Saturday, December 29, 2012

Wajah Geram, Dendam & Lontaran Kemarahan Peneroka Felda Kemahang 3 Terhadap Kerugian RM11,000 Angkara Mazlan Aliman


Lelaki diatas mendakwa telah dipedaya Mazlan Aliman.

Beliau dan rakan-rakannya telah menunggu Mazlan di Wisma Felda, bila mereka difahamkan bahawa Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) itu mengetuai perarakan menuntut Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dilucutkan dari jawatannya di lokasi berkenaan.

Lelaki berkenaan adalah salah seorang peneroka Kemahang 3 yang menang dalam saman gantirugi terhadap Felda berhubung gred kelapa sawit yang dibeli dari mereka.


Mengimbau kembali kenangan kemenangan saman mereka pada Ogos 2010, seramai 354 peneroka terbabit telah berjaya mendapat perintah mahkamah untuk diberi pampasan berjumlah RM11.23 juta.

Mazlan dan Adun Kemahan Anizam Abdul Rahman dikatakan telah mengendalikan tuntutan saman melalui firma guaman Tetuan Wan Rohimi & Asmadi.

Para peneroka berkenaan menjangka dan mendakwa telah pun dijanjikan, dengan kemenangan saman tersebut mereka akan memperolehi RM30,000 seorang. Malangnya apabila agihan dibuat, mereka cuma memperolehi RM19,000 seorang.

Tidak berpuas hati dengan pengagihan tersebut, seramai 273 dari kumpulan asal telah menyaman firma guaman tersebut yang tujuan utama adalah menuntuk RM11,000 untuk setiap peneroka.

Namun, keadaan bertambah gawat apabila firma guaman tersebut melakukan saman balas terhadap 20 peneroka dengan tuntutan yang berikut:-

  • Gantirugi am utk pendakwaan niat jahat RM5 juta 
  • Gantirugi am atas kecederaan reputasi diri dan perniagaan business RM5 juta. 
  • Gantirugi teruk untuk ditaksirkan. 
  • Gantirugi teladan dan pengajaran untuk dtaksirkan
  • Faedah 8% setahun atas kesemua jumlah gantirugi dari tarikh saman difailkan sehingga selesai sepenuhnya.
Secara kasar, jumlah tuntutan berkemungkinan adalah bersamaan dengan jumlah pampasan yang diterima para peneroka (RM11.23 juta).

Bagi kumpulan 273 peneroka tersebut, mereka menganggap Mazlan telah mempedaya mereka.

Dengar keluhan dalam video yang bermula di SINI.

18 comments:

Anonymous said...

apabila niat x betul maka akn terjelma kpd perbuatan khianat mereka, itulah mazlan aliman

Anonymous said...

Padan Muka masing masing..percaya lagilah pada pihak pembangkang yang busuk hati..

Anonymous said...

Mana satu lebih berpengaruh antara Mazlan aliman dan Najib razak? tetu sekali lah najib sebab najib adalah perdana menteri Malaysia ......kenapa najib tidak mampu untuk membawa harga saham FGVH naik melambong?Kenapa Mazlan Aliman mampu mempengaruhi harga saham FGVH? siapakah mamat ini..orang terkenal kah atau ianya mengawal harga saham diMalaysia?
Ingatlah FGVH sudah tipu peneroka .....semua orang tau itu tidak boleh disembunyaikan lagi....cuma tingal peneroka peneroka yang berhati benak aja yang masih mengatakan ianya membawa kebaikan kepada peneroka .Tunggulah jangan jadi ayam terlepas tangan bau tahi .......Najib ,isa ismail sabri aku sumpah kau dan keturunan kau tidak selamat didunia dan akhirat

Anonymous said...

sumpahan kan tbalek..Allah maha adil..kami warga felda dh dekat 40 tahun mghuni felda..ckp pe yg felda x lakukan tuk kami..kami miskin dulu..kebanyakn org melayu dulu susah..skrg lihat org melayu dh maju..atas usaha sape..pas ke..dap ke..atau pkr..komen 3.31 cam org x de otak..bangang..
#menantu kota gelanggi 3

Pena Agenoz BERBISIK... said...

Salam

Maaf PAB berkata2 :

1. PAB hanya mampu berdoa agar anon 03:31 dibukakan hati utk lihat kebaikan FELDA.

2. PAB bangga jadi anak FELDA.

3. PAB gen 2 rasa kehidupan FELDA yg susah minum air paya dan bercahayakan lampu gaselin. Kini bila lihat kemewahan ibu dan ayah PAB rasa nk menitis air mata kegembiraan.

