Saturday, February 5, 2011

Ketuanan Rakyat : Serba-Serbi Boleh Untuk Rakyat?

Mungkin "Buku Jingga" lebih baik dari "Ketuanan Rakyat", jika dipandang dari segi kelahirannya.

Buku Jingga yang mengandungi janji-janji perlaksanaan 100 hari andainya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemeruntahan negara lebih terserlah kerana ia didokumenkan, berbanding Ketuanan Rakyat yang tidak lebih hanya sebagai satu slogan yang tidak didokumenkan.

Oleh yang demikian, Ketuanan Rakyat hanyalah satu lontaran slogan tanpa disokong oleh satu definisi dan huraian konsep yang dapat memberi kefahaman yang diterima semua pihak. Malah Anwar Ibrahim, semasa sidang MB Kerajaan Pakatan Rakyat telah meminta semua pihak untuk memberikan penerangan keatas konsep Ketuanan Rakyat yang telah diutarakan.

Dalam hubungan ini, sebenarnya wujud satu keperluan bagi Pakatan Rakyat untuk konsep ini di"koliumkan"kan atau di"konvensyen"kan malah dibuka untuk perbahasan umum.

Oleh kerana konsepnya masih terbuka untuk diperbahaskan, saya ingin mempersoalkan akan maksud Ketuanan Rakyat. Mungkinkah ia bermaksud rakyat menjadi tuan, dan pemimpin hanya sekadar hamba kepada rakyat? Walhal, dalam hadis pernah disabdakan bahawa jika 3 orang bermusafir, maka mesti dilantik seorang sebagai ketua dan dengan ini bermakna bahawa pentingnya melantik pemimpin dan pada masa yang sama menghormatinya.

Atau juga mungkin juga Ketuanan Rakyat bermaksud rakyat melakukan apa sahaja tanpa penguatkuasaan dan penghujungnya menimbulkan masalah dan kesulitan kepada rakyat secara kesuluruhannya. Contoh yang mudah dalam hal meletakkan kenderaan dan penjaja berniaga di lorong atau di tepi jalan.

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan


Gambar Hiasan

Mungkinkah Ketuanan Rakyat bermaksud kerajaan boleh menggunakan dana kerajaan untuk membayar yuran guaman wakil rayat yang diambil tindakan mahkamah kerana menghasut?

Nampak gayanya agenda Pakatan Rakyat ialah membolehkan serba-serbi ditanggung oleh kerajaan. Dari menyediakan pakar forensik, membawa kepada yuran kepada peguam pemerhati kes Teoh Beng Hock dan seterusnya membayar kepada penggubal undang-undang (tanpa menggunakan Penasihat Undang-Undang Negeri), malah barangkali mengupah penunjuk perasaan jalanan (?).

No comments: