“Kami orang PAS dididik dengan satu hadis Nabi Muhammad, ‘ketaatan manusia sesama manusia adalah ketaatan yang tidak mutlak manakala ketaatan kepada Allah dan rasul itu adalah mutlak’,” - Mujahid Yusof RawaMeskipun laporan awal TMI mengatakan bahawa road-show pertama PasMa yang berlangsung malam tadi dibatalkan, namun ia diteruskan oleh kelompok serpihan PAS berkenaan.
Mujahid Yusof Rawa memberikan isyarat penentangan kepada pimpinan PAS, dengan hadir sebagai ahli panel dalam forum 'PAS Campur UMNO - Kemana Halatuju?".
Malah dalam forum berkenaan Mujahid senada dengan Khalid Samad bahawa ketaatan sesama manusia adalah tidak mutlak. Meskipun tidak diucapkan secara khusus, adalah mudah untuk membaca yang tersirat, iaitu pemberitahuan kepada khalayak bahawa ketaatan mereka kepada Presiden PAS DS Hadi Awang adalah tidak mutlak.
Lihat persamaan pandangan Mujahid dengan Khalid di SINI.
Dari kenyataan kedua-dua AJK PAS Pusat tersebut, menunjukkan berlaku percanggahan dalam saf kepimpinan PAS, hingga memaksa mereka menyatakan pendirian secara terbuka dan di luar platform parti.
Baca ulasan di blog Grandmarquis yang turut terkejut dengan pendirian 2 pemimpin tertinggi PAS yang bertindak diluar kelaziman dan tertib jamaah PAS.
7 comments:
Depa cakap tak bolih taat kat Hadi sebab dia manusia cuma kat Tuhan saje. Habistu taat kat Anwar dia bukan manusia? Kalau dah dasar bertuhankan anwar inilah jadinya.
Its a pity nama saja ada Phd dan gelaran Dr tapi tahap IQ rendah, cetek minda dan nampak sangat tidak kritikal dalam berhujjah. Not only pas who are made known of ilmu islam tetapi keseluruhan manusia beragama islam. It does not make pas special. On the contrary it makes pas look stupid and plain idiots. Taat kepada Allah dan Rasul memang tak setara tapi kita perlu taat kepada pemimpin selagi ia tidak menjurus kepada perkara yang kufur dan munafik. A clear example would be hadi's decree that Umno is kafir and his decision not to kowtow to anwar. Sepatutnya ahli pas tidak menyokong decree hadi itu sebab ia tersasar dari peringatan Allah bahawa orang islam itu bersaudara. Hak menentu sapa kafir atau tidak adalah hak Allah. Berlainan dengan tindakan hadi melawan kehendak nafsu seorang individu bernama anwar adalah hak pemimpin yang bertanggungjawab kepada parti pimpinannya, arahan sultan atau raja dan selaras dengan kehendak Allah iaitu tidsk menjurus kepada kufur atau kebinasaan tapi kepentingan rakyat keseluruhan. Agaknya anak yusuf rawa ini dan aziz bari nampak berilmu tapi tak pandai mengaplikasikannya...wallahualam
Betul ketaatan kpd Allah swt dan Rasullullah saw adalah mutlak, dan ketaatan kepada pemimpin pula selagi tidak disuruh bermaksiat dan berbuat dosa kpd Allah swt.
Dlm isu pemecatan TSKI dan pencalonan WAWI sbg penggantinya, bila Presiden dan MSU tak setuju, kat mana maksiatnya.
Bahkan mengingkari perintah Sultan utk mencalonkan lbh dr dua nama merupakan pelanggaran kpd perintah Allah swt utk mentaati Ulil Amri bahkan merupakan kebiadaban terhdpUlil Amri.
DIA MUNGKIN LUPA...
NABI MUHAMMAD PERNAH BERSABDA BEKENAAN DENGAN TAAT DAN SETIA KEPADA PEMIMPIN PERLU ADA...
PEMIMPIN YANG MENGIKUT SUNNAH ADALAH 'AMIR' PENGGANTI NABI DENGAN MEMBAWA SUNNAH BANGINDA...
Taat kepada anwar je yg mutlak hehehe.
Tu dia !!!
Itulah hasil asuhan PAS
Putat belit Al Quran dan Hadis
Guna Al Quran dan Hadis
Utk tujuan politik...
Sblm ni guna utk balun BN..
La ni guna utk balun geng sendiri
Kah kah kah....
Bodoh piang depa Ni.
Post a Comment