4. PAB bersumpah. Sesiapa yg cuba khianati FELDA, PAB akan pertahankan sehingga ke titisan darah yg terakhir demi agama islam, bangsa melayu & Malaysia.

Wassalam

MELAYUJATI said...

Anon 3.31 tu bukan orang felda, dia kena kencing dengan pembangkang yang membawa fitnah terhadap felda. Apa itu felda? felda adalah satu organisasi yang mentadbir felda, peneroka tanah adalah salah satu tugas mengurus felda, felda ada banyak lagi tugas sampingan yang objektifnya adalah untuk menambah keberhasilan peneroka dan felda itu sendiri, peneroka meneroka tanah dengan perjanjian antara felda, sehingga beberapa tahu tanah akan diberi hakmilik kepada peneroka, felda menolong memasarkan hasil tanaman komoditi felda, hak2 peneroka dipelihara dari sara hidup biaya urustanah tanam semula dan sebagainya ditanggung felda ada yang perlu dibayar balik dan ada yang tidak perlu. Disamping itu felda ini mempunyai aset tanah2 ladang nya sendiri serta aset2 lain, antara peneroka dan felda adalah dua entiti yang berbeza, peneroka tiada hak ke atas felda kecuali koperasinya sahaja, tapi felda ada hak ke atas peneroka, tapi semasa penyenaraian saham felda, hak2 peneroka seperti tanah ladang tidak di usik langsung itu adalah hak peneroka, namum sebagai sebuah organisai yang bertanggungjawab setiap peneroka diberi juga wang bonus 5k serta lain2 faedah lagi. Bahkan peneroka diberi pulak hak untuk memiliki saham dengan nak beli saham pun felda tanggung. Jadi apa yang kejamnya felda, kalau saham felda jatuh, peneroka tiada apa2 kerugian tanah mereka tetap bernilai semasa juga harga komoditi tetap akan naik turun mengikut pasaran. itulah pendapat saya yang bukan warga felda tapi itulah yang saya faham tentang felda ini.

Anonymous said...

benak betul pecacai pr nie!!!

turun naik saham adalah perkara biasa!!

peneroka dan pelabur tetap mendapat dividen setiap sen yg dilabur atas pemilikan unit saham dlm FGVH stiap
tahun semasa!!

pelaburan dan pengembangan FVGH tetap mendatangkan hasil billion ringgit dr pengeluaran dan perdagangan hasil perahan dan pengilangan FGVH dan anak syarikatnya!!

milikan ladang dan kilang itulah pelaburan FVGH tanpa mencagar atau mengambil tanah yg dimiliki peneroka!!hanya hasil ladang peneroka spt kelapa sawit menjadi sumber bahan mentah buat FGVH!

mana datangnya rugi kpd peneroka?

Anonymous said...

Apa ke bangang anon 3.31 ni. Cakap mcm org tak da otak tapi Ada hati nak mengajar warga felda. Kalau pemimpin boleh kawal turun naik harga saham senanglah hidup. Nak bagi komen pakai otak bukan pakai kepala lutut Dan menampakan kebodohan diri sendiri

Anonymous said...

Bagi aku orang yg berdemo kat atas ni memang patut la dapat bala balik.

Dah diberi rezeki, disusahkan kita pula.

Orang dah tolong, didatangkan plak bala.

Sikap tamak tu tak datangkan apa2. Hanya untung kejap je.

Kan?

Orang Melaka

Anonymous said...

Minta maap le pencacai PR oi;

Tapi Mazlan Taik ni tak layak dikatakan ada pengaruh. Orang Felda sendiri halau dia. Tak malu ke masuk kawasan orang buat onar.

Melayu apa ni? Ni namanya Melayu hibrid jelmaan Anwar Bontot yg muka tak tahu malu.

Sekian.

Anonymous said...

Kepada Melayu jati kau tauke akta GSA1960? kalau nak tau sila baca dan fahamkan ....siapa FELDA ni orang kah atau satu badan ?Felda tidak boleh memiliki tanah kerana felda bukan orang atau individu.Itu perjanjian antara kerajaan negeri dengan lembaga kemajuan tanah persekutuan .....Jadi selama ini peneroka tanah LKTP makan hasil yang bukan hak merika .Ini kerana felda gagal menyerahkan tanah ladang itu kepada orang orang yang berhak.Selama ini peneroka bersubahat dengan felda dan felda mengaburi mata peneroka dengan wang .Saya ingin bertanya sangupkah genarasi kedua dan seterusnya bersubahat dan memakan hasildan harta bukan hak kita ? Sudah berapa kali felda disaman oleh peneroka dan peneroka memenangi kes tersebut.Felda didapati menipu harga buah kelapa sawit dengan menenupalasi mutu perahan minyak .

usin said...

anon 3:31, doa kau akan berbalik pada kau. lambat laun kau akan rasa jugak. mcm adik nik aziz tuh!!!!

