Friday, September 12, 2014

Mujahid & Phahrolrazi Malu Besar - Veteran PAS Sifatkan PasMa Sebagai Pak Sanggup Kepada Anwar Ibrahim

"Keinginan penubuhan itu (PasMa) kemungkinan ia diusahakan oleh sekutu PAS bagi memalukan PAS setelah ia tidak jadi tukang angguk dalam krisis politik Selangor sekarang. Setelah PAS dimalukan dengan dua ADUN disambar, maka mungkin diadakan pak sanggup bagi menggantikan tempat PAS dalam sekutu itu." - Subky Latif (Veteran PAS)
Suatu tamparan yang kuat apabila veteran PAS merangkap bekas wartawan politik terkenal Subky Latif melabelkan PasMa sebagai 'Pak Sanggup'.

Subky mengesyaki bahawa penubuhan PasMa diusahakan oleh kalangan dalam PAS sendiri yang bertujuan untuk memalukan PAS yang tidak lagi menjadi 'tukang angguk' kepada DAP dan PKR.

Malah Subky turut mendedahkan bahawa asas penubuhan PKR adalah atas pembelian pendaftaran parti yang telah siap sedia tertubuh dari seorang bekas ahli PAS Dungun.

1 comment:

Anonymous said...

Pertama...kesian Subky dah tak laku..dan ditinggalkan dalam Grand Design... PasMa..
Keduanya... mereka ni orang missionary politik Anwar.. mana ada malu dalam kamus hidup mereka..

Subky ... rehat banyak banyak.. analisis anda selama ni pon atas ihsan Harakah..(Anwarian).. kalau tidak tiada siapa yg ambil tau.. OLd Skool Old thought.. Tak de tempat diera kini..selamat bersara...