Saturday, December 1, 2012

Pilihanraya Berasingan Di Selangor - Akhirnya Khalid Ibrahim Angkat Bendera Putih Kepada Najib



Didalam ucapan penangguhan MB Selangor TS Khalid Ibrahim di Sidang DUN Selangor akhirnya mengakui bahawa dalam keadaan semasa, beliau tidak mempunyai pilihan, melainkan terpaksa menuruti PM DS Najib Razak.

Khalid kalah dari segi moral kerana sebelum ini kerap menggembar-gemburkan pilihanraya berasingan.
SHAH ALAM, 30 NOV: Kerajaan Negeri tidak mempunyai pilihan lain selain turut membubarkan Dewan Negeri Selangor(DNS) sekirannya Kerajaan Pusat memilih membubarkan Parlimen pada Mac 2013.
Demikian menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika menyampaikan ucapan penangguhan DNS hari ini.
“Saya tak nampak Parlimen dibubarkan pada Disember ini, jadi kalau dibubarkan pada Mac depan Selangor tiada pilihan lain,” ujar beliau. [Media Selangorku]

Kelakar Dari Sidang DUN Selangor - Speaker Umum ADUN-ADUN Pakatan Rakyat Sebulat Suara Bersetuju 'Hutan' Adalah 'Bulu' Eli Wong


Kesemua ADUN Pakatan Rakyat yang berada dalam Dewan telah sebulat suara memutuskan ADUN Batang Kali mengeluarkan kenyataan berbaur seksis terhadap ADUN Bukit Lanjan.

Kalau hendak diambilkira batang dan bukit itu pun boleh dianggap seksis, jika itu yang masing-masing fikirkan.

Dengan keputusan itu juga, dengan sendirinya hutan adalah bermaksud bulu ADUN Bukit Lanjan (?).

Pemandu Lori Cina Nak Parang Tuan Rumah Majlis Perkahwinan


Malam semalam sebuah lori kecil yang dipandu oleh seorang pemuda Cina dan seorang pembantunya cuba untuk lalu di bawah khemah ini, yang dipasang untuk majlis perkahwinan (yang bakal berlansung esok) di sebuah kawasan perumahan di Pelabuhan Klang.

Anak lelaki tuan rumah telah menasihati secara baik pemandu lori tersubut supaya jangan melalui dibawah khemah kerana khuatir akan tersangkut pada kain-kain bidai khemah yang telah siap dipasang. Nasihat dari anak lelaki tuan rumah tersebut tidak diendahkan oleh pemandu lori tersebut, sebaliknya telah dihambur dengan kata-kata kesat.

Anak lelaki yang berumur 30an itu masih bersabar, walau pun kata-kata kesat dan penghinaan termasuk perkataan "Melayu takda guna" dihamburkan kepadanya, dengan niat supaya pemandu lori berkenaan cepat beredar.

Pemandu lori kemudiannya beredar kearah lorinya, tetapi datang semula dengan sebilah parang dan cuba menyerang anak lelaki tuan rumah. Pembantunya cuba menghalang, namun ia tidak dipedulikan, sebaliknya terus menuju ke arah anak lelaki tuan rumah.

Demi mempertahankan dirinya, anak lelaki tuan rumah telah melepaskan penumbuk dan akhirnya pemandu lori berkenaan terbaring di bawah khemah. Jiran-jiran dan orang lalu di situ, telah keluar dan memanggil polis ke tempat kejadian.

Apabila polis tiba, pemandu lori tidak mengaku yang parang itu adalah miliknya tetapi mendakwa parang tersebut adalah milik tuan rumah. Polis akhirnya berjaya mengarahkan pemandu lori berkenaan beredar.

Mungkin kes ini adalah terpencil, tetapi bayangkan kalau tuan rumah dan jiran-jirannya melayan sikap kurang ajar tersebut dan bertindak 'mengerjakan' pemandu lori Cina berkenaan, sudah tentu puak-puak DAP akan memperbesarkan kononnya lelaki Melayu memukul seorang pemandu lori Cina yang tidak bersalah.

Kadang-kadang benda kecil seperti ini yang boleh jadi besar.

Persiapan Terakhir Bagi Yang Berminat Jadi YB


Bagi mereka yang berminat hendak menjadi YB, jadikan hari ini sebagai persiapan terakhir anda untuk merealisasikan impian anda.

Dengarkan dulu penggulungan dari pemimpin-pemimpin utama UMNO dihari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2012 dan selepas itu barulah anda pergi mencari baju YB untuk dibawa pulang ke kawasan masing-masing.

Rupanya, baju YB tidak perlu diukur. Sungguh banyak yang ready-made dan anda bila-bila masa boleh ukur baju di badan sendiri!