LKTP1436 said...

Aku bukan nak membela Mazlan Aliman, Mazlan Aliman tiada kena mengena dng aku, tapi demi kebenaran aku perturunkan kisah yg berlaku 4 tahun yg lalu itu........

Seramai 354 orang penduduk Kemahang Tiga, Tanah Merah, Kelantan mendapat `durian runtuh' berjumlah RM11 juta setelah Mahkamah Persekutuan memerintahkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) membayar ganti rugi kerana melakukan penipuan terhadap sistem timbangan kelapa sawit.

Penantian sekumpulan peneroka itu bagi mendapat pembelaan kerana ditipu selama enam tahun berbaloi, setelah mahkamah menolak permohonan agensi itu bagi mendapatkan kebenaran merayu.

Ia diputuskan sebulat suara oleh panel tiga hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi yang bersidang bersama Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin dan Datuk Gopal Sri Ram. - Utusan juga (klik di sini )

Kenangan indah, bagaimana sekumpulan Peguam yang terdiri dari anak peneroka turut memperjuangkan nasib peneroka felda Kemahang 3.

Kisah silam

13 Januari 2008:- Wan Rohimi Wan Daud, Yusfarizal Yussoff dan Muhd Azmi Bin Talib menerukan nafas perjuangan menegakkan keadilan mereka di Mahkamah yang merupakan ruang mencari keadilan.

Dalam keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu dalam kes Awang Soh & 353 yang lain lwn FELDA & 2 yang lain, Mahkamah telah memberikan gantirugi am sebanyak RM7.1 juta, gantirugi teladan sebanyak 10% iaitu RM710,000, faedah keatas jumlah penghakiman daripada tarikh pemfailan tindakan dan juga kos tindakan dalam sidang perbicaraan yang disambut tepukan gemuruh 354 orang peneroka FELDA yang setia menanti keadilan dipertegakkan.

Setelah 11 tahun menderita dek kerana hak yang terang-terangan dinafikan atas nama kuasa, FELDA dan Felda Palm Indutries Sdn Bhd diputuskan telah melakukan fraud, penipuan dan konspirasi keatas peneroka-peneroka dengan memaksa mereka menjual buah sawit dengan harga yang tidak munasabah dan mengredkan buah sawit berkualiti dibawah gred yang munasabah.

6 tahun dahulu, 354 orang peneroka memanjat tangga-tangga pejabat peguam bagi menyuarakan isi hati mereka, tetapi ditolak atas pelbagai alasan. Kos yang tinggi, melawan pihak berkuasa, tiada kes, tiada bukti dan sebagainya. Namun, setelah luahan isi hati peneroka tersebut didengari oleh insan yang masih tinggi prihatin terhadap nasib anak bangsa, keadilan ditunjukkan walau terpaksa menunggu lama.

Tetuan Wan Rohimi & Asmadi, berbekalkan segenggam tekad dan segunung azam memperjuangkan nasib golongan bawahan peneroka, memfailkan saman pada bulan September 2002 tanpa sebarang ganjaran lumayan yang dijanjikan.

Sesungguhnya, membuka fail atas dasar "pro bono"(percuma) bukanlah sesuatu yang mudah, terutamanya bagi seorang peguam yang hanya mementingkan kepala agong (wang) dan jawatan dalam persatuan mahupun dewan perniagaan. Apatah lagi menentang pihak dianjung kuasa. Namun, tidak bagi Tetuan Wan Rohimi & Asmadi yang senantiasa sedar bahawa hak dan keadilan itu jauh lebih penting daripada kepala agong (wang).



Cuba teliti ada ke nama Mazlan Aliman yg terlibat, yg terlibat tu kwn dia semasa di universiti dulu,wan Rohimi namanya, dia tak bergiat dlm Pas pun sampailah sekarang.

LKTP1436 said...

