Menteri Kabinet DS Ismail Sabri Yaakob telah memulakan desakan agar Akta Hasutan 1948 terus berkuat kuasa.
Beberapa hari yang lalu Ismail dilaporkan berkata,
"Janganlah disebabkan kehendak golongan minoriti yang ingin akta itu (Akta Hasutan 1948) dihapuskan, golongan majoriti terkena tempiasnya akibat huru-hara selepas ketiadaan akta tersebut."Dengan seruan itu, rasanya tidak mustahil seruan itu akan disambut oleh akar umbi UMNO, bila mana kebanyakan bahagian-bahagian UMNO yang bakal bersidang hingga hujung bulan ini, akan membuat desakan yang serupa.
Bila keadaan ini berlaku, samada suka atau tidak, apakah PM DS Najib Razak akan memikirkan untuk melaksana doktrin seperti Lee Kuan Yew dalam mempertahankan tamadun bangsa yang berusia 57 tahun ini?
No comments:
Post a Comment