Sunday, January 8, 2017

Slogan Baru Pentadbiran Azmin Ali - 'Memparti Keadilan Rakyat'kan Ekonomi Negeri Selangor


MB Selangor DS Azmin Ali cuba mempotretkan dirinya dari sudut pandangan rakyat Selangor, kononnya beliau adalah seorang pemikir yang hebat, disamping punya etika dan urus tadbir yang baik dalam pembinaan negara bangsa.

Justeru sempena 2 tahun sebagai Menteri Besar, beliau telah meluncurkan buku yang didakwa ditulis olehnya dengan jodol 'Membangun Bangsa - Catatan Panduan Tentang Etika, Urus Tadbir dan Kenegaraan', pada 23 September 2016 yang lalu.

Berdasarkan dari jodol buku Azmin itu, cuba kita semak apakah ia selari dengan perlaksanaan terhadap pentadbirannya?



Foto atas dikhabarkan ialah mahligai yang dimiliki oleh Ketua AMK (Pemuda) PKR Ampang, Adam Rosly.

Heboh diperkatakan, selain memiliki mahligai seperti di atas, Adam dikatakan mempunyai beberapa unit kereta mewah, walhal umurnya yang dibawah 30an menjadi persoalan tentang keupayaan mengumpul harta ketika usia semuda itu.

Kebetulan pula, penemuan audit oleh Laporan Ketua Audit Negara 2015 keatas Majlis Perbandaran Ampang Jaya merumuskan sebagai hanya sekadar 'memuaskan' untuk aspek pengurusan perolehan PBT berkenaan, maka agak sukar bagi masyarakat untuk tidak mempertikaikan integriti dikalangan pemmpin-pemimpin PKR.

Malah telah menjadi perbualan umum tentang kebanyakan ahli-ahli PBT, bukan hanya di Ampang Jaya tetapi di PBT lain di Selangor.

Bak kata kawan-kawan, kalau dulu bagi cek tendang tetapi sekarang punya simpanan yang banyak (merujuk kepada seorang ahli majlis PBT).

Disamping itu, apabila pengambilalihan urusan sisa pepejal di beberapa PBT terpilih oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), ia dianggap sebagai permulaan kawalan mutlak Azmin terhadap agihan kontrak dan perolehan di semua PBT Selangor.

Jika itu terjadi, bermakna slogan 'Merakyatkan Ekonomi Selangor akan bertuka kepada slogan baru, 'Memparti Keadilan Rakyatkan Ekonomi Selangor!