Friday, November 30, 2012

Perwakilan Kelantan Ke Perhimpunan Agung UMNO Buat Hal - Isytihar Orang Dalam Barisan Tak Boleh Jadi Imam


Mungkin ramai yang terkejut bila dikatakan bahawa orang dalam barisan tidak boleh jadi imam.

Perwakilan Kelantan yang berucap di Perhimpunan Agung UMNO mengesahkan kenyataan tersebut.

Dengarkan alasan beliau dalam video di bawah:-

Tembelang Pecah Di Kuala Lumpur - Nik Aziz & Isteri Serta Wakil-Wakil Rakyat PAS Dapat Agihan Tanah PKINK Di Mukim Relai


Pendedahan terbaru dari Kelantan dan dihebahkan di Kuala Lumpur mengatakan tanah MB Kelantan TG Nik Aziz di Lot 51 dan isterinya Tuan Sabariah di Lot 29, Mukim Relai.

Bukan sahaja MB suami isteri, ramai lagi wakil-wakil rakyat PAS yang mendapat agihan tersebut..

Menurut Dato' Alwi Che Mat, lot-lot tanah tersebut adalah hasil dari pecah sempadan yang dilakukan oleh anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Darul Naim Agro Management Industries Sdn Bhad (DAMAI).

Dari maklumat laman web PKINK, aktiviti DAMAI di Mukim Relai adalah seperti berikut:-
Projek Ladang Rakyat Dataran Rabuah (LRDR) Mukim Relai, Gua Musang 
Maklumat Projek :- 
LRDR Mukim Relai, Gua Musang telah dibangunkan oleh DAMAI pada tahun 2000 diatas tanah seluas 1500 ekar (400 ekar Fasa I) setelah mendapat sambutan yang mengalakkan di Projek LRDR Jeli.Ianya terletak di tepi jalanraya antara Kuala Krai dan Gua Musang iaitu 65 km ke Gua Musang dan 55 km dari Kuala Krai.Status pemilikan tanah adalah secara pajakan selama 99 tahun.
Andainya lot-lot tanah yang disebutkan adalah termasuk dalam projek di atas, maka ini elok benar 'Projek Ladang Rakyat' diubah namanya kepada 'Projek Ladang Wakil Rakyat Kelantan'.

Pendedahan penuh Alwi terkandung dalam video di bawah:-

Thursday, November 29, 2012

Khalid Ibrahim Melopong Malu Dibidas Secara Terbuka Oleh Isteri Kakitangan PKNS Berhubung Isu Pembangunan Kompleks Sukan Kelana Jaya


MB Selangor yang juga menjawat jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah PKNS melopong bila dibidas oleh seorang wanita yang mendakwa sebagai isteri kepada seorang seorang kakitangan PKNS. Bukan itu sahaja, anak beliau juga turut berkhidmat di perbadanan tersebut.

Baca kenyataan wanita berkenaan di bawah.


Kenyataan wanita berkenaan dibuat melalui komen di Media Selangorku, rentetan dari laporan berkenaan kelembapan Khalid dalam membuat keputusan membatalkan pembangunan di atas lot tanah Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya.


Pembangunan di atas lot tanah berkenaan telah mendapat tentangan bukan sahaja penduduk setempat, tetapi oleh majoriti rakyat Selangor.

Kereta Ini Zuraida Kamarudin Lamper Orang Bagi Pakai Sebagai Balasan Lobi Kutipan Letak Kereta MPAJ?


Sel13.com mendedahkan kereta di atas telah digunakan oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin ke satu majlis di Hotel Flamingo.

Zuraida ketika ditanya oleh salah seorang hadirin, memberitahu bahawa kereta di atas orang bagi pakai.

Seterusnya, Sel13.com mendedahkan bahawa kereta tersebut adalah milik Automated Contactless Systems Sdn Bhd. [Klik SINI].

Melalui enjin carian, terjumpa satu iklan jawatan kosong oleh syarikat berkenaan.

Baca latarbelakang syarikat berkenaan di bawah. Apakah Zuraida sedang melobi syarikat berkenaan untuk mendapatkan hak kutipan letak kereta di MPAJ?

Wednesday, November 28, 2012

Abang Saifudin Nasution Bilang PAS Goyah Pendirian Dengan Nurul Izzah


Setia Usaha Agong PKR Saifudin Nasution menerima tamparan hebat.

Abangnya, Dato' Sahlan Ismail menyifatkan PAS tidak istiqamah dalam pendirian, malah goyah dalam menangani isu kebebasan memilih agama yang dilontarkan oleh Nurul Izzah.