Ini lagi kisah di Kemahang 3

PENEROKA DIUGUT OLEH PENGURUSAN FELDA

PUTRAJAYA 8 Jan.2009 – Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) pernah didakwa mengugut untuk mengusir 354 orang peneroka Felda Kemahang Tiga, Tanah Merah, Kelantan daripada tanah rancangan itu jika mereka mengambil tindakan yang boleh menjejaskan reputasi agensi kerajaan tersebut.

Peguam Yusfarizal Yusof berhujah, ugutan itu dibuat dalam satu pertemuan antara pengurusan tertinggi Felda dan pihak peneroka pada pukul 9.30 malam, 1 November 2002 di Pusat Kegiatan Ummah Felda Kemahang Tiga.

Beliau yang mewakili kumpulan peneroka tersebut menyatakan, perjumpaan itu turut dihadiri oleh Datuk Mustapa Mohamed yang ketika itu merupakan Ahli Parlimen Jeli. Turut hadir, Naib Pengerusi Felda Kemahang 3 , Aziz Zakaria.

Yusfarizal berhujah, berikutan ugutan itu, peneroka-peneroka tersebut membuat laporan polis, dua hari kemudian.

Menurut peguam, pada 13 Oktober 2001, mereka pernah membuat laporan polis lain setelah mengesyaki wujud unsur-unsur penipuan dan konspirasi terhadap sistem timbangan kelapa sawit bagi mengurangkan mutu hasil tanaman itu bermula tahun 1997 hingga 2002.

Keadaan itu disedari apabila seorang daripada plaintif menemui salinan asal `Akuan Penerimaan BTS (berat timbang sawit)' yang dikeluarkan defendan ketiga yang mengandungi cop `penjual mengakui hantaran mutu BTS di bawah KPG (kadar perahan gred) 18 peratus.'

Mengikut salinan asal surat akuan berkenaan, `penjualan BTS itu adalah di atas dasar kehendak penjual dan penjual bersetuju KPG yang dibayar.' Plaintif bagaimanapun menegaskan mereka tidak pernah bersetuju dan tiada pengetahuan mengenai persetujuan penjualan terbabit.

Menurut plaintif, mutu KPG di bawah 18 peratus bagi buah sawit yang diusahakan mereka adalah salah, tidak tepat dan bercanggah dengan mutu perahan sawit yang dikeluarkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia.

Selanjutnya, plaintif menegaskan defendan pertama dan kedua sama-sama (sebagai pihak menjalankan tanggungjawab menjual), berkonspirasi dengan defendan ketiga (sebagai pihak membeli) dengan melakukan penipuan mutu KPG hasil/buah sawit yang diusahakan plaintif. Plaintif mendakwa disebabkan penipuan dan/atau konspirasi itu, mutu KPG buah/hasil sawit mereka susut nilai antara dua dan tiga peratus KPG bagi setiap tan dan mengalami kerugian antara RM30 dan RM50 setiap tan yang dijual kepada defendan ketiga sepanjang tempoh penipuan itu dilakukan iaitu sejak defendan ketiga ditubuhkan pada 1995.

Plaintif juga menegaskan penipuan dan konspirasi menipu plaintif oleh defendan pertama, kedua dan ketiga dilakukan dengan sengaja dan berniat jahat untuk mendapatkan balasan kewangan yang dibahagikan mengikut persetujuan masing-masing, walaupun sedar cara yang digunakan tidak sah di sisi undang-undang dan bercanggah dengan tuntutan moral.

Plaintif juga mendakwa sudah berkali-kali mendesak dan menuntut daripada defendan pertama, kedua dan ketiga untuk menunjukkan semua rekod jual beli dan membayar ganti rugi bagi setiap tan buah/hasil sawit yang dijual tetapi tidak dipenuhi.

LKTP1436 said...

Sehubungan itu, plaintif menuntut defendan supaya membayar segala kerugian yang ditanggung selama tempoh penipuan dilakukan. Mereka juga meminta ganti rugi teladan terhadap tindakan defendan yang mengkhianati amanah dan kepercayaan yang diberikan plaintif.

Plaintif juga menuntut kadar faedah lapan peratus setahun dikenakan bagi jumlah kerugian berkenaan dari tarikh memfailkan writ saman sehingga kes diselesaikan, lain-lain kerugian am dan khas, kos peguam, kos tindakan dan apa-apa relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Peneroka mendakwa, penipuan itu menyebabkan mutu KPG buah/hasil sawit susut nilai antara dua dan tiga peratus KPG bagi setiap tan menyebabkan mereka kerugian di antara RM30 dan RM50 setiap tan buah yang dijual.

