Pada pandangan aku Nik Aziz yang mempengerusikan Yayasan Islam Kelantan (YIK) tak tahu apa benda. Dia ingat bila sewa pajakan tanah seluas 4,000 hektar (bersamaan 10,526 ekar) milik YIK selama 50 tahun kepada Upayapadu Plantations Sdn Bhd dengan kadar sewaan antara RM100 - RM150 setahun (bergantung kepada jenis tanaman) itu sudah cukup. Almaklum orang zuhud. Dia ingat dengan kutipan sewa tidak lebih dari RM1.5 juta setahun itu sudah mencukupi.
Jumaat lepas, Setia Usaha Akhbarnya telah mengedarkan siaran media kepada pihak media yang berbunyi berikut;
Siaran media ini adalah rentetan dari isu pembabitan pemimpin DAP Perak Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming keatas tanah tersebut. [Baca ulasan awal di
SINI].
Untuk pusingan kali ini, mari kita sama-sama analisa bagaimana Nik Aziz kena main dengan dengan Wong Yeon Chai a.k.a Tengku Wong.
Tengku Wong memang seorang pemain yang handal dalam industri pembalakan dan perkayuan. Pada agakan aku dia bukan punya kemahiran dalam perladangan hutan mahu pun sawit. Dipendekkan cerita, dia cuma mahir tebang, bukannya mahir tanam.
Bila bercerita mengenai 4,000 hektar (10,526 ekar) tanah YIK di Gua Musang, maka gerentilah tanah tersebut merupakan kawasan hutan.
Oleh itu, ini adalah kesempatan yang mesti diambil oleh Tengku Wong.
Agak-agak berapa keuntungan Tengku Wong? Kalau nak tahu beberapa keuntungan setiap hektar, dah pasti Tengku Wong tak mahu cakap. Tapi kebetulan aku jumpa satu jurnal yang merupakan penyelidikan oleh kumpulan penyelidik UPM berkenaan kos per hektar di
SINI.
Untuk memudahkan, aku ambil petikan dari jurnal tersebut.
Aku malas nak huraikan
technical terms CP dan LP. Memadai kalau aku katakan CP ialah
Convetional Practice, sementara LP ialah
Logfisher Practice. Senang cakapnya CP tu lama dan LP tu teknik baru.
Dalam pada tu penggunaan salah satu CP dan LP ada syarat-syaratnya. Kos CP rendah sebab ada pematuhan terhadap peraturan, sementara LP walau pun tinggi kosnya tapi boleh
bulldoze semua. Bab itu korang rujuklah kandungan jurnal.
Bagi sesiapa yang pernah belajar
Business Math tentu akan dapat kos CP adalah berjumlah RM9,246/hektar kalau berasaskan kos LP RM13,573/hektar.
Bagi tujuan khusus pembalakan, pembalak tak boleh sewenang-wenangnya kasi bersih hutan dengan kaut semua balak. Tapi kes tanah YIK ini, mereka nak buat ladang hutan (tanam getah klon untuk hasilkan kayu getah) dan sebahagian lagi untuk ladang kelapa sawit.
Dah namanya pun nak buat ladang, maka Tengku Wong boleh kasi gondol seluruh 4,000 hektar tanah itu.
Ok, kita balik semula pada pengiraan untung. Rasanya kita kena ambil pada kos LP (RM13,573), sebab dalam projek ini, lesennya besar. Maksudnya boleh kasi gondol seluruh hutan.
Kita andaikan keuntungan ialah 10% dari kos, jadi untungnya akan jadi RM1,357/hektar.
Kalau keluasan 4,000 hektar maka keuntungan Tengku Wong akan berjumlah RM5.428 juta.
Itu cuma anggaran keuntungan melalui matematik mudah. Aku nak bagi tau korang Tengku Wong bukan orang bodoh. Dia pernah
invent jentera pembalakan.
Cuba korang baca petikan rencana
Utusan Malaysia 26/4/2001 kat bawah:-
Sebab Tengku Wong bijak, maka dia boleh kurangkan lagi kos dan pengeluaran akan jadi lebih efektif. Kemungkinan besar untung dia lebih dari yang aku kira.
Oleh sebab itu, buat apa dia nak pening-pening buka ladang hutan dan kelapa sawit. Dia kena tunggu lama untuk dapatkan hasil. Pada masa yang sama nak kena bagi RM1.5 juta setahun pada YIK.
Itu sebab baik dia buat keputusan, KASI TOUCH & GO SAMA NIK AZIZ. Dah dapat keluar semua hasil hutan, dia bukan ucap 'assalamualaikum' tapi dia ucap 'goodbye' pada Nik Aziz.
Agak-agak korang, siapa yang
supply kad prabayar pada Tengku Wong untuk kasi TOUCH & GO sama Nik Aziz?