Monday, January 31, 2011

Pasca PRK Tenang : PAS Semakin Tawar Di Hati Melayu

Harakahdaily melaporkan,


Daripada keyataan di atas, jelas menunjukkan kegusaran dikalangan jentera pilihanraya PAS dalam menghadapi sikap dan trend pengundi.

Sekadar untuk menyedapkan hati ekoran kekalahan di Tenang, Harakahdaily diartikel yang lain membuat kesimpulan,


Dalam konteks pasca PRK Tenang, PAS harus menyemak kembali samada kedudukan mereka didalam Pakatan Rakyat memberikan kelebihan kepada mereka dalam meraih sokongan.

PAS mungkin mendabik dada kerana berjaya menarik undi yang banyak, malahan memenangi undi di PDM yang majoritinya China. Pada masa yang sama mereka juga harus menginsafi kegagalan mereka meraih undi di PDM yang majoriti Melayu dan mengambil iktibar dari kemerosotan undi calon mereka, Normala Sudirman berbanding dengan PRU2008.

PAS juga harus sedar, kedudukan mereka adalah ibarat soldadu dalam Pakatan Rakyat dan Jeneral sebenarnya ialah Anwar Ibrahim, yang kini menghadapi krisis di dalam partinya sendiri. Bayangkan PAS yang kedudukannya seperti UMNO yang menjadi tunjang di dalam BN dan mengambilkira PAS mengutamakan syariah Islam dalam menjana idealisme Pakatan Rakyat, apakah PAS akan dapat mengekal momentum sokongan pengundi bukan Islam kepada mereka?

Ambang PRU13 belum lagi menjelma dan andainya PRK ingin dijadikan sebagai testing ground oleh PAS, maka untuk PRK Merlimau selepas ini, PAS harus berkeras untuk tidak memberi ruang kepada Shamsul Iskandar Md Akin @ Sam Ketot sebagai calon di sana. Pintalah Sam Ketot untuk menukar kad pengenalannya kepada beralamat Selangor, bagi membolehkannya bertanding di Pelabuhan Klang.

Selepas itu mungkin PAS baru faham dan menyedari yang mereka telah tersilap Pmenggadaikan perjuangan Islam yang selama ini menjadi penyambung hayat mereka di persada politik negara.

2 comments:

Anonymous said...

Tuan,
Memang patut semua orang melayu/islam mempunyai perasaan marah dan tidak menyokong PAS. Kerana PAS sekarang dah menyimpang dari perjuangan asal penubuhan. Parti PAS telah memperalatkan Islam untuk kepentingan parti PAS. PAS telah tidak menjaga kesucian Islam sebagai agama ALLAH dengan baik. Memang tidak dinafikan dalam parti PAS mempunyai ramai cerdik pandai agama (mungkin setengahnya tertipu dengan slogan Islam PAS) tetapi mereka terlalu taksub dengan parti politik PAS. Sehingga perjuangan politik mengatasi perjuangan untuk Ukhuwah Islamiah. Kerjasama PAS dengan DAP dan PKR menyebabkan Islam telah dipermainkan oleh kafir. Mereka telah mengambil kesempatan atas kerakusan PAS untuk mendapatkan undi cina dan india. Setiap orang Islam yang beriman mesti mempunyai azam untuk menjaga kesucian agama Islam, supaya nanti tidak dipersoalkan oleh Allah diakhirat kelak. Fikir-fikirkanlah.

Pemerhati said...

Di PRU13 nanti BN letaklah calon Melayu di kawasan majoriti Melayu. Letaklah Cina di kawasan majoriti Cina.
Sebab nampaknya kaum Cina sudah sepakat utk memenangkan PR supaya mereka boleh berkuasa penuh spt yg berlaku di Penang dan Selangor.
PAS haruslah bertekad utk bergabung dgn UMNO utk mengujudkan Kerajaan Perpaduan utk suvival kaum Melay di masa depan.