Tuesday, November 27, 2012

Khalid Ibrahim Diserang Darah Tinggi - Menggigil-gigil Bertengkar Dengan ADUN Pematang


Bila menonton video pertelingkahan antara MB Selangor dengan Adun Permatang, jelas sekali gelagat MB yang menggigil-gigil menjawab asakan soalan dari Adun berkenaan.

Melihat keadaan demikian, saya berpandangan bahawa ini adalah peluang terbaik kepada para Adun BN untuk mengasak dengan soalan-soalan yang boleh menyebabkan MB diserang darah tinggi.

Isu pembekuan modal Capex yang dipersoalkan oleh Adun BN, cuba dinafikan oleh Khalid Ibrahim. Kenyataan awal Khalid yang kerajaan tidak membekukan modal Capex, akhirnya terburai bila dirinya dalam keadaan marah.

Tonton bermula detik3:18 yang bermulanya pertelingkahan hingga terpacul dari mulut Khalid "Kita bekukan kerana kita mahu lakukan......".

Harakahdaily Sengaja Nak Malukan Ketua Pemuda PAS


Setelah dibedal teruk oleh para perwakilan Muktamar Dewan Pemuda PAS, Harakahdaily mengambil tindakan untuk memalukan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Tantawi, melalui pemberitaan di bawah.


Walau pun pemberitaan berkenaan cuba memberi publisiti kepada Ketua Pemuda PAS seperti yang diharapkan oleh para perwakilan, namun dikalangan para pemuda PAS sendiri pasti tidak sebodoh itu untuk menerima poll anjuran FB Merah Tinta MSO tersebut.

Poll tersebut yang ibarat dilakukan di gelanggang sendiri, 1 orang berkecuali sudah cukup untuk memalukan Nasrudin. Sebaliknya apa yang berlaku adalah 35 orang menolak Ketua Pemuda PAS dan 38 orang berkecuali.

Keputusan tersebut merunsing serta memalukan Nasrudini dan ini tidak sepatutnya disensasikan oleh Harakahdaily.

Posisi Apek Tergugat Dengan Penampilan Penjaga Gol Ini!


Nakal budak-budak zaman sekarang.

Mereka suka menyakat.

Foto di atas dikutip dari FB, yang menunjukkan orang paling layak mengganti posisi Apek!

Monday, November 26, 2012

Kakitangan Awam Selangor Tiada Bonus? Khalid Tidak Umum Bonus Dalam Pembentangan Bajet



Musim persekolahan 2013 hanya tinggal lebih kurang sebulan saja lagi, bagi kakitangan Kerajaan Pusat dan negeri-negeri yang diperintah Kerajaan Barisan Nasional (BN), mereka tidak perlu risau memandangkan bonus sebulan gaji sedang menanti.

Namun bagi kakitangan awam yang bekerja dengan Kerajaan PKR Selangor, kini mereka tertanya-tanya sesama sendiri kenapa semasa pembentangan Bajet 2013 oleh Menteri Besar, Khalid Ibrahim pada 19 November 2012 minggu lepas di Dewan Undangan Negeri tiada sebarang bonus diumumkan?

Jumlah Bajet 2013 yang dibentangkan bukan main punya besar mencecah angka RM1.63 bilion, tanpa perihal bonus sebulan gaji satu ayat pun tak kelihatan. Nak kena tunggu tarikh PRU 13 dulu baru nak bentang bajet tambahan untuk peruntukan bonus agaknya.

Biasanya asal sahaja Kerajaan Pusat mengumumkan bonus atau imbuhan kepada kakitangan sebagai penghargaan di atas kerjasama dan pengorbanan mereka, Kerajaan PKR Selangor akan segera mengumumkan imbuhan yang hampir sama atau lebih sedikit bagi menonjolkan kehebatan ekonomi dan kewangan negeri.

Misalnya semasa Kerajaan Pusat memberi bonus setengah bulan gaji atau minima RM500 kepada kakitangan awam sempena menjelang perayaan Aidilfitri yang lepas, Kerajaan Negeri pimpinan Khalid segera mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji diikuti dengan simpanan RM200.

Kali ini bayang pengumuman bonus oleh Khalid Ibrahim satu pun tak kelihatan, sedangkan selama ini Khalid dengan bangganya mengumumkan Kerajaan Negeri memiliki rizab tunai sehingga RM2 bilion. Takkan atas kertas saja kot?

Apakah MB Selangor telah dengan sengaja enggan untuk menghargai jasa pengorbanan kakitangan Kerajaan Negeri atau sememangnya merancang untuk mengurangkan kos perbelanjaan negeri dengan memotong bonus sebulan gaji?

Takkanlah semata-mata mahu membuktikan Kerajaan Negeri pimpinannya mampu menyediakan bajet berimbang maka bonus penghargaan dinafikan dan nasib kakitangan negeri sanggup diketepikan. Sampai hati.

