Saturday, September 13, 2014

Rafizi Dedahkan Campurtangan Anwar Supaya Khalid Membayar RM1.851 Bilion


Isu penstrukturan semula industri bekalan air Selangor menyerlahkan lagi bahawa PKR punya kepentingan terhadap transaksi berkenaan.

Sebelum ini Rafizi Ramli mendedahkan keengganan Khalid membayar RM2.25 bilion kepada Splash dan sebaliknya berdegil pada harga tawaran RM250 juta. Baca kenyataan awal Rafizi di bawah:-
"Sudah tentu keputusan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim itu yang dibuat pada akhir tahun 2013 dibantah oleh Splash kerana nilaian pampasan Splash dipotong mendadak sebanyak RM2 bilion sedangkan pampasan Tan Sri Rozalli Ismail dinaikkan RM568 juta.  
Splash memohon untuk bertemu dengan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim beberapa kali untuk membincangkan pertukaran nilaian mendadak ini di antara bulan Oktober 2013 hingga Disember 2013 tetapi tidak dilayan oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim. Beliau menyatakan secara terbuka bahawa beliau tidak berniat untuk memberi ruang kepada Splash untuk membincangkan pertukaran nilaian yang diputuskan itu.  
Perkara ini kemudiannya dibawa ke pengetahuan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan KEADILAN."
Dalam kenyataan terbaru Rafizi berhubung reaksinya terhadap permetraian Perjanjian Utama penstrukturan semula industri bekalan air Selangor yang dilaporkan oleh Malaysia Chronicle, Pengarah Strategik PKR itu mendakwa Khalid telah bersetuju dengan tawaran terakhir kepada Splash RM1.851 bilion.

Kita melihat bahawa 2 kenyataan Rafizi adalah begitu kontradik, bila kenyataan menyebut sebagai "Khalid tidak melayan Splash", tetapi kenyataan Rafizi hari ini menyebut sebagai "Khalid bersetuju dengan RM1.851 bilion".

Kini timbul persoalan, mungkin berlaku tekanan kepada Khalid oleh Anwar supaya membayar amaun berkenaan kepada Splash.

Apa pun menurut laporan Bernama, Khalid akan memberikan butiran berkenaan pada hari Isnin, yang pastinya Khalid akan mematikan langkah Rafizi dan Anwar.

Baca punca keberangan Rafizi terhadap Khalid di SINI.

#PRK Pengkalan Kubur - Calon Bebas Tampil Untuk Mempertahankan 65 Undi Yang Diterima Semasa PRU2013


Calon bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary muncul di pusat penamaan calon PRK Pengkalan Kubor dengan tekad bukan untuk menang. Sebaliknya, semata-mata untuk mempertahankan 65 undi yang diterimanya, di kawasan berkenaan semasa PRU2013 yang lalu.

Dalam mengulas kekalahan beliau dalam PRU lepas, teman karibnya bernama Ismadi menulis di blog peribadinya (lihat SINI):-


Kalau anda amati perenggan terakhir di atas, jelas bahawa Ismadi agak meragui dengan kehidupan Izat yang semakin mewah selepas menjadi calon di Pengkalan Kubor pada 2013.

Andai begitu kenyataannya, apakah Izat sekadar menggunakan PRK ini sebagai 'betting' keatas jumlah undi yang bakal diterimanya?

Cakap Berdolak Dalik Rafizi Berkenaan Isu RM2.2 Bilion Melibatkan Ketum Anwar Ibrahim


Dalam respons awalnya terhadap MOU Penstrukturan Semula Industri Air Selangor yang ditandatangani pada 26 Februari 2014 lalu, Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli menyerang TS Khalid Ibrahim mempertikaikan harga berjumlah RM9.65 bilion untuk transaksi berkenaan.

Bagi Rafizi, ia adalah terlalu tinggi kerana penstrukturan semula tersebut adalah dibiayai oleh Kerajaan Pusat. Antara lain, kenyataan Rafizi menyebut,
"Oleh sebab itulah, harga pampasan dan pembelian yang dibayar kepada pemegang konsesi adalah cukup sensitif kerana ia bersamaan dengan tanggungan hutang baru yang dijamin oleh Kerajaan Persekutuan. Lebih tinggi harga pampasan dan pembelian itu, maka lebih untunglah pemegang konsesi dan lebih tinggi hutang negara yang ditanggung rakyat"
Namun begitu, nadanya Rafizi amat berbeza ketika membentangkan salah laku Khalid yang dibentangkan kepada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, dengan tujuan mendapatkan persetujuan majlis berkenaan untuk memecat Khalid, Rafizi menghujahkan,
"Sudah tentu keputusan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim itu yang dibuat pada akhir tahun 2013 dibantah oleh Splash kerana nilaian pampasan Splash dipotong mendadak sebanyak RM2 bilion sedangkan pampasan Tan Sri Rozalli Ismail dinaikkan RM568 juta.  
Splash memohon untuk bertemu dengan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim beberapa kali untuk membincangkan pertukaran nilaian mendadak ini di antara bulan Oktober 2013 hingga Disember 2013 tetapi tidak dilayan oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim. Beliau menyatakan secara terbuka bahawa beliau tidak berniat untuk memberi ruang kepada Splash untuk membincangkan pertukaran nilaian yang diputuskan itu.  
Perkara ini kemudiannya dibawa ke pengetahuan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan KEADILAN."
Kenyataan yang berbeza mengikut suasana ternyata begitu meragukan kita sebagai rakyat biasa, seolah-olah ada hanky panky di pihak kepimpinan tertinggi PKR. Tiba-tiba sahaja Rafizi bertukar watak, dari juara rakyat kepada juara pemegang konsesi.