Peguam itu berhujah, pihak peneroka kemudian memfailkan saman di Mahkamah Tinggi selepas mereka diugut untuk diusir dari kawasan penempatan itu berikutan penyerahan memo kepada seorang pegawai Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, beliau memohon agar mahkamah menolak rayuan Felda terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu yang tidak membenarkan permohonan agensi itu untuk membatalkan penghakiman ingkar selepas ia diperintah membayar RM7.8 juta kepada 354 peneroka itu.

‘‘Mereka telah menunggu selama enam tahun supaya kes mereka didengar dan hingga kini seramai 54 peneroka telah meninggal dunia dan dikhuatiri hak mereka untuk menuntut keadilan akan dinafikan,” ujar Yusfarizal.

Megat Alam Gempita said...

Woi mangkuk LKTP1436!

Persoalan sekarang Peneroka Kemahang 3 menuntut penjelasan Mazlan Pukiman kenapa mereka hanya dibayar RM11,000 seorang sahaja sedangkan dijanjikan RM30,000 seorang. Mana pergi RM19,000 lagi. katanya kos guaman free!

Pada Mei 2011, Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kelantan memberikan kemenangan teknikal kepada barisan peguam Tetuan Wan Rohimi & Asmadi di atas kes tuntutan pampasan bernilai RM12,557,512.80 oleh para peneroka Felda Kemahang 3, Tanah Merah, Kelantan.

ANAK pimpinan Mazlan Aliman bermati-matian berjuangkan kes tersebut dan akhirnya dimenangi barisan peguam kerana peguam yang mewakili Felda tidak hadir ke mahkamah.

Pihak peguam ANAK berjaya mengaut komisyen RM3,767,253.80 hasil kemenangan tersebut.

Sementara 354 peneroka mesti berkongsi duit RM8,790,259.00.

Setiap peneroka sepatutnya menerima RM24,831.24 seorang tetapi mereka hanya layak dibayar RM19,000.00 oleh peguam-peguam musibat ini.

Persoalannya ke mana perginya baki RM5,831.24 lagi yang sepatutnya diterima oleh setiap peneroka atau RM2,064,258.59 bagi semua 354 orang peneroka!!!

Wang RM2,064,258.59 tersebut nyata disonglap oleh Mazlan Aliman dan konco-konconya!

Hingga sekarang ada peneroka yang tidak menerima satu sen pun atas alasan suami isteri peneroka dah meninggal dunia. Anak-anak pula tak berhak dapat pampasan dan difaraidkan pada Baitulmal untuk mendapat balasan syurga seperti dijanjikan N.ajis.

Persoalannya kenapa peneroka ditipu secara halus, mana intergriti PAS? Jawab mangkuk!

Anonymous said...

Sebenarnya Peguam PAS berbelit-belit dulu sebelum menang peneroka Kemahang dijanjikan RM30,000. Lepas menang hanya RM11,000 diberi. Mana-mana penyokong PAS yang pandai bodek pula diberikan bayaran lebih sikit (RM15,000) oleh ADUN PAS Kemahang setelah memujuk peguam Rohimi. Ada pulak duit yer.

Tak kiralah RM30,000 ke RM24,000 ker yang penting kenapa peguam-peguam PAS ni menipu?

LKTP1436 said...

Megat Alam Gempita,

Masaalahnya,kau org tk de modal, Mazlan Aliman bukan mengendalikan kes itu, yg mengendalikan dari awal sampai akhir adalah Tetuan Wan Rohimi & Asmadi, yg pejabat guamannya di Kota Bharu, pergilah tanya dia jika kau adalah seorg yg mencari kebenaran, Mazlan Aliman sebagai org politik cuma menjadikan isu kemahang 3 itu sebagai bahan kempen sahaja, itulah kebenarannya, soal duit dia mana tahu, bukan dia yg pegang duit tu.....

Sebenarnya kau org yg marah sangat kpd Mazlan Aliman tu krn Mazlan menjadikan Felda sebagai sasaran, tapi walau pun aku tdk setuju 100% diatas isu yg di perjuangkan, tapi aku berpendapat di dlm banyak2 perkara itu, ada juga kebenarannya.

Biarkanlah dia berjuang, sekurang2nya ada juga org yg boleh menjadikan di satu pihak itu lebih berhati2 dan waspada.

Atau kau ni banyak sangat kepentingan dng umno/BN, sehingga seolah2 sanggup menjadi galang ganti, tetapi jika kau pun sama mcm aku yg tdk ada kepentingan apa2 dan cuma berminat dng kebenaran.....apa masaalahnya.