Jika Kerajaan PKR Selangor sanggup berhabis RM100 juta untuk mengkaji kebolehlaksanaan kaedah storm water di hiliran sungai sebagai air terawat, kenapa tidak utamakan dulu kepentingan kakitangan awam?

Sementelah lagi selama ini Khalid sering menafikan Selangor menghadapi masalah bekalan air, jadi apa gunanya mempersia-siakan wang rakyat RM100 juta untuk satu projek yang tidak diperlukan, tak begitu?

Atau sebenarnya Kerajaan PKR Selangor pimpinan Khalid sedang dicengkam ketidakmampuan kewangan selepas saban bulan terpaksa membelanjakan sekurang-kurangnya RM24 juta untuk program air percuma.

Sebulan RM24 juta, setahun RM288 juta, dalam masa hampir 5 tahun bermakna sudah lebih RM 1 bilion wang rakyat dibelanjakan untuk program air percuma yang kaedah perlaksanaannya tidakpun merangkumi segenap lapisan masyarakat.

Selain persoalan bonus sebulan gaji, kebanyakan PBT di Selangor juga sedang menghadapi kesukaran memperolehi dana perbelanjaan serta pengurusan. Silap langkah, jika keadaan ini berterusan mahunya banyak program pembangunan serta baikpulih kemudahan orang ramai bakal terjejas.

Macam-macam hal dan permasalahan timbul sejak Khalid Ibrahim menjadi MB Selangor, dahlah menipu dalam kes pembelian bas mewah untuk kegunaan Ketua Umum PKR, manakala UNISEL pula kerugian berpuluh juta ringgit.

Kini PBT pula merungut masalah dana kewangan dan kakitangan awam pula terpaksa terus mengharap tanpa kepastian entah bilalah bonus sebulan gaji dapat dinikmati sebagaimana kakitangan awam yang bekerja dengan Kerajaan Pusat.

Malang betul ber'MB'kan yang hanya tahu bercakap gagap tapi gagal total bila masuk bab kerja buat bermanfaat untuk rakyat.

(Beruang Biru)

Tuntutan 6 Perkara Hindraf - Tawaran Undi Pukal Dari Golongan Minoriti?


Meskipun menyebut 6 resolusi terbaru Hindraf menjelang PRU13 bukannya tuntutan, tetapi sekadar pernyataan permasalahan-permasalahan golongan minoriti, namun bila ia ditawarkan untuk endorsement daripada pihak-pihak kelompok politik, maka agak sukar untuk menolak bahawa resolusi tersebut adalah lebih berbentuk tuntutan.

6 perkara tersebut, meliputi isu-isu rakyat tanpa I.C, pendidikan, peluang pekerjaan dan pernigaan kecil, membasmi rasuah serta hak asasi manusia.

Hindraf menafikan bahawa ia adalah tuntutan PRU, sebaliknya mendakwa bahawa ia adalah blue-print untuk 5 tahun yang akan datang.

Persoalannya apakah samada BN mahu pun PR akan mendapat undi pukal melalui endorsement terhadap 6 perkara yang disebutkan? Penasihat Hindraf N. Ganesan dalam reaksi menyatakan ia adalah terpulang kepada rakyat untuk menentukan.

Sunday, November 25, 2012

Rupanya Masjid Kariah Pesuruhjaya PAS Selangor Pun Tak Terkecuali Dari Banjir


Rupa-rupanya, Masjid As-Shariff, Meru iaitu masjid kariah Pesuruhjaya PAS Dr Rani Osman tidak terkecuali dari dilanda banjir. Semalam (Sabtu) masjid tersebut telah dilanda banjir buat kali kedua dalam bulan ini.

Bagai kebetulan pula, sebelum ini masjid berkenaan telah dilanda banjir pada Sabtu 3/11/2012.

Menurut laporan Mingguan Malaysia hari ini (keratan di bawah), banjir telah beberapa kali melanda masjid tersebut sepanjang tahun ini. Namun Dr Rani Osman yang juga ADUN Meru tidak mengambil iktibar untuk memperbaiki keadaan, khususnya peparitan yang menjadi punca banjir.

Video PDRM: OCPD Dang Wangi Baca Pemberitahuan Akta Perhimpunan Aman (Akta 736) 2012 Kepada Penganjur & Peserta Himpunan Anti-Lynas


OCPD Dang Wangi telah mengesahkan bahawa Penganjur "Save Malaysia, Stop Lynas - The Green Walk" tidak menyerahkan permohonan untuk berhimpun.

Sementara itu, Dewan Bandraya Kuala Lumpur pula tidak memberi keizinan untuk penganjur dan peserta untuk berhimpun di Dataran Merdeka.