Bagi Khalid yang sememangnya telah pun menjadi mangsa keadaan membuat suatu keputusan yang amat mengejutkan, apabila memuktamadkan Perjanjian Utama dengan Kerajaan Pusat pada harga RM7.45 bilion, berbanding harga asal RM9.65 bilion.

Supaya anda lebih faham pada isu sebenar, elok anda mengetahui kronologi awal di SINI.

Friday, September 12, 2014

Ketum Kena Check Mate - Khalid Ibrahim Jerut Anwar Dengan Isu RM2.2 Bilion


Dalam meniti hari-hari terakhirnya sebagai MB Selangor, TS Khalid Ibrahim meskipun tewas kepada Ketum Anwar Ibrahim dari segi percaturan politik, tetapi jelas kali ni Khalid terang-terang mengenakan Anwar.

Menurut laporan BNBC, hari ini telah termeterai Perjanjian Utama bagi memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Dengan termeterainya perjanjian utama itu, Air Selangor Sdn Bhd, entiti yang sebelum ini dikenali sebagai Pengurusan Air Selangor, akan mengambil alih operasi dan penyelenggaraan loji rawatan air serta perkhidmatan pembekalan air yang sebelum ini dilakukan empat syarikat konsesi.

Umum mengetahui tindak tanduk Khalid dalam menangani proses penstrukturan ini tidak begitu disenangi oleh Ketum Anwar. Malahan, Khalid diperingkat awal lagi mengeluh dan mendedahkan adanya campur tangan dari pemimpin-pemimpin PKR dalam terhadap penilaian aset air di Selangor (Baca The Unspinner).

Blog Akar Umbi, dari awal mengikuti perkembangan ini dan telah pun mempersoalkan, mengapa SPLASH (salah satu dari pemegang konsesi) enggan menerima cadangan penstrukturan semula industri air Selangor? Hakikatnya, Anwar boleh dari awal lagi boleh membantu Khalid untuk menyelesaikan isu berbangkit dan kaedahnya boleh baca SINI.

Apabila Khalid menerima tekanan supaya melepaskan jawatan sebagai MB Selangor sehingga membawa kepada pemecatannya, timbul desas-desus mengatakan bahawa Anwar cuba mendapat RM2.25 bilion dari transaksi tersebut.


Flyer di atas telah bertebaran di alam siber bulan lalu, yang mendakwa isu berkenaan menjadi punca kepada tekanan kepada Khalid supaya meletakkan jawatan.Tentunya ia tidak disebarkan tanpa maklumat sahih.

Dalam pada itu, blog The Selangor Chronicle melaporkan Khalid berdegil untuk membayar RM250 juta kepada SPLASH.

Sebenarnya, perjanjian yang dimeterai pada hari ini bagai menjadi senjata Khalid untuk menjerut Anwar. Nilai transaksi telah berubah dari RM9.65 bilion kepada RM7.45 bilion, yang secara langsung menunjukkan perbezaan RM2.2 bilion.

Jadi, apakah ini pembuktian Khalid yang Anwar pernah mengarahkannya meletakkan nilai RM2.25 bilion terhadap SPLASH?

Mujahid & Phahrolrazi Malu Besar - Veteran PAS Sifatkan PasMa Sebagai Pak Sanggup Kepada Anwar Ibrahim

"Keinginan penubuhan itu (PasMa) kemungkinan ia diusahakan oleh sekutu PAS bagi memalukan PAS setelah ia tidak jadi tukang angguk dalam krisis politik Selangor sekarang. Setelah PAS dimalukan dengan dua ADUN disambar, maka mungkin diadakan pak sanggup bagi menggantikan tempat PAS dalam sekutu itu." - Subky Latif (Veteran PAS)
Suatu tamparan yang kuat apabila veteran PAS merangkap bekas wartawan politik terkenal Subky Latif melabelkan PasMa sebagai 'Pak Sanggup'.

Subky mengesyaki bahawa penubuhan PasMa diusahakan oleh kalangan dalam PAS sendiri yang bertujuan untuk memalukan PAS yang tidak lagi menjadi 'tukang angguk' kepada DAP dan PKR.

Malah Subky turut mendedahkan bahawa asas penubuhan PKR adalah atas pembelian pendaftaran parti yang telah siap sedia tertubuh dari seorang bekas ahli PAS Dungun.

Hadi Akan Berdepan Sorakan 'Marakbar Hadi' (Mampuslah Hadi) Pada Muktamar PAS di Johor?


AIDC mengimbas ketahun 1982, bila mana Presiden PAS ketika itu Dato' Asri  Haji Muda (kemudian bergelar Tan Sri) telah berdepan dengan teriakan 'Marakbar Asri' yang bermaksud 'Mampuslah Asri', ketika berucap di Muktamar PAS yang berlangsung di Balai Seminar DBP, Kuala Lumpur.


Imbasan yang turut memuat tulisan Yusof Harun yang menyoal samada Presiden PAS hari ini, DS Abdul Hadi Awang akan menerima nasib serupa seperti yang dialami oleh Asri, pada Muktamar PAS 2014 yang bakal berlangsung minggu depan?

Dalam menjawab soalan yang dilontarkan, saya tidak fikir nasib yang sama akan menimpa Hadi.

Saya melihat bahawa diantara 2 senario yang dihadapi oleh Asri dan Hadi adalah berbeza sama sekali. Perlu diingat bahawa pada 1982, Revolusi di Iran sedang bersemarak dan berpengaruh ketika itu. Dr Mashitah Ibrahim melalui artikelnya "Pas Lupakan Jasa Asri Muda" antara lain menulis,
"Golongan pemimpin muda dalam Pas ketika itu sangat terpengaruh dengan Revolusi Iran. Ramai pergi ‘berkursus’ di sana tanpa diketuai Presiden sendiri. Sikap sederhana Asri menjadikan beliau mula disisih golongan muda yang lebih ekstrem dari segi pemikiran dan tindakan. Suara pro-revolusi merebak cepat dalam Pas dan kemuncaknya penyingkiran Asri dan penyokong beliau yang digelar Kumpulan 13."
Meskipun Hadi tidak disebut sebagai penggerak dalam menjatuhkan Asri, saya kuat mengandaikan bahawa wujud penglibatan beliau. Ini bersandarkan dengan pandangan-pandangan yang agak ekstrim, malah jualan kaset ucapan dan ceramahnya antara yang mendapat sambutan ketika itu. Saya sendiri mengakui gemar mendengar pidato, bilamana abang saya sering membeli kaset beliau.

Tidak seperti Asri, Hadi berdepan dengan onak ranjau yang dicipta oleh kelompok IRC dan MISG yang terdiri dari kumpulan profesional dan berpendidikan tinggi.

Pengaruh revolusi biasanya adalah dengan penyertaan massa, sebaliknya gerak kerja penyusupan IRC dan MISG adalah lebih bersifat penyusupan pemimpin dan pemikir tanpa pengikut. Oleh itu, saya tidak nampak Hadi akan disorak, diejek dan dimaki pada muktamar minggu depan.

Tambahan pula, Hadi amat beruntung apabila sebahagian besar kelompok 'ustaz muda' cenderung kepada kepimpinan ulamak dan suatu yang perlu diakui bahawa kelompok 'ustaz muda' ini tidak begitu disenangi oleh kelompok asal IRC dan MISG.

Pengaruh gerakan Islam semasa dan terkini seperti 'Negara Islam Iraq dan Syria' (ISIS) sama sekali tidak mempengaruhi sebahagian besar ahli-ahli dan para pemimpin PAS hari ini. Maka ini juga membawa kepada kedudukan Hadi agak selamat.

Namun begitu, Hadi tidak harus memandang ringan terhadap gerakan PasMa yang berkemungkinan telah bersiap sedia dengan kumpulan soraknya untuk memalukan Hadi, seperti yang telah berlaku di Dewan Himpunan Cina Selangor & Kuala Lumpur (baca SINI).

Jika pun akan menerima sorakan 'Marakbar Hadi', Hadi harus berlapang dada kerana beliau sendiri telah melakukannya kepada Asri pada tahun 1982.

Thursday, September 11, 2014

Permintaan DAP Kepada Sultan - Bubarkan DUN Selangor


DAP menggunakan Ahli Parlimen Melayunua untuk memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri Selangor.

Ahli Parlimen DAP Ariff Sabri dipetik oleh Malaysikini sebagai berkata, “Lebih banyak saya fikir tentang perkara itu, penyelesaiannya terletak di tangan sultan. Baginda boleh selesaikan perkara itu, dengan membubarkan DUN Selangor."

Ini mungkin bila mereka mula menghidu peluang untuk meletakkan Adun Melayu mereka sebagai MB Selangor.

Bertolak dari itu, jika berlaku pembubaran oleh Sultan, bukan bermakna baginda dalam keadaan saja-saja untuk berbuat demikian, sebaliknya telah ada permintaan dari kalangan anggota Pakatan Rakyat itu sendiri.

Mungkinkah Najib Akan Memilih Yang Ini?


Menteri Kabinet DS Ismail Sabri Yaakob telah memulakan desakan agar Akta Hasutan 1948 terus berkuat kuasa.

Beberapa hari yang lalu Ismail dilaporkan berkata,
"Janganlah disebabkan kehendak golongan minoriti yang ingin akta itu (Akta Hasutan 1948) dihapuskan, golongan majoriti terkena tempiasnya akibat huru-hara selepas ketiadaan akta tersebut."
Dengan seruan itu, rasanya tidak mustahil seruan itu akan disambut oleh akar umbi UMNO, bila mana kebanyakan bahagian-bahagian UMNO yang bakal bersidang hingga hujung bulan ini, akan membuat desakan yang serupa.

Bila keadaan ini berlaku, samada suka atau tidak, apakah PM DS Najib Razak akan memikirkan untuk melaksana doktrin seperti Lee Kuan Yew dalam mempertahankan tamadun bangsa yang berusia 57 tahun ini?

Kalau Wan Azizah Tak Ada Atas Grand Stand Pada 27 September, Maka Bukan Rezeki Dia Jadi MB


Pada 9 September yang lalu, Wan Azizah telah terlepas peluang untuk mengiringi Tuanku Sultan menyaksikan Mala Gala "Supermokh Sebuah Muzikal Restaging" di Istana Budaya.

Ada satu lagi event yang begitu sentimental kepada Tuanku iaitu pertembungan tradisi bola sepak tahunan antara Selangor dengan Singapura pada 27 September depan di Stadium Shah Alam.

Sekiranya bukan Wan Azizah yang jadi pengiring kepada Tuanku Sultan dan duduk di grand stand, maka sudah bolehlah dikira sebagai 'tutup buku' untuknya menjadi MB Selangor.


Mengikut protokol di Selangor, Speaker DUN adalah orang kenamaan selepas MB. Dengan Hanna Yeoh (wanita dalam foto atas) adalah penjawat Speaker pada hari ini, maka apakah keperluan untuk menambah Wan Azizah untuk menjadi MB?

Jika itu terjadi, maka pengiring Tuanku Sultan adalah terdiri wanita-wanita ketika menghadiri majlis rasmi.

Wednesday, September 10, 2014

Kelompok Ustaz Muda PAS Sudah Bercakap Pasal Kubor Move & No More - Alamat Kena Titik Anwarinas Kali Ni........

"Selamat bertarung di 'KuborMove'.. Jumpa di sana," akhir kalam Nik Abduh Nik Aziz di laman FBnya.
Presiden Pas dituduh khianati PR kerana namakan calon MB daripada Pas. Mari amati kisah pengkhianatan. Hakikatnya, pengkhianatan lebih awal bermula daripada dua gerangan yang saling berkerjasama;

1) 2 pengkhianat daripada Adun Pas yang melompat memberi sokongan kepada PKR. Ia memulakan kerosakan kepada kestabilan dalaman Pas.

2) Pengkhianatan PKR terhadap setiakawan dengan Pas dalam PR apabila menerima pengkhianatan dua Adun Pas dengan mengiktiraf sokongan mereka kepada PKR.

Sebagaimana 2 Adun itu memutuskan wala' dan kesetiaannya kepada presiden, begitu juga PKR telah memutuskan kesetiakawanannya dengan Pas.

Siapa pun yang menginsafi, dia akan memahami apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh Presiden Pas apabila;

1) Partinya dikhianati dari dalam oleh ahlinya sendiri.

Anda sedang melihat apa yang sedang bergolak di dalam Pas sekarang. Ia sememangnya bermula daripada kisah pengkhianatan dua Adun ini.

2) Partinya dikhianati dari luar oleh rakan sendiri.

Anda juga sedang melihat -akibat pengkhianatan PKR-  pergolakan dalam PR akibat Pas kehilangan taruhan kuasanya di dalam menentukan kelangsungan kerajaan TSKI yang Majlis Syura Ulama Pas putuskan untuk mempertahankannya.

Apa pilihan yang harus dilakukan Presiden? Ada dua pilihan;

1) Terus bertindak drastik dan keras dengan mendorong parti Pas ke arah keluar daripada PR. Pengkhianatan, daripada sudut hukum, semestinya menjadi faktor utama pembatalan tahaluf siyasi.

2) Bersikap dan bertindak lebih budiman dengan memberi peluang dan masa agar mampu memperbaiki keadaan dan memulihkan dalaman Pas dan hubungan dengan PKR dan PR.

Presiden telah memilih pilihan kedua.

Tindakan itu telah menerima pujian awam apabila Pas  melalui mesyuarat 17 Ogos 2014, memutuskan bersetuju memberikan sokongan sementara kepada TSKI (Ini pastinya dilihat bercanggah dengan keputusan asal Majlis Syura Ulama dan mengejutkan pihak yang menyokong TSKI) dan mengemukakan dua nama calon MB baru, termasuk Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail(yang juga dilihat bercanggah dengan keputusan asal Majlis Syura Ulama).

Lihat, alangkah berjiwa besarnya Presiden. Beliau mampu mempengaruhi Majlis Syura Ulama agar menerima hakikat PR perlu diselamatkan.

Malang tak berbau!

Keputusan 'emas' itu hanya mampu bertahan lima jam!

Petangnya, tanpa kehadiran Presiden Pas, mesyuarat PR memutuskan hanya satu nama akan dipersembahkan kepada istana iaitu Wan Azizah. Alasan penarikan diri Azmin Ali adalah menarik dan diterima.

Di sinilah bermula Pas dilabel sebagai parti U-turn.

Presiden kini berhadapan dua kemelut yang tiba-tiba;

1) Kegagalan wakil Pas ke mesyuarat PR yang diketuai Timbalan Presiden untuk mengembalikan semula keputusan penarikan diri Azmin Ali ke meja mesyuarat Pas. Menghantar hanya satu nama ke istana bukan sama sekali keputusan mesyuarat Pas yang telah menetapkan dua nama.

Ia bermaksud presiden berhadapan situasi kritikan dalaman yang tajam akibat keputusan yang lemah dalam mesyuarat PR.

2) Ketegangan dengan pihak istana yang memberi isyarat awal penolakan terhadap pencalonan Wan Azizah. Tambahan pula, istana masih memberi sokongan padu kepada TSKI.

Menjaga hubungan dengan pihak istana adalah polisi Pas yang diterima masyarakat awam yang mahukan keharmonian di antara institusi kuasa diwujudkan.

Apa pula yang presiden harus lakukan selepas badai hanya mampu bertenang sekadar lima jam?

Ya, presiden terus dengan sikap budiman. Beliau menerima hakikat bahawa kelemahan adalah daripada dalam partinya sendiri. Beliau segera ke Kota Bharu, bertemu Mursyidul Am untuk bergagah dengan nilai budimannya itu pada kekuatan suara putus daripada ketua Majlis Syura Ulama. Mursyidul Am telah memberi sokongan padu.

Keadaan mendung tidak berakhir dengan hari yang kembali cerah, malah kilat dan petir mula bersambaran. Tiba-tiba isu Akuan Bersumpah timbul.

13 Adun Pas diasak oleh PKR agar menanda tangani Akuan Bersumpah menyokong Wan Azizah sebagai Menteri Besar baharu. Ia menimbulkan ketegangan dan kekeruhan yang bertambah di dalam dan di luar Pas.

Presiden mesti bertindak dan mestilah segera!

Mesyuarat Pas pada 25 Ogos 2014 keluar dengan keputusan baru yang mengejutkan. Pas memutuskan tidak menghantar sebarang nama dan menyerahkan kebijaksanaan memutuskan isu MB kepada pihak Istana.

Mesyuarat itu dilaporkan kemudiannya bahawa Presiden menggunakan kata putusnya sendiri dan dilapor tidak menerima pandangan majoriti ahli.

Pas mula dipermainkan rakan-rakannya sendiri.

Kemudian, apabila istana membuat keputusan meminta setiap parti menghantar lebih dua nama, PR terus gagal untuk bersatu.

Malah, kemelut dipanaskan dengan isu Presiden Pas mengajak Azmin Ali belot terhadap partinya. Walaupun dinafikan, api itu enggan dipadamkan dan sengaja dibiarkan.

Sekarang, mari kita lihat;

1) Adakah PKR melihat dan memuliakan sikap toleransi yang tinggi itu daripada Presiden Pas? Tidak bukan?

2) Adakah anda melihat sebarang usaha pengenduran daripada PKR di dalam mengurangkan ketegangan dengan Pas? Tidak bukan?

3) Adakah tindakan budiman presiden Pas berjaya meredakan ketidakpuasan beberapa pemimpin Pas yang terus mengkritik beliau, malah terus memuja pengkhianatan dua Adun itu? Tidak bukan?

4) Adakah dalam tempoh tu, DAP sebagai rakan PR berusaha memberi sedikit nafas kepada kestabilan PR? Tidak bukan?

5) Adakah situasi ini berjaya memikat pihak istana untuk menerima penyelesaian daripada dalaman PR? Tidak bukan?

Jadi, siapakah yang memulakan pengkhianatan dan siapakah yang meneruskannya?

Mari melihat kesimpulan saya..

Hari ini, anda melihat apa yang pernah saya tulis sebelum ini bahawa Pas atau Presiden Pas telah sampai ke tahap toleransi tertinggi. Selepasnya, jika tidak disambut baik, maka toleransi berakhir dan Presiden Pas akan mula bertindak..

Saksikan..

Presiden putuskan bahawa PKR dan DAP tidak perlu lagi diajak berunding.. no more

Presiden putuskan untuk menangani isu dalaman Pas dengan caranya sendiri.. juga, no more

Akhir daripada saya, jika semalam anda melihat intimnya hubungan beberapa pemimpin Pas dengan rakan PKR dan DAP untuk mematikan langkah Presiden sendiri, hari ini pula anda sedang melihat para ulama dan pencinta kepimpinan ulama sedang bersahutan dan bertautan menyokong tindakan baharu presiden Pas.

Dan anda telah pun tahu apa sikap saya dan di mana saya. Saya enggan mengelirukan..

Selamat bertarung di 'KuborMove'.. Jumpa di sana.

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
AJK Pas Pusat

Tok Guru Nik Aziz Tertunduk Lesu - 57 Tahun Bagi Kuliah Akhirnya Tinggal Berapa Kerat Sahaja Yang Hadir Pengajian


Selama 57 tahun TG Nik Aziz mengabdikan diri kepada PAS, dengan wadah menggerakkan harakah Islam. Anak didiknya ramai, pendek kata seantero Malaya.

Dalam tempoh itu, acapkali kali kita dengar atau baca seruan Nik Aziz seperti berikut,
"Sudah berkali-kali saya mengajak UMNO agar mengubah dasar itu. Sudah berkali-kali saya sebutkan kepada pemimpin UMNO agar tinggalkan perjuangan kebangsaan dan terimalah perjuangan Islam. Kalau hari ini UMNO berbuat demikian, maka hari ini juga saya sanggup bubar PAS untuk sama-sama berjuang Islam dengan UMNO. Namun sampai sekarang mereka tidak sanggup mengubah dasar parti UMNO itu kepada dasar Islam! Di manakah duduknya roh Islam dalam UMNO? Saya tanyakan persoalan ini untuk dijawab oleh seluruh umat Malaysia"
Tapi kalau merujuk kepada suasana pada hari ini, amatlah sukar untuk Tok Guru membawa semua anak didiknya, jika ditakdirkan UMNO memilih Islam secara total dalam halatuju dan asas perjuangannya.

Jadi ungkapan "Kalau hari ini UMNO berbuat demikian, maka hari ini juga saya sanggup bubar PAS untuk sama-sama berjuang Islam dengan UMNO," bakal berubah menjadi, "Kalau hari ini UMNO berbuat demikian, maka sebulan dulu serpihan PAS akan ditubuhkan!".

Hakikatnya, pengikut-pengikut Tok Guru sudah bertempiaran lari dan video di bawah menjadi buktinya.

Tuesday, September 9, 2014

Video Orang Kuat Ketum Dengan Sarikata Cina


Ikut ceritanya Aziz Bari berasal dari Sabak Bernam, yang tentunya berasal dari Selangor.

Masakan beliau tidak tahu atau sengaja buat-buat tidak tahu, apabila mempersoalkan amalan mana yang dilakukan oleh Sultan dalam membuat pilihan MB Selangor.

Sejak dulu lagi amalan yang serupa pernah berlaku di Selangor, dan telah terbukti SINI

Persefahaman Terbaru Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat - Merungkai Misteri Kehilangan Buku Jingga


Dalam sepak terajang antara sesama pemimpin Pakatan Rakyat berkenaan isu perlantikan MB Selangor, tidak kedengaran sama sekali kesemua mereka menyebut untuk kembali kepada 'Buku Jingga' yang menjadi asas persafahaman dikalangan mereka.

'Buku Jingga' yang dilancarkan pada 19 Disember 2010 sempena Konvenyen Pakatan Rakyat Kali Ke2, di Pulau Pinang, begitu hangat diberi promosi diperingkat awal pelancarannya. Namun disaat-saat pertelingkahan sesama sendiri, tidak seorang pun kalangan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat untuk mengembalihkan idealisme yang menjadi persefahaman tersebut.

Kecuali Presiden PAS DS Abdul Hadi Awang yang meskipun agak janggal untuk menyebut secara direct agar kembali kepada 'Buku Jingga' (kerana sebagai pemimpin harakah Islam, adalah lebih manis kalau beliau menyebut kepada Al-Quran dan Sunah), ada menegaskan berkenaan deklarasi bersama itu ketika sesi penerangan di Marang, minggu lalu.

Beliau menegaskan bahawa PAS berpegang kepada 3 asas persefahaman bersama iaitu Islam sebagai agama persekutuan seperti disebut dalam perlembagaan, mempertahan peranan dan kuasa institusi raja menurut konsep raja berpelembagaan dan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi seperti tercatat dalam perkara 152, Perlembagaan Persekutuan.

Barangkali Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat meskipun tidak dizahirkan melalui pengucapan, tetapi melalui tindak tanduk mereka yang berperang sesama sendiri ketika ini, telah sepakat bahawa 'Buku Jingga' sudah tidak relevan kepada mereka. Malah, mereka mungkit sepakat mengatakan 'Buku Jingga' hanya layak dibaca didalam tandas!

Kejayaan Pertama Kumpulan Serpihan PAS @ PasMa - Tubuhkan Kumpulan Sorak Mengejek & Mengutuk Hadi Awang


Kumpulan serpihan PAS yang bernama PasMa telah ditubuhkan pada 11 Ogos 2014 dan mengadakan perjumpaan pertama dengan mengumpul keahlian seramai 100 orang di Kota Baru, pada 31 Ogos.

Matlamat penubuhan ialah untuk meletakkan perjuangan PAS atas landasan yang betul dan pada masa yang sama mereka mendakwa kumpulan konservatif dalam parti itu tidak boleh bertoleransi dengan perbezaan pendapat.

Melalui perjumpaan pertama tersebut, telah diputuskan bahawa PasMa akan menjelajah ke seluruh negara dan siri pertama jelajah diputuskan untuk dianjurkan di sebuah hotel di Shah Alam pada 8 September dan akan menampilkan tiga ahli panel iaitu Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa, Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof dan bekas ahli Majlis Syura Ahmad Awang.

Walau bagaimana pun sehari menjelang program berlangsung, dilaporkan oleh TMI  akan pembatalan program berkenaan melalui kenyataan Setia Usaha PasMa, Taib Ahmad.

Namun begitu, PasMa telah bertindak meneruskan agenda mereka, apabila program berkenaan telah pun berlangsung semalam di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur.

Siri jelajah yang dihadiri oleh 500 orang berkenaan telah dilaporkan oleh TMI  dengan menyebut:-
Newly-formed Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia's (PasMa) first forum last night saw audience members expressing anger towards PAS and its president Datuk Seri Abdul Hadi Awang for his role in the Selangor menteri besar (MB) crisis.
Apa yang kita dapat lihat disebalik pelancaran siri jelajah kumpulan serpihan PAS itu ialah;

  • Pelancaran simbolik di Dewan Himpunan Cina yang tiada langsung kaitan dengan Islam yang dibawa oleh PAS
  • PasMa berjaya mengumpulkan kumpulan sorak untuk mengejek dan mengutuk Presiden PAS DS Abdul Hadi Awang.

Mujahid Yusof Rawa Senada Dengan Khalid Samad - Ketaatan Pada Hadi Awang Tidak Mutlak

“Kami orang PAS dididik dengan satu hadis Nabi Muhammad, ‘ketaatan manusia sesama manusia adalah ketaatan yang tidak mutlak manakala ketaatan kepada Allah dan rasul itu adalah mutlak’,” - Mujahid Yusof Rawa
Meskipun laporan awal TMI mengatakan bahawa road-show pertama PasMa yang berlangsung malam tadi dibatalkan, namun ia diteruskan oleh kelompok serpihan PAS berkenaan.

Mujahid Yusof Rawa memberikan isyarat penentangan kepada pimpinan PAS, dengan hadir sebagai ahli panel dalam forum 'PAS Campur UMNO - Kemana Halatuju?".

Malah dalam forum berkenaan Mujahid senada dengan Khalid Samad bahawa ketaatan sesama manusia adalah tidak mutlak. Meskipun tidak diucapkan secara khusus, adalah mudah untuk membaca yang tersirat, iaitu pemberitahuan kepada khalayak bahawa ketaatan mereka kepada Presiden PAS DS Hadi Awang adalah tidak mutlak.

Lihat persamaan pandangan Mujahid dengan Khalid di SINI.

Dari kenyataan kedua-dua AJK PAS Pusat tersebut, menunjukkan berlaku percanggahan dalam saf kepimpinan PAS, hingga memaksa mereka menyatakan pendirian secara terbuka dan di luar platform parti.

Baca ulasan di blog Grandmarquis yang turut terkejut dengan pendirian 2 pemimpin tertinggi PAS yang bertindak diluar kelaziman dan tertib jamaah PAS.

Monday, September 8, 2014

Hubungan Khalid Samad Dengan Ustaz Muda PAS Dah Sampai Keperingkat Saling Nak Tunjuk Penumbuk

"Baiah itu adalah untuk memberikan taat setia kepada Allah dan Rasul - bukan kepada mana-mana pemimpin atau sokongan tanpa syarat kepada mana-mana pemimpin. 
"Mereka (ustaz muda) ini tidak faham. 
 "Selagi mana presiden itu patuh pada ajaran Islam, ia OK.
 "Namun ia bukan bermakna kita kena dengar dan patuh pada semua kata-katanya," - Khalid Samad
Ada 2 perkara yang dapat dikesan dari kenyataan Khalid Samad (petikan di atas) iaitu

  1. Baiah oleh ahli-ahli PAS hanya untuk Allah dan Rasul
  2. Pemimpin boleh dipersoalkan
  3. Menyifat kumpulan 'Ustaz Muda' dalam PAS (termasuk Nasruddin Hassan Tantawi) sebagai orang yang tidak faham (bodoh?).
Sekitar pertengahan 1990an, saya pernah mengulangi beberapa kali pembacaan senaskhah buku berkenaan 'Konsep Politik & Negara Islam' bagi memahami terma baiah dan musyawarah.

Menurut kefahaman saya dari pembacaan itu, selain dari ketaatan kepada Allah dan Rasul, ketaatan juga perlu diberikan kepada pemimpin.

Buku berkenaan juga menghuraikan bahawa pemimpin boleh dipersoalkan, tetapi tertakluk kepada adab-adab tertentu. Sebaliknya, pendirian Khalid agak nakal bila berpandangan bahawa pemimpin boleh dipersoal dan tidak perlu dengar dan patuh pada semua kata-kata pemimpin.

Hakikatnya baiah dan musyawarah mempunyai pertalian, khusus apabila musyawarah membuat sesuatu keputusan. Dalam kata yang lebih mudah, baiah dengan sendirinya wujud dan mengikat jamaah untuk patuh, apabila musyawarah secara konsensusnya membuat keputusan.

Ada pun berkenaan persoalan samada pemimpin (ketua) terikat dengan keputusan syura, sebenarnya ada 2 pendapat. Pandangan yang pertama mengatakan pemimpin adalah terikat dengan keputusan dan pandangan yang kedua perpandangan bahawa pemimpin tidak terikat, sebaliknya ia sekadar pandangan sahaja. Terpulang kepada pemimpin untuk menerima atau menolak keputusan syura.

Berbalik kepada pertembungan Khalid dengan kelompok 'Ustaz Muda', Khalid terlalu egoistik dengan percubaan menonjolkan bahawa dirinya sahaja yang betul. Jika inilah sikap ditunjukkan oleh Khalid, bermakna ia sudah tidak lagi sesuai berada dalam jamaah (PAS).

Dengarkan hujah Nasruddin yang bagai menyindir Khalid dalam video di bawah:-

Anwar Termenung Mencari Akal Bubar DUN Selangor


Apa kuasa Anwar Ibrahim untuk bubarkan DUN Selangor, jika sekadar menjadi Ketum PKR?

Blog Helen Ang mendedahkan bahawa menurut Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor, Sultan adalah sebahagian dari badan perundangan Selangor.


Jelas bahawa kedudukan Sultan adalah begitu kuat dan termasuk dalam badan perundangan di negeri berkenaan dan oleh itu Anwar tidak punya sebarang kuasa dalam badan berkenaan.

Raja Petra Kamarudin melalui Malaysia Today menjangka yang Anwar akan memberi tekanan hingga terbubarnya DUN Selangor, ekoran pencalonan isterinya, Wan Azizah sehingga hari ini masih belum mendapat perkenan Sultan.

Perkembangan hari ini, Sultan telah menzahirkan kemurkaan baginda melalui kenyataan Setia Usaha Sulit baginda yang antara lain menyifatkan PKR dan DAP sebagai biadap apabila hanya menamakan Wan Azizah sebagai calon tunggal, walhal telah dititahkan menamakan 3 calon.

Andai PKR dan DAP masih berdegil, tidak mustahil pihak istana akan menolak pencalonan-pencalonan yang tidak mengikut kehendak yang dititahkan. Sebaliknya, sudah pasti secara teknikalnya pihak istana hanya memberi perhatian kepada pencalonan yang cukup syaratnya.

Jika benar desas-desus mengatakan PAS menamakan 3 Adun PAS sebagai calonnya, maka logiknyalah Sultan akan memperkenankan salah seorang dari 3 Adun PAS berkenaan sebagai MB Selangor menggantikan Khalid Ibrahim.

Namun begitu, kalau bersandarkan kepada keadaan semasa, Anwar dan sekutu-sekutunya akan mengusulkan undi tidak percaya pada MB pilihan Sultan pada sidang DUN yang dijadualkan pada bulan November depan (dengan andaian Sultan mengabaikan bantahan Anwar).

Bagaimana pula kalau Anwar melancarkan rusuhan jalanan? Jawabnya, Anwar sengaja untuk menyerahkan Selangor untuk ditadbir oleh Najib melalui perintah darurat dan penggantungan DUN Selangor, seperti yang dilaksanakan ketika 'Krisis MB Kelantan 1977'.

Sebelum apa jua perencanaan dilakukan oleh Anwar, beliau seharusnya menginsafi bahawa dirinya hanyalah seorang Ketum.

Sunday, September 7, 2014

PAS Guna Khidmat Pendekar Mustar Halau Ahli PasMa Keluar PAS

Pic: Malaysiakini
"Mereka tak boleh sebab mereka ahli (PAS), kecuali mereka keluar dari parti. 
"Setahu saya PasMa (adalah) NGO kebajikan bukan sebuah parti politik. 
"Tidak ada keperluan sebab dalam pas ada lajnah kebajikan dan boleh aktif (dalam lajnah itu), - Naib Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man
Menatap wajah Naib Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, kelihatan ada iras-iras 'Pendekar Mustar' dalam filem 'Pendekar Bujang Lapok'.

Watak 'Pendekar Mustar' dalam filem berkenaan adalah baik hati tetapi tegas.

Sesuai dengan iras-iras wajahnya itu, tepat sekali apabila Tuan Ibrahim telah bertindak sebagai pendekar PAS dengan amaran kepada ahli-ahlinya, "SILA KELUAR PAS, KALAU MAHU JADI AHLI PasMa."

Mat Sabu Menjerat Hadi Dihadapan Para Wartawan Selepas Sidang Media PAS



Umumnya sidang media PAS hari ini menjurus kepada kenyataan 'PAS tidak menuntuk jawatan Menteri Besar Selangor'.

Bila diasak oleh para wartawan selepas sidang media samada PAS menolak jawatan MB, Setia Usaha Agung PAS Dato' Mustafa Ali menjelaskan bahawa perkara itu tidak berbangkit kerana belum ada tawaran dari pihak istana.

Sebaliknya, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mendahului DS Abdul Hadi Awang dengan kenyataan "Tak, Tak..... Kita akan tolaklah," ketika diajukan soalan yang sama oleh para wartawan.

 

Ini bermakna Mat Sabu cuba memerangkap Hadi supaya menolak perkenan Sultan, jika jawatan MB ditawarkan kepada Adun PAS.