Monday, September 8, 2014

Hubungan Khalid Samad Dengan Ustaz Muda PAS Dah Sampai Keperingkat Saling Nak Tunjuk Penumbuk

"Baiah itu adalah untuk memberikan taat setia kepada Allah dan Rasul - bukan kepada mana-mana pemimpin atau sokongan tanpa syarat kepada mana-mana pemimpin. 
"Mereka (ustaz muda) ini tidak faham. 
 "Selagi mana presiden itu patuh pada ajaran Islam, ia OK.
 "Namun ia bukan bermakna kita kena dengar dan patuh pada semua kata-katanya," - Khalid Samad
Ada 2 perkara yang dapat dikesan dari kenyataan Khalid Samad (petikan di atas) iaitu

  1. Baiah oleh ahli-ahli PAS hanya untuk Allah dan Rasul
  2. Pemimpin boleh dipersoalkan
  3. Menyifat kumpulan 'Ustaz Muda' dalam PAS (termasuk Nasruddin Hassan Tantawi) sebagai orang yang tidak faham (bodoh?).
Sekitar pertengahan 1990an, saya pernah mengulangi beberapa kali pembacaan senaskhah buku berkenaan 'Konsep Politik & Negara Islam' bagi memahami terma baiah dan musyawarah.

Menurut kefahaman saya dari pembacaan itu, selain dari ketaatan kepada Allah dan Rasul, ketaatan juga perlu diberikan kepada pemimpin.

Buku berkenaan juga menghuraikan bahawa pemimpin boleh dipersoalkan, tetapi tertakluk kepada adab-adab tertentu. Sebaliknya, pendirian Khalid agak nakal bila berpandangan bahawa pemimpin boleh dipersoal dan tidak perlu dengar dan patuh pada semua kata-kata pemimpin.

Hakikatnya baiah dan musyawarah mempunyai pertalian, khusus apabila musyawarah membuat sesuatu keputusan. Dalam kata yang lebih mudah, baiah dengan sendirinya wujud dan mengikat jamaah untuk patuh, apabila musyawarah secara konsensusnya membuat keputusan.

Ada pun berkenaan persoalan samada pemimpin (ketua) terikat dengan keputusan syura, sebenarnya ada 2 pendapat. Pandangan yang pertama mengatakan pemimpin adalah terikat dengan keputusan dan pandangan yang kedua perpandangan bahawa pemimpin tidak terikat, sebaliknya ia sekadar pandangan sahaja. Terpulang kepada pemimpin untuk menerima atau menolak keputusan syura.

Berbalik kepada pertembungan Khalid dengan kelompok 'Ustaz Muda', Khalid terlalu egoistik dengan percubaan menonjolkan bahawa dirinya sahaja yang betul. Jika inilah sikap ditunjukkan oleh Khalid, bermakna ia sudah tidak lagi sesuai berada dalam jamaah (PAS).

Dengarkan hujah Nasruddin yang bagai menyindir Khalid dalam video di bawah:-

5 comments:

Anonymous said...

Kehkehkeh.........ngelupor bdak2 pas kene balon dgn anwaranis.....

Anonymous said...

Ini semua balasan yang PAS sedang terima bila suka2 mengkafirkan orang islam lain yang tak sehaluan politik,mempermainkan islam dan hukum hudud, bersekongkol dengan kafir untuk musnahkan islam dan doa KO untuk orang islam lain.

Anonymous said...

Khalid Samad akan bungkus, sekali dengan Mat Sabu dan rakan mereka.

Sanggah Raja bukan mainan mana-mana Melayu, ini kali Khalid mungkin tersembam. Kecualilah Melayu Parlimen Shah Alam rasa puas hidup yang senang lenang, langsung mahu putuskan sejarah bangsa dan sanggah Raja.


Melayu Selangor akan terus diuji kekuatan jatidiri bangsa dan agama .


amboxx

Grand Marquis said...

Ulsasan dalam isu yang sama

Usaha Terdesak Khalid Samad “Menghalalkan” Anwarinas Langgar Hadi

Anonymous said...

Mcmmn la KS/KG ni boleh jadi JPP, bai'ah pun tak tahu. Betul la punya jahil, patut la bnyk yg pelik pelik dibuatnya, dah tu dakwa itu la Islam.