya menunggu masa sahaja, ramai pemimpin PKR akan meninggal parti tersebut.

Bermula dengan episod Gobalakrishnan meninggalkan PKR, kini angin bertiup kencang 2 lagi MP disebut-sebut untuk turut meninggalkan PKR dan secara langsung mengesahkan bisikan sahabat saya tempoh hari.

Bagaimana dengan Anwar Ibahim? Cadang nak lepaskan Ketua Pembangkang? Rasanya tak kot.....

Tribute To Nizar : "Full Moon, Empty Pocket's"

Pastinya terhibur para hadirin apabila Mantan MB Perak DS Nizar Jamaludin menyanyikan lagu Mandarin yang bertajuk "The Moon In My Heart" di siri kempen terakhir PAS sempena PRK Tenang, seperti dilaporkan oleh Harakahdaily.

Bagi memberi peluang kepada yang belum pernah mendengar lagu ini, sila tonton dan hayati video di bawah:-

Tapi suara serak-serak basah Nizar rasanya lebih sesuai dengan lagu yang bertajuk "Full Moon In My Pocket"

Malah lebih sesuai dengan tajuk dan usia Nizar jika lagu "Full Moon, Empty Pocket's" dinyanyikan oleh Nizar