Pada 9 September yang lalu, Wan Azizah telah terlepas peluang untuk mengiringi Tuanku Sultan menyaksikan Mala Gala "Supermokh Sebuah Muzikal Restaging" di Istana Budaya.
Ada satu lagi event yang begitu sentimental kepada Tuanku iaitu pertembungan tradisi bola sepak tahunan antara Selangor dengan Singapura pada 27 September depan di Stadium Shah Alam.
Sekiranya bukan Wan Azizah yang jadi pengiring kepada Tuanku Sultan dan duduk di grand stand, maka sudah bolehlah dikira sebagai 'tutup buku' untuknya menjadi MB Selangor.
Mengikut protokol di Selangor, Speaker DUN adalah orang kenamaan selepas MB. Dengan Hanna Yeoh (wanita dalam foto atas) adalah penjawat Speaker pada hari ini, maka apakah keperluan untuk menambah Wan Azizah untuk menjadi MB?
Jika itu terjadi, maka pengiring Tuanku Sultan adalah terdiri wanita-wanita ketika menghadiri majlis rasmi.
1 comment:
LAKI KEMPUNAN JADI PERDANA MENTERI..BINI KEMPUNAN NAK JADI MENTERI BESAR..INGAT NEGARA INI MAK BAPAK DORANG YANG PUNYA !!!
Post a Comment