Monday, September 8, 2014

Anwar Termenung Mencari Akal Bubar DUN Selangor


Apa kuasa Anwar Ibrahim untuk bubarkan DUN Selangor, jika sekadar menjadi Ketum PKR?

Blog Helen Ang mendedahkan bahawa menurut Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor, Sultan adalah sebahagian dari badan perundangan Selangor.


Jelas bahawa kedudukan Sultan adalah begitu kuat dan termasuk dalam badan perundangan di negeri berkenaan dan oleh itu Anwar tidak punya sebarang kuasa dalam badan berkenaan.

Raja Petra Kamarudin melalui Malaysia Today menjangka yang Anwar akan memberi tekanan hingga terbubarnya DUN Selangor, ekoran pencalonan isterinya, Wan Azizah sehingga hari ini masih belum mendapat perkenan Sultan.

Perkembangan hari ini, Sultan telah menzahirkan kemurkaan baginda melalui kenyataan Setia Usaha Sulit baginda yang antara lain menyifatkan PKR dan DAP sebagai biadap apabila hanya menamakan Wan Azizah sebagai calon tunggal, walhal telah dititahkan menamakan 3 calon.

Andai PKR dan DAP masih berdegil, tidak mustahil pihak istana akan menolak pencalonan-pencalonan yang tidak mengikut kehendak yang dititahkan. Sebaliknya, sudah pasti secara teknikalnya pihak istana hanya memberi perhatian kepada pencalonan yang cukup syaratnya.

Jika benar desas-desus mengatakan PAS menamakan 3 Adun PAS sebagai calonnya, maka logiknyalah Sultan akan memperkenankan salah seorang dari 3 Adun PAS berkenaan sebagai MB Selangor menggantikan Khalid Ibrahim.

Namun begitu, kalau bersandarkan kepada keadaan semasa, Anwar dan sekutu-sekutunya akan mengusulkan undi tidak percaya pada MB pilihan Sultan pada sidang DUN yang dijadualkan pada bulan November depan (dengan andaian Sultan mengabaikan bantahan Anwar).

Bagaimana pula kalau Anwar melancarkan rusuhan jalanan? Jawabnya, Anwar sengaja untuk menyerahkan Selangor untuk ditadbir oleh Najib melalui perintah darurat dan penggantungan DUN Selangor, seperti yang dilaksanakan ketika 'Krisis MB Kelantan 1977'.

Sebelum apa jua perencanaan dilakukan oleh Anwar, beliau seharusnya menginsafi bahawa dirinya hanyalah seorang Ketum.

9 comments:

Anonymous said...

KEKALKAN TSKI TERUS MEMAMGKU JAWATAN MB SELANGOR SAHINGGA PRU 14.UNDI TIDAK PERCAYA/YAKIN DEWAN TERHADAP TSKI AKAN LESU DIATASI OLIH KUASA SULTAN SELANGOR.

HUJAH DAN MATLAMATNYA AMAT RENGKAS " YG TRBAIK UTK RAKYAT, URUSAN DAN PENTANBIRAN NEGERI SELANGOR..STOP!

Anonymous said...

Langkah kajang, penyusun strategi yang bengap dan bodoh, senjata makan tuan. Jangan suka kelentong rakyat, buruk padahnya.

Anonymous said...

Langkah kajang, penyusun strategi yang bengap dan bodoh, senjata makan tuan. Jangan suka kelentong rakyat, buruk padahnya.

Anonymous said...

Sumpah saiful di Baitullah telah menampakkan hasil. sekarang ni, Anwar sudah kepanasan, segala yang dibuat memakan diri sendiri. Seorang pemimpin yang suatu masa dulu mempunyai penyokong yang ramai, boleh tumbang juga. Apa saja yang dibuat, mulanya nampak cerdik tapi hasilnya amat memalukan dan terserlah niat jahatnya.

Anonymous said...

apakah BALASAN kejahatan ANWAR datang sedikit demi sedikit mulai sekaran?...

Anonymous said...

Patut di anggap bahawa PKR dan Dap masih belum reply..pada istana.. selagi maklum balas belum cukup kesempurnaan.. jadi ini kes tertangguh.. maka TSKI teruskan jadi MB... selama mana..pun sehigga..PKR dan DAP hantar maklum balas yg sempurna baru lah Tuanku mula memilih calon... So TSKI teruskan tugas.. setahun atau 3 ke..atau sehingga PRU 14.. Usah ambil pusing dan layan kerenah sepasang si gila ni...

Anti PR said...

Begitulah org yg rakus nak berkuasa. Dia rasa otaknya dah terlampau cerdik utk mempermainkan undang2. Padan muka kau Anwar..

Anonymous said...

anwar bukannya cerdik tetapi seorang yg berperangai buruk dan amat jahat..tidak amat sesuai utk dibuat sahabat,rakan lebih2 lagi jika diangkat sebagai pemimpin

Anonymous said...

kali ini tak ada lagi askar PAS untuk jerit takbir bantu Anwar dan DAP berdemo depan istana.....

yang ada tentunya askar betul, dengan senapang betul.





amboxx